Wednesday, April 3, 2013

Sebelum Nikah, Uji Dulu Pasangan Anda

MENJALANI kehidupan perkahwinan memang tidak mudah. Sebab, ada banyak hal tak terduga yang akan dihadapi pada waktu mendatang.

Oleh kerana itu, tak ada salahnya untuk memastikan lagi sama ada pasangan anda sekarang memang benar-benar orang yang tepat. Caranya sebenarnya cukup mudah, iaitu anda boleh melakukan beberapa ujian sederhana seperti di bawah ini.

kesopanan
Salah satu cara untuk menguji bahawa dia benar-benar belahan jiwa anda adalah dari perlakuannya. Tak hanya itu, perkataan juga boleh menjadi penunjuk yang sangat penting untuk diperhatikan. Sesuatu yang berkaitan dengan romantisme seseorang biasanya bermula dari kata-katanya, namun itu semua tak akan bermakna kalau tidak disertai dengan tindakan nyata.

kewangan
Tak ada salahnya untuk menguji pasangan berkaitan masalah kewangan. Sebab, ini merupakan perkara yang sensitif dan masalah popular dalam sebuah pernikahan. Tak kurang juga pasangan bercerai hanya kerana masalah tersebut. Oleh kerana itu, ada baiknya untuk melihat bagaimana pasangan menggunakan dan menguruskan wangnya.

keluarga
Setelah berkahwin pastinya anda berdua punya rancangan untuk mempunyai buah hati. Namun, ada baiknya jika anda menguji pasangan tentang bagaimana sisi kebapaan yang ada pada dirinya. Tak hanya itu, anda juga perlu menguji bagaimana dia kemudiannya menjadi kepala keluarga. Misalnya, seperti tanggungjawabnya sebagai suami atau bagaimana dia menghadapi masalah keluarganya kelak.

cinta
Bukan rahsia lagi jika seiring perjalanannya cinta juga boleh pudar. Oleh kerana itu, amati dirinya dari cara dia mengungkapkan cinta melalui tindakannya. Kalau dia sungguh mencintai dengan tulus, maka segala hal tentang anda akan menjadi keutamaan.

Anonymous

No comments:

Post a Comment