nuffnang

Saturday, February 9, 2013

Tanda Lelaki Tak Serius Dengan Anda

MASIH menunggu lamaran darinya untuk berkahwin? Semak dahulu, apakah dia serius atau sekadar main-main dengan anda.

Menjalani temu janji dalam waktu yang lama tentunya memerlukan banyak pengorbanan. Tentunya, anda berharap hubungan tersebut dapat berjalan ke arah yang lebih serius. Namun, apabila anda tak melihat adanya isyarat serius darinya, mungkin ini saat yang tepat untuk kembali memikirkan hubungan tersebut.

Berikut ini ada beberapa isyarat dirinya yang tak serius dengan anda....

Tak dikenalkan
Dia tak kunjung memperkenalkan anda dengan anggota keluarganya. Padahal, anda sudah kencan lebih dari satu tahun.

Tak ada perancangan
Dia tak menyertakan anda dalam perancangan masa depannya. Misalnya, pekerjaan, tempat tinggal, mahupun bercuti.

Diam
Isyarat paling jelas tentunya saat dia tak pernah pun membicarakan hal-hal perkahwinan atau rancangan berkeluarga sama sekali.

Menghindar
Dia selalu menghindari perbincangan apabila hubungan mulai serius.

Punya keutamaan lain
Dia selalu mempunyai keutamaan lain dalam hidupnya. Entah itu pekerjaan, keluarga, rakan, atau bahkan bekas kekasihnya.

Anonymous


No comments:

Post a Comment