Bukan ceritera baharu Dong Zong yang didokong hebat parti-parti cina seperti DAP, Gerakan dan MCA (kini) ini menentang dan bersikap prejudis terhadap identiti negara ini.
Izinkan saya mengingatkan kalian tentang objektif awal penubuhan Dong Jiau Zong ini. Dong Jiau Zong ini ditubuhkan oleh generasi pertama orang Cina yang berhijrah dari Tanah Besar China ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Kebanyakkan mereka adalah ahli-ahli perniagaan dan golongan pendidik yang tegar memperjuangkan bahasa ibunda dan juga kebudayaan dari negara Tembok Besar itu.
Sejak sebelum merdeka lagi, pertubuhan inilah yang menjadi penghalang kepada sebuah dasar pendidikan yang menekankan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di Tanah Melayu ketika itu.
Desakan daripada mereka inilah antara penyebab wujudnya dua sistem pendidikan iaitu Sekolah Kebangsaan yang menggunapakai bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, manakala sekolah jenis kebangsaan masing-masing dengan bahasa pengantar Cina dan Tamil melalui Laporan Razak 1956.
Tidak cukup dengan itu, mereka tidak bersetuju pula untuk berada dibawah dasar pendidikan negara. Lantaran itu, mereka memperjuangkan Sekolah Menengah Persendirian Cina sebuah sekolah swasta dan tidak terikat dengan kementerian serta dasar-dasarnya.
Walaupun tegar mahu bersendiri, namun desakan untuk mereka terima bantuan duit kerajaan amat lantang kedengaran. Jika dihitung hingga kini, sudah ratusan juta kerajaan habiskan pada SMPC ini hasil desakan mereka walaupun pada hakikatnya, ianya amat bertentangan dengan semangat Perlembagaan.
UEC. Satu lagi perjuangan yang tidak pernah padam. Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang dicedok dari pecahan tembok besar China, iaitu Taiwan, kini akhirnya diterima juga hasil desakan dari pertubuhan rasis dan cauvanis ini.
Ya. Satu demi satu. Sedikit demi sedikit. Orang Melayu, masih lagi bersabar. Kini, sekali lagi, Dong Jiau Zong menunjukkan ‘taring’ nya, apabila kerajaan berhasrat untuk memperkasa identiti pertiwi melalui tulisan bahasanya yang telah lama dibunuh, pertubuhan ini bersuara menentang.
Jika difikir-fikirkan, apa kena mengena Dong Jiau Zong dengan agenda Kementerian Pendidikan ini? Bukan mereka memang tidak ada kena mengena?
Saya ingin memberitahu anda semua, bahawasanya Dong Zong ini bukan sekadar mahu menjaga identiti asal mereka sahaja, tetapi juga turut mahu memastikan sebarang usaha untuk mengembalikan identiti tanah air yang sebenar, GAGAL!
No comments:
Post a Comment