MERASA bad mood atau tidak bersemangat di tempat kerja? Pasti hampir setiap orang mengalaminya. Padahal mood adalah sebahagian daripada bahan bakar kita, untuk menyelesaikan pelbagai pekerjaan yang sedang melambak di depan mata.
Dan, malangnya ketika dalam keadaan perasaan sedih, bosan, atau tidak semangat, tubuh kita juga ikut bereaksi, badan terasa lemas, mengantuk, dan akhirnya aktiviti kita pun terganggu. Kalau sudah begini, prestasi kerja pun ikut turun.
Lalu, bagaimana mengatasi hal itu?
Nah untuk awalan, langkah kita adalah mengenali dan memahami apa penyebab bad mood tersebut. Dengan mengetahui penyebabnya, kita akan mudah untuk mengatasinya.
Misal kita bad mood ketika melihat meja atau ruang kerja yang berkecamuk, atau mengingat beban kerja yang berat atau hutang yang terkumpul. Nah, mungkin anda boleh merapikan meja atau ruang kerja untuk terasa ringan.
Setelah mengetahui sebabnya, kita boleh mengetahui langkah kedua, iaitu menetapkan keutamaan kerja. Mana pekerjaan atau aktiviti yang harus didahulukan.
Lalu setelah menentukan keutamaan, kita harus mendisiplinkan diri. Setiap aktiviti atau tugas yang akan kita lakukan, selalu tentukan deadline. Walaupun syarikat atau client kita juga telah menentukan deadline tetapi sebaiknya juga kita mempunyai deadline tersendiri yang tentunya tidak saling 'bertabrakan' antara deadline kita dengan deadline dengan syarikat atau client.
Hal yang dapat memacu semangat kerja kita untuk menyelesaikan tugas dan mengelakkan berlakunya bad mood ketika pekerjaan melambak.
Untuk lebih memacu semangat, kita boleh meletakkan gambar-gambar orang yang kita cintai. Seringkali ketika kita melihat orang yang kita cintai, perasaan sedih, tidak semangat akan berbalik menjadi senang atau semangat.
Hal ini dapat kita gunakan dengan meletakkan fotonya di tempat yang mudah kita lihat, misal meletakkan foto keluarga di meja, foto anak, atau kekasih. Meski ini terlihat sangat personal, tetapi hal ini dapat memacu semangat.
Namun jangan lupa, setelah mengetahui penyebabnya kita harus boleh menghindari penyebab bad mood kita. Hal ini berkaitan dengan tumpuan utama, ketika kita mengenali penyebab bad mood. Sebaiknya kita menghindari hal-hal itu ketika akan memulakan aktiviti kerja, alangkah baiknya penyebab itu dapat kita selesaikan sebelum memulakan tugasan kerja. - Anonymous
Istimewa churpchurp.com - klik disini
No comments:
Post a Comment