Siti ingin mengesyorkan supaya ada pihak ambil inisiatif mengadakan kelas bahasa untuk golongan artis. Kelas bahasa ini bukanlah untuk menjadikan artis kita guru bahasa di sekolah. Tapi tujuannya supaya mereka boleh memberikan ucapan pendek dengan bahasa yang baik, tidak kiralah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Kelas bahasa ini perlu ada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ini untuk membanteras penggunaan bahasa longkang" yang mencampuraduk Bahasa Melayu dan Inggeris.
Kemahiran berbahasa dengan baik ini bukanlah untuk artis bagi ceramah tapi sekadar memurnikan bahasa yang mereka gunakan semasa memberi ucapan tidak sampai sepuluh patah perkataan.
Siti percaya banyak yang menyampah dengan gelagat artis kita apabila diminta memberikan sepatah dua kata selepas menang sesuatu pertandingan atau dapat anugerah. Mana tak menyampah kalau tak sampai sepuluh patah yang diucap itu semuanya bahasa longkang?
Kalau malu nak cakap Melayu gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya. Malah bahasa Tamil pun boleh asalkan jangan bahasa longkang. Tapi yang merosakkan bahasa ini adalah artis Melayu. Tak sedar diri betullah.
Siti tak kisah kalau mereka berucap dalam Bahasa Inggeris, sebab sekarang ini Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa rasmi" negara ini. Bahasa Melayu dalam Perlembagaan telah dipadam" dan digantikan dengan Bahasa Inggeris.
Lain kali artis yang guna bahasa longkang dilarang dari memberi ucapan. Buat apa dipilih menjadi artis terbaik, artis popular atau artis paling hampas kalau tidak menghormati bahasa. Siti fikir artis-artis yang hancur ini kalau mereka berucap dalam bahasa Orang Asli pun akan lebih dihormat berbanding bahasa longkangi.
Kalau orang politik tak endah tentang bahasa, itu perkara biasa. Jangan pula bab ini kata kepimpinan melalui teladan. Yang tak baik bukan teladan. Siti tak tahu siapakah yang perlu memikul saranan ini. Tapi siapa-siapa yang sedar buatlah sesuatu.
Oleh : Siti Jarum
No comments:
Post a Comment