Tuesday, April 2, 2013

Perkahwinan, Fikirkan Dulu Hal Ini

MEMUTUSKAN untuk berkahwin memang tidak mudah. Sebab, ada banyak perkara yang perlu dipelajari dan difahami dengan betul.

Sememangnya, menjalani sebuah perkahwinan tidak seperti membalikkan tangan saja. Meski diawal manis, tetapi tidak selamanya boleh berlaku demikian. Oleh kerana itu, sebelum memutuskan untuk berkahwin ada baiknya anda memerhatikan beberapa perkara yang paling penting. Semua itu semata-mata demi kelangsungan kehidupan perkahwinan yang berkekalan. Selain itu, anda juga tidak akan pernah tahu masalah yang dihadapi kemudian. Ini ulasan menarik seperti dipaparkan oleh Yourtango.

Emosi
Saat mempunyai anak, biasanya tahap emosional seseorang terutama ibu akan naik. Misalnya saja, anak anda menangis, marah, atau bertengkar dengan saudaranya. Hal-hal itulah yang mungkin boleh membuat anda menjadi emosi. Jika anda termasuk emosional, berlatihlah untuk mengatasinya.

Komunikasi
Pastikan anda berdua komited untuk menjaga komunikasi dengan baik. Komunikasi juga tidak hanya sekadar bercakap sahaja. Tapi anda juga harus boleh melakukannya dengan dua arah, seperti mahu mendengar. Itu sangat penting, kerana kedepannya anda akan dihadapkan dengan pelbagai masalah tak terduga yang memang perlu diselesaikan bersama.

Mengatasi konflik
Setiap orang memang berbeza. Meski sudah bersatu sebagai pasangan, tetap saja mempunyai pandangan masing-masing. Tak hairan jika hal itulah yang kerap mencetuskan konflik.

Berfikir positif
Mulakan untuk belajar berfikir positif. Tentu saja ini untuk mengelakkan konflik yang berlaku di dalam menjalani kehidupan.

Anonymous

1 comment: