Seorang ahli Parlimen Melayu Singapura, Zainal Sapari melahirkan kebimbangan dengan kemerosotan peratusan orang Melayu di republik itu.
Zainal, Ahli Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, berkata keadaan ini sebabkan kesukaran menarik orang Melayu dari luar Singapura, tidak seperti kaum lain yang mempunyai sumber warga baru berbakat dari China dan India.
Saya bimbang perkara itu akan membawa kesan terhadap statistik pencapaian bangsa Melayu kerana kita tidak akan dapat menambah bilangan orang Melayu berbanding masyarakat Cina dan India yang sentiasa mendapat warga baru berkelulusan dan berjawatan tinggi,” Zainal Sapar, ahli Parlimen Melayu Singapura
Kesan statistik
“Saya bimbang perkara itu akan membawa kesan terhadap statistik pencapaian bangsa Melayu kerana kita tidak akan dapat menambah bilangan orang Melayu berbanding masyarakat Cina dan India yang sentiasa mendapat warga baru berkelulusan dan berjawatan tinggi,” katanya.
Keprihatinan berhubung peratusan orang Melayu pernah ditimbulkan beberapa ahli parlimen Melayu lain sebelum ini seperti Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio), Zaqy Mohamed (GRC Chua Chu Kang) dan Muhd Faisal Manaf (GRC Aljunied).
Zainal yang bercakap di dalam bahasa Melayu berkata Kertas Putih Kependudukan menimbulkan perbincangan hangat di kalangan rakyat dengan ramai bimbang mengenai implikasi sekiranya bilangan penduduk di Singapura mencapai 6.9 juta orang.
Namun, beliau akur isu itu penting kerana masa depan Singapura boleh terjejas sekiranya tiada tindakan dilakukan.
Kadar kesuburan Singapura amat rendah dan bilangan warga tua pula kian bertambah.
Sumber : mymassa
No comments:
Post a Comment