BANGI – Pelik melihat masyarakat Cina tidak berhenti menuntut pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu, kononnya untuk menampung enrolmen yang bertambah.
Walhal seperti yang diketahui umum, statistik bilangan pelajar di SJKC seluruh negara menurun sebanyak 15.92 peratus setakat Februari lalu, berbanding pada tahun 2010.
Berdasarkan statistik Kementerian Pendidikan (KPM), terdapat 571,770 pelajar SJKC di seluruh negara dicatatkan sehingga bulan lalu.
Dalam tinjauan yang dilakukan untuk tempoh 2010-2021 itu, Jiao Zong – pertubuhan radikal Cina – berkata, semua negeri seluruh negara merekodkan penurunan jumlah pelajar kecuali di Sabah dan Labuan.
Akhbar Cina melaporkan, Selangor juga antara negeri yang mempunyai pelajar SJKC paling ramai iaitu 110,276 orang (21.7 peratus), diikuti Johor (90,473) iaitu 17.8 peratus.
Menurut Sin Chew Daily, statistik terkini itu didakwa berikutan daripada penurunan kadar kelahiran dalam masyarakat Cina, sehingga menjejaskan bilangan pelajar di sekolah vernakular berkenaan.
Berikutan itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong menggesa kerajaan bertegas agar nisbah SJKC seiring dengan jumlah kanak-kanak Cina dan bukannya kerana penempatan baharu perlu ada sekurang-kurangnya sebuah SJKC.
“Agak ironi pada kala enrolmen murid Cina terus menurun, etnik Cina tidak henti-henti menuntut pembinaan SJKC baharu.
“Kononnya untuk menampung enrolmen yang bertambah-tambah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.
Ditanya mengenai dua sekolah Cina yang beroperasi setelah ditempatkan semula, beliau berkata, dari segi lain, ianya tidak pun merugikan etnik Cina kerana ‘permit’ (kebenaran kewujudan) dua SJKC itu masih dapat diteruskan pengendaliannya di tempat lain.
Katanya, tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah usaha dan tekad bersungguh-sungguh dan mati-matian etnik Cina untuk melindungi pendidikan aliran bahasa Cina, melalui apa-apa cara jua, sama ada yang munasabah atau sebaliknya.
“Sepatutnya dua SJKC itu (di Pahang dan Kedah) ditutup sahaja dan bukan ditempatkan semula. Ia kerana ianya tidak lagi menggunakan nama asal di samping tidak wujud di daerah sama.
“Ia sama sekali entiti baharu di tempat lain, malah negeri lain yang jauh sekali dari negeri asalnya. Oleh sebab kelicikan mereka, etnik Cina sentiasa mencari jalan untuk memenuhi nafsu rakus mereka, untuk memastikan jumlah SJKC tidak boleh sesekali berkurangan.
“Tetapi tetap terus bertambah yang kini sudah melepasi angka 1,300 buah. Ini terjadi sebab ia dibenarkan oleh perundangan negara kini,” dakwanya. - ismaweb.net

No comments:
Post a Comment