Friday, April 2, 2021

Apakah Begini Cara Mereka Berfikir.....

Perpaduan umat tidak relevan buat masa sekarang: MT UMNO
PETALING JAYA – Bercakap tentang perpaduan umat Islam adalah tidak releven buat masa sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, perkara berkenaan hanya sesuai untuk diperkatakan sesudah berakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, ini tidak bermakna UMNO mengetepikan perkara tersebut, sebaliknya merasakan ada isu lain yang perlu diberikan perhatian seperti kestabilan politik.

“Apabila kita bercakap tentang perpaduan umat, bagi saya, ia tidak begitu relevan dalam konteks sekarang.

“Apabila kita menang dalam pilihan raya umum akan datang, UMNO akan menjadi parti teras yang membentuk kerajaan dan agenda utama kami ialah perpaduan umat Islam,” katanya seperti dipetik portal FMT.

Selain itu, Abdul Rahman turut mencabar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada UMNO sekiranya benar mereka prihatin terhadap perpaduan umat.

“Mereka perlu mengiktiraf kedudukan UMNO sebagai parti dengan jumlah Ahli Parlimen paling ramai.

“Jika benar-benar mahukan perpaduan umat Islam, apalah salahnya mereka membuat pengorbanan itu? Tetapi adakah PPBM bersedia menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada UMNO?” katanya.

Sumber: ismaweb.net

No comments:

Post a Comment