Sesetengah mereka pula masih terlalu muda. Ada yang baru berumur 30-an. Hal ini menjadi tanda tanya kepada masyarakat.
Adakah mereka ini sudah banyak menyumbang jasa bakti sehingga mendapat gelaran istimewa berkenaan?
Sudah sampai masanya kerajaan Pusat mewujudkan garis panduan pengurniaan darjah kebesaran. Kita tidak mahu negeri-negeri mengurniakan pingat secara serkap jarang. Kita juga tidak mahu masyarakat mempersoalkan kualiti dan jasa penerima anugerah itu.
Benar, saya ada membaca laporan berita terdapat negeri tertentu yang begitu teliti dalam hal ini. Namun, masih ada negeri yang mengurniakan pingat seperti memberi angpau semasa musim perayaan.
Beberapa syarat wajar ditetapkan. Pertama, mesti berumur 45 tahun ke atas.
Kedua, penerima mesti memberi sumbangan dan jasa yang signifikan kepada negeri atau negara.
Ketiga, penerima dan keluarga mereka perlu diperiksa latar belakang secara lebih teliti.
Ketiga, penerima dan keluarga mereka perlu diperiksa latar belakang secara lebih teliti.
Keempat, tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Insolvensi dan lain-lain perlu dilakukan.
Oleh: MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat, Johor
Oleh: MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat, Johor
No comments:
Post a Comment