Tuesday, January 14, 2020

Semua Tahu Mereka Begitu Rasis....Tetapi Begitu Takut Untuk Mengharamkannya

Dong Jiao Zong pembakar api perkauman sebenar
KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) perlu mengharamkan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang jelas menentang Perlembagaan negara, tegas Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali.

Ini termasuk Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang dari segi sudut undang-undang perjuangannya dilihat telah ‘lari’ dari Perlembagaan negara, kata Syed Hassan.

Kerajaan baru-baru ini, katanya, telah mengumumkan bahawa pelaksanaan tulisan jawi dalam subjek bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular hanya boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pun begitu, Syed Hassan berkata, Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) ini masih menentang kerana mereka mahu hak pembelajaran dan pengajaran di sekolah vernakular Cina berada di ‘tangan’ mereka.

“Mereka mahu hak pengurusan sekolah Cina hanya dengan Dong Zong, bukan dengan PIBG. Mereka nak kuasa itu. Mereka nak, biar merekalah yang boleh memutuskan sesuatu perkara boleh dilaksanakan atau pun tidak. Ini satu tindakan yang begitu biadap oleh Dong Zong.

“Seolah mereka satu agensi penting kepada agenda pendidikan negara, padahal dia hanya NGO biasa yang berteras kepada keuntungan.

“Saya lihat perkara ini perlu diambil serius oleh ROS. Kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Dong Zong sejak kebelakangan ini membuatkan orang Melayu marah. Dong Zong adalah pembakar api perkauman yang sebenarnya,” katanya kepada media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.

Terdahulu, gabungan gerakan NGO Melayu Islam (Bangkit), membuat laporan kepada ROS untuk menyiasat gabungan Dong Zong dan Jiao Zong atas beberapa tindakannya yang dilihat bersifat anti perpaduan dan menentang identiti nasional.

Antara NGO yang turut bersama-sama membuat laporan adalah Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Armada Malaiu Malaysia, Dewan Perniagaan Muslim Malaysia (DPMM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Sukarelawan Belia Islam (SBI), PENJAWI, Pertubuhan Darul Fitrah, Gerakan Selempang Merah dan Kombat Satukan Malaysia. - www.ismaweb.net

1 comment:

  1. Lihat saja menteri pendidikan yang dilucut jawatan kerana berani menentang pertubuhan rasis ini.

    ReplyDelete