Wednesday, May 5, 2021

Pertahan Perlembagaan Daripada Anasir Anti-Melayu

SEMUA pemimpin yang sedang berkhidmat dalam pentadbiran negara perlu tunduk dan patuh kepada Perlembagaan dan Rukun Negara tanpa mengira agama, kaum mahupun negeri.

Ini kerana mereka perlu sedar bahawa Perlembagaan yang cuba dibawa oleh parti politik tertentu sememangnya bercanggah dengan Perlembagaan negara. Ini kerana tujuan dan matlamat mereka adalah bagi menafikan keistimewaan Melayu dan Islam.

Selain itu, pemimpin parti tersebut dilihat cuba mengembangkan pengaruh dalam kalangan orang Melayu supaya apa yang termaktub dalam Perlembagaan terhapus sikit demi sedikit dalam jangka masa panjang.

Justeru, sebagai orang Melayu dan masyarakat pribumi, kita perlu bersatu mempertahankan Perlembagaan sedia ada daripada dikuasai oleh parti berkenaan.

Walaupun berdepan pelbagai masalah dan mainan politik yang timbul, ia (Perlembagaan) perlu dipertahankan.

Oleh: BAHARUDDIN SAMEK
          Muar, Johor.

No comments:

Post a Comment