Wednesday, January 8, 2020

Haramkan Dong Zong....Banyak Perkara Akan Selesai

Jangan buang masa polis tahun ini, KPN beritahu pemimpin politik
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengingatkan ahli dan pemimpin politik seluruh negara supaya tidak lagi melakukan aktiviti yang merugikan masa polis tahun ini hingga menyebabkan tenaga anak buahnya dibazirkan untuk perkara remeh.

Hamid berkata, tugas utama polis adalah untuk mengekang serta membanteras aktiviti jenayah dan dadah yang memberi kesan kepada keselamatan rakyat dan keharmonian dalam negara.

“Saya merayu semua ahli dan pemimpin politik supaya memahami dinamika negara. Kita hidup pelbagai kaum, agama, jadi gunakan kepelbagaian kita untuk jana kekuatan.

“Pemimpin dan ahli politik, gunakanlah kebijaksanaan. Tidak ada masalah yang tidak dapat di atasi. Jangan lakukan aktiviti untuk sakitkan hati orang lain dan kemudiannya mencabar orang lain,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Hamid berkata, pihaknya tidak akan meminggirkan setiap kes jenayah dan salah laku yang dilakukan mana-mana pihak, namun meminta ahli dan pemimpin politik bersikap lebih bertanggungjawab.

“Isu politik ini merugikan negara. Polis terpaksa buat kerja lebih masa. Pada hujung tahun ketika orang lain bercuti dan mengurus persekolahan anak, anak buah saya pula terpaksa menunggu dalam trak.

“Buang masa saya dan anak buah saya. Sepatutnya tugas mereka digunakan untuk membanteras aktiviti jenayah dan dadah, bukannya terlibat dalam isu remeh. Saya minta kefahaman mereka, untuk fikirkan tanggungjawab polis ini amat berat,” katanya.

Beliau berkata, menjadi hasratnya untuk melihat pasukan polis dihormati dan diberi kepercayaan oleh rakyat, sama seperti keadaan semasa negara baru sahaja mencapai kemerdekaan.

“Matlamat polis pada tahun ini adalah untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat.

“Dahulu semasa Parti Komunis Malaya (PKM) mengancam negara, orang ramai bersandar kepada polis.

“Polis ketika itu mendapat penghormatan daripada rakyat,” katanya. - www.freemalaysiatoday.com

Mufti Perlis gesa Putrajaya haramkan Dong Zong kerana berbahaya kepada negara
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan kerajaan mengharamkan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong yang disifatkannya berbahaya kepada negara seperti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Katanya, tindakan Dong Zong membantah pengenalan 3 muka surat tulisan Jawi bagi subjek bahasa Melayu di sekolah vernakular ibarat “negara nak berperang” sedangkan ramai ahli perniagaan bukan Islam di negara ini menggunakan tulisan Jawi untuk melariskan produk mereka.

Beliau berkata, masalahnya bukan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular, tetapi ia membabitkan soal keengganan wujud identiti negara Islam.

“Saya mencadangkan kumpulan itu (Dong Zong) dari dulu diharamkan. Semua orang yang terlibat dalam keganasan LTTE mesti diharamkan, kalau ada menteri mana yang masih ada lagi, negeri mana tak kira Pulau Pinang ke apa, yang terlibat mesti diambil tindakan, mereka berbahaya kepada negara ini. Dong Zong berbahaya untuk negara ini.

“Dia bukan masalah mereka nak baca Jawi (atau) tak baca Jawi, mereka bimbang kepada identiti. Berpuluh tahun lamanya, orang bukan Islam hidup dalam kampung Islam di Malaysia ini, tak pernah ada sesiapa yang dipaksa masuk Islam pun.

“Orang Melayu boleh beli di kedai mereka sehingga jadi tauke dan kaya,” katanya dalam satu kuliah yang dimuat naik ke Facebooknya semalam.

Asri turut mendakwa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan Dong Zong sebagai pelampau.

Pada 12 Ogos lalu, Mahathir melabelkan Dong Zong sebagai rasis kerana sering membantah keputusan kerajaan, termasuk isu pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Dong Zong terpaksa membatalkan persidangan membincangkan isu pengenalan tulisan Jawi di Kajang pada 28 Dis lalu selepas polis mendapat perintah mahkamah.

Susulan itu, 17 kumpulan pendidikan Cina menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan polis menghalang persidangan itu atas alasan rakyat mempunyai kebebasan berhimpun dan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hasrat Dong Zong menganjurkan persidangan itu dikritik dan dibantah pelbagai pihak, termasuk Mahathir yang bimbang terhadap “reaksi” orang Melayu untuk mengadakan kongres sendiri dan membangkitkan penutupan sekolah Cina.

Asri berkata, isu pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular kini menjadi krisis negara.

“Inilah satu kebodohan kerana mereka kena tahu majoriti penduduk negara ini takkan suka perkara ini.

“Dong Zong tak nak Jawi tidak apalah, dia tak baca, (tetapi) kita (umat Islam) jangan tak bagi baca.”

Beliau turut membidas sesetengah ahli politik Islam yang menyerang umat Islam menggunakan konsep Rahmatan Lil Alamin.

“Ada orang kita, masa kita kempen ‘Buy Muslim product first’ dia marah…sebahagian tu berada dalam parti politik tertentu, dia kata tak boleh, Rahmatan Lil Alamin kena beli semua.

“Kita kata bukan larang beli, kita kata utamakan (produk keluaran orang Islam).

“Mereka guna kopi Ah Seng boleh, tak jadi masalah. Dia yang buat kopi dan orang yang minum kopi itu tak beriman pun kerana ada tulisan Jawi, tapi nak baca tulisan Jawi yang kementerian cadang tu jadi satu masalah.” - www.freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment