MINGGU ini Bro nak tumpu perhatian kepada artis-artis perempuan di tanah air kita ni, Bro sebenarnya dah bosan sebab kadang kala mereka ni cakap seolah-olah tak guna akal, paling Bro tak suka bila ia menyentuh soal agama.
Baru-baru ni Bro terbaca komen seorang artis perempuan popular yang berkata, dia bersyukur kepada Allah kerana dapat melakonkan satu adegan atas ranjang dengan berjaya, biar pun bagi dia, adegan itu paling mencabar.
Bro geleng kepala membaca komen tersebut kerana biar pun dalam lakonan itu, dia berlakon sebagai suami isteri namun lakonan tetap lakonan, bukan realiti, maknanya kalau dia sentuh bukan mahram, hukum tetap haram.
Tetapi yang anehnya boleh pulak keluar kenyataan, ‘‘Alhamdulillah, saya dapat melakonkan adegan itu dengan berjaya.” - Mak Oi! adegan itu tetap haram di sisi Islam, tak kanlah nama Allah boleh disebut macam tu sahaja!
Bro tak kisah kalau pelakon perempuan itu mahu bersyukur kerana dia berjaya membawa satu watak yang mampu menginsafkan orang ramai melalui mesej yang disampaikan tetapi ini melibatkan babak atas ranjang, jadi berpada-pada la bercakap.
Satu lagi, alasan yang selalu diberikan oleh artis-artis perempuan bila melakonkan aksi-aksi panas ni ialah mengikut cakap pengarah dan demi menghayati watak yang diberikan.
Aduh! Kamu tu kat manusia ada akal, bukan patung atau robot yang boleh dibuat sesuka hati, kalau pun nak menghayati watak dan akur cakap pengarah tak kanlah sampai hendak menggadai maruah sendiri.
Tak bolehkah bagi tau pengarah, tak mahu buat adegan panas tu, yang mana lebih penting digugurkan sebagai pelakon atau menanggung dosa di akhirat kelak?
Sesetengah pengarah tu, dia peduli apa! Yang dia tahu filemnya laris, soal artis tu nanti kena ‘belasah’ dengan orang ramai bukan soal dia, bila ramai orang marah maka tercetuslah kontroversi, bila berlaku kontroversi maka semakin laris filemnya.
Tak kanlah artis-artis perempuan ni tak faham atau saja-saja buat tak faham sebab mungkin mereka juga ada niat bila buat adegan panas ni, nama akan cepat popular, kesudahannya populariti yang dicari, dosa yang diperolehi.
Jangan dok salah pengarah lelaki dalam soal ni, salahkan artis perempuan yang sedia diperalatkan dan terlalu teruja nak kejar populariti atau nak buktikan dia mampu lakonkan semua watak.
Turut menjadi perhatian Bro ialah bagaimana ada artis perempuan kata, ‘‘hanya Tuhan sahaja tahu apa yang ada dalam hati saya’, memanglah betul kenyataan itu sebab mana manusia atau hamba Allah biasa tahu apa ada dalam hati manusia lain tetapi soalnya artis ni bagi komen bila orang bercakap mengenai gambar seksinya yang tersebar di internet.
Memang benar sebagai manusia kita tidak berhak menghukum manusia lain tetapi tidak salah kita sebagai manusia menegur kepada sesuatu perkara yang dianggap satu kemungkaran, macam tu la juga artis berkenaan, kalau dah bergambar seksi sampai segalanya nak tersembol keluar, maka sebagai artis beragama Islam, dia perlu bersedia menerima kritikan dan kecaman orang ramai.
Kalau tak mahu ditegur, dikritik dan dikecam maka jaga tata susila sebagai seorang artis Islam jangan dok perasan bila dah jadi artis maka kita boleh buat apa sahaja sehingga tata susila agama pun mahu dilanggar kononnya hendak menunjukkan apa yang kita ada.
Begitu juga bila Bro tengok artis-artis perempuan menghadiri sesuatu majlis, ada antara mereka ni bak kata orang seperti berkemban, cuba bezanya, kalau orang perempuan biasa berkemban pakai kain batik atau tuala, tapi kalau artis berkemban pakai baju mahal-mahal.
Bro tak faham apa yang mereka hendak tunjukkan. Kita bukannya berada di negara barat, artis barat bolehlah pakai ikut suka hati mereka sahaja tetapi kita ada kat Malaysia sebuah negara yang rakyatnya kaya dengan tata susila dan adat resam serta penuh kesopanan.
Kadang kala malu Bro tengok artis-artis macam ni tak kiralah cantik macam mana pun tapi kalau pakai baju macam baru balik mandi dari sungai atau telaga, hilang semua kecantikan anugerah Allah tu.
Satu lagi Bro nak pesan kepada artis-artis perempuan yang berhasrat bertudung, kalau nak bertudung biarlah kerana Allah SWT bukan kerana dah berjanji dengan manusia.
Bila janji dengan manusia, maka perbuatan itu sudah tidak ikhlas lagi, kesudahannya mulalah pakai tudung ikut ala kadar sahaja, sehingga mencemarkan makna bertudung itu dalam erti kata sebenar.
Yang menjadi masalah ada pula perempuan-perempuan yang akan ikut kononnya atas nama fesyen, bukan fasal niat kerana Allah SWT.
Bro tahu mungkin ramai akan kritik Bro, nanti adala yang akan hantar emel kutuk Bro sebab tegur bab-bab pakai tudung ni, kononnya Bro sepatutnya bagi galakan la, dorongan la dan sebagainya.
Bro bukannya tak galak artis perempuan pakai tudung tetapi biarlah dengan niat dan hati yang bersih, bukan kerana sudah berjanji akan berbuat demikian dengan manusia.
Apabila kita berjanji dengan manusia, belum tentu manusia boleh membimbing kita tetapi kalau kita berjanji dengan Allah dan menunaikannya kerana Allah, insya-Allah, Allah pasti akan memberi petunjuk dan hidayah-Nya.
Okla Bro, berhentikan sini dulu, maklumlah kutuk artis ni nanti ada pula penyokong fanatik mereka marah, tetapi Bro tetap akan tegur sekurang-kurangnya Bro dah guna sedikit kuasa yang ada pada Bro melalui tulisan untuk menegur demi kebaikan semua pihak. - Jumpa Lagi!
– Kucing Jantan
No comments:
Post a Comment