ISUNYA bukan sekadar tanglung atau kaligrafinya, tetapi agenda siapa yang lebih tersirat dan dominasi siapa yang semakin ketara.
Tanglung dan kaligrafi Cina hanyalah satu kesinambungan dari rentetan aksi-aksi gerombolan rasis cauvinis ekstrim, yang angkuh dan mendabik dada sambil mencabar dan mencemuh.
Seakan-akan mereka adalah “The Untouchables” yang semakin galak dan haloba dengan “kemenangan demi kemenangan” yang dikecapi, di saat bangsa dan umat sedang berbalah dan berpecah.
Penolakan terhadap tulisan jawi adalah satu penentangan terhadap apa yang disifatkan sebagai satu percubaan untuk mencairkan identiti mereka, tetapi fobia terhadap Islam digunakan sebagai satu alasan dangkal untuk menutup keangkuhan dan kesombongan mereka.
Hakikat bahawa tujuh orang pak mak Menteri terpaksa turun padang untuk melakukan kerja-kerja kakitangan am sekolah, sudah membuktikan bahawa ahli-ahli politik pun boleh dipergunakan dan diperalatkan, ataupun mereka sendiri yang datang secara sukarela untuk membiarkan diri diperbodohkan di hadapan masyarakat.
Begitu hebat sekali tahap penguasaan dan kewenangan agenda rasis cauvinis ekstrimis ke atas ahli-ahli politik.
Satu persembahan hipokrit tanpa tolok banding!
Adapun orang-orang lain yang mendakwa diri mereka sebagai wakil rakyat Melayu yang muslim, lebih suka bersantai dan memilih untuk tidak memperlihatkan kejantanan mereka, yang sudah pun menghampiri makam kedayusan.
Inilah natijahnya bila si jahil melantik si dungu untuk beraksi di hadapan makhluk lain, yang sudah bersedia dan merancang sejak lama.
Apa sahaja isu baru yang bakal muncul pada masa hadapan, tidak akan berganjak jauh dari satu fenomena baru pula – iaitu “pertempuran” untuk mendominasi dan menguasai minda rakyat serta menentukan bagaimana mereka harus berfikir dan bertindak.
Isu ini tidak akan selesai atau tamat melainkan salah satu pihak meletak senjata dan mengibarkan bendera putih.
Tanglung hanyalah satu representasi kepada fahaman-fahaman Liberal, Rasis, Cauvinis, Sekularis, Ekstrimis, Evangelis dan Sosialis, yang masing-masing bertunjang kepada falsafah penolakan terhadap agama atau campurtangan agama.
Umat Kristian sudahpun dikalahkan dalam pertempuran azali ini.
Kini adalah giliran umat Islam sebagai benteng bagi setiap manusia yang masih memiliki kejujuran dan fitrah yang sejahtera.
Pastikan kedudukan kita dari awal sebab kita akan dipertanggungjawabkan terhadap pilihan kita.
Bagaimanapun, tewas bukan lagi satu opsyen untuk umat dan bangsa.
Oleh : Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)
No comments:
Post a Comment