Bagi mengatasi masalah itu, sekumpulan arkitek tampil dengan idea tersendiri untuk menjadikan garaj kereta awam yang tidak digunakan sebagai rumah sewa bersaiz kecil.
Melalui projek yang dikenali sebagai Pop-up HAWSE kendalian firma arkitek Levitt Bernstein, masalah golongan profesional muda dan individu yang menghadapi kesukaran mencari rumah, mampu diatasi dengan menyewa 'rumah kecil' itu buat sementara waktu.
Seorang daripada arkitek projek berkenaan, Georgie Revell berkata, penyewa hanya perlu membayar hanya 11 pound (RM54) seminggu untuk menduduki rumah tersebut yang memerlukan kos pengubahsuaian sebanyak 13,000 pound (RM63,736).
Jelasnya, idea menghasilkan rumah tersebut bertujuan memberi peluang kepada penyewa berteduh sehingga mereka mempunyai rumah sendiri.
"Setiap rumah kecil ini berukuran 11.5 meter persegi dan dilengkapi sebuah katil, dapur, bilik mandi, bilik kecil dengan sebuah meja kecil dan dua kerusi.

Sekiranya projek terbabit berjaya, ia akan diperluaskan di seluruh London dan Britain, dengan mensasarkan kawasan yang didiami ramai gelandangan atau kawasan yang kekurangan rumah untuk golongan belia. - AGENSI
No comments:
Post a Comment