CINTA pada pandangan pertama memang selalu berkesan. Namun, rupanya pendapat tersebut tak selamanya benar.Ada beberapa perkara yang kerap kali anda lupakan saat menyukai seseorang ketika pertama kali melihatnya. Oleh kerana itu, adalah penting bagi anda mengetahui apa saja yang kerap terabai dalam cinta pada pandangan pertama.....
Cinta atau suka
Seringkali apabila memulakan hubungan dengan seseorang, anda dihadapkan pada perasaan seperti cinta atau hanya suka. Perasaan cinta adalah emosi yang lebih dalam dan biasanya memerlukan masa untuk mencapai ke arah tersebut. Sementara rasa suka biasanya berlaku apabila pertama kali melihat sahaja.
Kesan pertama tak akan berakhir
Kesan pertama tentang seseorang tentu tak akan pernah dilupakan. Memang, apabila anda melihat seseorang, itu lebih sering bergantung pada situasinya. Kadang-kadang, anda tidak menyukai orang tersebut saat pertama. Namun, boleh jadi saat pertemuan berikutnya anda jatuh cinta padanya. Begitu pula sebaliknya, apabila anda suka padanya.
Cepat datang dan cepat pergi
Cinta memang berlaku dengan cepat, tapi juga mudah pergi dengan sendirinya. Ini sebenarnya bukan kerana pengalaman atau pengetahuan yang dimiliki, namun cinta berkaitan langsung dengan emosi. Tak hairan jika cinta pada pandangan pertama justeru lebih banyak yang gagal.
Anonymous
No comments:
Post a Comment