Wednesday, May 12, 2021

Tidak Malukah Warga Malaysia Yang Tidak Tahu Berbahasa Melayu....

Duta AS ke Malaysia berbahasa Melayu ucap Selamat Hari Raya
PETALING JAYA: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian McFeeters menunjukkan kebolehannya berbahasa Melayu ketika mengucapkan selamat Hari Raya bagi pihak rakyat negara itu kepada umat Islam di Malaysia.

Ucapan yang dimuat naik dalam video di YouTube selama 43 saat McFeeters berkata: “Saat kita bersama meraikan meraikan Ramadan dan Hari Raya, kami di kedutaan AS di Kuala Lumpur bersyukur dapat bekerjasama dengan Masjid Jamek untuk mengagihkan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik pada Ramadan ini.

“Bagi pihak warga Kedutaan AS di Kuala Lumpur kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Selamat Hari Raya.”  - UTUSAN


No comments:

Post a Comment