Friday, May 7, 2021

Bangsatnya Melayu Champa

Wahai orang Melayu Malaysia, tidakkah kita melihat rumpun Melayu Champa, mereka sudah menjadi terbangsat di negara mereka...

Mereka pernah membina kerajaan selama 1800 tahun, tapi kini? Mereka menjadi terbangsat kerana hilangnya negara Mereka..

Abad ke 4, mereka bersama Funan menyerang China tapi sekarang siapa yang mereka mahu serang? Sedangkan negara pun mereka tiada..

Hilangnya mereka bersama hilangnya sejarah. Ramai Melayu Malaysia perginke Vietnam tapi mereka tidak tahu pun monumen yang mereka lihat itu milik bangsa rumpun mereka...

Binaan monumen hebat, candi, istana dan lain2 sudah diclaim oleh bangsa Viet. Melayu Champa hanya mampu melopong sahaja apabila orang orang Vietnam kata "itu aku yang bina". Berapa ramai Melayu yang melawat Candi Po Nagar tahu bahawa itu bangsa aku yang bina!!!

Dulu apabila Jawa menyerang Champa mereka musnahkan candi Po Nagar, musnahkan kota Champa yang disebut juga sebagai Kota Bal dalam Sulalatus Salatin, tapi mereka bangkit membina semula sejarah mereka..

Apabila Raja Boneka mentadbir Champa iaitu Po Saktiradayputih menaiki takhta atas izin Dai Viet.. Dia telah menvietnamkan Melayu Champa bahkan tanah2 orang Melayu mula dirampas untuk diberikan kepada orang Vietnam yang mula memenuhi setiap ruang dalam kota Champa... Mereka yang tidak mahu bersekongkol telah melarikan diri ke negeri Melayu yang lainnya seperti Kelantan dan Johor...

Tahun 1832, maka berakhirlah pemerintahan Champa selama kurang lebih 1600- 1800 tahun... Raja terakhirnya Po Con yang beragama Islam telah melarikan diri bersama dengan rakyatnya..

Kini jadilah champa sebagai bangsa Melayu terbangsat - tiada negara. Mereka merempat dibumi sendiri disebabkan gagalnya mereka mempertahankan tanah air sendiri.. Kini selepas lebih 200 tahun, ramai orang Melayu sudah lupa bahawa di Vietnam kini suatu masa dulu pernah ada kerajaan Melayu dan pernah ada raja yang beragama Islam.. Melayu moden kini juga lupa bahawa seluruh wilayah Vietnam itu suatu masa dahulu milik Champa..

Kini cabaran untuk Melayu Malaysia... Mahukah kita menjadi terbangsat seperti Melayu Champa?? Kalau mahu menjadi terbangsat seperti Melayu Champa jadi berdiam dirilah saat orang lain rakus menguasai negara!!!.. Melayu bersekongkollah dengan musuh untuk menguasai negara!!!. Berdiam dirilah apabila ada warga asing dengan sewenang2nya memohon warganegara, senyaplah apabila warga asing membeli warganegara.. Dan tak lama lagi kamu akan menjadi terbangsat..

Masih ada Melayu yang belum sedar bahawa negara kita mahu dikuasai orang asing.. Katanya Raja Melayu, perlembagaan ada - mana mungkin mereka akan kuasai negara.. Ketahuilah inilah pengkhianat....

Melayu menuntut hak mereka tetapi masalahnya mereka berlembut apabila orang lain menuntut hak sama.. Dilemma Melayu. - pariajalanan

No comments:

Post a Comment