Sunday, May 23, 2021

Adakah Sekolah Vernakular Dapat Menyerlahkan Jati Diri Kenegaraan Melalui Pendidikan?

Serlah jati diri kenegaraan menerusi bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
Jati diri kenegaraan mesti diserlahkan menerusi penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara terutama bagi kursus pengajian di universiti, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof. ‘Kita sudah ada dasar yang cantik, tapi apa jadi sekarang dengan dasar-dasar itu?’

Beliau berkata ini bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu yang menjadi unsur-unsur kenegaraan tidak dinafikan walaupun Bahasa Inggeris digunakan secara meluas di universiti.

“Dalam konteks kenegaraan, kita membela watan dan negara kita serta tidak menafikan hak orang lain tetapi kadangkala kita sendiri menafikan hak (memperjuang bahasa) kita.

“Kita sudah ada dasar yang cantik (termasuk) Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan tapi apa jadi sekarang dengan dasar-dasar itu?,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siri terakhir Wacana Pak Ungku: Jejak-Jejak Di Pantai Zaman bertema Bahasa Jiwa Bangsa – Membangun Jati Diri Bangsa anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan DBP, diadakan secara maya di YouTube ‘Official IIUM’ hari ini.

Beliau yang juga Penyandang Kursi Za’ba Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris berkata dasar-dasar negara perlu jelas memperjuang dan mempertahankan bahasa kebangsaan serta Malaysia boleh belajar daripada negara luar seperti Jepun, Korea Selatan, Rusia dan Perancis mengenai ketegasan memelihara kepentingan bahasa kebangsaan.

Sementara itu, Prof Emeritus Datuk Dr Hashim Yaacob pula menekankan kepentingan pusat pengajian bahasa bagi menyebar luas penggunaan Bahasa Melayu di dalam dan luar negara.

Mengambil contoh, kejayaan penubuhan Pusat Bahasa (sekarang dikenali sebagai Fakulti Bahasa) di Universiti Malaya oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid telah membolehkan Dr Hashim untuk memainkan wayang kulit dalam tujuh bahasa antaranya Bahasa Mandarin, Jepun, Korea, Tamil dan Arab.

“Saya tidak boleh bertutur dalam bahasa-bahasa tersebut tetapi dengan bantuan pakar di pusat bahasa, saya belajar dan menyediakan manuskrip dalam bahasa tersebut. Penubuhan pusat bahasa ini dapat memberi manfaat kepada wayang kulit, ini suatu yang tidak pernah difikirkan.

“Di samping memperhebatkan bahasa Melayu, kita tidak boleh mengabaikan bahasa-bahasa lain di dunia juga perlu dipelajari supaya dapat membantu kita dalam pelbagai hal,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment