Tuesday, April 30, 2013

Pelihara Ukhuwah Ketika Berkempen

Pilihan raya umum semakin hampir. Rata-rata topik perbincangan adalah tentang calon parti pilihan masing-masing, malah anak-anak sekolah pun sudah pandai berpolitik! Dalam kehangatan menghadapi suasana pilihan raya, kadangkala emosi menjadi tidak terkawal dan akibatnya tercetuslah pergaduhan serta permusuhan sesama sendiri.

Kes-kes kesalahan berkaitan pilihan raya pun sudah banyak berlaku di seluruh negara. Contohnya, di Terengganu berlaku kes seorang penyokong politik diserang dengan kayu dan parang sehingga cedera parah oleh sekumpulan penyokong parti politik lain. Ia berpunca daripada perebutan kawasan pemasangan bendera parti tersebut.

Di Negeri Sembilan, tujuh lelaki didakwa berkaitan kes gaduh di tempat awam sehingga menganggu ketenteraman awam mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan. Dua lagi didakwa di Pasir Putih, Kelantan kerana melakukan kesalahan sama dengan membaling kerusi dan memegang besi.

Selalunya pergaduhan dan keganasan ini berlaku bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti pemasangan bahan kempen seperti kain rentang, bendera dan poster di sekitar kawasan masing-masing.

Agak memeranjatkan perkara seperti ini masih berlaku di kala negara sudah merdeka selama lebih 50 tahun. Sepatutnya umur sedemikian sudah cukup matang untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Perbezaan fahaman politik bukanlah alasan untuk bermusuh dan berbalah sesama sendiri. Agak malang jika kita terikut-ikut dengan emosi dan hasutan syaitan untuk bersengketa serta tidak bertegur sapa. Sepatutnya kita mengamalkan budaya menghormati pendapat dan pendirian masing-masing.

Sebagai orang Islam kita sebenarnya tidak perlu kepada undang-undang untuk mengawal tingkah laku. Umat Islam seharusnya sudah sedia maklum kepentingan menjaga jalinan ukhuwah serta tidak bermusuhan.

Bukankah umat Islam itu bersaudara dan harus saling menyayangi di antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu: "Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit". Rasulullah SAW juga pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya" (Muntafaq 'Alaih)

Sesama orang Islam yang tidak bertegur sapa selama tiga hari (kerana pergaduhan dan ingin memutuskan persaudaraan) adalah haram (berdosa). Rasulullah SAW bersabda " Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan (tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih daripada tiga hari" (Riwayat Bukhari).

Perbuatan tidak bertegur sapa, memfitnah orang dan sebagainya boleh membawa kepada perpecahan yang akhirnya akan menjadikan umat Islam lemah. Pada hari ini umat Islam lemah kerana mereka tidak bersatu. Apabila umat Islam lemah, maka mudahlah musuh untuk menggerakkan jentera mereka.

Berbeza pendapat bukanlah alasan untuk bergaduh dan saling bermusuhan. Kita masih boleh berbincang dan berbeza pendapat dalam suasana yang lebih berhemah dan harmoni. Ia juga mampu merangsang pemikiran dan membantu kita mengutarakan idea secara tersusun dan menyakinkan.

Bukankah itu lebih baik daripada bergaduh, mencederakan dan bertindak ganas hanya semata-mata kerana perbezaan pandangan politik. Sikap sedemikian amat memalukan, bukan sahaja terhadap orang yang bukan Islam tetapi juga kepada anak-anak yang cepat meniru perbuatan orang dewasa.

Sepatutnya kita yang menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Jangan pula kita terperanjat atau berpura-pura terperanjat jika anak menjadi ganas dan berlagak samseng di sekolah.

Fitrah manusia adalah saling perlu memerlukan serta lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Tiada manusia yang boleh hidup bersendirian di dunia ini. Justeru jangan meninggi diri dan memandang hina orang lain. Kesatuan ummah adalah teras demi menegakkan agama Islam. Berjuang di jalan Allah di atas landasan syariat, tidak bermatlamatkan dunia, bukan untuk kepentingan diri atau mana-mana pihak.

Sewajarnya umat Islam saling tolong menolong dan hormat menghormati antara individu dan masyarakat walaupun saling berbeza fikrah dan pendapat. Jalinan ukhuwah yang terjalin dapat melenyapkan segala batas perbezaan serta tidak menyusah dan membebankan orang lain.

Kita khuatir kemurkaan Allah akan tiba terhadap hambanya yang terus terusan bermusuhan sesama sendiri. Pada saat turunnya bala, semua orang akan terkena tempiasnya dan bukannya terkena pada orang tertentu sahaja. Oleh itu nasihatilah kawan-kawan kita yang masih bersengketa serta tidak bertegur sapa hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Sumber : utusan@Rencana

Sunday, April 28, 2013

Masjid Fittja Pertama Laung Azan Di Sweden

STOCKHOLM 27 April - Sebuah masjid di pinggir bandar ini muncul sebagai masjid pertama di Sweden melaungkan azan daripada menara bangunan itu semalam.

Laungan azan yang mengambil masa selama tiga minit itu bergema dari Masjid Fittja, selatan Stockholm.

"Ia adalah satu hari yang amat penting bagi kami," kata Ismail Okur, pengerusi persatuan kebudayaan Islam yang memfailkan permohonan tahun lalu.

Ahli lembaga polis daerah Stockholm meluluskan permohonan masjid itu bahawa azan boleh dilaungkan pada setiap hari Jumaat bagi tempoh tiga hingga lima minit pada waktu tengah hari atau pukul 1 petang. - DPA
                         
Umat Islam di Sweden memperjuangkan agar azan dapat diperdengarkan dari masjid tapi sesetengah umat Islam di Malaysia bersekongkol dengan kafir DAP mahu melenyapkan laungan azan dari masjid !

Salahkah Jika Melayu Kaya dan Berjaya?

PRU-13: Nurul Izzah ikut jejak DAP, hentam Syed Mokhtar
KUALA LUMPUR-Tokoh korporat terkemuka bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Namun, Syed Mokhtar yang banyak menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Calon PKR bagi Parlimen Lembah Pantai itu mengulangi tindakan DAP apabila mempertikaikan kejayaan Syed Mokhtar dalam pelbagai bidang ekonomi di negara ini.

"Sekarang sebahagian besar duit kita ini diguna untuk kroni. Daripada gula yang kita minum dengan kopi, bagi dekat kroni Syed Mokhtar," katanya ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 penyokong pembangkang di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang Lama di sini malam tadi.

Nurul Izzah juga seolah-olah cemburu dengan pencapaian Syed Mokhtar apabila mengaitkan syarikat-syarikat milik usahawan bumiputera itu seperti Malakoff Corporation Bhd., DRB-Hicom Bhd. dan MMC Corporation Bhd. dengan amalan kronisme.

Anak perempuan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mungkin terlupa Syed Mokhtar banyak membantu golongan kurang berkemampuan menerusi Yayasan Al-Bukhary dan Kompleks Al-Bukhary di Alor Setar, Kedah.

Selain itu, Syed Mokhtar membantu ramai pelajar miskin yang cerdik daripada negara-negara yang umat Islam adalah kumpulan minoriti melalui program Biasiswa Al-Bukhary.

Muzium Kesenian Islam yang dikendalikan oleh Yayasan Al-Bukhary memainkan peranan penting dalam usaha mengembangkan seni dan budaya Islam malah Syed Mokhtar turut menyumbang kepada pembinaan berpuluh-puluh masjid di Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Friday, April 26, 2013

10 Hal Yang Tak Terbeli Dengan Wang

"Wang, siapa pun memerlukan wang. Orang dewasa, remaja, bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan benda yang namanya wang. Memang wang penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak mungkin dapat memenuhi keperluan hidup. Wang membuat sebahagian
orang boleh melakukan banyak perkara daripada orang yang tidak memilikinya. Tetapi seberapapun pentingnya wang, masih ada perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang ... "
1.Waktu
Wang tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24 jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Kerana itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.
2.Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik. Tetapi inilah kenyataannya. Wang memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, membeli laptop dengan kemudahan yang sangat moden, atau mengubahsuai kereta perlumbaan. Tapi wang tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita.
3.Kebahagiaan Anak
Untuk membelikan makan dan pakaian yang bagus - bagus untuk anak tercinta memang memerlukan wang. Tapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini merupakan buah dari waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan hal - hal baik yang anda ajarkan. Wang memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan orangnya.
4.Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan wang kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berkongsi pengalaman dan peluang untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama.
5.Penerimaan / Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan, anda tak perlu duit. Bila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi rakan dalam suka dan duka.
6.Kesihatan
Kita memerlukan wang untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati sebaiknya kita terapkan. Mulakan bersenam, berhenti merokok, dan banyak hal lain yang pasti sudah anda tahu.
7.Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil daripada usaha menuju kejayaan yang boleh didapati dengan wang, misalnya mengikuti latihan atau membeli peralatan, tapi berjaya lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.
8.Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan wang, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik, tarian, photografi, filem, dan sebagainya. Namun para ahli mengatakan untuk menjadi ahli di bidangnya, kita cuma memerlukan bakat.
9.Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar, sombong dan sinis. Tak sedikit orang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat kepada orang lain. Jadi, jumlah wang yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10.Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Justeru yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Tambahan dari Penulis:
11.Syurga
"Apabila syurga boleh dibeli dengan wang, maka orang akan berlumba-lumba berbuat dosa dan maksiat .."

Anonymous

Wednesday, April 24, 2013

Jangan Sering Menuding Jari

MENUJU hari pembuangan undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang semakin tiba, pelbagai isu kedengaran di sana sini. Tak kira isu besar mahupun kecil, semuanya rancak bermain dalam meraih undi untuk parti yang diwakili.

Ada sesetengah pihak terlampau taksub dengan seseorang calon sehinggakan sanggup menyalahkan orang lain, walhal kesalahan itu datang dari dalam parti itu sendiri.

Seperti dalam kehidupan manusia, perkara sebegini sering berkait rapat dengan fitrah yang mahu diri itu lebih baik daripada orang lain dalam segala segi dan aspek.

Penggunaan anggota badan seperti tangan sering dikaitkan dengan peribahasa yang membawa maksud baik mahupun sebaliknya, bergantung kepada sesuatu situasi itu.

Sebagai contoh dalam erti menderma, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Ia membawa makna yang baik kepada seseorang itu dan kemungkinan balasan baik juga akan diterima olehnya.

Murah hati dengan memberi satu kebaikan membuatkan diri menerima balasan yang berlipat kali ganda sama ada dua atau empat kebaikan yang akan diterimanya.

Begitu juga dengan sikap buruk, menuding satu jari ke arah orang lain dengan menyalahkan mereka. Tanpa tidak kita sedari, ada empat jari lagi yang menuding kembali ke arah diri sendiri.

Seperti menyalahkan orang lain lebih jahat, bahkan kita sendiri lebih jahat membuatkan diri kita seperti seorang yang tidak punyai hati dan perasaan.

Semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk mengawalnya. Jika tahu diri itu tidak sempurna maka lebih baik berdiam diri dan lakukan yang terbaik buat diri sendiri sebelum bertindak menyalahkan orang lain.

Jika tidak, kesalahan yang ditunjukkan itu akan kembali kepada diri sendiri apabila keburukan kita akan terserlah dengan sendirinya tanpa kita sedari.

Jadilah insan yang pandai menghormati orang lain, mungkin lama kelamaan orang yang membenci juga akan pandai menghormati diri kita suatu hari nanti.

Kita boleh membuat pilihan sama ada mahukan orang membenci atau menyukai kita, namun kita tidak mampu membuatkan semua orang menyukai diri kita.

Oleh : Faidzul Firdaus

Tuesday, April 23, 2013

Berkomunikasi Agar Lebih Intim

BERKOMUNIKASI adalah cara yang paling 'mudah' bagi memastikan kebahagiaan rumah tangga yang dibina kekal dan juga cara terbaik untuk melengkapkan hari-hari bagi setiap pasangan.

Menurut Perunding Terapi Kekeluargaan Annabella House Of Theraphy, Suhana Ahmad Marzuki, faktor kesibukan menguruskan kerjaya dan rumah tangga serta anak-anak menjadikan komunikasi antara suami isteri semakin kurang.

Malah mengikut kajian, pasangan suami dan isteri pada hari ini hanya berkomunikasi sebanyak 20 hingga 25 peratus sahaja dalam sehari, manakala baki 75 peratus lagi sekadar menggunakan bahasa badan atau 'faham-faham' antara mereka sendiri sahaja.

Ada dalam kalangan mereka yang hanya dapat berkomunikasi selepas si isteri melakukan kerja-kerja rumah atau setelah si suami pulang lewat dari pejabat dan terus berehat di atas katil sebelum melelapkan mata.

Itupun mungkin hanya beberapa minit sebelum kedua-duanya lena dibuai mimpi.

Malah, ada yang mengambil kesempatan untuk bercakap dengan pasangan masing-masing hanya dalam soal-soal berat, tentang hal anak dan rumah tanpa sempat bertanyakan mengenai keadaan pasangan masing-masing.

Perkara ini bukan sahaja berlaku terhadap pasangan yang berkerjaya. Lebih malang apabila isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa juga berhadapan dengan masalah sama apabila suami balik ke rumah, isteri telah penat menguruskan rumah tangga dam tidak dapat berbual dengan suami yang segera ke bilik tidur untuk berehat.

''Ini pastinya akan menyebabkan isteri rasa tertekan kerana tidak dapat berbual dengan suami mereka dalam hal-hal berkaitan anak-anak atau rumah.

"Si isteri rasa terbeban kerana menanggung sesuatu situasi itu seorang diri tanpa dapat berkongsi dengan suami.

''Begitu juga yang dialami oleh pasangan suami isteri yang berlainan masa kerja atau kerja syif dan hanya bertemu beberapa jam di rumah," katanya.

Dalam perkara ini menurut Suhana, pasangan perlu bijak menangani keadaan agar suasana rumah tangga mereka tidak terus suram tanpa komunikasi dua hala daripada kedua-dua pihak.

''Pandai-pandailah cari masa yang sesuai untuk berkomunikasi dengan pasangan.

"Takkanlah dalam tempoh 24 jam atau tujuh hari seminggu itu sekalipun tidak dapat luangkan masa untuk berbual mesra dengan pasangan.

''Perbualan yang dimaksudkan ini bukan hanya setakat berbicara mengenai hal yang penting atau sepatah dua kata sahaja, malah sebenarnya bicara yang mencakupi isi hati pasangan anda," jelasnya.

Tambah Suhana, komunikasi bukan sahaja diperlukan bagi merungkai konflik atau permasalahan rumah tangga malah dengan berbual dapat mencetus dan menjalinkan hubungan erat dalam kalangan suami isteri.

''Komunikasi boleh mencambahkan perasaan sayang, apatah lagi dalam perbualan itu disulami dengan kata-kata romantis, humor dan sebagainya," katanya.

Suhana turut memberi tip kepada pasangan suami isteri bagaimana mencari masa yang sesuai untuk berkomunikasi dengan pasangan mereka.

Namun katanya, perbualan itu perlu disulami dengan rasa gembira dan ceria serta tidak membosankan.

Usah sesekali menyemarakkan komunikasi atau memulakannya dengan rasa amarah dan dendam agar perbualan yang dimulakan dengan elok tidak bertukar kepada kebencian dan kemarahan.

Menurutnya, seelok-elok komunikasi yang ingin dijalinkan oleh pasangan perlulah diungkap berdua dan tiada gangguan daripada anak-anak pada waktu itu.

1Suami dan isteri boleh memanfaatkan cuti hujung minggu dengan melakukan aktiviti bersama-sama seperti berjogging dan bersenam atau memasak bersama-sama.

Ketika ini suasana lebih terasa santai dan suami dan isteri boleh berbual dengan lebih mesra ketika sedang makan bersama.
Sekiranya inginkan keadaan lebih menarik, carikan masa sewaktu anak-anak sedang bermain di halaman rumah, sediakan juadah petang dan anda makan bersama suami sambil berbual.
2 Suasana di kamar tidur lebih tenteram, lapang, tanpa gangguan dan anda boleh menggunakan keadaan ini di atas katil untuk berbicara dengan pasangan anda sebelum tidur.

Biarpun sekejap, pastikan setiap minit yang digunakan memberikan manfaat yang besar kepada diri anda berdua.
3Habiskan waktu lewat malam ketika anda menghabiskan masa berdua menonton televisyen sehingga lewat malam.

Waktu itu anak-anak telah tidur, jadikan waktu itu suasana yang romantik untuk anda berdua berbicara.
4Bawa anak beriadah pastikan anak-anak anda melakukan aktiviti mereka dan pada waktu itu anda dapat berbual bersama.
5Ketika dalam perjalanan perbualan mesra dalam kalangan suami isteri boleh dimulakan ketika dalam perjalanan jauh ke kampung atau ketika suami menghantar isteri ke tempat kerja.

Sumber : utusan@Keluarga

Sunday, April 21, 2013

Ciuman, Sensasinya Tak Hanya Membangkitkan Ghairah

BERBAGAI manfaat tersembunyi dihasilkan dari aktiviti berciuman. Jika ingin mengetahuinya, ulasan di bawah ini boleh menjadi panduannya.

Ciuman banyak diperlihatkan sebagai bentuk kasih sayang pasangan. Selain itu, ciuman menjadi bentuk luapan ghairah seksual. Namun, di luar itu semua ternyata ciuman mengandungi banyak manfaat. Berikut ini di antaranya, seperti dipaparkan Readers Digest.

Membuat santai secara alami
Laporan ilmiah mengatakan berciuman meningkatkan tahap hormon oksitosin, kimia semulajadi untuk menenangkan tubuh. Berciuman juga meningkatkan endorphin (hormon yang membuat tubuh merasa baik) dan dopamin (hormon yang membantu perasaan romantis dan minat).
Ciuman penuh ghairah baik untuk kesihatan mulut
Menurut Dental Health Magazine, "Ciuman yang dalam meningkatkan aliran air liur, yang membantu menjaga mulut, gigi dan gusi tetap sihat." Cecair tambahan tersebut membantu menyingkirkan partikel makanan di gigi anda, merangsang sistem kekebalan tubuh anda, dan membantu tubuh memerangi jangkitan.

Anonymous

DAP Guna Simbol Sendiri

KUALA LUMPUR - DAP, yang disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu, tidak menghadapi masalah pada penamaan calon hari ini apabila calonnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dapat menggunakan simbol parti itu.

Parti itu bertanding di 51 kawasan parlimen dan 103 kerusi negeri.

DAP membuat pelan kontingensi untuk bertanding di bawah lambang Pas di Semenanjung dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak selepas RoS berkata ia tidak mengiktiraf pemilihan CEC parti itu Disember lepas berikutan aduan penyelewengan oleh beberapa anggota parti.

RoS berkata bagaimanapun DAP tidak dibatalkan dan parti itu boleh menggunakan simbolnya untuk PRU113.

DAP meletakkan penasihat parti itu Lim Kit Siang di kawasan Parlimen Gelang Patah. Kit Siang ditentang Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dalam perlawanan satu lawan satu.

Di Pulau Pinang pula, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng akan berhadapan perlawanan tiga penjuru dalam mempertahankan kawasan Parlimen Bagan dann perlawanan satu lawan satu di kerusi Dewan Undangan Negeri Air Puteh.

Semalam Guan Eng berkata calon-calon parti itu akan membawa dua watikah calon, satu daripada DAP dan satu lagi daripada Pas bagi calon di Semenanjung dan PKR bagi Sabah dan Sarawak, ke pusat penamaan calon. - Bernama
                                DAP Tetap Tolak Hudud Pas

Thursday, April 18, 2013

Agar Isteri Semakin Sayang

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran) ALLAH bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Rum: ayat 21)

Bernikah dan berkeluarga merupakan sunnah Nabi SAW. “Nikah adalah sunnahku dan siapa yang tidak mahu mengamalkan sunnahku bererti bukan sebahagian dariku.

Nikahlah, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan banyaknya jumlah kalian pada hari kiamat.” (Hadis sahih lihat Shahih al-Jami’ 2/6807)

Wahai suami;
Pernahkan kita menyemak kriteria yang ada dalam diri kita? Adakah kita suami yang baik? Dikira-kira, sudah berapa banyakkah sunnah Nabi SAW yang telah dicontohi dalam hal berbuat baik kepada isteri?

Jelas, hanya Rasulullah SAW merupakan contoh ikutan terbaik dalam semua hal termasuk hal kekeluargaan. “Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingati ALLAH.” (Al-Ahzab: ayat 21)

Dalam memenuhi keperluan dan kehendak, seringkali kita terleka. Leka mencari dunia semata, di sudut yang lain kita kesampingkan kewajipan memberi pendidikan dan ilmu kepada keluarga, lebih-lebih lagi ilmu agama yang merupakan bekal akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada ALLAH terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim : ayat 6)

Isteri dan keluarga harus sering dinasihati agar taat, bertakwa dan mentauhidkan ALLAH SWT semata, menjauhi syirik, mencegah mereka daripada maksiat dan mengajarkan tentang hukum dan adab-adab dalam Islam. Semua ini hanya bisa dilaksanakan dengan ilmu.

Sesungguhnya seorang Muslim tidak akan boleh melaksanakan agamanya dengan benar kecuali dengan mempelajari Islam yang benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah menurut faham salafus sholeh. Sekarang, singkirkan kemalasan, lihatlah ke wajah isteri dan keluarga kita, mereka itulah amanah yang perlu diselamatkan.

Bersegeralah menghadiri majlis ilmu, tuntutlah ilmu dan sampaikan ilmu kepada mereka. Kita punya misi untuk mendidik dan menjadi contoh yang baik kepada isteri. Jadilah orang yang pertama melakukan apa yang kita nasihatkan kepadanya kerana perbuatan dan amalan yang istiqamah itu akan lebih memberi kesan berbanding hanya bercakap tanpa amal.

Kepada para pendakwah, benar, anda berusaha mengajak masyarakat amal makruf dan nahi mungkar. Akan tetapi, jangan sesekali dilupakan objek dakwah anda yang lebih utama iaitu keluarga dan kerabat anda sendiri. Seimbangkan aktiviti luar dengan aktiviti mendidik keluarga. Kalau anda ingin masuk syurga, begitu juga mereka.

Para suami idaman;
Berhiaslah anda sebagaimana anda ingin isteri anda berhias untuk anda. Berdandan dan berhias adalah perkara yang dicintai ALLAH dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda :“Sesungguhnya ALLAH itu indah dan mencintai keindahan. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia.” (Hadis Riwayat Muslim)

Ibnu Abbas r.a berkata, “Sungguh, aku ini berhias untuk isteriku sebagaimana aku senang jika isteriku berhias untukku. ”Amat jelas fitrah manusia sukakan sesuatu yang bersih, kemas, harum dan cantik. Rasulullah SAW melarang orang dari menolak wangian yang diberikan. “Barang siapa ditawarkan kepadanya minyak raihan, maka janganlah menolaknya, kerana ia harum baunya dan mudah dibawa.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdandannya suami untuk isteri tidak hanya akan menambahkan rasa cinta, malah akan membuatkan isteri semakin suka untuk memandang dan berada di samping suaminya.

Kebersihan mulut adalah antara perkara yang penting dalam keindahan hubungan suami isteri. Akan tetapi, hal ini sering diremehkan. Bau mulut dan nafas yang harum akan menyebabkan bukan sahaja pasangan kita, malah orang lain pun akan senang dan suka mendekati kita.

Aisyah pernah ditanya tentang apakah yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah SAW jika dia memasuki rumahnya? Aisyah menjawab, “ Bersiwak”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Kalaulah tidak memberatkan umatku, pastilah akan aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali melaksanakan solat,” (Muttafaqun ‘alaih) Lalu bersiwaklah selalu wahai para suami sepertimana saranan dan telah dicontohi oleh Nabi yang mulia, Muhammad SAW. Elakkan mengambil makanan-makanan yang mempunyai bau yang kuat dan paling utama, jauhilah rokok yang menyebabkan nafas berbau apatah lagi memudaratkan tubuh badan.

Suami-suami yang soleh lagi penyayang, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isterinya.” (Hadis Riwayat at-tirmizi (1162), disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah as-shahihah (284)

Seorang suami yang soleh akan terhimpun di dalam dirinya akhlak-akhlak yang mulia. Pasti lidahnya hanya akan mengeluarkan perkataan yang baik dan sedap didengar. Isteri adalah pendamping dan orang paling banyak berinteraksi dengan kita. Maka ungkapkanlah perkataan yang baik dengan nada suara menarik, berlemah lembut, bermanis muka, dan hiasilah bibir dengan senyuman.

Rasulullah bersabda: “Setiap kata-kata yang baik itu adalah sedekah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Adabul Mufrad dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah ash-Shahihah (576).

Baginda juga bersabda: “Hindarilah api neraka, meskipun hanya dengan sebiji kurma. Barang siapa tidak mendapatkannya, cukuplah dengan kata-kata yang baik.” (Muttafaqun ‘alaih) Memanggil isteri dengan nama-nama kesayangan sebagai ungkapan kasih sayang dan penjalin cinta dapat membibitkan rasa bahagia dan menyenangkan pendengaran.

Aisyah r.a menuturkan, pada suatu hari Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Wahai ‘Aisy (panggilan kesayangan ‘Aisyah), Malaikat Jibrail tadi menyampaikan salam buatmu.” (Muttafaqun ‘alaih) Rasulullah juga memanggil ‘Aisyah dengan gelaran Humairaa’ yang ertinya gadis kecil yang putih kemerah-merahan kulitnya.

Anda perlu tahu, keperluan wanita untuk bercakap sama dengan keperluan mereka terhadap makanan dan minuman. Dari hal urusan rumah tangga, anak-anak, hinggalah kepada perasaannya, membawa kepada gosip dan memperkatakan tentang orang lain, wanita tidak akan berhenti dari berbicara.

Kerana itulah suami perlu lebih sabar, mendengar dan menerima perkataan dan kerenah isterinya. Sediakan telinga dan hadirkan hati dalam setiap butir bicaranya. Berilah pujian, komen atau pendapat yang positif atas motif perbicaraan yang baik. Nasihatilah mereka atas percakapan yang tidak benar dan sia-sia.

Saudaraku yang budiman;
Janganlah anda bakhil perasaan. Pamerkan kasih sayang dengan senyuman, ungkapkan kata-kata yang baik dan lembut dan cuba luangkan masa untuk mendengar. Tidaklah lambakan kerja-kerja rumah dan segala masalah rumah tangga itu menjadi beban untuk isteri jika suaminya melayannya dengan baik dan penuh kasih sayang. Terimalah isteri anda seadanya, baik dari segi kebaikan apatah lagi kekurangannya.

“Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (An-Nisa: ayat 19)

Ingatlah bahawa anda juga tidak lepas dari kesalahan dan kekurangan. Jauhi sikap inginkan isteri yang sempurna. Sebahagian lelaki yang apabila ditanyakan tentang isteri idaman, ia menginginkan isteri yang cantik tubuh badan, bijak akal fikirannya, rajin menguruskan rumah tangga, pandai melayan suami dan pelbagai lagi. Masya-Allah, saudaraku, itu adalah kriteria bidadari syurga. Mana mungkin anda mahukan bidadari syurga di dunia ini. Bersyukurlah dengan isteri yang ALLAH kurniakan. Didiklah dia dengan baik. Semoga anda dan dirinya bakal menghuni syurga ALLAH Yang Maha Penyayang.

Oleh : Natasha Mokhtar

Tuesday, April 16, 2013

Kelas Bahasa Untuk Artis

Siti ingin mengesyorkan supaya ada pihak ambil inisiatif mengadakan kelas bahasa untuk golongan artis. Kelas bahasa ini bukanlah untuk menjadikan artis kita guru bahasa di sekolah. Tapi tujuannya supaya mereka boleh memberikan ucapan pendek dengan bahasa yang baik, tidak kiralah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Kelas bahasa ini perlu ada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ini untuk membanteras penggunaan “bahasa longkang" yang mencampuraduk Bahasa Melayu dan Inggeris.

Kemahiran berbahasa dengan baik ini bukanlah untuk artis bagi ceramah tapi sekadar memurnikan bahasa yang mereka gunakan semasa memberi ucapan tidak sampai sepuluh patah perkataan.

Siti percaya banyak yang menyampah dengan gelagat artis kita apabila diminta memberikan sepatah dua kata selepas menang sesuatu pertandingan atau dapat anugerah. Mana tak menyampah kalau tak sampai sepuluh patah yang diucap itu semuanya bahasa longkang?

Kalau malu nak cakap Melayu gunakanlah bahasa Inggeris sepenuhnya. Malah bahasa Tamil pun boleh asalkan jangan bahasa longkang. Tapi yang merosakkan bahasa ini adalah artis Melayu. Tak sedar diri betullah.

Siti tak kisah kalau mereka berucap dalam Bahasa Inggeris, sebab sekarang ini Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa “rasmi" negara ini. Bahasa Melayu dalam Perlembagaan telah “dipadam" dan digantikan dengan Bahasa Inggeris.

Lain kali artis yang guna bahasa longkang dilarang dari memberi ucapan. Buat apa dipilih menjadi artis terbaik, artis popular atau artis paling hampas kalau tidak menghormati bahasa. Siti fikir artis-artis yang hancur ini kalau mereka berucap dalam bahasa Orang Asli pun akan lebih dihormat berbanding bahasa longkangi.

Kalau orang politik tak endah tentang bahasa, itu perkara biasa. Jangan pula bab ini kata kepimpinan melalui teladan. Yang tak baik bukan teladan. Siti tak tahu siapakah yang perlu memikul saranan ini. Tapi siapa-siapa yang sedar buatlah sesuatu.

Oleh : Siti Jarum

Monday, April 15, 2013

Badut-Badut Demokrasi

PARTI politik dan manifesto adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ini kerana kandungan manifesto itulah yang akan menjadi penanda aras untuk para pengundi dalam memilih parti mana yang boleh membawa harapan dan kepercayaan rakyat.

Bagaimanapun ketika pilihan raya, ia bukanlah masa yang sesuai untuk membuat eksperimen parti politik manakah yang sesuai hanya kerana terpengaruh dengan manifesto yang dijanjikan.

Ini kerana ia melibatkan soal masa depan negara dan rakyat maka jika tersilap memilih maka kesan yang timbul pastinya bukannya sedikit.

Kita juga tidak mahu tertipu dengan pelbagai janji dalam manifesto yang adakalanya tidak sesuai atau mampu dipenuhi.

Apa yang penting rakyat perlu memilih parti politik yang tidak hanya pandai bermain dengan janji selain mereka perlu yakin bahawa parti yang dipilih itu perlulah mempunyai integriti serta dipimpin oleh pemimpin yang bukan sahaja bersih tetapi perlu dilihat bersih.

Pancawarna minggu ini melihat kepada beberapa manifesto pilihan raya parti politik di luar negara yang bukan sahaja pelik tetapi jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya.

Ini kerana di kalangan parti-parti yang dinyatakan ada yang sekadar menyertai pilihan raya dan membuat manifesto sebagai bahan jenaka dan humor satira politik.

Bagaimanapun ada antara parti politik itu ditubuhkan atas tujuan politik tetapi kemudian jauh terpesong sehingga membawa kesan yang buruk sehingga merosakkan nilai sosial dan keagamaan masyarakat.

Ternyata parti sebegini bukannya memperjuangkan hak dan tuntutan rakyat tetapi lebih kepada memuaskan nafsu dan keinginan manusia yang senantiasa tidak terbatas.

Akhirnya yang binasa adalah rakyat sendiri hanya kerana terpengaruh dengan janji dan manifesto parti politik yang dangkal.

Oleh : Hafizahril Hamid

Saturday, April 13, 2013

Dahulu Peti Undi Guna Tin Biskut

"SEBELUM Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957, jangan terkejut kalau orang-orang dahulu hanya menggunakan tin biskut yang ditebuk di tengah-tengahnya sebagai peti undi. Walaupun begitu, tiada seorang pun penduduk Tanah Melayu yang mempertikaikan tentang sistem pilihan raya yang digunakan pada waktu tersebut.

"Bagaimanapun, setelah bertahun-tahun menggunakan peti undi besi berwarna hitam yang mana diguna pakai semenjak Pilihan Raya Umum (PRU) pertama yang diadakan pada 1959, wujud pula dakwaan kertas-kertas undi itu telah disabotaj.

"Bagi mengatasi perkara tersebut, pada PRU 2004, SPR memperkenalkan peti undi lutsinar bertujuan menunjukkan ketelusan badan bebas itu mengendalikan pilihan raya tanpa tekanan daripada mana-mana pihak."

Menurut Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, 63, itu antara perubahan-perubahan yang dilakukan SPR bagi menambah baik sistem pilihan raya sedia ada, sekali gus menepis dakwaan-dakwaan 'nakal' mengenai ketelusan suruhanjaya tersebut menganjurkan PRU di Malaysia.

Pasti ramai dalam kalangan generasi muda hari ini tidak mengetahui sistem pengiraan undi yang diguna pakai SPR pada PRU pertama dahulu, sebelum kaedah baharu diperkenalkan pada 1990.

Sebelum perubahan yang dilakukan kira-kira 13 tahun lalu, kata Abdul Aziz, peti-peti undi daripada setiap saluran mengundi akan dipindahkan ke pusat pengundian untuk dikira.

"Peti-peti undi tersebut dipindahkan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah pengangkutan termasuk sampan dan helikopter.

"Apabila semua peti undi tiba di pusat pengundian, kertas undi tersebut akan diletakkan ke dalam bakul menggaul kertas undi, digaulkan dan kemudian dikira oleh petugas SPR.

"Sebab itu, proses pengiraan undi dahulu mengambil masa panjang dan jika terdapat bantahan daripada calon bertanding, petugas akan mengira semula. Ada ketikanya sehingga sampai waktu pagi terutama di kawasan yang mempunyai bilangan pengundi yang banyak," katanya sambil tersenyum.

Untuk penambahbaikan pada PRU-13, Abdul Aziz berkata, dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi akan diperkenalkan.

Katanya, dua jenis dakwat berbeza yang akan digunakan hanya didedahkan kepada umum pada 5 Mei nanti.

"Dengan menggunakan kaedah baharu itu nanti, mustahil untuk wujudnya masalah mengundi lebih daripada sekali seperti yang dipolitikkan oleh parti-parti pembangkang selama ini.

"Selepas semakan dilakukan, jari telunjuk kiri pengundi akan dicalitkan dakwat kekal sebelum proses membuang undi dilakukan.

"Dakwat tersebut mampu bertahan antara enam hingga tiga hari. Sukar untuk menghilangkan dakwat tersebut secara menyeluruh dan kerana itulah, kita memilih untuk menggunakan kaedah tersebut bagi memastikan SPR tidak menjadi mangsa politik pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz turut mengingatkan penyokong parti politik supaya tidak meraikan kemenangan secara terbuka kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan huru-hara dalam negara.

Sumber : utusan@Rencana

Bilakah Masa Sesuai Untuk Bercinta?

Sekali imbas tajuk di atas mungkin ramai menganggap bahawa saya seorang yang jiwang, atau tengah dilamun cinta mahupun kenapa kali ini cerita pasal cinta pula, selalunya lain.

Cinta merupakan suatu perasaan di mana seseorang itu menjadi terlalu sayang kepada sesuatu mahupun seseorang dan ia berlaku pada semua manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan cinta seperti cinta kepada Tuhan pencipta, sesama manusia, ibu bapa dan harta serta haiwan peliharaan.

Namun kali ini, saya lebih suka untuk berbicara mengenai cinta di antara manusia iaitu lelaki dan perempuan.

Saya akui, jika bercakap mengenai cinta golongan perempuan yang pastinya teruja dan lebih pandai menghargai cinta berbanding lelaki.

Persoalannya bilakah masa yang sesuai untuk seseorang itu mula bercinta?

Sesungguhnya, tiada jawapan yang tepat bagi memberikan masa yang sesuai untuk perkara itu, ia terpulang kepada seseorang itu untuk memberi dan menerima cinta.

Kita sering mendengar orang tua bercakap mengenai cinta selepas berkahwin, masih belajar jangan pandai-pandai hendak bercinta atau cari kerja dulu, baru bercinta dengan anak orang.

Namun akhirnya selepas habis belajar dan mendapat kerja, ada ibu bapa yang sibuk memaksa anak mereka untuk berkahwin, tetapi bagaimana?

Sebelum ini mereka sendiri menghalang untuk bercinta agar menumpukan perhatian kepada pelajaran dan masa hadapan yang lebih penting.

Mengikut statistik ramai lelaki mahupun perempuan yang sudah melebihi usia 25 tahun masih belum berumah tangga.

Jadi, bila masa yang sesuai untuk seseorang itu bercinta? Semasa di sekolah atau di kolej mahupun sedang bekerja? Yang pastinya tiada jawapan untuk persoalan itu.

Pembahagian masa, didikan ibu bapa mengenai perkara ini dilihat penting kerana kehidupan di zaman serba moden ini berbeza dengan kehidupan masa lalu.

Cinta bukan satu masalah, bahkan menjadi satu kekuatan pada seseorang itu untuk berjaya jika benar-benar tahu menjaga adab dan tatasusila.

Saya tidak menggalakkan pembaca terutama adik-adik untuk bercinta tetapi ia sudah menjadi lumrah manusia kerana tuhan menciptakan lelaki dan wanita.

Ingat, bercinta untuk satu tujuan iaitu ikatan perkahwinan. Jika hendak seronok-seronok baik tumpukan pada yang lebih penting kerana kesannya juga amat memeritkan.

Oleh : Ahmad Daniel Sabri

Bersukan Meningkatkan Kepuasan Seksual

KITA semua tahu sukan baik untuk kecergasan tubuh. Dengan bersenam beberapa kali seminggu tidak hanya meningkatkan kesihatan tetapi juga kehidupan seks anda! Nah, berikut ini makna sukan bagi kehidupan seks anda!

Sukan membuat anda seksi
Sebahagian besar seks adalah perasaan seksi. Orang yang bersenam cenderung mempunyai peningkatan imej tubuh. Sebuah kajian menunjukkan bahawa lelaki dan wanita sihat automatik hasrat seksualnya lebih tinggi. 80 peratus lelaki dan 60 peratus wanita yang bersenam 2-3 kali seminggu keinginan seksual mereka meningkat.

Sukan meningkatkan prestasi seksual
Sebanyak 88 peratus wanita dan 69 peratus lelaki yang bersenam 4-5 hari per minggu dilaporkan mengalami peningkatan prestasi seksual jauh lebih tinggi. Alasan ini boleh terjadi disebabkan faktor fisiologi seperti peredaran dan aliran darah yang lebih baik.

Sukan bererti peningkatan seks
Orang bersenam umumnya sihat, tampak muda dan tubuh lebih menarik. Aktiviti dan sensasi kehidupan seks tentunya berorientasikan pada bentuk fizikal.

Sukan menunda penuaan seksual
Pada orang yang berusia enam puluh tahun dan sering bersenam dilaporkan keupayaan seksualnya sama dengan orang yang lebih muda. Sebuah kajian meneliti kekerapan dan kepuasan seksual para perenang di usia 60 tahun sama dengan mereka yang usianya 20 tahun lebih muda.

Sukan mengurangkan disfungsi ereksi
Disfungsi ereksi(mati pucuk) sering disebabkan oleh masalah peredaran. Untuk ereksi, zakar harus membengkak dengan darah di dalamnya. Namun jika arteri tersumbat, tekanan darah tinggi dan masalah kardiovaskular lain boleh mengganggu proses tersebut. Nah, dengan sukan akan menjaga jantung dan pembuluh arteri serta mengurangkan risiko disfungsi ereksi

Sukan melepaskan endorfin
Sukan melepaskan endorfin yang memberikan rasa kelegaan. Seseorang akan mengalami perasaan bahagia dan puas selama sukan kerana pelepasan endorfin. Apalagi ketika menikmati kepuasan seksual.
Sukan menambah variasi seksual
Jika anda sihat secara fizikal, pastinya mempunyai lebih banyak pilihan variasi posisi seksual. Ketika anda bersenam, kekuatan dan daya tahan akan meningkat.

Anonymous

Thursday, April 11, 2013

Cinta Pandangan Pertama

PERNAHKAH anda tertarik dan menilai kepada seseorang yang baru anda temui untuk pertama kalinya? Pastinya anda pernah merasakan itu. Ya, sering kali anda bertanya mengapa mereka lebih seksi dan menarik?

Jika itu berlaku pada anda, boleh diyakini anda bukan satu-satunya orang yang pernah merasakan itu semua. Lalu, tahukah anda apa yang membuat mereka begitu tampak menarik? Ini jawapannya sebagaimana yang dipetik dari Times of India.

Mereka kelihatan jujur
Orang yang baru anda temui begitu tampak jujur dan sederhana, kerana mereka akan menjadi diri mereka apa adanya dan tidak akan pernah dibuat-buat. Oleh kerana itulah, yang membuatkan anda terpegun ingin mengenal dan menyalurkan minat anda padanya.
Suara seksi
Ketika beberapa orang berbicara, ada cecair daya tarik seks di dalam diri mereka. Boleh jadi kerana suara mereka, atau rasa humor. Itu sebabnya yang membuat anda tertarik pada orang tersebut, dan menetapkan diri sebagai peminat mereka. Bila anda mencari seseorang dengan kualiti itu, anda mungkin mengalami daya tarikan yang hampir tidak terkawal.

Perilaku baik
Biasanya orang asing yang baru anda kenal akan melakukan perilaku baik sepertinya seorang pahlawan. Beberapa lelaki pun akan melakukan itu, dan wanita akan melihat sikap itu sebagai sangat seksi.

Anonymous

Buatkan Pasangan Makin Cinta

MENJAGA rasa cinta dalam sebuah hubungan kadang-kadang tak semudah yang orang bayangkan. Anda memerlukan usaha yang tepat untuk melakukannya.

Ibarat menanam sebuah tanaman, cinta juga perlu banyak rawatan agar sentiasa terjaga. Terlebih pada hubungan dalam jangka panjang. Kadang-kadang, rasa cinta seakan menjadi sesuatu yang dilupakan.

Agar tak terjebak dalam situasi ini, anda perlu melakukan usaha lebih. Berikut ini ada saranan yang perlu diberikan perhatian.

Buat dia bangga
Lelaki sangat suka apabila dirinya mampu membuat anda bahagia. Sedikit senyuman dari anda merupakan refleksi bahawa segala usahanya berjaya.

Selain itu, anda juga perlu mengetahui bila harus mundur dan membiarkannya sejenak. Saat menghadapi masalah pelik, mengkritiknya merupakan sebuah hal yang kurang berkesan. Namun, apabila mengutarakan perasaan tanpa menyalahkannya, hal ini menandakan anda tak suka menyisehkannya.
Yang perlu anda lakukan ialah menunjukkan betapa berertinya dia sebagai pasangan, selain itu tetaplah berlaku jujur padanya. Dia tentu akan semakin banyak mengupayakan kejayaan dalam hubungan.

Buat dia merasa aman
Anda juga perlu membuatnya merasakan ikatan emosi yang mendalam, dengan mengetengahkan rasa aman dalam hubungan. Cubalah untuk lebih menghargainya, dengan itu hubungan pun akan semakin kuat.

Anonymous

Tuesday, April 9, 2013

Risalah Islam Dalam Filem

PENGARUH filem amat besar dalam dunia Islam. Selain sebagai alat hiburan, filem juga berfungsi sebagai wadah pendidikan untuk menyebarkan syiar Islam. Filem pertama kali ditemukan di Barat pada peralihan abad ke-20, lalu dibawa masuk ke dunia Islam oleh keluarga kerajaan, seperti kerajaan Uthmaniyah dan para pengimport tempatan.

Para pekerja filem Islam baru memulai penghasilan filem mereka pada 1930-an. Hingga Perang Dunia Kedua, jumlah penghasilan filem mereka tetap kecil.

Pada 1960-an, industri filem dalam dunia Islam mulai muncul, sekalipun jumlah penghasilannya masih jauh lebih kecil dibandingkan dengan penghasilan filem Barat.

Citra Islam dan umat Islam seringkali digambarkan negatif dalam filem Barat, menurut perspektif Islam filem dengan gambaran tentang Islam dan umat Islam yang mereka dipandang lebih sesuai dihasilkan.

Mustafa Akkad
Para pekerja filem Islam dan Barat pernah bekerjasama. Hasilnya antara lain filem The Message (dalam versi Arab: al-Risalah) dan Lion of the Desert. Filem yang pertama menggambarkan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan risalah Islam dan filem yang kedua menggambarkan perjuangan Umar al-Mukhtar pada 1911-1931 melawan penjajahan Itali di wilayah yang sekarang ini adalah Libya. Kedua-dua filem ini diarahkan oleh Mustafa Akkad, seorang pekerja filem Syria yang menetap di Amerika Syarikat.

Antara filem yang dihasilkan di dunia Islam, jumlah filem yang secara khusus dibuat untuk tujuan syiar Islam relatifnya kecil, misalnya karya sejumlah prosedur filem yang dipimpin oleh Yucel Cakmakli yang juga memperoleh sokongan daripada pemerintah Turki.

Dari Mesir, muncul siri tentang Nabi Muhammad SAW serta para sahabatnya atau tokoh besar sejarah Islam, seperti al-Imam Malik, filem tentang Imam Malik, pendiri Mazhab Maliki (diarahkan oleh Mustafa Kamil).

Abbas Kiarostami
Sejak dekad 1990-an, filem yang digarap oleh pengarah Iran seringkali memperoleh penghargaan tinggi di pelbagai festival filem antarabangsa. Dua nama pengarah yang amat menonjol ialah Abbas Kiarostami dan Majid Majidi.

Mereka begitu dikagumi antara lain kerana tetap berjaya menghasilkan karya gemilang sekalipun pemerintah Iran pascarevolusi menerapkan penapisan yang ketat terhadap semua penghasilan filem.

P. Ramlee
Sejak Perang Dunia Kedua, di beberapa negara Islam seperti Mesir, Turki, Iran, Malaysia dan Indonesia terjadi lonjakan penghasilan filem. Hal ini berkait rapat dengan sokongan pemerintah negara tersebut terhadap kerja-kerja perfileman.

Faktor lain adalah munculnya pengarah baru yang amat produktif dan terpelajar dalam bidang ini, seperti Salah Abou Saif dan Youssef Cecine (Mesir), Metin Erksan dan Atif Yilmaz (Turki), Dariush Mehrjui dan Bahram Bayzai (Iran), P. Ramlee (Malaysia) dan Asrul Sani (Indonesia).

Robin Hood
Citra negatif filem produksi Barat atas Islam menjadi salah satu faktor pendorong umat Muslim memproduksi filemnya sendiri sebagai respons terhadap citra tersebut. Filem produksi Barat kerap kali menggambarkan Islam dan kaum Muslim dalam citra negatif. Misalnya, Islam digambarkan dengan kekerasan, pengganas dan perang.

Namun ada juga filem yang menampilkan Islam dan umat Muslim secara positif, contohnya filem Robin Hood: Prince of Thieves (1991), yang menampilkan tokoh Azeem, Muslim Sepanyol yang cerdas, soleh dan kemanusiaan.

Pada 1956, P. Ramlee telah mengarahkan filemnya yang kedua, iaitu Semerah Padi. Filem ini penuh dengan unsur budaya dan agama.

Beberapa adegan filem The Message. Filem yang menggambarkan perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan ajaran Islam ini adalah hasil kerjasama antara Islam dengan Barat, dengan dukungan seniman dan seniwati Barat terkenal seperti Anthony Quinn dan Irene Papas.

Salah satu filem Majid Majidi yang pernah ditayangkan di Indonesia berjudul Children of Heaven (1999). Filem yang memenangi hadiah penghargaan bagi kategori "Filem Terbaik" di Festival Filem Montreal ini juga turut dicalonkan untuk Anugerah Oscar (1999) bagi kategori "Filem Bahasa Asing Terbaik".

Sumber : utusan@Bicara-Agama

Wanita Paling Menggoda di Usia 30an

JIKA anda fikir bahawa wanita yang paling menarik di usia mudanya, maka kemungkinan hal itu tak sepenuhnya benar. Sebab, menurut sebuah pungutan suara, jawapannya adalah usia 30 tahun.

Menurut sebuah pungutan suara yang dilakukan baru-baru ini, lelaki dan wanita percaya bahawa wanita kelihatan paling menggoda di usia 30 tahun. Keputusan ini cukup mengejutkan, sebab angka tersebut lebih matang daripada usia yang selama ini dipercayai.

Seperti dipaparkan How About We, hal ini tentu saja sangat masuk akal. Pada usia 20-an, wanita cenderung merasa tidak selamat dan kurang keyakinan berjuang untuk percaya diri. Hal ini akan jauh berkurang dalam dekad ketiga kehidupan anda.

Di usia 30, wanita biasanya sudah lebih percaya diri secara seksual. Wanita juga tak lagi resah mengenai pelbagai hal tak penting yang mereka rasakan ketika muda. Selain itu, wanita juga cenderung punya pendapat sendiri tentang seks, mereka boleh menentukan bagaimana dan bila-bila akan berbuat demikian. Anonymous

Monday, April 8, 2013

Otak Militan

SETIAP negara mentafsirkan makna pengganas atau militan dengan cara tersendiri. Definisi yang paling popular, militan ialah sekumpulan manusia berfikiran sempit yang menggunakan keganasan untuk menjayakan cita-cita politik, agama atau membuat tuntutan tertentu.

Pelbagai kajian dijalankan tentang cara bagaimana militan berfikir. Mereka menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda.

Mereka sanggup bertindak kejam walaupun ada di antara mereka merupakan pengamal ajaran agama yang taat.

Tiada sebarang agama yang menggalakkan keganasan. Jadi, adakah mereka terencat akal atau sebenarnya terlalu fanatik menjayakan cita-cita ketua mereka tanpa memikirkan belas kasihan dan batasan undang-undang.

Apa yang pasti kumpulan militan melakukan keganasan secara terancang. Mereka selalunya membuat permintaan yang tidak masuk akal, sukar diterima dan mencabar maruah sesebuah negara.

Nah, disini baru terdedah yang mereka sebenarnya mempunya niat lebih besar iaitu memusnahkan negara.

Senjata utama mereka ialah serangan psikologi kepada rakyat. Lebih teruk, militan hanya perlu membuat satu kerosakan kecil sahaja tetapi sudah cukup memberi impak yang besar.

Kerana itulah kita dapati mana-mana kerajaan sekali pun di dunia pasti memberi perhatian yang sangat serius dalam memerangi kumpulan ini.

Impak psikologi kepada negaraKeganasan memusnahkan ekonomi negara. Pelabur hilang keyakinan untuk melabur dan pelancong pula pasti akan menjadualkan semula percutian mereka ke tempat lain.

Media luar yang bermusuh juga akan mengambil peluang memburuk-burukkan imej negara di mata dunia.

Televisyen menyiarkan cerita letupan bom, asap, orang berlari bertempiaran dan kehadiran anggota polis yang ramai.

Seterusnya laporan kematian dan kemusnahan harta benda. Ini yang militan mahu. Mereka mahu rakyat menjadi panik dan takut.

Keganasan merampas kebebasan. Rakyat hidup dalam ketidakpastian. Mereka terpisah daripada orang tersayang dan sanak-saudara.

Ini memberi tekanan dan seterusnya mencetuskan kebimbangan yang dahsyat.

Ibu bapa risau jika anak-anak bermain di luar rumah, malahan ada orang mengelak daripada menonton siaran berita kerana fobia serangan tersebut akan berulang.

Jika perintah berkurung dikuatkuasakan, kebebasan menguruskan urusan seharian juga tergugat.

Keganasan berterusan menyebabkan rakyat menjadi putus harap, seperti ayam di dalam sangkar, hanya menunggu masa menjadi mangsa.

Rakyat takut membeli hartanah dan berangan-angan untuk berhijrah keluar negara.

Ada yang menjadi pendatang haram di negara jiran dan ini menimbulkan masalah pula kepada negara tersebut.

Keganasan mencetuskan pelbagai teori konspirasi. Selepas satu serangan pengganas dilancarkan, banyak artikel atau rancangan media diterbitkan mengutuk serangan tersebut.

Tuduh-menuduh berlaku. Ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mengeruhkan hubungan antara dua buah negara pula. Tambahan pula jika negara tersebut telah sekian lama bermusuhan.

Ini seterusnya boleh mencetuskan peperangan antara negara atau peperangan konvensional.

Peperangan sebegini lebih dahsyat kerana ia melibatkan penggunaan senjata berat atau senjata nuklear jika ada yang akhirnya bakal memusnahkan keseluruhan planet.

Keganasan juga mengubah persepsi rakyat terhadap isu keselamatan. Polis dan tentera kelihatan sentiasa bersedia dengan senjata api di tangan.

Orang kenamaan pula terpaksa mengupah ramai pengawal peribadi. Pemeriksaan badan akan dilakukan di serata tempat termasuk di rumah-rumah ibadat. Pemandangan sebegini tidak berlaku di negara-negara aman.

Peranan rakyat  
Militan hanyalah sekumpulan minoriti daripada keseluruhan penduduk sesebuah negara. Selain menimbulkan ketakutan mereka juga mahu mendapatkan sokongan rakyat setempat. Kerana itu militan banyak menyerang kepentingan kerajaan berbanding orang awam.

Jika rakyat bersatu-padu menyokong kerajaan, kumpulan militan ini akhirnya akan tumpas juga. Kerajaan akan mengerah aset tempur memusnahkan mereka. Rakyat juga boleh memusnahkan mereka tetapi dengan cara psikologi.

Pengawalan khabar angin atau rumours control sangat penting. Dapatkan maklumat tepat daripada sumber yang diyakini seperti laman web polis atau kerajaan.

Jangan percaya SMS atau maklumat daripada sumber mencurigakan kerana akan ada orang tidak bertanggung-jawab yang cuba mengambil kesempatan.

Jangan beri sebarang bantuan sama ada makanan mahupun sokongan moral kepada mereka.

Salurkan maklumat aktiviti yang mencurigakan kepada pihak polis. Bagi mengelak salah faham, kerajaan juga melalui Kementerian Luar akan terus menjalin hubungan baik dengan negara jiran.

Hargailah keamanan. Bersamalah kita memusnahkan kumpulan militan ini.

Sumber : utusan@Kesihatan

Sunday, April 7, 2013

Malaysia Pengeluar Filem Porno

Pengarah, pelakon dan adegan ranjang
SITI melihat negara kita berpotensi untuk menjadi hab atau pusat pengeluaran filem porno, setidak-tidaknya bagi Asia Tenggara. Ini berpandukan daripada kecenderungan beberapa pengarah dan “kejayaan" mereka menghasilkan adegan ranjang dalam filem yang berlatarkan masyarakat Melayu beragama Islam.

Antara filem kita yang “terpaksa" menyelitkan adegan ranjang kerana “tuntutan" cerita adalah, Anak Halal pengarahnya Osman Ali, Ombak Rindu (Osman Ali), Jiwa Taiko (Osman Ali), Klip 3gp (Aidil Fitri Mohamed Yunos), Mantra (Azahari Mohd Zain), Mencari Cinta (Shirin Haji Khuzaimi), Amukan Azazil (Kabir Bhatia) dan beberapa lagi.

Siti percaya mereka boleh dijadikan sandaran untuk menzahirkan Malaysia sebagai pusat penerbitan filem porno suatu hari nanti. Agensi yang mengawal selia bidang perfileman negara ini seperti Finas yang selalu bercakap mengenai jumlah filem dan kutipan tiket perlulah melambakkan duit untuk membantu menggilap bakat-bakat ini.

Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) pula tak ada sepatah haram pun kenyataan mengenai fenomena baharu ini. Tapi tak mengapa, sebab sudah lama Siti anggap LPF tidak lebih kepada pengeluar “sijil halal" supaya filem yang beracun boleh ditonton. Tanggungjawab sosial tak nampak pun.

Siti tertarik dengan kenyataan Osman Ali dalam akhbar Kosmo Khamis lalu. Katanya, “Secara amnya ada sebab kenapa sesebuah adegan itu diadakan atas dasar mengikut perjalanan cerita."

Kata Osman lagi, “Melihat senario negara kita dengan masyarakat Melayu dan beragama Islam, saya rasa adegan panas yang keterlaluan tidak perlu diadakan." Maknanya adegan dalam filem Anak Halal, Ombak Rindu dan Jiwa Taiko yang dikatakan tahap porno itu sebenarnya “tidak keterlaluan". Siti tak dapat nak bayangkan kalau Osman Ali membuat secara keterlaluan ikut kehendak hati dia.

Pelakon Nadiya Nissa yang berlakon adegan ranjang dengan Bront Palarie dalam filem Jiwa Taiko pula berkata, “Adegan panas itu perlu untuk menggambarkan betapa liarnya watak yang saya lakonkan." Siti tak terkejut kenyataan ini kerana bagi pelakon dan pengarah kita, skrip itu macam batu bersurat, ayatnya tidak boleh diubah. Perlembagaan negara pun tak sehebat skrip. Pengarah sanggup londeh pelakon daripada ubah skrip.

Pelakon Rusdi Ramli yang berlakon adegan ranjang dengan Nora Danish dalam filem Mencari Cinta berkata, “Sebagai pelakon sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memenuhi kehendak pengarah." Tambah Rusdi, “Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan adegan panas yang dimaksudkan kerana Nora seorang pelakon yang bagus." Siti tak tahu pula apa hubungannya pelakon yang bagus dengan adegan ranjang. Mungkin ini boleh dimasukkan dalam syarat-syarat LPF supaya adegan ranjang pelakon yang tidak bagus dipotong, pelakon yang bagus saja dilepaskan.

Ada yang bertanya apakah yang membuatkan Siti yakin negara kita berjaya menjadi pusat filem porno? Siti ada banyak sebab. Antaranya kita mempunyai segelintir pengarah yang berfikiran terbuka dan bersedia melakukan apa saja. Buktinya mereka telah menunjukkan kemampuan membuat adegan porno dan kita boleh menontonnya di panggung. Lepas itu ditayangkan di televisyen.

Siti juga yakin kerana mereka ini kuat berpegang kepada tuntutan artistik dan cerita berbanding norma sosial dan agama. Kalau mereka memikirkan tentang norma sosial dan agamanya, Siti percaya harapan untuk melihat Malaysia sebagai pusat filem porno tidak akan tercapai.

Kita juga mempunyai segelintir pelakon wanita yang sanggup melakonkan adegan itu. Mereka ini mempunyai pemikiran yang maju dan terbuka. Pelakon-pelakon ini mempunyai laluan cerah untuk berlakon di Hollywood kerana tidak ada beza antara mereka dengan pelakon Hollywood. Tidakkah ini jadi satu kebanggaan kita?

Maka yang menjadi penghalang adalah masyarakat kita yang berfikiran tertutup dan tidak semoden Barat. Golongan ini tak anggap melakonkan adegan itu sebagai kemodenan. Mereka yang “kolot" inilah yang menjadi benteng sebelum gagasan itu berjaya dilaksanakan.

Tapi dengan hebatnya kempen mengajak masyarakat supaya mengikut acuan pemikiran Barat, banyak rancangan televisyen yang menyuburkan hedonisme, bertambah berlipat ganda jumlah rancangan yang mempromosi gaya hidup Barat, Siti yakin bahawa orang “kolot" akhirnya menjadi moden dan mengizinkan adegan ranjang dan porno.

Sebenarnya sudah tidak ada siapa yang bercakap mengenai soal ini. LPF diam. Finas diam. Jakim diam. Rakan-rakan dalam media pun diam. Kalau ada yang tak diam pula mengiktirafkan kesanggupan pelakon wanita dalam adegan porno sebagai “keberanian". Ini satu kata-kata perangsang yang sangat mujarab. Sebenarnya mereka pun tak mahu dikatakan “kolot" sebab mempersoalkan adegan porno itu. Bagi Siti, mereka ini golongan pemikiran “tinggi" dan menjadi salah satu pemangkin kejayaan Malaysia sebagai pusat filem porno. Siti tak sampai ke tahap mereka. Dan tak akan membiarkan diri sampai ke tahap itu.

Siti Jarum : Jakim masih wujud lagikah?

Friday, April 5, 2013

Rangsangan Ini Yang Wanita Sukai

BAGI wanita, payudara penting adanya sebagai aset terbesar mereka untuk menarik perhatian lelaki. Tapi, ada beberapa perkara yang tidak pernah dikatakan wanita mengenai payudaranya pada anda. Apakah itu?

Tidak selamanya anda boleh melayan payudara wanita sesuka hati anda. Untuk memanjakannya, berikan mereka sentuhan lembut sehingga membuat pasangan anda makin berghairah. Meski wanita jarang mendedahkan apa yang mereka inginkan untuk membuat aset berharga mereka merasa nikmat, namun anda sebagai pasangan perlu peka mengetahuinya.

Berikut ini beberapa perkara yang tidak pernah wanita ungkapkan mengenai payudara mereka untuk anda mengetahuinya

- Wanita senang mendengar jika pasangan mereka memuji payudaranya, oleh kerana itu, bicaralah mengenai keindahan payudaranya, mulai dari kelembutan kulit, cara menyentuh dan segala sesuatu yang terasa menyenangkan bagi payudara mereka.

- Wanita lebih memilih untuk memulakan dengan belaian, jadi mulailah dengan mencium dan memeluk mereka.
- Wanita senang jika pasangan menghisap payudara mereka, kerana boleh membuat ghairahnya terlalu asyik. Tapi sekali lagi ingat untuk tidak melakukannya secara berlebihan. Lakukan gerakan berterusan, stabil, dan terus latih gerakan anda menyentuh payudaranya....Anonymous

Rahsia Jiwa Tenang

WALAUPUN stress dikatakan ada baiknya, namun jika ia berpanjangan pasti mengundang kemudaratan. Banyak kajian membuktikan bahawa tekanan minda serta bebanan tanggung jawab yang banyak dan berterusan mempertingkatkan risiko penyakit dari aspek kardiovaskular, muskular dan yang paling membimbangkan adalah penyakit mental.

Kekuatan mental amat penting malah minda yang sihat mampu menjana tenaga yang maksimum. Pernahkah anda terfikir mengapa jiwa anda stres dan tidak tenang? Cuba anda pejamkan mata, tarik nafas dan fikirkan apa yang belum anda lakukan. Mungkinkah anda kurang memberi, bersedekah atau terlupa menunaikan zakat.

Beberapa hari lalu seorang pakcik keluar dari pintu bank dengan wajah ceria dan tersenyum lebar. Saya berkata, "Wah, seronoknya pakcik!". Lantas dia menjawab, "Mestilah seronok sebab menerima bonus daripada pelaburan ASB". Ternyata beliau kelihatan sangat gembira. Pasti sudah ada perancangan tertentu dengan duit yang diperolehi oleh beliau kali ini. Ketika itu terdetik di hati saya, berapa ramaikah mereka yang menerima habuan daripada bonus, yang cukup haul dan nisab, terfikir untuk mengeluarkan zakat?

Sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan pada kita itu, ada hak orang lain. Cuma ia diberikan melalui kita sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.

Bagi mereka yang biasa berzakat dan pernah merasai nikmat serta kelebihannya, mereka ini sanggup membelanjakan harta bendanya pada jalan Allah lebih daripada apa yang dituntut oleh agama. Bagi mereka yang terlupa menunaikan kewajipan ini, cuba laksanakan, siapa tahu inilah rahsia jiwa tenang yang sebenar.

Antara hikmah berzakat ialah:
Jiwa tenang - Orang yang berzakat jiwanya tenang kerana dia tidak lagi merasakan yang dirinya berhutang dengan Allah. Ramai orang yang berduit tetapi hidupnya dalam keadaan yang keluh-kesah. Sentiasa ada sahaja perkara yang tidak kena dalam hidupnya. Malah tidur malam pun tidak lena. Ke mana sahaja mereka pergi terasa tidak selamat. Sebab, hati mereka begitu terikat dengan dunia. Orang yang berzakat tidak pernah mengalami keadaan sebegitu kerana zakat itu tanda takwa.

Murah rezeki - Seperti yang telah Allah janjikan, mereka yang mengeluarkan zakat akan dapati rezeki semakin luas, perniagaan semakin menjadi, pendapatan semakin lumayan dan rezeki datang dari sumber yang tidak mereka sangkakan.

Jauh daripada bala dan musibah - Orang yang berzakat sebenarnya telah menyucikan wang dan hartanya, oleh itu kekayaannya akan dilindungi Allah. Ada ketikanya musibah dan mudarat yang berlaku itu sebagai kifarat atas dosa atau harta yang bukan hak kita. Oleh itu, jika ujian datang bertimpa-timpa maka sebelum dicari punca yang lain semaklah dahulu sama ada zakat sudah ditunaikan atau belum. Jika belum ditunaikan, maka tunaikanlah, kemudian barulah dikaji punca-punca yang lainnya.

Tanda kita bersyukur - Bukan semua orang wajib mengeluarkan zakat. Oleh itu apabila kita termasuk dalam orang yang wajib berzakat maka bersyukurlah kerana itu maknanya Allah telah berikan rezeki kepada kita lebih berbanding dengan orang lain.

Mendapat kasih sayang manusia dan Allah - Orang kaya yang berzakat disayangi oleh masyarakat. Sebab wang zakat itu akan diberikan dan dapat dimanfaatkan oleh golongan asnaf antaranya mereka yang fakir, miskin, mualaf dan sebagainya. Malah mereka ini akan mendoakan agar orang yang mengeluarkan zakat itu dimurahkan lagi rezekinya. Zakat menjadi jalan yang mengikat silaturahim antara golongan kaya dengan mereka yang miskin.

Sumber : utusan@Keluarga

Thursday, April 4, 2013

Berapa Lama Seharusnya Keintiman Berlangsung?

Ada yang kata, lelaki yang hebat adalah yang boleh bertahan tidak mencapai ejakulasi selama berjam-jam, sehingga boleh memuaskan pasangannya. Padahal, menurut kajian, mitos itu tidak benar. Bahawa masa yang diperlukan tidak sampai berjam-jam, tetapi hanya beberapa minit.

Kajian dilakukan di Amerika dan Kanada terhadap sekumpulan ahli psikologi, doktor, pekerja sosial, ahli terapi perkahwinan, dan jururawat. Mereka diminta untuk bertindak balas terhadap beberapa soalan tentang rentang waktu yang diperlukan untuk mencapai kepuasan seksual yang mereka inginkan.

Hasil dari kajian yang dijalankan di Penn State Erie, Pennsylvania itu menyimpulkan bahawa seks menyenangkan yang dilakukan semalaman hanya sebuah mitos. Hasilnya menunjukkan bahawa jumlah masa yang diinginkan sejak penetrasi hingga ejakulasi hanyalah selama 7-13 minit. Jika berlangsung lebih dari itu, antara 10-30 minit, maka hubungan itu terlalu lama.

"Selama ini, stereotaip atau mitos tentang seksualiti banyak membentuk persepsi masyarakat. Banyak orang yang berfikir bahawa zakar yang besar, ereksi yang sangat keras, dan sanggama semalaman akan menjanjikan momen seksual yang sangat menyenangkan," lapor para pengkaji.
Eric Corty, ketua kajian ini mengatakan, menantikan atau menginginkan seks untuk berlangsung lebih dari 30 minit hanya akan membuat anda kecewa. "Ini merupakan situasi yang akan menghasilkan ketidakpuasan. Dengan kajian ini, kami berharap fantasi itu akan berubah, serta mendorong para wanita dan lelaki untuk mengetahui data yang realistik mengenai hubungan intim yang boleh dinikmati dan diterima, sehingga pada akhirnya mencegah kekecewaan seksual dan disfungsi seksual, "jelas Corty.

Penyelidikan ini mencatat mengenai jumlah masa yang diperlukan untuk mendapatkan seks yang menyenangkan dan memuaskan. Selain itu, kajian ini juga membantu orang untuk mengatasi masalah seksual yang sudah terjadi. "Jika seorang pesakit merasa bimbang mengenai berapa lama intercourse harus berlangsung, data ini boleh membantu si pesakit mengerti bahawa apa yang ia khuatirkan tak melulu berkaitan dengan masalah fizikal. Bahawa, mungkin yang ia perlukan hanya kaunseling, tak perlu bergantung pada ubat," jelas Corty .

Anonymous