Naib Presiden ISMA, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, hal tersebut merupakan satu daripada puluhan petanda tidak sihat yang lain berkenaan ‘keangkuhan’ China di mana negara-negara ASEAN mesti bersuara terhadap ancaman ‘pen-Chinaan’ Asia Tenggara.
Beliau mengulas isu kapal perang China yang mengiringi aktiviti perikanan para nelayan negara tersebut memasuki Pulau Natuna yang terletak di Laut China Selatan berhampiran Malaysia tetapi berada di bawah kedaulatan Indonesia.
Terdahulu beliau menyeru supaya isu ‘pen-Chinaan’ Malaysia dilihat secara lebih serius menjangkau blok politik kepartian kerana ia melibatkan hal keselamatan dan kedaulatan serta masa depan umat negara ini.
“Saya tidak membicarakan tajuk ini atas alasan membenci rakyat Malaysia berbangsa Cina sebagai musuh, selagi mempunyai semangat patriotik dan menghormati Kontrak Sosial yang digunakan sejak lebih 60 tahun lalu.
“Saya ‘concern’ dengan masa depan negara yang berlakunya kedatangan puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.
“Tangkapan di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka dan bahyak lagi adalah sebahagian buktinya. Ia adalah satu ‘open-secret’. JPN pada 2015 juga akui telah daftar lebih 17,000 kes wanita China berkahwin rakyat tempatan.
“Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan pasport kepada warga China. Tidak termasuk juga ribuan pekerja China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China dengan belanja ratusan bilion ringgit.
“Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain,” ujarnya menyuara gesaan supaya Malaysia kekal sebagai negara Islam yang adil, maju, makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu-Muslim berwibawa sebagai tunjang kepimpinan. – HARAKAHDAILY

No comments:
Post a Comment