Sunday, December 4, 2011

Supertree - Pokok Tiruan Raksasa Di Singapura

Demi untuk menghijaukan bandaraya Singapura, kerajaan negara itu membina sejumlah pokok tiruan bersaiz raksasa yang dinamakan ‘Supertrees’.

Struktur terdiri daripada besi dan konkrit setinggi 25-50 meter itu kemudiannya akan ditanami dengan pelbagai tumbuhan menjalar, seperti orkid dan paku-pakis yang menghasilkan efek seolah-olah ia adalah sebuah pokok sebenar.


Apa yang lebih menarik lagi, pembinaannya adalah mesra alam dan menggunakan teknologi terkini. Setiap struktur pokok dilengkapi dengan panel suria yang mampu menghasilkan tenaga elektrik. Ia juga mampu mengumpulkan air hujan yang akan disalurkan kepada orang awam.

 Struktur pokok yang tertinggi pula (50 meter) akan mempunyai sebuah bar dan pelantar pemerhatian untuk para pelancong menikmati pemandangan indah Bandaraya Singapura.










Sumber : MalaysiaRia

No comments:

Post a Comment