Keluar sekarang ultra kiasu, tak perlu tunggu rakyat tolak UEC
PEMIMPIN parti ultra kiasu hari ini berkata, tidak teragak-agak keluar daripada kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) jika kerajaan tidak mengiktiraf UEC.
Kenyataan ini begitu jelas mesej yang ingin disampaikan kepada Menteri Pendidikan yang baharu. Berani sungguh ultra kiasu. Tidak ada adab langsung.
Dalam hati saya berkata, Alhamdulillah, tak perlu tunggu. Keluarlah sekarang juga. Saya nak sangat melihat, ultra kiasu ini angkat kaki.
Melihat keberadaan kamu dalam mengendalikan Dewan Rakyat, sudah jelas menampakkan sikap hipokrasi sebenar.
Saya merayu kepada Menteri Pendidikan, jangan sama sekali menerima UEC, kecuali UEC sedia patuh kepada semua ketetapan kerajaan. Jangan ulangi kesilapan Barisan Nasional (BN) terdahulu.
Mengiktiraf UEC sama seperti mengiktiraf komunis. Inilah perjuangan NGO komunis yang berhimpun di Kajang baru-baru ini. Begitu juga sikap mereka yang jelas menolak jawi. Apakah NGO komunis ini boleh dipercayai?
Jika UEC diiktiraf, inilah kemenangan besar kepada jelmaan Parti Komunis Malaya (PKM). Justeru, kerajaan perlu bertegas dalam soal ini, jangan sama sekali mengiktiraf perjuangan komunis selama ini.
Kenapa UEC tidak boleh diiktiraf.
Pertama, ia sendiri memilih untuk keluar daripada sistem, kemudian mahukan kerajaan iktiraf. Sendirilah bikin, sendirilah buat, kenapa mahukan susahkan kerajaan, haiya…. ini maciam pun talak bule pahamkah?
Kedua, ia dikelolakan oleh NGO komunis ini sendiri, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Tidak menjunjung agenda bernegara.
Ketiga, ia tidak pernah patuh kepada arahan kerajaan. Mana ada dalam dunia, sijil dikeluarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), tanpa melalui Lembaga Peperiksaan.
Keempat, jika kerajaan iktiraf bermakna kerajaan tidak berlaku adil kepada sekolah aliran kebangsaan yang mengikut sistem. Termasuk juga tidak berlaku adil kepada Sek Men Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) yang berada dalam sistem. Kasihan pelajar-pelajar SMJKC jika UEC diiktiraf. Dahulu, NGO komunis ini jugalah yang berkeras kepala untuk berpisah dengan SMJKC.
Kelima, mengiktiraf UEC bererti mengiktiraf komunis. Saya mohon kerajaan haramkan NGO rasis komunis ini dengan segara. Tidak timbul soal pengiktirafan lagi.
Keenam, UEC bercanggah dengan perlembagaan negara. Kewujudannya tidak berperlembagaan.
Cukuplah sekadar ini dahulu. Banyak yang telah saya nukilkan sebelum ini. Harapan saya, jika benarlah berita yang dikeluarkan hari ini, maka inilah masanya untuk Menteri Pendidikan bertindak. Ikutkan sahaja kemahuan ultra kiasu yang mahu keluar daripada kerajaan. Lagi mudah kerja.
Oleh : Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment