Saturday, May 22, 2021

Memilih Lelaki Tampan Tidak Menjamin Kebahagiaan Hidupmu

PETALING JAYA: Pelakon tanah air, Datin Niena Baharun, menerusi Instastory Instagram menasihati kaum hawa di luar sana berhati-hati ketika memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup.

Susulan itu, Niena berpendapat wanita memilih lelaki yang mempunyai rupa tidak menjamin kebahagiaan dalam kehidupan serta memilih lelaki yang kaya bukan bermakna mereka tidak akan dicurangi.

“Tidak salah jika memilih rupa, tetapi memilih lelaki yang tampan itu tidak menjamin kebahagiaan hidupmu. Kerana hati yang tulus ikhlas bukan dating dari paras rupa dan harta.

“Tetapi ia datang dari hati seorang lelaki yang ikhlas mahu hidup berdua sampai ke syurga Allah. Perempuan yang paling malang sekali adalah mereka yang salah memilih lelaki untuk dijadikan suami.

“Maka, pilihlah lelaki yang baik agamanya. Lelaki yang menghormati ibu bapa, dia juga akan menghormati kamu sebagai seorang perempuan. Mungkin tegas pada suara, tetapi lembut pada hati,” katanya.

Dalam pada itu, Niena memaklumkan hantaran Instastory tersebut tiada kena-mengena dengan dirinya, malah reaksinya berhubung kes suami memukul isteri hamil sehingga parah baru-baru ini untuk dijadikan iktibar buat semua. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment