BANGI – “Jadi sekarang kita semua sudah tahu bahawa kalau mahu menteri-menteri datang melawat, turunkan perhiasan-perhiasan Tahun Baru Cina,” sindir Haji Aminuddin Yahaya.
Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia berkata demikian susulan tindakan beberapa menteri yang melawat ke sebuah sekolah di Puchong, Selangor untuk memasang semula tanglung yang telah diturunkan.
Aminuddin berkata, meskipun tindakan para menteri melakukan lawatan ke sekolah perlu dipuji, beliau secara sinisnya juga menyifatkan perkara berkenaan sebagai bukti ‘keprihatinan’ mereka terhadap nasib sesebuah sekolah.
“Mungkin agaknya mereka ‘tiba-tiba’ mempunyai masa yang lebih sehingga satu gerombolan pergi melawat sebuah sekolah. Mungkin ini kali pertama dalam sejarah negara menteri-menteri begitu prihatin terhadap nasib rakyat.
“Saya berharap ia bukan kerana arahan sesiapa atau kerana ‘takut’ hilang undi orang Cina kerana keprihatinan mereka ini sangat luar biasa.
“Cuma saya tidak ada dengar pula lawatan-lawatan besar macam ini dibuat di sekolah-sekolah terutamanya sekolah agama pada hari-hari biasa,” katanya.
Terdahulu, isu tanglung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 menjadi kontroversi selepas ada pemimpin pembangkang mendakwa, ia dipasang secara berlebihan serta dikaitkan sebagai usaha untuk menyebarkan agama lain kepada murid Islam.
Susulan perkara itu, pihak sekolah bertindak menurunkan perhiasan berkenaan, yang sekali gus menerima kecaman kebanyakan menteri dan timbalan menteri.
Bahkan, semalam, satu majlis dan sidang media diadakan untuk memasang semula tanglung di sekolah terbabit yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta beberapa menteri lain, antaranya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching serta Menteri Beliau dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Selain itu, portal berita Malaysia Sin Chew Daily melaporkan bahawa menteri-menteri berkenaan masing-masing telah menurunkan tandatangan di atas tanglung, sebelum menyaksikan upacara perhiasan Tahun Baru Cina itu digantung semula.
Mengulas lanjut, Aminuddin yang juga Presiden Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata, pihaknya bimbang perkara itu akan mengundang persepsi negatif, seterusnya menggalakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Terlalu banyak kejadian pelik yang berlaku di negara kita sekarang, terutamanya yang melibatkan menteri-menteri,” katanya. - www.ismaweb.net
Adakah ini sebenarnya konsep Rahmatan Lil Alamin yang ingin dibawa
1. TUJUH Menteri Kabinet dilaporkan turun ke sebuah sekolah di Puchong untuk memberikan sokongan terhadap pemasangan tanglung setelah perhiasan Tahun Baru Cina tersebut mendapat bantahan dari netizen.
2. Ketika netizen mempersoalkan pemasangan perhiasan berlebihan ini, tujuh orang Menteri Kabinet sanggup turun memberikan sokongan terhadap isu ini. Tanglung dikatakan membawa kepada perpaduan.
3. Apa yang menyedihkan, sokongan yang sama tidak kelihatan ketika 900 SJKC membantah pembelajaran yang melibatkan elemen jawi disekolah. Bahkan jawi dikatakan menimbulkan unsur Islamisasi bahkan menakutkan kaum lain.
4. Pada pengamatan umum, orang Melayu sebenarnya tiada masalah pun dengan perhiasan tanglung ini. Namun apabila jawi dibantah secara besar-besar oleh DAP, MCA mahupun Gerakan, isu ini semakin menimbulkan kegelisahan.
5. Perhatikan betapa konsistennya DAP dan MCA membantah isu Zakir Naik, sehingga NC UNIMAP digesa untuk dipecat. Dalam isu ini, pemimpin muslim seakan terkulai layu. Sokongan yang ditampilkan tidak seperti menjulang pemasangan tanglung ini.
6. Perhatikan isu kematian Adib. Sokongan Rahmatan menjulang tangan erat padu bersama pemimpin kuil. Nyawa seorang muslim yang terkorban itu sehingga kini menjadi persoalan buat keluarga yang menuntut keadilan.
7. Adakah ini konsep Rahmatan yang ingin dibawa? Menawarkan kelunakan yang tinggi dalam isu orang lain, namun dalam isu yang memburukkan Islam, kita seakan layu, diam seribu.
Semoga Allah membantu kita mempertahankan hak Islam dan muslim. - www.ismaweb.net

Apa sudah jadi dgn kitaaaa...!!???
ReplyDeleteMana pejuang, panglima, satria, ketua turus, abang long, angah, ayahanda, kekanda ??? Phuuiii...!!!
Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
ReplyDeletesenang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL