Tuesday, November 30, 2021

Inikah Perangai Peniaga Dinegara Kita...

Pelancong terkejut roti canai RM4 sekeping di Langkawi
ALOR SETAR: Pelancong terkejut apabila perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai biasa di sebuah gerai di Langkawi baru-baru ini.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, selepas kejadian harga hidangan seekor ikan siakap lebih RM1,000, kini pihaknya menerima pula aduan roti canai mahal di pulau tersebut.

Kata beliau, pengadu mendakwa gerai roti canai yang terletak ditepi jalan itu mengenakan caj RM4 bagi sekeping roti canai biasa.

“Walaupun kita sedia maklum harga barangan dan bahan mentah mahal sekarang namun harga yang dikenakan pemilik gerai berkenaan tidak masuk akal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, isu peniaga mengenakan caj makanan mahal ke atas pelancong telah lama berlaku di pulau peranginan itu terutama ketika musim cuti.

“Dari dulu peniaga makanan di Langkawi ini akan menjual harga mahal jika tiba musim kemasukan pelancong dan ia kembali disoalkan setelah pembukaan gelombang pelancongan September lalu.

“Oleh itu, pihak kami meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah supaya selalu membuat pemeriksaan di premis dan gerai makanan yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan terlalu tinggi,” katanya.

Tambahnya, sejak dua minggu lalu, lebih 100 aduan pengguna diterima berkaitan kenaikan harga makanan dan bahan mentah di negeri ini.

“Kami nasihatkan peniaga makanan tidak mengenakan harga membebankan pengguna selain meletakkan tanda harga supaya pengguna dapat membuat pilihan sebelum memesan makanan,” ujarnya. – UTUSAN

Harap Rakyat Marhaen Dapat Memiliki Rumah

INTI pati Bajet 2022 yang dibentangkan Oktober lalu antara lain memfokuskan perancangan kerajaan untuk merancakkan semula sektor hartanah yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sejak Mac 2020.

Banyak projek pembangunan terbengkalai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melumpuhkan industri ini apabila ramai pekerja di sektor pembinaan dijangkiti wabak berkenaan.

Selain itu, kadar kehilangan pekerjaan dan tahap pengangguran yang tinggi mengakibatkan golongan B40 dan M40 berdepan masalah kewangan, sekali gus menyebabkan banyak tunggakan pinjaman perlu diselesaikan dengan bank.

Penawaran pemberian penangguhan bayaran pinjaman oleh institusi perbankan secara moratorium hanya bersifat sementara dan tidak dapat membantu masyarakat mengatasi masalah kewangan dihadapi.

Justeru, masyarakat mula sedar untuk bertahan dalam keadaan yang serba mencabar, mereka tiada pilihan dan terpaksa mengambil keputusan drastik dengan menjual rumah bagi memastikan beban kewangan keluarga dapat diminimumkan untuk kelangsungan hidup.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh kerajaan dapat dilihat melalui inisiatif pengecualian bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) kepada keuntungan yang diperoleh hasil pelupusan hartanah oleh individu warganegara, pemastautin tetap dan syarikat bagi tempoh pegangan enam tahun ke atas.

Inisiatif ini dilihat sangat membantu golongan terjejas bagi mendapatkan keuntungan maksimum tanpa dikenakan cukai sebagaimana amalan sebelum ini bagi penjualan hartanah.

Wang yang diperoleh hasil daripada penjualan hartanah secara tidak langsung dapat digunakan bagi menampung keperluan kehidupan seharian sehingga keadaan ekonomi kembali pulih seperti sediakala.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi memberi akses pembiayaan kepada golongan yang sukar mendapatkan pinjaman dan mempunyai keupayaan untuk membayar balik pinjaman tetapi tiada bukti pendapatan tetap untuk membeli rumah.

Inisiatif ini dilihat dapat memberi peluang kepada masyarakat berpendapatan rendah memiliki rumah dengan lebih mudah.

Tambahan juga, bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi meneruskan projek perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.

Semoga peruntukan ini dapat direalisasikan melalui pelaksanaan dan pengagihan disasarkan kepada penerima sebenar dan kesejahteraan masyarakat berpendapatan rendah akan lebih terjamin pada masa hadapan.

Oleh: DR. SITI HAFSAH ZULKARNAIN
Pensyarah Kanan Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, UiTM.

Bos, Cukupkah Gaji RM1,200?

DENGAN gaji RM1,200 saya boleh tinggal di Bangsar, Kuala Lumpur. Menyewa sebuah bilik di rumah teres di Jalan Chenderai. Kalau saya terlewat naik bas untuk ke tempat kerja di Sungai Besi, saya panggil teksi. Dan saya sering makan di luar. Di Bangsar juga. Ada duit dalam RM10 pun, macam-macam boleh makan di medan selera.

Biar betul? Betullah. Tapi ini cerita 25 tahun dululah. Itulah jangan baca tajuk dan intro sahaja, kemudian kecam. RM1,200 kira cukup besar bagi orang bujang macam saya pada ketika itu. Sewa rumah dan bilik masih murah.

Naik teksi dalam bandar, tambangnya sekitar RM3 hingga RM6. Naik bas jangan ceritalah, berapa sen sangat, tak sampai RM1. Dulu mana ada LRT.

Sekarang jangan mimpilah dapat merasa kos hidup rendah sebegitu di Kuala Lumpur. Harga sewa bilik RM1,200 pun ada. Yang bujang dengan gaji sebanyak itu pun tak cukup, apatah yang telah berkeluarga.
Jadi cukupkah gaji RM1,200 sekarang?

Hanya majikan yang berfikiran dia masih duduk dalam zaman dulu-dulu saja cakap cukup. Atau dia saja yang duduk zaman sekarang manakala pekerjanya semua duduk di zaman Bas Sri Jaya atau bas mini yang baru nak pijak tangga, bas dah jalan itu, yang cakap cukup.

Logiknya, tidak cukup. Yang kata cukup, mungkin orang bujang yang tinggal bersama ibu bapanya. Tidak perlu menyewa dan makan di rumah. Itupun hujung bulan minta duit pada orang tua hendak pergi kerja.

RM1,200 pada 20 atau 30 tahun dulu dikira agak mewah, sekarang gaji banyak itu sudah nyaris-nyaris jatuh dalam kategori miskin tegar di Kuala Lumpur manakala pendapatan seisi rumah RM2,216 jatuh dalam kategori miskin bandar.

Jadi berapa ramai kita dalam kategori miskin bandar dan miskin tegar? Ramai. Termasuk yang bekerja di pejabat dan bertali leher. Iyalah, kerja nampak gah, jawatan eksekutif atau pegawai tapi gaji sama dengan pembantu kedai di pusat beli-belah. Tapi itulah, ada yang tak mengaku miskin.

Kenapa hendak menidakkan perkara ini? Klise sangat bila cakap jalan selesai gaji tak cukup adalah dengan ukur baju di badan sendiri. Tak pula cakap ukur gaji ikut keadaan semasa?

Dan yang kaya raya itu jangan sesekali beri nasihat pasal menabung dan berjimatlah kepada golongan yang bergaji rendah ini. Pakai kasut mereka, jika gaji bulanan mereka tiada lebihan untuk disimpan, apa benda yang nak dimasukkan dalam tabung itu?

Baru-baru ini Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim mem­beritahu, kerajaan dijangka meng­umumkan Perintah Gaji Mini­mum pada tahun depan selepas kajian mengenainya selesai akhir tahun ini. Katanya, pada ketika ini kerajaan masih menjalankan kajian mengenai gaji minimum yang dijangka selesai pada suku keempat tahun ini.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) baru-baru ini juga pihak majikan mencadangkan supaya kadar gaji minimum sedia ada dikekalkan manakala para pekerja pula mengesyorkan agar kadar gaji minimum dapat dinaikkan.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan.

Ada yang berkata, pemimpin-pemimpin negara ini dari dulu sampai sekarang pun suka mencanang, negara ini paling bagus di dunia, dari segi itu dan ini. Bersyukurlah. Tapi bab gaji pekerja hendak naik RM100 pun perlu kajian yang lama manakala majikan pula suka buat bising.

Mahu mencapai status negara maju gaji pun kenalah sama seperti negara berpendapatan tinggi. Bab-bab gaji tak mahu ikut pula.

Dan baru saja kerajaan cakap sedang mengkaji gaji minimum, tiba-tiba banyak pula barang naik harga. Harga makanan dan keperluan asas termasuk alat ganti kenderaan turut naik. Rangkaian kedai RM2 pun akan menaikkan harga tidak lama lagi.

Agaknya dah hampir dua tahun tak boleh berniaga sangat kerana PKP, dihentamnya harga naik bagaikan mahu membalas dendam.

Bayangkan kalau betul, gaji minimum dinaikkan ke RM100 lagi misalnya atau mungkin lebih, maka macam mana mencanak pula naik harga semua barangan!

Hakikatnya ini perkara biasa, bila kerajaan mengumumkan gaji minimum atau gaji penjawat awam naik, atau diberi bonus, peniaga pun menaikkan harga barang. Jadi pusing-pusing patah ke tempat asal. Gaji tak cukup. Gaji naik, barang naik. Tiada makna.

Dan paling entah apa-apa jika kenaikan harga barang dianggap sesuatu yang biasa dan masih terkawal.Mungkinlah yang bercakap itu bergaji RM10,000 sebulan atau lebih merasakan ini kenaikan normal dan terkawal.

Janganlah asyik cakap pasal pantau dan tiada aduan. Asalkan barang naik saja, cakap kita akan pantau dan yang diserbu kedai peniaga-peniaga kecil manakala pihak yang memanupulasi harga tidak dikacau. Pemantauan saja tidak cukup. Tentu ada satu mekanisme atau kawalan yang lebih tegas selain undang-undang yang dapat mengelakkan kenaikan harga.

Harga barang binaan naik, harga rumah naik. Sewa rumah dan bilik pun naik. Yang gaji minimum RM1,200 terus diheret kemiskinan dalam hutan batu.

Kalau macam itu bantuan wang yang diberikan kerajaan waima banyak mana pun kepada yang disasarkan tidak memberi kelegaan sebab kenaikan harga barangan.

Pernah dengar janji-janji harga barang akan turun? Sudah turunkah? Apa barang yang turun? Nak dengar lagi? Tunggu PRU15. Semuanya berjuang untuk rakyat!

PENULIS ialah Pengarang Berita Mingguan Malaysia

Pemimpin Melayu Penakut Punca DAP Makin Besar Kepala

BANGI – Sikap pemimpin Melayu yang ‘penakut’ punca kaum lain mengambil kesempatan dan dilihat semakin berani menuntut pelbagai perkara.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad mengakui kecewa dengan sikap pemimpin negara yang seolah-olah ‘bersedia’ di pulas tangan oleh pendatang demi kepentingan diri.

“Semuanya berpunca daripada kelemahan pemimpin kita yang terlalu memberi muka sehingga wujudnya tuntutan melampau dari segelintir pihak.

“Tidak dinafikan Kor Ming adalah daripada kumpulan yang langgar Perlembagaan, tapi dia berani buat pun kerana pemimpin kita yang lemah dan ‘tidak cerdik’.

“Sekiranya kita bertegas dan tahu kedudukan sebenar, saya yakin mereka sedar diri dan tahu kedudukan mereka di negara kita,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung parti tamak halona DAP, Nga Kor Ming yang mengesyorkan kerajaan supaya menggubal dasar perpaduan negara yang baharu.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu mencadangkan agar semua rakyat yang lahir selepas awal pagi 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera, dan kerajaan tidak patut dan tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

Malah, Kor Ming menegaskan bahawa selagi kerajaan masih membezakan rakyat berdasarkan warna kulit, perpaduan negara yang sebenar tidak dapat dicapai.

Mengulas kenyataan tidak masuk akal itu, Dr Hasan percaya kenyataan Kor Ming seperti mahu ‘mencuit’ keupayaan pemimpin kita sama ada akan naik angin atau masih lagi berlembut.

“Namun, sayangnya pemimpin kita masih lagi tidak sedar dan masih lagi berkompromi dan tidak anggap perkara itu sesuatu yang serius,” katanya.

Beliau memberikan contoh kelemahan pemimpin negara yang sanggup menjual negara semata-mata mahu kekal berkuasa.

“Ada pemimpin kita tawar macam-macam sedangkan dia sendiri tahu tawaran yang dibuat itu sebenarnya adalah tindakan menjual negara.

“Keadaan inilah punca golongan DAP ini semakin besar kepala, kerana mereka tahu kita akan berikan apa sahaja walaupun tidak relavan,” katanya. - ismaweb.net

Monday, November 29, 2021

Menteri Perpaduan Negara enggan ulas isu papan tanda Jawi

BANGI – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique enggan mengulas isu papan tanda nama sekolah baru tanpa aksara Cina yang melibatkan beberapa sekolah rendah bantuan kerajaan beraliran Cina di Pekan, Pahang.

Sebaliknya menjelaskan, keputusan mengenai papan tanda itu perlu melibatkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan kerajaan negeri Pahang.

“Dia begini, oleh kerana ini (melibatkan) jabatan pendidikan, saya ingat kita patut dapat respons daripada KPM dan keduanya kerajaan negeri,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette, hari ini.

Dalam pada itu, Halimah ketika ditanya mengenai sama ada tindakan tidak memasukkan aksara Cina itu selari dengan perpaduan negara, beliau menjelaskan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

“Dia macam saya sebut dari segi penjenamaan itu, bahasa Melayu ini adalah bahasa kebangsaan.

“Jadi, kalau contoh nak diletak bahasa lain itu patut jadi keputusan kementerian tersebut, keduanya di peringkat negeri ada kaitan dengan kerajaan negeri, jadi kalau pada pandangan kerajaan negeri perlu ada keperluan itu terpulang kepada kementerian dan kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau dalam masa sama enggan mengulas apabila ditanya sama ada menghapuskan aksara Cina itu tidak menghormati bangsa lain.

“Saya tak nak jawab yang itu kerana menjurus kepada perkara spesifik. Saya ingat kita dapatkan respons dan kenyataan dari KPM,” ujarnya.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 dan Kami@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 hari ini.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar Sinchew Daily baru-baru ini mengenai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang yang membekalkan papan tanda mengandungi nama sekolah SJKC dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam aksara Cina.

Sekolah terbabit adalah SJKC Yoke Hwa dan SJKC Kee Wha. - ismaweb.net

Pengerusi BERTINDAK Seru Rakyat Sokong Pemansuhan Sekolah Vernakular

SELANGOR – “Kaum Melayu telah banyak berkorban dengan kaum-kaum lain. Rakyat yang sayangkan Malaysia, perlu bangun mempertahankan sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia,” kata Pengerusi Badan Bertindak Bandar Kinrara (BERTINDAK) Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu ‘Kes Mencabar Keabsahan dan Kedudukan Sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan di Malaysia’.

Menurutnya, apabila dua parti komponen BN, iaitu MIC dan MCA terlibat, sudah pasti UMNO akan berdiam diri kerana takut hati sahabat-sahabat mereka akan terluka.

“Satu sahaja cara yang mudah, beri mesej jelas kepada UMNO supaya pentingkan Melayu, perpaduan kaum dan patuhi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.”

“Jika UMNO berdegil, kita perlu pulaukan UMNO dalam PRU-15 nanti dan kita tidak akan teragak-agak lagi untuk berbuat demikian,” tegasnya.

Kata beliau lagi, kita terpaksa menghukum bukan kerana benci UMNO tetapi sikap berdiam diri UMNO dan kita perlu berani demi Keluarga Malaysia yang aman, damai dan tenang.

Haji Mohamad Haron selanjutnya menegaskan bahawa UMNO juga perlu menunjukkan sokongan 100 peratus untuk memansuhkan sekolah vernakular dan membantu perjuangan Buzze Azam dan rakan-rakan lain termasuk Pengerusi PEMBELA Tuan Haji Aminuddin Yahaya dan bersama ISMA, GPMS, MAPPIM serta GAPENA yang dihantar sebagai ‘plaintif’ secara rasmi dalam usaha untuk mengubah negara ke arah sistem satu aliran melalui undang-undang tertinggi negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Ujarnya lagi, “Kita semua dalam pasukan yang sama, bersama barisan para peguam seperti Tuan Haniff Khatri, Tuan Rahim Sinwan, Tuan Aidil Khalid, Tuan Khairul Azam (Buzze Azam), Datuk Zainul Rijal, dan ramai lagi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.”

“Rakyat perlu hidup menggunakan satu Bahasa Kebangsaan dan satu aliran sekolah sahaja.”

“Kita semua sama-sama membesar untuk mempertahankan bumi berdaulat ini tidak kira apa pun kaum, baru kita boleh bangga yang kita ini rakyat Malaysia,” ujarnya.

Beliau seterusnya berkata jika pemimpin-pemimpin menjadi batu api maka sampai bila-bila pun negara ini tidak akan aman dan perpaduan kaum tidak akan tercapai.

“Melayu sayang mereka tetapi mereka langsung tak sayang Melayu.”

Beliau kemudiannya menasihatkan supaya rakyat bertegas dan membuat pilihan serta menyokong pasukan ini demi Malaysia.

“Semoga Allah SWT lindungi Malaysia dan memberikan kemenangan kepada Buzze Azam dan pasukannya. Aamiin,” kata Haji Mohamad Haron dengan penuh harapan. - samudera.my

Kor Ming diingat jangan ‘main api’, bangkit kemarahan Melayu

BANGI – Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming diingatkan supaya tidak ‘bermain api’ dan berpijak di bumi nyata dalam membuat sesuatu permintaan.

Ini susulan tindakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu yang mengesyorkan supaya rakyat lahir selepas awal pagi 31 Ogos 1957 menikmati status Bumiputera.

Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Johari mempersoalkan, mengapa Kor Ming mahu memperjuangkan isu Bumiputera sedangkan selama ini peraturan-peraturan lain yang ditetapkan tidak mahu dipatuhi.

“Saya pelik kenapa dia tidak malu dan bersikap dangkal, hak Bumiputera mereka mahu perjuangkan tetapi apabila minta untuk patuh peraturan di negara ini mereka bantah pula.

“Terbaharu isu tulisan Jawi di Pekan kenapa mereka bertegas menentang sedangkan mahu hak sama rata seperti orang Melayu, sekiranya bersedia jadi rakyat di negara ini, saya rasa tiada masalah untuk mereka menerima perkara ini secara terbuka.

“Ini jelas menunjukkan kehendak mereka tidak selari, hanya mahu yang menguntungkan diri mereka sahaja,” dakwanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mohd Nor Izzat menjelaskan, sepatutnya Kor Ming memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera di atas syor melampau itu.

“Namun kita kecewa sehingga kini langsung tiada maaf daripadanya dan menganggap perkara itu sebagai remeh dan mudah sahaja,” katanya.

Beliau yakin tidak semua kaum Cina dan India setuju dengan ‘permintaan’ berkenaan kerana mereka sedar akan hakikat sebenar.

Sehubungan itu, beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Izzat menggesa Kor Ming bersikap realistik sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Jangan main api dengan hak dan kedudukan di negara kita kerana orang Melayu juga boleh tunjuk kuasa dan mendesak untuk kaji semula keberadaan golongan itu di negara ini yang semestinya membawa kedukaan yang berpanjangan kepada golongan berkenaan,” ujarnya.

Sebelum ini, Kor Ming dilaporkan mengesyorkan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu.

Malah, beliau turut mencadangkan agar semua rakyat yang lahir selepas awal pagi 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera, dan kerajaan tidak patut dan tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’. - ismaweb.net

Tak hormat masyarakat Cina, 2 pemimpin DAP bidas isu papan tanda

BANGI – Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Ming memohon Timbalan Menteri Pendidikan I, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon mengambil tindakan tegas terhadap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.

Ia susulan tindakan jabatan itu menggantikan tulisan Cina pada papan tanda sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dengan tulisan Jawi.

Dalam masa sama, Kor Ming turut meminta jawapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan di Pahang iaitu Bera.

Memetik laporan Malaysiakini, Pengerusi DAP Perak itu menggesa Putrajaya menghormati identiti SJKC dengan berkata, isu papan tanda Jawi bertentangan dengan slogan Keluarga Malaysia kerajaan Persekutuan.

Dalam perkembangan sama, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Wong Kah Woh pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai tanda tidak hormat kepada masyarakat Cina Malaysia.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu membandingkan isu berkenaan dengan kontroversi baru-baru ini seperti langkah kerajaan Kedah mengharamkan perjudian dengan tidak lagi memperbarui lesen kedai loteri.

“Berbilang kaum dan agama merupakan aset kepada Malaysia. Jika negara berhasrat untuk maju, mengekalkan keharmonian antara kumpulan etnik dan agama menjadi asasnya.

“Bagaimanapun, kerajaan hari ini telah memilih untuk memusnahkan asas pembinaan negara ini dengan mengubah negara daripada masyarakat yang pelbagai kepada masyarakat yang homogen,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Hang Soon mengarahkan JPN Pahang membina papan tanda baru yang mengandungi aksara Cina dan Tamil di semua papan tanda nama sekolah berkenaan.

“Pengarah bersetuju (dengan cadangan saya) dan juga bersetuju membenarkan kontraktor mengeluarkan papan tanda baru dengan nama Cina dan Tamil untuk sekolah Cina dan Tamil.

“JPN akan memasangnya selepas papan tanda baru siap,” katanya.

Perkara berkenaan berpunca daripada dasar kerajaan Pahang di mana papan tanda agensi kerajaan perlu mengandungi tulisan Jawi.

Sinchew Daily melaporkan JPN Pahang membekalkan papan tanda sedemikian kepada dua sekolah – SJKC Yoke Hwa dan SJKC Kee Wha, awal November.

Papan tanda itu mengandungi nama sekolah SJKC dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam aksara Cina.

Lima sekolah SJKC di Kuantan juga dikatakan akan diberikan papan tanda oleh lembaga tersebut.

Lima sekolah yang dilaporkan itu ialah SJKC Puay Chai, SJKC Kong Min, SJKC Semambu, SJKC Chung Ching 2 dan SJKC Yoke Shian. - ismaweb.net

ADUN DAP bidas papan tanda Jawi di SJKC, tuntut diturunkan

BANGI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen membidas, Jabatan Pendidikan Pahang kerana memanfaatkan status bantuan penuh kerajaan untuk menggantikan tulisan Cina pada papan tanda sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dengan tulisan Jawi.

Menurut ADUN DAP tersebut, tindakan berkenaan mencabar kesabaran masyarakat pelbagai kaum dan mengambil ringan muafakat sedia ada.

Chin Chen yang merupakan Ketua Pembangkang DUN Pahang membidas tindakan menukar papan tanda dua buah SJKC di Pekan dengan menyifatkannya seperti ‘merebus katak dalam air suam’.

“Jika bukan kerana tentangan hebat dari masyarakat Cina, penggantian tulisan Cina kepada tulisan Jawi akan menjadi kebiasaan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik Oriental Daily, semalam.

Menurutnya, dasar tulisan Jawi yang ditetapkan oleh DUN Pahang hanya melibatkan papan tanda premis perniagaan, tidak melibatkan papan tanda sekolah.

Oleh itu, dakwanya, Jabatan Pendidikan Pahang jelas telah bertindak sesuka hati.

Sehubungan itu, katanya lagi, papan tanda terbabit mesti diturunkan segera dan diganti dengan papan tanda yang mengandungi tulisan Cina dan Melayu.

“Tulisan Rumi atau abjad Inggeris digunakan dalam penulisan Melayu moden. Tiada keperluan untuk menambah tulisan Jawi.

“Yang paling membimbangkan sekarang ialah Jabatan Pendidikan Pahang sudah berani menurunkan papan tanda SJKC tanpa kebenaran.

“Sekali gus membenarkan dakwaan kami bahawa Napoleon kecil sedang menggunakan isu Jawi untuk menghapuskan pendidikan vernakular,” dakwanya. - ismaweb.net

Selain Jawi, Hang Soon arah tambah tulisan Cina dan Tamil pada papan tanda SJK

BANGI – Datuk Mah Hang Soon dilaporkan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang berhubung isu dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan – yang dibekalkan dengan papan tanda sekolah yang tidak tertulis nama sekolah dalam tulisan Cina.

Sebaliknya papan tanda sekolah berkenaan hanya tertulis dalam bahasa Melayu rumi dan Jawi.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dilapor mengarahkan pihak kontraktor agar membuat semula papan tanda yang mengandungi nama sekolah-sekolah itu dalam tulisan Cina.

Timbalan Menteri Pendidikan itu menjelaskan, papan tanda sekolah yang baru dibuat kerana Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.

Namun begitu, dalam menambah papan tanda yang baru, papan tanda yang sedia ada patut dikekalkan.

Menurut Hang Soon, Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang telah memaklumkan bahawa jabatan tersebut akan membekalkan papan tanda sekolah dengan tulisan Jawi untuk semua sekolah kerajaan termasuklah SK, SJKC dan SJKT – semua papan tanda itu dibuat secara seragam oleh kontraktor.

Katanya lagi, ketika berbincang dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, dia telah mencadangkan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil disertakan dalam papan tanda sekolah agar ia lebih sempurna, selain mencerminkan kepelbagaian budaya dan bahasa negara ini.

“Pengarah jabatan pendidikan juga telah bersetuju, dan telah mengarahkan kontraktor untuk membuat papan tanda yang baru dengan menambah tulisan Cina pada papan tanda SJKC dan tulisan Tamil pada papan tanda SJKT.

“Jabatan Pendidikan akan memasangnya di sekolah bila siap nanti,” katanya seperti dilapor SinChew Daily semalam.

Tegasnya, semua papan tanda SJKC yang asal akan terus dipelihara, tanpa sebarang perubahan dibuat ke atasnya.

Menurutnya lagi, Pengarah Pendidikan Pahang kelihatan sangat terbuka dalam menerima cadangan tersebut dan segera menyelaraskan semua papan tanda sekolah.

Timbalan Presiden MCA itu turut meminta orang ramai tidak terus membangkitkan isu ini dan memutarbelitkan keadaan menjadi isu yang menjejaskan sistem pendidikan SJKC. - ismaweb.net

Janganlah Puji Melangit Sangat

RAKYAT harus berasa bangga kerana Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berucap dalam bahasa Melayu di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2021, di Glasgow, Scotland, baru- baru ini.

Kebangaan ini perlu dikongsi bersama kerana pertama kali bahasa Melayu dibawa ke pentas dunia seperti mana pemimpin China dan Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka setiap kali berucap di peringkat antarabangsa.

Pun begitu, kita janganlah terlalu ghairah membuat pujian tinggi melangit kerana di negara sendiri, bahasa Melayu terpinggir dan usaha memartabatkan penggunaan bahasa ini dalam kalangan masyarakat semakin sukar walaupun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Akta 153.

Apabila ada sahaja masalah berbahasa tidak kira pertuturan, di papan iklan dan sebagainya, barulah kita semua sedar bahawa usaha memartabatkan bahasa Melayu masih lagi jauh dan perlukan penglibatan semua pihak.

Ada yang dicalonkan sebagai wakil rakyat, namun masih lagi tidak fasih berbahasa Melayu seolah-olah tidak pernah bersekolah dan belajar bahasa Melayu secara formal.

Bagi saya, usaha memartabatkan bahasa Melayu patutlah dimulakan di bangku sekolah secara bersungguh- sungguh dan kejayaan penggunaan bahasa ibunda mencerminkan jati diri rakyatnya untuk meletakkan hak dan kepentingan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya.

Usahlah berbangga mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan jika masih tidak fasih berbahasa ibunda dalam perbualan. Kegagalan menguasai bahasa Melayu merupakan kayu ukur betapa gagalnya dasar pelajaran dalam mendidik rakyat menguasai bahasa kebangsaan.

Sistem persekolahan vernakular kini merupakan bukti bahawa murid bukan Melayu menjadi mangsa ketidakbolehan mereka menguasai bahasa ibunda. Sudah sampai masanya kerajaan merombak dan mewujudkan sistem persekolahan yang sama jika terbukti sistem sekarang gagal melahirkan warganegara yang fasih berbahasa Melayu.

Belum tiba masanya lagi kita mengagumi dan memuji melangit keupayaan bahasa Melayu jikalau di negara sendiri pun tidak digunapakai dan dihormati umpama melukut di tepi gantang layaknya.

Oleh: ABDUL HAMID, 
Temerloh, Pahang

Sunday, November 28, 2021

Vernakular: Tidak Fasih Bahasa Melayu, Bukan Masalah Sekolah, Tetapi Kualiti Pelajar

PULAU PINANG, 28 November 2021 – “Ia bukan tentang sifat sekolah itu sendiri tetapi tentang kualiti pelajar.”

“Pendidikan yang baik dan bermutu menjadi punca ibu bapa Melayu lebih minat memilih sekolah Cina berbanding sekolah kebangsaan,” kata Profesor Dr Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Ini antara hujah-hujah yang dinyatakan mengapa beliau menentang sekeras-kerasnya langkah semakan kehakiman terhadap sekolah vernakular.

Ujarnya lagi, soal penguasaan bahasa itu bukanlah satu isu.

Ini terbukti berdasarkan “daya saing atau kefasihan berbahasa Melayu pelajar-pelajar sekolah vernakular adalah di tahap yang sama dengan para pelajar yang bersekolah di sekolah kebangsaan”.

Malah, kemasukan pelajar-pelajar Melayu ke sekolah vernakular juga meningkat sejak kebelakangan ini di mana lebih dari dua puluh peratus kemasukan ke sekolah Cina datang daripada komuniti Melayu.

Ahli DAP itu selanjutnya menegaskan, perkauman bukanlah hasil produk sekolah-sekolah vernakular.

Ini merupakan sebab kesepuluh mengapa beliau mempertahankan sistem pendidikan sekolah vernakular.

“Isu perkauman tidak berpunca daripada sekolah vernakular tetapi sifat sistem politik yang nekad mengamalkan nasionalisme majoriti dan ekstremisme agama.”

Dan yang paling utama adalah, sekolah vernakular telah wujud sejak sekian lama.

“Ia hanya diformalkan dan disepadukan dalam sistem pendidikan negara selepas merdeka.”

“Sekolah vernakular tidak harus dimansuhkan hanya kerana sesetengah segmen mahu ia dimansuhkan, walau apa pun alasannya,” kata P Ramasamy lagi. - www.samudera.my

Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Menyatupadukan Masyarakat Membimbangkan

Terdapat kerisauan pada kadar penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, menurut sebuah Laporan daripada Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA) pada tahun 2018.

Menurut kajian Professor Dr. Teo Kok Seong, beliau mendapati daripada 14,000 orang pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang dikaji, beliau dapati seramai 604 orang tidak mampu berbahasa Melayu langsung.

Laporan tersebut turut memetik kajian oleh Professor Dr Sharon Carstens yang menunjukkan bahawa terdapat perasaan atau persepsi negatif dalam kalangan masyarakat Cina terhadap penggunaan Bahasa Kebangsaan.

Pertubuhan Peguam Prihatin dalam laporan tersebut mengesyorkan supaya sistem pendidikan negara diselarikan dengan mewajibkan semua sekolah, baik Sekolah Kebangsaan atau Vernakular untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium pembelajaran.

Pertubuhan tersebut mendapati bahawa perpecahan dan jurang antara kaum dapat diatasi dengan menyatupadukan sistem pendidikan negara, sekaligus mencipta ruang untuk anak-anak ini berintegrasi apabila mereka tiba ke alam pekerjaan.

“Hal ini (penguasaan bahasa) semakin parah dengan perpecahan dalam sistem pendidikan, dimana kanak-kanak daripada pelbagai etnik diasingkan mengikut bahasa etnik mereka,” menurut laporan tersebut.

Laporan tersebut juga mendesak supaya sistem pendidikan Malaysia diubahsuai supaya pelajar dapat belajar dan pendidik dapat mengajar di sekolah-sekolah tanpa mengira bangsa dan bahasa ibunda mereka. - www.samudera.my

‘Boleh Terima Syor Bumiputera DAP Tapi Dengan Syarat…’

BANGI – Cadangan DAP yang mahukan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara baharu boleh dilaksanakan, sekiranya parti tamak haloba itu menerima dan akur dengan beberapa syarat.

Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad berkata, cadangan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming itu boleh dipertimbangkan jika parti itu boleh berikrar untuk taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

Beliau juga mahu semua bangsa di negara ini fasih bertutur dan menulis menggunakan bahasa Melayu, selari dengan tuntutan Kor Ming yang mahukan status semua rakyat sebagai Bumiputera.

Selain itu, katanya, kaum lain juga perlu mengakui dan menerima bahawa agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Bersetuju juga untuk menyatukan sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan menolak sistem vernakular.

“Bersetuju untuk mengharamkan iklan pekerjaan yang meletakkan kriteria boleh berbahasa Mandarin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Kor Ming agar semua rakyat yang lahir pada awal 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera dan kerajaan tidak patut atau tidak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu berkata, Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera, selain mendakwa kononnya politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan serta kemajuan negara.

Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Omar Kassim berkata, semua pihak tidak perlu membuang masa berbincang mengenai isu berkenaan.

“DAP sekali lagi melupakan sejarah pembentukan negara ini yang tidak akan berubah.

“Ia adalah sebahagian dari sejarah yang dipateri kemas menjadi identiti negara. Malaysia mempunyai identitinya tersendiri,” katanya. - ismaweb.net

Syor Bumiputera DAP, Cadangan Memalukan Dari Mentaliti Pendatang

BANGI – Tiada mana-mana negara di dalam dunia yang sanggup mencemarkan konsep anak watan dalam sistem negara bangsa dengan memberi status Bumiputera kepada golongan pendatang.

Justeru, tiada sebab untuk mana-mana pihak memenuhi cadangan ‘mengarut’ Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming sebelum ini – kononya semua rakyat yang lahir pada awal 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC-IIUM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, cadangan Kor Ming itu bukan hanya bersifat bacul, malah dianggap sebagai cadangan memalukan daripada mentaliti pendatang.

Terdahulu, kenyataan Kor Ming teruk dikecam selepas meminta kerajaan menggubal dasar perpaduan negara baharu tanpa perlu membezakan rakyat dengan warna kulit.

Menurut bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera, selain mendakwa kononnya politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan serta kemajuan negara.

Menyelar cadangan berkenaan, Prof Ahmad Murad menyifatkan kenyataan Kor Ming yang membezakan antara Indonesia dan Malaysia adalah tidak logik, memandangkan kedua-dua negara itu mengamalkan dasar yang berbeza.

“Di Indonesia tiada sekolah vernakular Cina dan mereka mengamalkan proses asimilasi, sedangkan tidak di Malaysia yang mengamalkan dasar perpaduan dan integrasi.

“Jika mereka (pendatang) setuju dengan dasar asimilasi dan sistem satu sekolah, maka (cadangan) ini akan terjadi dengan sendiri tanpa perlu ada satu dasar formal untuk mengiktiraf semua yang lahir selepas merdeka itu sebagai Bumiputera,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Berbeza dengan Malaysia, beliau berkata, kaum Cina dan India di negara ini enggan menerima dasar integrasi, malah ada yang tidak mahu bertutur bahasa Melayu.

“Cuba tengok Sekolah Wawasan yang diwujudkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memperkukuhkan integrasi tetapi ditolak oleh Dong Zong. Bagaimana nak asimilasi?

“Mereka sendiri yang menolak sistem satu sekolah dan tidak mahu berasimilasi serta mempunyai masalah menerima dasar kebudayaan kebangsaan,” katanya.

Menurutnya, perkara itu sudah jelas menunjukkan penolakan golongan pendatang terhadap negara Malaysia dan konsep penyatuan dalam negara bangsa.

“Tak malu ke? Inilah cadangan yang memalukan datang daripada mentaliti pendatang. Kita kena tegas kerana tidak tegaslah mereka berucap sebegini.

“Apa sahaja kenyataan akan mempengaruhi penduduk negara dan akan jadi isu untuk mencetuskan tuntutan-tuntutan lain. Kalau masih mentaliti pendatang, janganlah tuntut apa lagi,” katanya. - ismaweb.net

Syor Pemimpin DAP Terlalu Radikal

BANGI – Saranan Nga Kor Ming supaya kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu dilihat seiring dengan agenda pemansuhan hak Bumiputera, yang kerap dilaungkan sebagai modal politik.

“Mencadangkan supaya semua orang mendapat status Bumiputera sebenarnya sama sahaja dengan cadangan memansuhkannya. Bagi saya, ianya hanya satu permainan kata-kata yang licik sahaja.

“Ramai tertanya-tanya, mengapakah Kor Ming hanya buat kenyataan mengenai perkara ini melalui Twitternya hanya dalam Bahasa Cina padahal biasanya beliau menulis dalam Bahasa Melayu ataupun Inggeris di Twitternya.

“Malah, akhbar-akhbar yang menyiarkan kenyataan ini rata-ratanya hanyalah media-media Bahasa Cina sehinggalah ada media yang menterjemahkannya. Ini sesuatu yang mencurigakan. Apakah ia hanya suatu kebetulan sahaja?” soal Haji Aminuddin.

Demikian persoalan dibangkitkan Pengerusi PEMBELA mengulas syor tidak masuk akal Timbalan Setiausaha Agung DAP – kononnya mahu semua rakyat yang lahir selepas awal pagi 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera.

Beliau juga mendakwa, kerajaan tidak patut dan tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

“Dalam kemelut sosialisme, demi mempromosikan ‘Keluarga Malaysia’ yang sebenar, sekiranya kerajaan tidak dapat menghapuskan dasar diskriminasi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“…sekurang-kurangnya semua orang yang lahir selepas negara kita merdeka pada tahun 1957 harus menikmati status dan layanan Bumiputera,” katanya.

Mengulas perkara itu, Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Intan itu sebagai sesuatu yang radikal.

Dengan jawatan dipegang juga, Haji Aminuddin tidak menolak kemungkinan bahawa ia sebagai pendirian mewakili DAP secara keseluruhannya, selagi mana tiada kenyataan rasmi parti yang membidas dan mengatasinya.

“Baru-baru ini pun, ada seorang Ahli Parlimen PH juga yang berucap di dalam Parlimen mencadangkan agar Perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dikaji semula. Ini berikutan kononnya peruntukan kepada Bumiputera ‘terlalu banyak’ dalam Belanjawan 2022.

“Apakah ada kaitan dengan kenyataan Nga Kor Ming? Atau hanya kebetulan?

“Apakah selepas ini akan ada lagi mana-mana wakil rakyat akan ‘echo’ cadangan yang sama secara strategik?” soalnya. - ismaweb.net

Saturday, November 27, 2021

Tanah Rizab: Jangan Sampai Merempat Di Bumi Sendiri

PADA Januari lalu, tular dakwaan tanah rizab Melayu (TRM) seluas 641.6 hektar di mukim Sitiawan, daerah Manjung, Perak dipindah milik kepada orang bukan Melayu sejak 2005. Lebih menyedihkan apabila pegawai Melayu sendiri dipercayai menjadi dalang penyelewengan itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuat siasatan terperinci. Menteri Besar Perak pada Februari lalu menyampaikan berita melegakan, iaitu tanah berkenaan yang digazetkan pada Januari 1930 masih kekal statusnya. Rentetan peristiwa yang mendebarkan dan memeranjatkan ini, ada saranan supaya Enakmen TRM dimodenkan bagi mengelak sebarang bentuk penyelewengan oleh mana-mana pihak. Tambahan pula, dalam Kongres Kembalikan Hak Yang Hilang di Ipoh pada April lalu, didedahkan TRM semakin banyak hilang dan kini hanya tinggal sebanyak 11.9 peratus di seluruh negara.

Sebenarnya, perihal TRM terkandung juga dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Raja-raja Melayu dari sembilan negeri sudah sedia meletakkan syarat demi memastikan akan kekal terjamin beberapa hak orang Melayu termasuk status agama Islam, kedudukan istimewa dan tanah rizab.

Mengikut Wasiat Raja-raja Melayu 1957, sepatutnya orang Melayu menjadi pemegang 50 peratus tanah rizab. Saya menghuraikan hal ini dalam buku Malaiur Manikam (2015).

Elok juga kita bersikap ambil tahu dan prihatin tentang Enakmen TRM yang mula-mula diperkenalkan oleh British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan) pada 1913. Enakmen itu mengalami perubahan pada 1933, masih digunakan sehingga kini dengan pindaan dari semasa ke semasa. Bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Johor) pula terdapat enakmen TRM tersendiri.

Kita faham TRM dikhaskan bagi orang Melayu sahaja. Akan tetapi, sekiranya diteliti, definisi ‘Melayu’ mengalami perubahan mengikut negeri. Misalnya di Kelantan, orang Melayu dari negeri-negeri lain tidak boleh membeli dan memiliki TRM.

ARAB

Bagi Perlis dan Kedah, kategori ‘Melayu’ termasuk orang berketurunan Arab, malah orang keturunan Siam (bumiputera) juga boleh memiliki TRM.

Hal ini sedikit berbeza dengan Enakmen TRM di Johor. Jika seorang lelaki keturunan Arab menikahi wanita Melayu, anak-anak mereka berstatus Melayu dan berhak menikmati segala hak yang ditetapkan Perlembagaan Malaysia. Akan tetapi, anak-anak kacukan Arab-Melayu itu tidak layak memiliki TRM.

Apabila saya membaca pelbagai dokumen, buku, kertas kerja dan bahan arkib berkaitan TRM, memang ada hal-hal yang rumit untuk difahami orang awam. Malah ada semacam kelonggaran pada bahagian tertentu yang mungkin memberi kesan kepada pelaksanaan Enakmen TRM serta membuka ruang bagi penyelewengan tanah rizab (simpanan) oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya, undang-undang khas bagi melindungi tanah milik orang Melayu digubal oleh penjajah British dengan niat murni. British tidak mahu orang Melayu menjual tanah pusaka milik mereka dan akhirnya merempat di tanah sendiri.

Tambahan pula mulai 1900 apabila penanaman getah semakin berkembang, terdapat trend orang bukan Melayu membeli tanah dan ladang milik orang Melayu untuk diusahakan sebagai ladang getah atau melombong bijih timah.

PERGI HAJI
Tentulah urusan jual-beli ini melibatkan kedua-dua pihak iaitu orang Melayu menjual dan bukan Melayu membeli. Ramai orang Melayu didapati menjual tanah untuk menampung kos majlis perkahwinan atau untuk pergi haji.

Menerusi rencana Sumbangan Chettiar kepada negara dalam Utusan Malaysia pada 5 Jun lalu, diterangkan bagaimana golongan Chettiar (ceti) memberi pinjaman kepada orang Melayu yang menggadai tanah pusaka.

Sejak 1908, pihak British mula memikirkan cara untuk menghalang, mengawal dan menyekat orang Melayu melepaskan tanah milik mereka kepada orang bukan Melayu.

Ada kes orang Melayu yang meminta tanah daripada kerajaan (British) dan kemudian dijual kepada orang lain untuk mendapat keuntungan segera.

Pembeli bukan Melayu pula bersedia menawarkan harga tinggi yang sukar ditolak. Maklum balas daripada Residen British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu menunjukkan memang banyak kes jualan tanah berlaku, khususnya di Perak dan Selangor.

Salah satu langkah yang difikirkan mampu mengawal seterusnya menyekat trend membimbangkan ini adalah dengan mewujudkan TRM.

Persidangan Residen British pada November 1911 bersetuju supaya satu undang-undang khas digubal bagi mengatasi masalah hak milik tanah orang Melayu jatuh ke tangan bukan Melayu.

Sultan diberi hak mewartakan kawasan tanah kampung khusus bagi orang Melayu. Tanah itu tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu tanpa perkenan sultan.

Walaupun cadangan undang-undang itu mendapat tentangan dan kritikan beberapa pegawai British dan bukan Melayu, Enakmen Tanah Simpanan Melayu diluluskan pada November 1913. Pada waktu itulah juga diperkenalkan definisi Melayu yang diguna pakai sehingga kini, iaitu berbangsa Malayan (lahir di Malaya), bertutur bahasa Melayu (termasuk Jawa, Bugis dan sebagainya), mengamalkan adat Melayu, dan beragama Islam.

Secara mudah, sebelum Wasiat Raja-raja Melayu ditandatangani pada 1957, sudah ada langkah diambil pada 1913 bagi melindungi tanah milik orang Melayu. Enakmen TRM secara jelas mahu melindungi hak orang Melayu serta menghalang usaha memindahkan hak milik tanah itu kepada orang bukan Melayu.

Perak memulakan kerja-kerja pewartaan TRM pada 1914 manakala Selangor pada 1916. Bagi Pahang, Pulau Tioman mula-mula diisytiharkan sebagai TRM pada 1916. Bagi Negeri Sembilan pula, proses pelaksanaan Enakmen TRM lebih mudah kerana sudah sedia ada Undang-undang Pusaka Tanah Adat yang berperanan melindungi tanah milik orang Melayu.

Walaupun sudah ada Enakmen TRM serta perlindungan di bawah Wasiat Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan, kita tidak boleh bersikap lewa dalam memastikan kesinambungan usaha yang dimulakan pada 1913.

Orang ramai khususnya orang Melayu pada semua peringkat dan taraf sosioekonomi perlu sentiasa dididik tentang kandungan dan kepentingan Enakmen TRM. Tambahan pula apabila kebelakangan ini ada dakwaan orang dalam sendiri menjadi dalang penyelewengan TRM.

PENULIS ialah pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan.

Syor status Bumiputera DAP melampau, diberi betis nak peha!

BANGI – Sudah diberi betis, nak peha pula! Demikian luahan rasa rata-rata pengguna media sosial yang mengecam cadangan parti tamak haloba, DAP supaya kerajaan menggubal dasar perpaduan negara baharu.

Ini selepas Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming mencadangkan agar semua rakyat yang lahir pada awal 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera dan kerajaan tidak patut atau tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

Kor Ming berkata, Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera, selain mendakwa kononnya politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan serta menggalakkan kemajuan negara.

Syor bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu mencetuskan kemarahan kebanyakan netizen yang menyifatkan cadangan itu melampau, selain mempunyai unsur cubaan menghapuskan ketuanan Melayu di negara ini.

“Cara halus nak hapuskan ketuanan Melayu. Jenis bangsa tak kenang diuntung,” kata Ryan Daniel.

“Jangan dilayan mereka ni. Cakap bahasa Melayu pun tak fasih nak jadi Bumiputera konon,” tulis Mohd Noor.

Sebahagian netizen juga berpendapat bahawa jika kaum lain mahukan status Bumiputera, kerajaan juga perlu menghapuskan sekolah vernakular dan memansuhkan Dong Zong supaya selaras dengan ‘dasar perpaduan’ yang dinyatakan Kor Ming.

“Jika nak jadi Bumiputera, pastikan vernakular dan Dong Zong mansuh. Ini baru betul selaras dasar perpaduan,” kata Abdul Hadi.

“Sekarang ramai sangat dari SJKC yang tak tahu cakap dan faham bahasa Melayu. Ada hati nak tuntut taraf Bumiputera,” kata Murhatt Murhatt.

Ini bukanlah kali pertama pembangkang menerusi parti-parti Pakatan Harapan menyuarakan cadangan berkaitan status Bumiputera.

Sebelum ini, Ahli Parlimen PKR, Hassan Abdul Karim turut mencadangkan supaya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dikaji semula, kononnya mendakwa kek ekonomi negara tidak adil kerana meminggirkan masyarakat Cina dan India. - ismaweb.net

Kor Ming Syor Semua Rakyat Lahir Selepas Merdeka Dianggap Bumiputera

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming dilaporkan mengesyorkan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu.

Beliau mencadangkan agar semua rakyat yang lahir selepas awal pagi 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera, dan kerajaan tidak patut dan tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

Kor Ming yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengeluarkan kenyataan itu di Parlimen, semalam susulan perbahasan peruntukan untuk Kementerian Perpaduan Negara tahun depan.

Beliau menegaskan, Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Dalam kemelut sosialisme, demi mempromosikan ‘Keluarga Malaysia’ yang sebenar, sekiranya kerajaan tidak dapat menghapuskan dasar diskriminasi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, sekurang-kurangnya semua orang yang lahir selepas negara kita merdeka pada tahun 1957 harus menikmati status dan layanan Bumiputera,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Cina, China Press (23 November).

Katanya, politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan dan kemajuan negara.

“Negara kita telah merdeka selama 64 tahun. Sudah tiba masanya kerajaan memimpin melalui teladan bagi menunjukkan semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang sebenar,” kata Pengerusi DAP Perak itu.

Selain itu, bagi menggalakkan perpaduan negara dan keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Intan itu turut mendesak kerajaan meminda Akta Pertubuhan 1966 bagi melarang sesiapa menggunakan agama untuk mendapatkan modal politik.

“Kerajaan harus menetapkan bahawa semua parti politik mesti mengamalkan dasar penggabungan atau rancangan kebangsaan. Untuk terlibat dalam persaingan yang sihat dan bukannya merompak agama atau menipu undi ‘atas nama tuhan’.

“Politik teokratik adalah jalan tiada faedah. Jika kerajaan benar-benar memikirkan masa depan negara, kerajaan mesti mengakui kesilapannya dan berhenti bertolak ansur dengan trend yang salah dan berbahaya ini,” katanya.

Dewan Rakyat semalam membahaskan bajet Kementerian Perpaduan Negara untuk tahun depan.

Kor Ming menegaskan bahawa selagi kerajaan masih membezakan rakyat berdasarkan warna kulit, perpaduan negara yang sebenar tidak dapat dicapai.

“Parti-parti pemerintah dan pembangkang mesti serius mengkaji semula kesilapan masa lalu. Negara kita sudah tidak berdaya lagi dengan landasan dan hala tuju pembangunan yang berulang kali melakukan kesilapan,” katanya. - ismaweb.net

Friday, November 26, 2021

Sejarah Orang Melayu Di Pulau Pinang Sedang Dihapuskan?

BANGI – Masalah ekonomi dan politik orang Melayu di Pulau Pinang bukan terletak pada dasar ataupun dana dibawa kerajaan Persekutuan, tetapi pada sejarah identiti dan imej Melayu itu sendiri.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, (ISTAC-IIUM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican mendakwa, berdasarkan pemerhatian beliau, apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah penghapusan sejarah.

“Sejarah Melayu dihapuskan. Kalau kita lihat naratif arus perdana Pulau Pinang sejak berpuluh-puluh tahun telah memadam dan meminggirkan penglibatan dan asal-usul orang Melayu. Pertama sekali sejarah arus perdana Pulau Pinang tidak mengakui kewujudan orang Melayu di pulau sebelum 1786.

“Ia memulakan sejarah Pulau Pinang dari tahun 1786. Apa jadi sebelum itu? Sebelum itu telah wujud satu masyarakat, tamadun, sistem undang-undang di Pulau Pinang dan negeri itu di bawah Kedah.

“Ini pun sedang dihapuskan,” dakwanya menerusi program Dimensi di TV Pertiwi bertajuk ‘Pulau Pinang bakal jadi Singapura ke-2?’, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa Pulau Pinang bukan sebahagian daripada Kedah adalah sesuatu yang serius.

Ahmad Murad menyifatkan dakwaan itu sebagai gelombang untuk menanam dan menafikan sama sekali kewujudan Melayu di Pulau Pinang.

“Jadi penghapusan identiti ini bermula daripada penghapusan sejarah dalam naratif-naratif Pulau Pinang,” katanya.

Menjawab persoalan kewajaran mengangkat naratif sejarah untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah, beliau berkata, ia boleh dilakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan Bahagian II, namun sama ada wajar atau tidak itu persoalan kedua.

“Saya menggesa untuk memulakan satu naratif baru, menyegarkan ia dengan bermula membetulkan sejarah palsu,” katanya. - ismaweb.net

Pautan Dimensi:
https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/936433117284624/

29 Kampung Melayu Di Pulau Pinang ‘Dihapuskan’ Sepanjang Sejarah

BANGI – “Orang Melayu bukan menentang kemajuan, bukan juga menentang pembandaran, kerana hakikatnya orang Melayu Pulau Pinang sudahpun maju sebelum Francis Light datang.

“Tanjung Penaga sudahpun maju menjadi bandar sebelum Georgetown diwujudkan, jadi konsep bandar dan orang Melayu tidak asing.

“Tetapi persoalannya sejauh mana aras kemajuan di negara ini melihat kembali kepada status orang Melayu sebagai bangsa asal di negara ini, berkait rapat dengan aras kemajuan.”

Demikian kata Ketua Penyelidik IRIS, Nur Hanis Mohamad Noor dalam Dimensi di TV Pertiwi bertajuk Pulau Pinang bakal jadi Singapura ke-2? malam tadi.

Berdasarkan dapatan kajian, Hanis berkata, sekurang-kurangnya 29 buah kampung Melayu sudah dihapuskan sepanjang sejarah sehingga kini.

Katanya, modem yang sama seperti di Singapura pada tahun 1995, Parti Tindakan Rakyat (PAP) membina satu lembaga dinamakan Housing Development Board (HBD).

Menurutnya, polisi perumahan di Singapura tidak membenarkan mana-mana kaum mendominasi satu kawasan.

“Kampung Melayu diambil tanahnya oleh kerajaan di bawah HDB dan diberikan tender kepada pemaju-pemaju swasta. Kemudian apabila terbinanya flat atau kondominium, tidak dibenarkan satu kaum apatah lagi orang Melayu untuk mendominasi satu kawasan.

“Jadi orang Melayu tiada satu komuniti yang mengamalkan kemasyarakatan Melayu dan Islam.

“Dan di Pulau Pinang, kejadian yang sama juga, 29 buah kampung Melayu dihapuskan, diambil alih dan dimajukan tetapi tidak membela pemilikan tanah orang Melayu,” katanya.

Katanya lagi, kajian data pada tahun 2003 menunjukkan tanah wakaf Islam di Georgetown berukuran 398 ribu kaki persegi tetapi jika dibandingkan tanah gereja keluasannya dua juta kaki persegi.

“Jadi di manakah hak pemilikan atau status pegangan orang Melayu di Pulau Pinang, Singapura bahkan bandaraya-bandaraya lain di Malaysia ini disama ertikan dengan aras kemajuan negara kita,” soalnya. - ismaweb.net

Pautan Dimensi:
https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/936433117284624/

Siakap, Sotong, Apa Pula Selepas Ini?

Belum pun reda isu siakap berharga RM1,196 dari Langkawi, Kedah diperdebatkan dalam media sosial, timbul pula isu baharu iaitu sotong kayangan yang dikatakan berharga RM100 untuk dua ekor di Pulau Pinang.

Isu ini bermula apabila terdapat pengguna Facebook memuat naik gambar resit bayaran makanan yang dikenakan oleh sebuah restoran nasi kandar dan menjadi tular selain menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan warganet.

Natijahnya, kedua-dua isu ini menunjukkan kuasa tular dalam media sosial sangat berkesan dan memberi impak luar biasa. Silap-silap, restoran yang terlibat boleh gulung tikar gara-gara kuasa tular berkenaan.

Paling menarik, tiba-tiba sahaja keberkesanan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat ‘kerja’ mereka.

Apakah selama ini caj restoran-restoran cekik darah tidak pernah kelihatan, diperiksa, disoal siasat dan diambil tindakan? Atau adakah tindakan akan diambil berdasarkan aduan pengguna sahaja?

Apa pun, syabas diucapkan di atas keprihatinan KPDNHEP dalam menangani isu ini dengan pantas selain menunjukkan kuasa pengguna adalah paling utama.

Bercakap mengenai harga lauk-pauk yang mahal di restoran, sebagai pengguna, mereka perlu bijak membuat pilihan dan berbelanja mengikut kemampuan poket masing-masing.

Sebagai pengguna, perlu bertanya terlebih dahulu atau mendapat kepastian tentang harga lauk-pauk yang ingin dibeli.

Kalau ditanya penduduk Pulau Pinang sendiri pun, mereka pun tidak akan memilih sotong Apollo atau udang galah yang sememangnya diketahui mahal di semua restoran nasi kandar.

Sotong Apollo dan udang galah ini sebenarnya akan menjadi makanan ‘kadang-kadang’ bagi golongan marhaen kecuali jika ada lebihan pendapatan, mendapat ‘durian runtuh’ atau menerima bonus tahunan daripada majikan.

Dalam hal ini, para pengguna juga perlu berfikir rasional berkenaan harga makanan yang semakin mencekik darah pada waktu ekonomi negara semakin pulih. Selepas sektor ekonomi dan sosial dibuka, hampir semua harga barang meningkat. Harga barangan dapur turut menunjukkan peningkatan signifikan sekali gus amat memberi kesan terhadap peniaga dan pengusaha-pengusaha restoran. Sehubungan itu, pengguna tiada mempunyai pilihan lain selain berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

Apa pun,selepas ini, giliran lauk-pauk kayangan apa pulak yang akan tular dalam media sosial? Kita tunggu dan lihat. – UTUSAN ONLINE

Thursday, November 25, 2021

Adakah Pulau Pisang Juga Akan Terlepas Dari Tangan Malaysia....

Fokus Tubir Selatan, pulau bersempadan negara lain
PETALING JAYA: Pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula un­dang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh yang dipengerusikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali perlu melupakan usaha untuk mendapatkan hak pulau itu.

Sebaliknya, pasukan tersebut perlu memberi fokus terhadap pemilikan Pulau Tubir Selatan dan pulau-pulau lain yang bersempadan dengan negara lain bagi mengelakkan situasi sama mungkin berulang.

Ini kerana laluan Malaysia mendapatkan penghakiman semula dan mencabar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap pemilikan Pulau Batu Puteh boleh disifatkan sebagai sudah tamat dan jalan mati.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis undang-undang antarabangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata, Artikel 61 ICJ mengatakan semak semula mesti dibuat dalam masa 10 tahun, maka 2018 adalah tempoh akhir selepas keputusan itu dibuat pada 2008.

Katanya, keputusan ICJ yang lepas itu tetap menguntungkan kedua-dua belah negara apabila Singapura mendapat pemilikan Pulau Batu Puteh manakala Malaysia memperoleh Pulau Batuan Tengah.

“Batu Puteh itu kita lupakan sahaja kerana ada tiga batu di situ iaitu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. Singapura pun tak dapat semua sekali, malah jarak di antara Batu Puteh dan Batuan Tengah pun tak jauh, kurang satu kilometer.

“Yang penting sekarang, adalah bagaimana untuk kita dapatkan Tubir Selatan sebab mahkamah (ICJ) tak buat keputusan, hanya kata yang terdekat dan yang terdekat adalah Batuan Tengah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin akhbar ini melaporkan, penemuan bukti-bukti baharu kemungkinan besar tetap tidak dapat membantu pasukan petugas khas untuk mencabar keputusan ICJ terhadap pemilikan Pulau Batu Puteh.

Menurut Rahmat, tumpuan masa ini perlu diberikan untuk menstrategikan Pulau Tubir Selatan menjadi milik negara iaitu dengan mengisytiharkannya kerana setakat ini masih belum terdapat negara lain yang melakukan hal tersebut.

“Kita buat saja pengisyitharan Tubir Selatan itu berada di dalam wilayah kita, tetapi jika Singapura tak setuju, maka mereka boleh bawa ke ICJ.

“Saya pasti kita boleh menang dan memang itu kita punya sebab mahkamah kata Tubir Selatan (milik) yang terdekat, maknanya kita dekat sekali melalui Batuan Tengah itu.

“Namun jangan pandang rendah Indonesia kerana mereka mungkin mahu tuntut juga kerana berdasarkan peta, Batuan Tengah itu seolah-olah dekat dengan Indonesia, jadi kita tak tahu,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga percaya ICJ tidak akan membuat keputusan sebaliknya bagi menjaga kredibiliti keputusan pemilikan Batu Puteh sebelum ini.

Rahmat turut menggesa kerajaan memberi fokus terhadap pulau yang bersempadanan dengan Indonesia dan negara lain.

“Contohnya, Pulau Pisang itu kepunyaan Malaysia, jadi kenapa kita bagi Singapura jaga rumah api, kes ini boleh menjadi seperti Batu Puteh. Kita kena fikir jangka panjang dan bukannya jangka pendek. Jika dahulu kita tak terfikir Singapura mungkin tuntut Batu Puteh, maka sama juga dengan Pulau Pisang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Wednesday, November 24, 2021

Siapa Lebih Berkuasa Sebenarnya?

TIDAK mengejutkan dan memang sudah dijangka, jenama wiski, Timah kekal selepas Kabinet bersetuju membenarkan syarikat pengeluar minuman keras itu menggunakan nama tersebut walhal pelbagai pihak menentangnya kerana menghina bangsa Melayu dan agama Islam.

Sungguhpun begitu, pengeluar minuman keras itu perlu menyertakan label tambahan yang menerangkan maksud disebalik nama Timah pada botol wiski itu.

Saya tidak mahu memanaskan isu ini tetapi perlu bersuara atas hak dan kedaulatan agama dan bangsa Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya tidak faham mengapa pengeluar wiski ini sukar untuk membatal dan menukar jenama Timah kepada nama lain?

Adakah undang- undang di negara ini amat lemah dan sukar untuk menegakkan peraturan terutama berkaitan bangsa dan agama Islam? Dalam situasi ini, siapa lebih berkuasa, kerajaan atau pengilang?

Kita patut malu dengan keadaan ini kerana Islam adalah agama rasmi dan orang Melayu adalah kaum majoriti. Sudah terhakiskah kuasa badan yang menegakkan Islam di negara ini dalam menangani isu yang dianggap mudah untuk diselesaikan tetapi gagal dan mengikut sahaja kehendak pihak yang memandang keuntungan?

Di manakah maruah kita sebagai rakyat yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan?Jika dilihat penggunaan nama Melayu dan imej Islam dalam produk makanan yang dijual di pasar raya di seluruh negara, boleh dikatakan telah lama beroperasi dan tiada tindakan diambil malah berjaya pula memanipulasi pembeli.

Maka, amat wajarlah disertakan juga label tambahan ke atas produk yang menggunakan nama Melayu sebagaimana diarahkan kepada pengeluar wiski jenama Timah untuk menjelaskan produk itu bukan keluaran bumiputera, tidak halal dan mengguna pakai nama dan imej Islam.

Jika kerajaan tidak bertegas, lambat- laun akan ada lagi cubaan pihak tertentu untuk mencabar hak dan kedaulatan bangsa dan agama Islam .

Oleh: ABDUL HAMID,
Temerloh, Pahang

Jangan Kembali Ke Lembah Hina

KEMENANGAN UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh menjadikan parti itu melupakan kisah silamnya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2013. PRN Melaka mengembalikan maruah UMNO dan BN amnya yang begitu teruk dihenyak oleh fitnah.

Bagaimanapun, pengajaran besar yang dilalui sejak PRU-13 hendaklah dijadikan sempadan supaya tidak terjerumus kembali ke lembah penghinaan. Semua
pemimpin UMNO dan BN wajib menginsafi dengan penuh kesedaran bahawa kemena­ngan PRN Melaka adalah peluang kedua untuk berubah lebih baik.

Kembalinya sokongan asas kepada UMNO khususnya dapat menyedari dan menginsafkan bahawa kepentingan kehendak rakyat dan akar umbi adalah lebih utama daripada kepimpinan pusat. Kemenangan ini juga me­ngajar pemimpin UMNO dan BN bahawa melayanilah dan berkhidmatlah dengan jujur kepada rakyat.

Anggaplah lapan tahun diselubung fitnah sejak PRU-13 sebagai kuliah untuk bermuhasabah. Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka sebagai pengajaran kepada UMNO bahawa hanya 65.85 peratus pengundi yang keluar berjaya meruntuhkan kekuatan sesebuah parti komponen yang begitu gah sejak PRU 2008 lagi.

Pembentukan kerajaan Melaka oleh BN apabila berjaya mendapat 21 berbanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-14 adalah disebabkan oleh beberapa faktor.

Pertama, pengundi Cina dan India terutama generasi muda menurun dari segi peratusan keluar undi. Ada di sebahagian DUN, contohnya di Kota Laksamana pada PRU-14, DAP memperoleh 20,181 undi berbanding 13,508 (PRN Melaka). DUN Bandar Hilir, DAP memperoleh 14,038 (9,091), DUN Kesidang 22,880 (14,769) dan DUN Ayer Keroh 14,279 (9,459). Malahan kesemua DUN yang dikuasai DAP dalam PRU-14 iaitu Duyong, Pengkalan Batu, Bemban dan Gadek dimenangi BN bukan kerana pertambahan undi Cina sebaliknya berlaku satu usaha memboikot PRN Melaka.

Kedua, PKR ditolak oleh pengundi muda disebabkan isu penerimaan ‘katak lompat’ dan perpecahan dalaman parti itu dan PH amnya. Malahan keputusan menunjukkan komponen parti PH mendapat keputusan tercorot dalam kebanyakan kerusi DUN.

Salah satu puncanya juga kepimpinan pusat tidak mendengar luahan hasrat di peringkat akar umbi PH Melaka. Malahan keputusan yang dibuat oleh PKR pusat langsung tidak mengendahkan bantahan PH negeri.

Ketiga, ketiadaan tokoh dalam PH yang mampu me­nyatukan perbezaan pendapat dan rasa tidak puas hati de­ngan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan pusat PH. Ini dibuktikan apabila Ginnie Lim digantikan dengan calon lain atas keputusan kepimpinan pusat. Akhirnya pengundi tegar PH memboikot.

TIDAK BIJAK
Seterusnya, faktor keputusan kepimpinan pusat PH menyebabkan sebanyak 7.6 peratus undi popular PH beralih ke BN. Peralihan ini menunjukkan undi protes ke atas keputusan yang tidak bijak. BN hanya berjaya menambah 2.6 peratus undi popular.

Keempat, saluran satu dan dua yang merupakan majoriti paling banyak keluar mengundi merupakan pengundi putih BN. Situasi ini menjelaskan kenapa peratusan yang diperoleh MCA, MIC dan UMNO di kawasan DUN majoriti didominasi bukan Melayu menurun. Penurunan ini kerana faktor ekonomi, kekangan Covid-19 dan isu tidak puas hati ke atas pengenaan cukai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan lain-lain kegagalan yang berlaku selama 22 bulan Melaka berada di bawah PH menyebabkan majoriti orang Cina dan India menolak kepimpinan DAP.

Pada masa sama, majoriti ini tidak menyokong BN tetapi memberikan peluang kepada BN untuk memperbetulkan kesilapan yang berlaku semasa Melaka diperintah PH dan Perikatan Nasional (PN).

Kelima, penolakan Pas dalam PRN Melaka oleh bukan Melayu disebabkan isu judi dan arak yang menjadi polemik semasa tempoh kempen berlangsung. Ini menyebabkan hampir 40 peratus penduduk Melaka yang bukan Melayu menolak PN disebabkan propaganda penubuhan sebuah negeri Islam.

Seterusnya, majoriti bukan Melayu akhirnya menyokong BN dengan bersyarat, iaitu memberikan peluang kepada BN sebelum membuat keputusan dalam PRU-15. Medan PRN Melaka adalah sebahagian ujian untuk melihat sejauh manakah BN berubah dan mempunyai kemampuan untuk memenuhi keseimbangan sebagai sebuah parti ­berbilang kaum.

Keenam, kemenangan BN sebenarnya bergantung kepada penyatuan semula oleh kepimpinan UMNO dalam kalangan ahli-ahli terutama di peringkat akar umbi. Pelbagai reformasi dan perubahan berlaku di peringkat UMNO di negeri berbanding pusat. Ini menyebabkan UMNO Melaka kini kembali bersatu dan bersedia untuk memilih BN.

Berbanding PRU-14, kepimpinan UMNO negeri adalah lemah dan berpecah, akhirnya penyebab kepada kekalahan UMNO di Melaka.

Ketujuh, Parti Amanah Negara (Amanah) diterima pengundi tegar PH berbanding PKR dalam PRN Melaka. Walaupun begitu, Amanah kehilangan wang deposit di semua kerusi DUN yang ditandinginya berbanding Pas masih tidak kehilangan wang deposit dalam semua kerusi ditandingi.

Gerakan pula ditolak kerana kepimpinan parti itu kurang dikenali dalam kalangan pengundi-pengundi muda bukan Melayu. Seterusnya, Gerakan gagal mendapat sebarang kerusi.

Kelapan, Melaka masih bersifat sentimen politik primordial. Penolakan ke atas BN dalam PRU-14 adalah disebabkan rasa tidak puas hati atas campur tangan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam politik UMNO Melaka.

Pada PRN Melaka ini, kepimpinan Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam berjaya menyatukan dan mendamaikan segala pertelingkahan dalaman UMNO. Kepimpinan Mohd. Ali dalam PRN Melaka amat bermakna untuk UMNO Melaka dan BN.

Oleh: DR. Iskandar Hasan Tan Abdullah

MCA Kena Ikut Kehendak Melayu, Bertanding Di Kerusi Majoriti Cina

MCA bakal jatuhkan kerajaan Melayu, Islam?
SEJAK Pilihan Raya Umum pertama (PRU-1) pada tahun 1955, parti MCA telah dianggap sebagai penyokong tegar kerajaan daripada Parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) dalam mendapatkan sokongan masyarakat Cina di seluruh Malaysia.

Baiknya orang Melayu, walaupun orang-orang Cina baru sahaja diberikan kerakyataan pada waktu itu, sudah boleh tubuhkan parti politik, bertanding dalam PRU dan menang atas undi-undi orang Melayu.

Malah, MCA diberi laluan untuk bertanding atas tiket Parti Perikatan yang mesti menang kerana kekuatan UMNO ketika itu.

Sejak dari itu, MCA telah memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina buat BN sehinggalah pilihanraya ke-12, di mana kita menyaksikan gelombang besar-besaran orang Cina beralih kepada DAP.

Sejak daripada itu, mereka hanya bergantung pada kerusi majoriti ‘ihsan UMNO’ kepada MCA semata-mata kerana UMNO mahu ada ahli parlimen Cina untuk duduk di blok kerajaan.

Jumlah kerusi yang dimenangi oleh MCA sejak PRU-11:
PRU11: 31 kerusi
PRU12: 15 kerusi
PRU13: 7 kerusi
PRU14: 1 kerusi


Pada PRU 14, MCA sebenarnya sudah mati tetapi diberi nafas kembali oleh UMNO.

Ini kerana lebih 90 peratus daripada masyarakat Cina sudah menyokong DAP melalui Pakatan Harapan (PH) dan menolak MCA.

MCA yang memang sudah sekian lama terdesak mahu memenangi kembali hati pengundi Cina, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuklah ‘berperangai’ seperti DAP.

Ini dapat dilihat jelas melalui tindak tanduknya yang sentiasa berlumba-lumba dengan DAP dalam sesuatu isu.

Lihat sahaja isu Rang Undang-Undang (RUU) 355, tulisan Jawi, Sijil Peperiksaan Bersepadu(UEC), sekolah vernakular dan sebagainya.

Kita tidak lupa juga apabila MCA mahu keluar dari BN ketika UMNO sedang tersungkur dan lemah sejurus kalah teruk dalam PRU14.

Malah, ada khabar mengatakan bahawa MCA ada berbincang dengan MIC untuk menendang UMNO keluar daripada BN.


Senarai kerusi yang dimenangi oleh MCA pada PRU14 dan Pilihan Raya Kecil (PRK):
Kerusi Parlimen
Ayer Hitam, Johor – 58 peratus Melayu
Tanjung Piai, Johor (PRK 2019) – 57 peratus Melayu

Kerusi DUN
Cheka, Pahang – 72 peratus Melayu
Titi Tinggi, Perlis – 78 peratus Melayu


Mereka tiada rasa segan silu kerana UMNO pun dilihat tidak peduli, mungkin kerana mereka juga mahukan undi dan pengundi Melayu memang akan setia dengan UMNO tidak kira apa pun.

Ini dapat dilihat melalui perangai mereka ketika mahu melobi kerusi parlimen Tanjung Piai ketika suatu PRK pada 2019.

Walaupun UMNO mahu bertanding, tetapi MCA pula main ugut-ugut sampaikan ada yang mahu keluar parti beramai-ramai.

Malah, hangat juga diperkatakan bahawa jika MCA keluar dari BN, maka koalisi itu akan terbubar mengikut perlembangaan BN.

Akhirnya UMNO dan PAS terpaksa akur dan ‘tutup aib’ berkenaan dengan alasan “Muafakat Nasional tidak rasis”.

Namun, ‘pengorbanan’ masih tidak dihargai oleh MCA apabila kita dapat lihat pertelingkahan-pertelingkahan antara MCA dan UMNO di peringkat bahagian yang berebut kerusi, seperti yang dilaporkan oleh media.

Ditambah lagi dengan isu-isu selepas itu yang melibatkan isu sekolah vernakular, UEC dan terkini iaitu isu pencerobohan tanah di Raub, Pahang.

Dalam isu pencerobohan tanah kerajaan di Raub, Pahang, walaupun jelas terbukti ianya satu pelanggaran undang-undang, namun MCA telah bertindak secara luar biasa – apabila menyokong penceroboh-penceroboh tersebut sampaikan mereka perlu menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat parti yang dianggotai sendiri oleh pimpinan mereka, termasuklah yang mempunyai jawatan Timbalan Menteri yang tiada kaitan pun.

Nampak betapa pentingnya isu ini kepada MCA, mungkin kerana mereka mahu terus melobi kerusi parlimen Raub, lebih-lebih lagi PRU sudah dekat. Sekali lagi, kerusi parlimen Raub yang majoriti pengundinya ialah orang Melayu tetapi menjadi ‘kerusi tradisi’ MCA selama ini.

Lebih mengecewakan, pimpinan UMNO dan PAS yang bersuara dalam isu ini tidak pernah pun menyentuh apa yang diusahakan oleh MCA ini.

Sudah terang-terang mereka ini mengambil ‘pintu belakang’ dengan melakukan rundingan-rundingan di belakang tabir walaupun Menteri Besar Pahang (UMNO) sudah muktamad tidak mahu berkompromi dengan penceroboh.

Ya, benar memang DAP juga bersungguh-sungguh membela para penceroboh tanah ini.

Tetapi pimpinan UMNO dan PAS kelihatan tidak jujur apabila hanya menuding jari pada DAP dan PH, bak kata pepatah ‘kuman seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’.

Trend ini sama sahaja dalam pelbagai isu, tidak kiralah RUU 355, UEC, sekolah vernakular, hudud, kempen BMF dan sebagainya.

Jika parti-parti Melayu ini jujur dalam memperjuangkan sesuatu isu ataupun agenda, mereka akan lawan siapa sahaja yang menghalangnya, termasuklah rakan satu gabungan politik itu sendiri.

Jika tidak, sebenarnya mereka ini hanya melepaskan batuk di tangga yang hanya dahagakan publisiti semata-mata. Sampai bila kita mahu begini?

Sekarang ini bukan sahaja orang Cina yang menolak MCA, tetapi orang Melayu sudah mula meluat dengan sikap MCA.

Mungkin kesannya tidak nampak dalam masa terdekat, malah dalam PRU akan datang, yakinlah satu hari nanti orang Melayu akan hilang sabar juga.

Lebih-lebih lagi sekarang ini maklumat sudah berada di hujung jari dan maklumat itu akan dapat terus diakses sampai bila-bila.

Sangatlah malang jika MCA terus dapat bertanding di sebahagian besar kerusi dalam pilihanraya akan datang.

Paling kurang mereka akan bertanding 39 kerusi parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sebagaimana jumlah mereka bertanding dalam PRU14 dahulu.

Dengan ketiadaan GERAKAN yang selama ini bertanding di sebahagian besar kawasan Cina, pasti bilangan kerusi yang bakal mereka tandingi akan meningkat.

Jumlah kerusi yang ditandingi oleh MCA sejak PRU-11:
PRU12: 40 kerusi parlimen, 83 kerusi DUN
PRU13: 37 kerusi parlimen, 90 kerusi DUN
PRU14: 39 kerusi parlimen, 90 kerusi DUN


Percayalah, MCA tidak akan menang satu pun kerusi majoriti Cina dan mereka akan hanya bergantung di kerusi majoriti Melayu yang ‘disedekahkan’ oleh UMNO kerana itulah talian hayat mereka.

Melihat perkembangan pada hari ini, ada kemungkinan juga wujudnya peratusan pengundi Melayu yang signifikan, yang akan menolak MCA dan sanggup mengundi calon Melayu PH semata-mata bencikan MCA, tidak turun mengundi atau mengundi pihak ketiga (third force) yang mampu menyebabkan BN terlepas kerusi tersebut.

Tidakkah UMNO dan PAS (Muafakat Nasional) fikir akan kemungkinan ini?

Bagi saya, eloklah Muafakat Nasional (UMNO dan PAS) muhasabah kembali apa yang saya perkatakan ini.

Jika MCA ini terus dimanjakan, mereka akan terus besar kepala dan timbulkan pelbagai masalah.

Mereka perlu tegas dengan MCA, jika mahu terus bersama, maka MCA perlu akur dan selari dengan kehendak orang Melayu dan fokus bertanding di kerusi majoriti Cina sahaja.

Jika tidak, apakah perlu kita gerakkan kempen ‘kerajaan Melayu-Islam tanpa DAP dan MCA’ pula?

Di mana kita pastikan MCA tidak menang satu kerusi pun di kawasan Melayu dan pada masa yang sama pastikan parti-parti Melayu mendapat majoriti untuk tubuh kerajaan.

Manakala DAP kekal di blok pembangkang kerana berjaya membolot kerusi-kerusi majoriti Cina yang MCA telah biarkan terlepas akibat hanya selesa mahu menang kerusi Melayu?

Atau kita akan terus melihat MCA terus menjahanamkan ‘kerajaan Melayu Islam’ yang kita semua idam-idamkan selama ini?

Oleh: Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA

Rakyat Sudah Penat, Lelah Lihat Kepincangan PH, Kata Wakil Rakyat DAP

PETALING JAYA: Rakyat sudah penat dan lelah melihat kepincangan Pakatan Harapan (PH), kata seorang wakil rakyat muda DAP mengulas kekalahan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin, berkata kekalahan PH dalam pilihan raya berkenaan kesan respons rakyat terhadap setiap langkah dan keputusan dilakukan parti berkenaan.

Katanya, mengambil kira faktor berkenaan, PH perlu menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran bagi memulih kembali kepincangan yang sedang dan telah berlaku agar tidak menjadi lebih teruk.

“Ada banyak perkara yang perlu kita lihat semula. Ada banyak faktor yang mungkin menyebabkan rakyat semasa PRN Melaka ini…tidak memilih PH,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Jamaliah berkata, faktor kekalahan terbabit tidak sepatutnya menjadi senjata untuk parti komponen saling menikam dan menyalahkan sesama sendiri.

“Kita mesti bergerak ke hadapan dan berusaha dengan lebih kuat. Dan kekuatan ini harus diperkukuhkan dan mesti diterjemahkan semasa pilihan raya umum ke-15 akan datang,” katanya.

Terdahulu, ADUN Bilut dari DAP Lee Chin Chen, mendesak Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, meletak jawatan menerajui parti pembangkang itu.

Lee berkata, pakatan pembangkang perlu meneroka haluan baharu, termasuk mencari kesepakatan baharu secepat mungkin.

Selain Lee, desakan sama juga ditimbulkan beberapa ahli politik lain, termasuk penganalisis politik Wong Chin Huat, yang mencadangkan PKR bergabung dengan Amanah.

Naib Presiden Warisan Junz Wong juga mendakwa rakyat sudah menyampah dengan PH yang didakwa berulang kali memungkiri dan mahu melihat kepimpinan baharu.

Bagaimanapun, Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata tidak adil meletakkan semua kesalahan di bahu Anwar semata-mata.

PH sekadar menang lima kerusi pada PRN Melaka, berbanding menguasai 15 kerusi pada pilihan raya umum ke-14, pada 2018. - freemalaysiatoday