Friday, January 17, 2020

Melayu Bertimbang Rasa Hingga Ditolak Beransur-ansur

Islam dilabel pengganas, Melayu dihina, institusi diRaja dipersenda
1. SEJAK kedatangan Cina dan India ke Tanah Melayu puluhan tahun dahulu, mereka bebas mengamalkan cara hidup dan ritual beragama di bumi bertuah ini

2. Rumah-rumah ibadat mereka dibina dengan begitu banyak bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Satu kajian menunjukkan bilangan rumah ibadat agama lain (kuil, gereja dan tokong) adalah jauh lebih banyak dari masjid jika dikira berdasarkan nisbah penganut setiap agama.

3. Bukan itu sahaja, perayaan agama mereka juga bebas diadakan, malah diiktiraf sebagai cuti umum seluruh negara.

4. Di pusat-pusat membeli belah, perhiasan sempena menyambut perayaan agama minoriti lebih meriah, besar dan jauh lebih awal dibuat berbanding sempena Hari Raya Aidilditri yang merupakan sambutan perayaan majoriti rakyat Malaysia.

5. Beberapa bangunan, tugu dan simbol kebesaran serta sejarah negeri China dan India juga dibenarkan untuk dibina di Malaysia yang beridentiti berbilang bangsa dan agama. Kadang-kadang imej ini lebih besar dan kuat kesannya dalam membentuk identiti baharu negara.

6. Atas semangat menghormati dan meraikan bangsa dan agama lain, tanpa sedar di atas kerelaan kita sendiri kita telah mengubah identiti dan batu asas pembentukan negara yang amat dicintai ini.

7. Lantas pihak yang berkepentingan jahat mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kita untuk terus memijak, menenggelamkan dan menghapuskan identiti asal Malaysia yang berasaskan Melayu dan Islam.

8. Agama Islam dilabel pengganas dan ketinggalan, bangsa Melayu dihina dan dicerca malah mereka kini sudah berani mempersenda institusi Raja.

Itu belum dikira pelbagai teras nasional yang diperkosa seperti perlembagaan, rukun negara dan Bahasa Melayu

9. Jangan disebabkan kita naif dan tertipu, generasi anak cucu kita nanti akan menerima akibatnya. Terhina di bumi sendiri, melukut di tepi gantang dan diusir sedikit demi sedikit dari tanah tempat tumpah darah kita.

10. Semoga Allah SWT melindungi dan menyelamatkan kita semua

Oleh : Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

1 comment:

  1. Lalu...! Apakah yang perlu dan akan dilakukan....???

    ReplyDelete