
Memetik laporan Harian Metro, jurutera terbabit Muhammad Amirul Md Razdi berkata tiada kaedah baik pulih yang boleh dilakukan terhadap menara itu berdasarkan pemeriksaan yang dibuat pasukannya bulan lalu.
Katanya, mesyuarat bersama JKR turut dilakukan dan ia diisytihar darurat serta perlu dibuat tindakan segera atas faktor keselamatan.
“Tunggu masa nak roboh je, malah ketika buat inspection (pemeriksaan) hari tu dah berasa seram sejuk.

Sebelum ini Amirul memuat naik beberapa gambar struktur replika itu di Twitternya. Gambar itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.
DBP dalam satu kenyataan berkata kerja perobohan replika itu dibuat atas faktor keselamatan selepas pakar mendapati struktur itu tidak selamat.
“Perobohan replika ini dibuat atas faktor keselamatan. DBP memberi perhatian yang serius terhadap keselamatan staf DBP, pengunjung dan orang awam,” menurut kenyataan itu.
Menara DBP dibina hampir 20 tahun lalu dengan replika seperti buku tengadah itu menjadi identiti DBP sebagai badan yang mengelolakan hal ehwal bahasa serta persuratan negara. - www.freemalaysiatoday.com
No comments:
Post a Comment