MINGGU lepas Siti ada tulis fasal adegan ranjang. Siti menganggap adegan ini hanya dibuat oleh pengarah yang malas untuk menyampaikan maksud adegan itu dengan cara lain.
Minggu ini ( klik disini ) pengarah filem Ombak Rindu, Osman Ali kata, adegan ranjang dalam filem itu penting untuk mengekalkan keaslian cerita yang diadaptasi dari novel. Maknanya nak tak nak kena buat juga. Macam orang terjatuh dalam sungai, nak tak nak kena kuak juga, kalau tidak lemas. Begitulah pentingnya adegan ranjang dalam Ombak Rindu.
Siti bukan pengarah filem, bukan penulis skrip jauh sekali penulis novel. Tapi Siti fikir seseorang yang berkarya mesti kenal dirinya dan tahu lingkungannya. Lingkungan bermakna sosiobudaya masyarakatnya. Tapi yang penting kena kenal diri. Kalau tak kenal diri, kita akan tiru orang lain.
Kalau pengarah Hollywood yang membuat adegan ranjang, orang tak kisah pun. Sebab orang tahu itu adalah budaya fikir pengarah Hollywood. Tapi bila Osman Ali buat, orang kisah sebab dia orang kita. Orang kita tak macam Hollywood.
Tapi kekangan itu bukan bermakna kita jumud, kolot, konservatif dan macam-macam lagi yang membawa maksud tidak moden. Tak moden mana pun kalau setakat kreatif nak buat adegan ranjang.
Ada orang kata, dunia filem kita telah diresapi oleh pengaruh sekular dan liberal kononnya untuk maju macam filem Hollywood. Siti tidak pasti tapi itulah keluh kesah yang kedengaran di sana sini. Cuma Siti lihat macam ada agenda terancang. Mula-mula perjuangkan hak asasi manusia (kononnya), lepas itu perjuangkan seks bebas, perjuangkan perkahwinan sejenis dan sekarang filem kita pun dengan selamba buat adegan ranjang. Adakah semua ini ada kaitan antara satu dengan lain? Oleh : Siti Jarum
No comments:
Post a Comment