Saturday, May 8, 2021

Belum Tentu MCA Boleh Menang Di Kawasan Cina...

Apa erti nama MCA jika langsung tak cermin sokongan Cina
MCA hanya boleh diberi muka jika parti itu membuktikan presidennya menang di kawasan majoriti Cina menentang DAP, sindir pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau yakin bukan hanya menentang pemimpin DAP, bahkan melawan ahli Melayu daripada parti tamak haloba itu pun belum tentu Presiden MCA boleh menang jika bertanding di kawasan majoriti Cina.

Justeru, Prof Mohd Ridhuan Tee mempersoalkan erti MCA dinamakan ‘Malaysian Chinese Association’ sedangkan parti berkenaan langsung tidak mencerminkan sokongan Cina, melainkan hanya memiliki pemimpin dan ahli Cina.

“Jika perkataan Cina yang digunakan tidak langsung menunjukkan sokongan Cina, apa erti perkataan Cina itu diletakkan.

“Gantikan jadi Malaysian (non) Chinese Association. MCA juga namanya. Tidak lagi memalukan, letak nama Cina, tetapi tidak disokong Cina,” katanya sinis.

Serentak itu, beliau turut memuji keberanian Pemuda UMNO Seremban yang mengumumkan tidak lagi bekerjasama dengan MCA Negeri Sembilan susulan provokasi berterusan parti itu menerusi akhbar Cina tempatan.

“MCA hanya menumpang keberuntungan dengan menang di kawasan majoriti Melayu dan dapat menduduki kerusi Kabinet tanpa apa-apa formula mengikut nisbah representasi.

“Saya pelik kenapa UMNO masih memelihara biawak hidup ini sekian lama, sedangkan semua orang tahu parti ini tidak ada langsung kekuatan melainkan menyusahkan,” kata Prof Mohd Ridhuan Tee. - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment