Monday, May 30, 2011

Pegangan Tanah Melayu Semakin Mengecil, Dihakis Dan Terus Terhakis

MINGGU lalu ketika melintasi kawasan bendang atau sawah padi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, kelihatan anak-anak padi yang subur menghijau.

Syukurlah masih ada yang sanggup mengerjakan sawah ketika lebih ramai anak muda hanya berminat berada di bilik berhawa dingin walaupun sekadar operator pengeluaran.

Tidak pasti berapa lama tanah itu mampu bertahan sebagai sawah kerana di satu kawasan berhampiran jalan besar dan tali air, sawah itu sudah ditambak. Sebuah banglo juga sedang dalam pembinaan. Masih ada ruang kosong di situ yang khabarnya dijadikan tanah lot untuk dijual bagi membina rumah.

Di sebelah sawah yang sudah ditambak itu, masih kelihatan anak-anak padi yang sedang membesar. Adakah tanah itu mampu bertahan sebagai sawah? Lambat laun ia pasti mengikut ‘jirannya’ yang sudah ditambak dan bertukar status - tanah pertanian kepada perumahan - malahan mungkin akan bertukar pemilik.

Sebenarnya pemandangan sebegini sudah menjadi lumrah. Dulu sawah terbiar disebabkan tidak ada yang sanggup mengerjakannya. Ketika itu tanah terbiar akan bertukar menjadi kolam ikan, udang atau ditanam kelapa sawit. Kini tanah yang masih boleh dikerjakan itu juga sudah menjadi ‘buruan’ untuk ditukar statusnya.

Di kawasan Parlimen Permatang Pauh misalnya sudah lama sawah terbiar dan sesetengahnya masih subur telah dibangunkan dengan projek perumahan, kedai, pejabat, pusat membeli-belah dan institusi pendidikan. Ada juga sawah bertukar menjadi jalan raya atau lebuh raya.

Akhirnya saiz tanah sawah atau dikategorikan sebagai tanah pertanian yang kebanyakannya dimiliki orang Melayu semakin mengecil. Ini bermakna hak milik tanah orang Melayu terus berkurangan. Pada masa sama, tanah yang mampu menghasilkan makanan semakin berkurangan sementara jumlah penduduk termasuk yang tinggal di bekas tanah pertanian itu kian bertambah. Mereka juga memerlukan makanan.

Mungkin secara sinis kita boleh berkata, berapa sangat hasil tanah pertanian itu? Lebih baik kita mengimport makanan dari luar. Tetapi apabila harga makanan naik kerana diimport, maka siapakah yang akan mengeluh? Ketika negara pengeluar menghadapi bencana yang menyebabkan bekalan mereka juga berkurangan, kita juga gelisah. Ketika itu negara pengeluar makanan ini boleh ‘meletak harga’. Kita boleh membina kilang membuat makanan di atas tanah sawah tetapi tidak ada kilang mengeluarkan padi tiruan untuk dijadikan beras.

Hakikatnya, tanah terus berkurangan. Semakin ‘tua’ bumi ini, maka semakin berkurangan tanah - dihakis oleh pembangunan dan dihakis oleh pelbagai faktor alam. Mungkin inilah sebabnya kawasan pantai terpaksa ditambak untuk menambah keluasan tanah bagi tujuan pembangunan tetapi sekali lagi, kerja-kerja menambak itu juga memerlukan tanah. Akhirnya bukit bukau ditarah untuk menambak kawasan laut. Begitulah pusingan yang berlaku terhadap tanah di muka bumi ini.

Kembali ke Pulau Pinang, pegangan tanah Melayu di negeri itu juga semakin mengecil. Menurut satu laporan, ‘hakisan’ berlaku akibat tanah digadai termasuk kepada bukan Melayu atas pelbagai sebab. Tidak terkecuali kerana masalah hutang. Jika tidak tergadai kerana hutang pun, tanah Melayu hilang atas nama pembangunan. Baru-baru ini di daerah Timur Laut (sekitar kawasan Georgetown), dilaporkan tanah kubur pun turut diteroka untuk pembangunan. Akhirnya tanah perkuburan orang Islam juga semakin mengecil.

Justeru Melayu jangan cepat lupa diri lebih-lebih lagi apabila mereka mewarisi tanah pusaka nenek moyang. Ada sesetengah waris menjadi ‘gelap mata’ setelah mereka mendapat tanah pusaka sehingga akhirnya tanah itu terlepas ke tangan orang lain. Sikap tamak juga membelenggu golongan ini. Jika dulu tanah yang diteroka oleh nenek moyang dikongsi bersama untuk mereka sekurang-kurangnya membina rumah atau bercucuk tanam, kini tanah itu mahu dipecah dan dibahagikan mengikut waris. Akhirnya tanah itu menjadi kecil dan kemungkinan terlepas ke tangan orang lain. Kerana merebut tanah pusaka, ada juga saudara mara yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa.

Orang sebegini sepatutnya malu kepada diri sendiri kerana hanya bergantung kepada tanah nenek moyang. Di tanah yang diwarisi itulah mereka membina rumah walaupun dalam keadaan sesak dan memusnahkan alam. Mereka tidak mampu membeli walau sebuah rumah apatah lagi sebidang tanah di kawasan lain yang dapat menambah pemilikan tanah atau harta keluarga yang diwarisi. Berapa ramai daripada kita mampu membeli tanah untuk menambah stok tanah yang diterokai keluarga terdahulu?

Ketika tanah yang diwarisi dibahagikan dalam jumlah yang kecil dan pada masa yang sama tidak ada penambahan stok tanah dilakukan, apakah yang bakal diwarisi generasi seterusnya? Lebih malang lagi apabila tanah itu terjual kepada orang lain. Ketika itu ke mana anak-anak cucu kita akan tinggal? Nak lari ke dalam hutan? Itu pun jika masih ada hutan dan hutan itu pula tidak menjadi milik sesiapa. Hari ini, boleh dikatakan setiap inci tanah sudah ada pemiliknya. Cuma apa yang akan berlaku ialah pertukaran hak milik daripada tangan A kepada B. Lebih malang lagi atas nama pembangunan, tanah itu akan terlepas juga. Pada era ini, kebanyakan tanah yang diambil tidak diganti dengan tanah sebaliknya ditukar kepada wang tunai atau mendapat sebuah rumah. Pertukaran hak milik juga berlaku apabila ada projek terbiar di tanah Melayu jatuh ke tangan orang lain. Begitulah hakisan pemilikan tanah yang melibatkan Melayu.

Di atas kertas, kita sudah hilang Tanah Melayu dan jangan sampai tanah yang menjadi milik Melayu akan turut lenyap dalam peredaran masa yang semakin mencabar ini. Mungkin jika tidak diawasi, suatu hari nanti tanah wakaf juga hanya tinggal nama. Jika dosa pahala, syurga neraka boleh diberi pelbagai tafsiran, inikan pula tanah wakaf. Ketika itu benarlah ‘bumi dipijak milik orang’. Semoga orang Melayu Islam tidak menerima nasib seperti Osama Bin Laden yang ‘dikuburkan’ di dalam laut.

Oleh : Hassan Mohd. Noor

Saturday, May 28, 2011

Wajib Kawal Peniaga Tipu

MINGGU ini Kunta Kinte nak cakap sikit pasal keputusan Kabinet Rabu lalu tak naikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat sementara waktu ini.

Kunta Kinte tak mahu kata keputusan itu baik atau tidak baik pasal isu subsidi petroleum ni bukan hal mudah atau murah. Dalam keadaan di mana kehidupan rakyat miskin dan pendapatan rendah lebih senang, Kunta Kinte boleh terima kalau subsidi dikurangkan.

Tapi kita kena faham dan akui, sekarang banyak rakyat jelata dalam keadaan sesak pasal harga barang dan perkhidmatan naik lebih cepat dan lebih besar daripada kenaikan pendapatan mereka. Yang makan gaji dan ada kerja tetap boleh tahanlah. Yang susah ni yang kerja sendiri atau tak ada kerja tetap.

Jadi Kunta Kinte yakin dengan keputusan tak naikkan sementara harga bahan-bahan petroleum itu bolehlah pengguna bernyawa sikit, lebih-lebih lagilah bila bulan puasa dan musim perayaan dah nak dekat.

Tapi tangguh atau kurangkan kenaikan harga bahan-bahan petroleum saja tak akan bagi kesan kalau kita serah hanya kepada pasaran. Kita kena sama-sama kawal. Kita yang Kunta Kinte maksudkan adalah kerajaan dan pengguna.

Kita pun tahu, peniaga kita bukanlah semua ada disiplin, patuh undang-undang dan ikhlas. Banyak juga yang tak ada disiplin, langgar undang-undang dan kuat tipu-tipu harga, tipu timbang, tipu kira dan macam-macam tipu lagi.

Bagi negara yang mengaku Islam, Kunta Kinte rasa kita adalah antara negara di mana peniaga paling kuat tipu. Maaf cakaplah, kalau menteri tidak tegas dan pegawai penguat kuasa malas ronda atau makan rasuah, sampai bila-bila pun peniaga akan terus cincai, tipu sana, tipu sini. Pengguna kita pula Kunta Kinte tengok sangat tak teliti dan percaya sangat kepada peniaga.

Di negara-negara yang lebih maju, peniaga mereka bertanggungjawab dan pengguna pula teliti. Gabungan peniaga yang ikhlas dengan pengguna yang teliti ini wujudkan pasaran yang telus dan berdisiplin.

Yang Kunta Kinte cakap ni negara bukan Islam. Malah kita tengok di sana kedai judi tak banyak macam di negara kita dan kalau ada pun taklah terdedah dan merata-rata macam di Malaysia.

Di negara kita yang kita kata Islam ni kedai judi, kedai arak dan tempat maksiat boleh kata ada di setiap batang jalan dan lorong. Dulu taklah teruk sangat. Masa Kunta Kinte kanak-kanak, ‘judi halal’ tak banyak. Orang curi-curi main ‘judi haram’ dengan tikam ekor atau main pakau di belakang kedai kopi Cina. Sekarang kedai judi diiklankan dengan besar dan ada di mana-mana.

Tapi apa nak kata, bila ada orang Islam sendiri yang pandang remeh hal macam ini. Mereka kata hak orang bukan Islam main judi. Mereka tak tahu, agama-agama lain pun ada yang cegah atau suruh pengikutnya jauhkan perkara yang rosakkan moral macam judi dan arak.

Katakanlah main judi dan minum arak hak orang bukan Islam, tapi takkanlah kita nak bagi lesen kedai judi dan kedai arak di mana-mana saja. Yang bagi lesen tu, ramai pegawai Muslim. Menteri yang jaga lesen judi dan premis judi pun Muslim juga. Jadi fikir-fikir-fikirlah.

Ada peniaga yang dalam kod moral mereka tak ada haram dan halal. Semua halal asal dapat untung. Judi boleh, arak pun boleh. Lambang halal pun mereka tipu.

Pelacuran yang haram di segi undang-undang pun boleh. Malah khabarnya ada tauke pelacuran yang jadi jutawan kerana pakat dengan pegawai Muslim yang jahat dan korup.

Jadi Kunta Kinte kata, tak naikkan harga bahan-bahan petroleum atau apa juga barang kawalan belum jamin harga tak naik selagi peniaga tipu dan hisap darah tak dikawal atau selagi menteri tidak tegas dan asyik bagi amaran dalam media saja.

Pada 23 Mei, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, kata bank pusat mungkin naikkan unjuran inflasi dan semak semula ramalan pertumbuhan ekonomi negara. Beberapa hari sebelum tu, dia kata Bank Negara tetap pertahan ramalan inflasi antara 2.5 peratus dan 3.5 peratus tahun ini.

Jabatan Perangkaan pula kata indeks harga pengguna (CPI) yang diguna untuk ukur inflasi naik 3.2 peratus bulan lepas berbanding setahun lalu kerana kenaikan harga barang makanan dan tambang.

Lebih kurang pada masa yang sama, jurucakap Persekutuan Penternak Malaysia yang jaga hal-ehwal ayam daging, Kwei Yew Tong, kata peruncit ayam sengaja naikkan harga.

Surat khabar Nanyang Siang Pau lapor dia sebagai berkata, peruncit jual ayam yang penternak bekalkan dengan harga sampai RM12 sekilogram di sesetengah tempat, jauh lebih mahal daripada ayam untuk eksport yang berharga RM9.65 sekilo. Ertinya kita beli ayam kita dengar harga lebih tinggi daripada yang kita eksport.

Inilah kerja tipu yang kerajaan kena kawal. Jangan tolak ansur dengan peniaga tipu ini. Jangan bagi amaran saja. Serbu, rampas barang mereka dan heret mereka ke mahkamah. Kalau tidak, buatlah apa pun pengguna tetap kena tindas dan subsidi yang kerajaan bagi masuk poket peniaga tipu dan peniaga cekik darah.

Kunta Kinte

Friday, May 27, 2011

Ucapkan Ini di Ranjang

BAGI lelaki, tidak ada yang lebih seksi berbanding mendengar sang isteri mengerang dengan kencang saat bercinta. Suami bahkan terangsang lebih hebat apabila isteri "bising" sambil meneriakkan nama dia saat bersenggama.

Lebih lanjut, berikut ini beberapa hal yang ingin didengar suami ketika di ranjang,

Meneriakkan nama suami
Suami ingin tahu anda tidak membayangkan lelaki lain semasa sedang bercinta dengan dirinya, dengan cara meneriakkan nama suami atau mengucapkan kata-kata nakal sepanjang bersenggama. Untuk memudahkan anda, erangan atau sedikit "ooohh" akan membuat dia terus terangsang.

Mentafsirkan setiap aksi  atau perlakuan
Lelaki kurang menyukai perlakuan ranjang yang sunyi atau kaku. Suami akan sangat senang dan terangsang jika anda mau mentafsirkan setiap perlakuan yang anda lakukan terhadap tubuhnya, seperti "Ingin tahu apa yang akan aku lakukan sekarang? Pejamkan matamu. Rasakan setiap inci kehangatan ciuman. Bagaimana rasanya? ". Lakukan hal yang sama dengan mengutarakan apa yang anda rasakan di setiap perlakuan suami ke tubuh anda.

Utarakan fantasi seksual anda
Penuhi keperluan seksual anda dengan berkongsi fantasi. Apa yang ingin suami lakukan malam ini, bagaimana kelajuan dan kedalamannya. Suami senang isteri yang mengutarakan fantasi seksualnya tanpa ragu dan malu-malu.

Kata-kata "nakal"
Keintiman di atas ranjang, tidak selamanya harus dinikmati dengan kedua-dua bibir tertutup. Untuk membuat perlakuan suami lebih dahsyat, lontarkan kalimat-kalimat seperti, "Ya, benar di situ. saya sudah basah ", " Saya sangat menginginkanmu! ", atau" Rasanya menakjubkan! ".
Kreativiti isteri
Serupa dengan wanita, lelaki juga merasakan ketidak-puasan, maka dengan melontarkan kalimat-kalimat yang menandakan anda menikmati setiap perlakuan suami di atas ranjang, justeru membantunya lebih percaya diri untuk meneruskan perlakuan seks ke tahap yang lebih hebat. Mengeluarkan suara erangan kenikmatan saat dibelai akan membuatkannya lebih bertenaga untuk anda.

Anonymous

Thursday, May 26, 2011

Berhemah Didik Anak Degil

DALAM sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, diriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Hadis ini jelas membuktikan ibu dan bapa mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk keperibadian dan sikap anak-anak. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diusahakan dalam membentuk keperibadian anak-anak iaitu dengan melaksanakan komunikasi unggul, menunjukkan teladan yang baik dan paling penting, utamakan solat dan berdoa.

Komunikasi unggul
Ramai ibu bapa menganggap disiplin anak-anak akan dibentuk melalui kekerasan. Hakikatnya, peribadi mulia anak-anak akan wujud hasil daripada komunikasi unggul antara ibu bapa dan anak.

Ibu bapa perlu sentiasa berdampingan dengan anak-anak, bercakap dengan mereka, mengambil berat mengenai setiap kehendak mereka dan jangan sampai anak-anak merasakan mereka tersisih.

Sikap degil dan keras kepala si anak boleh wujud hasil daripada rasa tidak puas hati yang wujud dalam diri anak tersebut. Mereka bersikap degil sebagai tanda protes dan memberontak agar mereka diberi perhatian.

Anak perlukan kasih sayang dan belaian. Manjakan anak-anak tetapi jangan berlebihan. Belajar untuk katakan 'tidak' apabila perlu dan tepat pada masa serta keadaannya.

Jika anak bersalah, jangan terus menengking marah kepadanya. Praktikkan untuk menegur terlebih dahulu, jelaskan kesilapannya dan kemudian berpesan supaya jangan ulangi kesilapan tersebut.

Pakar psikologi menjelaskan, seorang anak kecil perlu ditegur dan diingatkan mengenai sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi.

Marah yang berpada-pada, jangan gunakan kata-kata kesat dan keras. Jiwa anak-anak terlalu lembut dan mudah untuk mengingati sesuatu yang melukakan hati. Mereka juga terlalu payah untuk melupakannya malah dalam banyak kes, segala keperitan dan kepedihan yang dialami ketika kecil diingati hingga mereka dewasa. Paling membimbangkan, sikap tersebut diwarisi kepada anak-anaknya pula.

Jangan biasakan memukul anak hanya kerana perkara kecil. Pukulan hanya langkah terakhir apabila teguran berulang kali diberikan dan pemulauan anak-anak dilaksanakan.

Pemulauan bermaksud, pinggirkan anak tersebut seketika dengan tidak melayan kehendaknya atau tidak dibawa bersembang sama. Tindakan itu menjelaskan bahawa anda merajuk hati dengan sikap tidak pedulinya terhadap teguran anda.

Setelah teguran dan pemulauan dilakukan, barulah pukulan boleh dilaksanakan. Itupun hanya dengan tujuan mengajar. Gunakan rotan yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil.

Pukulan dibuat dengan keadaan lengan rapat ke tubuh dan dihayun rotan tersebut ke bahagian tubuh yang terlindung. Tempat terbaik ialah di tapak kaki. Untuk makluman, pakar kesihatan mengakui, pukulan di tapak kaki membantu pengaliran darah yang sudah semestinya baik untuk kesihatan.

Teladan yang baik
Ramai ibu bapa yang bersikap seperti ketam, menyuruh si anak berjalan betul tetapi diri sendiri gagal berjalan betul. Ibu bapa sepatutnya bersikap walk the talk iaitu menunjukkan sikap yang baik untuk anak-anak agar anak-anak boleh meneladaninya.

Jika tidak suka anak-anak lewat mandi, ibu bapa seharusnya mandi awal pagi. Jika tidak suka anak-anak bercakap keras dan kasar, ibu bapa perlu bercakap baik dan berhemah.

Jangan sesekali mengelirukan anak-anak dengan arahan. Sebagai contoh, si ibu menegur kesilapan si anak tetapi si bapa pula memarahi si ibu. Anak akan keliru, mana satu yang betul sebenarnya?

Jangan tonjolkan sikap buruk yang telah menjadi tabiat anda kepada anak-anak. Anda tentu tahu, anak anda diajar di sekolah tentang tabiat merokok itu tidak elok untuk kesihatan.

Jika anda merokok di depan anak, mereka akan keliru dengan ajaran guru sekali gus tidak hormatkan guru. Lebih sadis apabila mereka gagal untuk hormati anda sebagai ibu atau bapa.

Penting! Jika ada perselisihan faham antara anda dan pasangan anda, elakkan bermasam muka atau bertengkar di hadapan anak. Sikap keras anda akan mudah diteladani mereka.

Utamakan solat dan berdoa
Sebagai individu Muslim, anda perlu mendidik agar anak anda mengutamakan solat lima waktu. Solat bukan semata-mata ibadat dan tanda syukur kepada Allah, malah ia satu pembentukan akhlak dan disiplin yang baik.

Ajar anak-anak mengaji Muqaddam atau al-Quran sejak kecil, seboleh-bolehnya ketika anak sudah mula berkata-kata. Ajarkan juga anak bersolat. Biarpun tidak betul pergerakannya, melatih mereka sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan lagi menjadi satu bebanan.

Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji, Insya-Allah!

Sebagai ibu bapa, sentiasa praktikkan untuk mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Jangan biasakan kata-kata kesat dan negatif kerana ia mudah menjadi doa untuk anak anda.

Ingatlah, jika anak anda hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut.
Jika anak anda hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah.
Jika anak anda hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak anda hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin.
Jika anak anda hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai.
Jika anak anda hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri;
Jika anak anda hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran.
Jika anak anda hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil.
Jika anak anda hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain.
Jika anak anda hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.

Kosmo

Wednesday, May 25, 2011

Rupa-Rupanya Ramai Ahli Keluarga Anak Yatim!

PESANAN sms yang diterima pagi semalam daripada seorang kenalan terus mengejut benak fikiran saya ketika menelek akhbar tentang nasib anak-anak di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor.

Katanya, semasa anak-anak yatim itu hidup, mereka tidak dijaga sendiri oleh ibu bapa. Mereka di hantar ke rumah kebajikan itu. Di sana mereka diserah kepada ustaz untuk diberi makan minum dan dididik dengan ilmu agama. Senang cerita tahulah pihak asrama dan madrasah itu hendak mencari dana untuk memelihara anak-anak mereka.

Mereka pun anak-anak yatim, tentu banyak sumbangan derma dihulurkan oleh orang ramai yang bersimpati.

Jadi soal makan minum, pakaian dan kesihatan sudah ada orang yang ambil peduli. Tidak perlu risau apa-apa lagi. Semua ditanggung beres.

Maka dengan 'kemudahan' sedia ada, ibu atau bapa serta saudara mara tidak datang menjenguk pun tak apa. Bukan sebulan sekali menjenguk anak-anak yatim, malah ada yang sudah terlalu lama hingga berbelas tahun tak datang bertanya khabar anak-anak sendiri.

Paling malang, apabila anak-anak yatim itu meninggal dunia kerana tertimbus tanah bukit yang runtuh menimpa mereka, ada waris-waris tanpa segan silu terima wang simpati.

Kata kenalan saya itu lagi, wang itu setelah diterima patut disumbang semula ke rumah anak yatim.

Betul juga pandangannya itu. Itu yang semolek-moleknya. Tetapi resmi orang kita, nampak duit mata pun jadi kelabu. Lupa tentang cerita duka, sebaliknya mula terbayang apa hendak dilakukan pada wang derma itu.

Melihat kepada trend orang Melayu bukan sahaja sekarang tetapi sejak dahulu lagi, ada kalangan kita baru hadapi dugaan menjadi janda atau duda dan baru ada dua atau tiga orang anak kecil, sudah mengaku kalah untuk menjaga mereka. Ada yang tanpa malu-malu serah kepada rumah kebajikan atau rumah anak yatim.

Memang pada permulaan hidup ini susah tetapi apabila sudah berkemampuan, ambillah anak-anak itu daripada rumah kebajikan. Rasalah sendiri bagaimana susah senang untuk membesar dan mendidik mereka. Jangan langsung membiarkan anak-anak tinggal di rumah anak yatim.

Pemikiran orang Melayu terhadap rumah kebajikan dan rumah anak yatim patut diperbetulkan. Pihak pengurusan rumah kebajikan pun perlu betul, jangan menerima sahaja orang awam menyerahkan anak-anak mereka.

Kena selidik dan periksa dahulu kemampuan mereka dan saudara mara mereka. Pastikan anak-anak yatim yang diterima masuk terdiri daripada mereka yang telah hilang tempat bergantung.

Jika ada saudara mara yang berkemampuan, minta mereka membantu ambil alih menanggung kos hidup anak yatim berkenaan.

Sebagai Melayu, tak malukah kita melihat anak-anak waris sendiri hidup di rumah kebajikan.

Sesungguhnya Allah nak tunjukkan kepada kita bagaimana sikap waris keluarga anak-anak yatim.

Oleh : Azman Anuar

UMNO Perlu Tubuh Universiti

Baru-baru ini Ahli Parlimen Jerlun merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan penubuhan Kolej UMNO dan memberi biasiswa kepada yang memerlukan. Cadangan ini wajar disambut baik.

Kita harus menyokong bukan sahaja untuk penubuhan Kolej, tetapi juga terus menyokong sehingga sebuah universiti UMNO dapat ditubuhkan! Mengapa tidak? Jika MCA dan MIC mampu mempuyai universiti dan kolej sendiri mengapa UMNO sebagai tulang belakang BN tidak boleh atau tidak berupaya?

Apakah pandangan Mukhriz ini harus dipandang sepi? Kita tidak nampak walau sekelumit pun sambutan dalam kalangan ahli UMNO mahu pun pemimpin UMNO lain berkenaan saranan ini.

Apakah setelah 53 tahun merdeka, UMNO yang diterajui oleh orang Melayu tidak mampu dan tidak berupaya mempuyai sebuah universiti sendiri? Adakah kita berpuas hati dengan satu-satunya universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk bumiputra seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM)?

Pelajar Melayu kebanyakannya amat berharap untuk menyambung pengajian di Institut pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana hanya beberapa kerat sahaja mampu membayar yuran untuk menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Cuba bandingkan peratusan pelajar Melayu yang belajar di IPTS dengan pelajar bukan Melayu. Umpama langit dengan bumi!

Inilah masanya UMNO membantu anak-anak Melayu yang gagal mendapat tempat di universiti atau kolej lain untuk ditawarkan ke kolej atau universiti UMNO sendiri dengan menawarkan bisiswa atau pinjaman. Kita percaya UMNO mampu.

Universiti UMNO ini perlulah dimartabatkan menjadi universiti yang berkualiti tinggi dan berinovasi dengan menawarkan kursus sains, perubatan dan berteknologi tinggi.

UMNO perlu berani menongkah arus demi untuk membela untung nasib orang Melayu terutamanya dari kampung, kawasan luar dan pinggiran bandar serta tanah rancangan Felda yang selama ini terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa gagal.

Pembalasan yang setimpal perlulah diberikan kepada anak-anak Melayu ini untuk menjejak kaki ke menara gading. UMNO tidak perlu takut digelar rasis kerana kalau bukan UMNO, siapakah sekarang ini yang akan menolong orang Melayu? Adakah Pas dan PKR akan membantu? Jauh panggang dari api!

Di samping itu, UMNO juga perlu bertindak pantas memantau dan membantu memenuhi keperluan pelajar Melayu. Misalnya, dalam hal mendapatkan biasiswa, pinjaman.

Juga memperjuangkan nasib mereka bagi membolehkan mereka mendapat tempat di pusat pengajian tinggi, sama ada di dalam atau luar negara. Jangan hanya membiarkan urusan ini ditangani oleh pegawai daripada kementerian atau pihak kerajaan sahaja.

Kita melihat MCA (sebagaimana laporan Utusan Malaysia pada 18 Mei lalu) begitu pantas menubuhkan badan khas untuk membantu pelajar Cina yang gagal mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Badan ini dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong. Kita difahamkan, badan ini mendapat beratus e-mail dan surat daripada ibu bapa dan pelajar.

Adakah kita sudah ada jawatankuasa yang sebegini bagi membantu anak-anak kita atau sekurang-kurangnya ada tempat orang Melayu untuk mengadu? Kita perlu ingat, majoriti orang Melayu masih sayangkan UMNO!

Oleh : Sharial Omar Al-Munsyi

Tuesday, May 24, 2011

Manusia Wajar Ikhtiar Elak Musibah, Usah Persalah Takdir

SATU daripada asas keimanan ialah keyakinan setiap yang terjadi dengan izin Allah. Dalam hal ini, manusia boleh berusaha menolak kejadian tidak diingini dengan melakukan sesuatu sesuai menurut peraturan ditetapkan.

Kemudian, jika masih berlaku juga perkara buruk dan tidak diingini, seseorang wajib kembali kepada kepercayaan qada dan qadar Ilahi yang tidak boleh dipertikaikan. Kebiasaannya apabila berlaku sesuatu yang menggembirakan, ia disambut dengan penuh kegembiraan sehingga terkadang lupa bersyukur kepada Allah. Sebaliknya jika terjadi perkara buruk, ternyata sukar se-gelintir manusia terutama yang lemah iman menerima takdir Allah. Malah jika diperhalusi di sini letaknya ketinggian nilai seorang hamba di sisi Allah.

Apatah lagi jika gagah mengharungi ujian dan dugaan diterima, terlebih mulia lagi jika segala ujian diterima dengan reda demi mempertahankan kesucian akidah Islamiah.

Diriwayatkan sebilangan sahabat diseksa kerana mempertahankan agama mereka mengadu kepada Nabi Muhammad SAW sambil bertanya mengapa Nabi tidak memohon pertolongan Allah bagi membantu mereka yang teraniaya.

Lalu Baginda Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya ada orang terdahulu dikorek lubang lalu mereka ditimbus di dalamnya. Kemudian ada digergaji kepalanya sehingga terbelah dua, ada pula disiat tubuhnya menggunakan sesikat besi sehingga mengoyakkan daging dan menampakkan tulang.

Namun ia tidak meleburkan pegangan agama mereka. Demi Allah sesungguhnya urusan agama ini pasti disempurnakan sehingga orang bermusafir daripada San’aa ke Hadramaut tidak lagi takut kepada Allah dan bimbang ancaman serigala terhadap kambingnya. Akan tetapi kamu terlalu gopoh.” (Hadis riwayat Bukhari)

Justeru, rintangan adalah asam garam kehidupan. Sebagai hamba Allah, kita wajib menerima ketentuan baik dan buruk dengan lapang dada. Selain itu kita wajib percaya Allah Maha Mengetahui lagi Maha adil terhadap hamba-Nya.

Manusia disuruh berikhtiar mengelak musibah dan kejadian buruk tidak diingini. Malah dalam sesetengah situasi, ketentuan Tuhan boleh dielakkan melalui senjata doa yang dipanjatkan ke hadrat Ilahi.

Kejadian tanah runtuh ymeragut nyawa 16 penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Selangor, patut dijadikan iktibar. Elakkan menyalahkan takdir atau menerima takdir tanpa berusaha.

Sehubungan itu juga, pembinaan kawasan penempatan yang berpotensi mengundang kejadian tanah runtuh hendaklah dielakkan. Dengan keadaan cuaca tidak menentu akhir-akhir ini kemungkinan berlaku tanah runtuh, banjir kilat dan lain-lain musibah sukar dijangkakan.

Menjadi tanggungjawab semua berwaspada tanpa bersikap prejudis menuduh sesama sendiri setiap kali peristiwa buruk berlaku.

Kali terakhir negara menyaksikan kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa ialah pada 6 Disember 2008. Kejadian di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, mengorbankan nyawa lima penghuni rumah banglo di kawasan itu selain meranapkan 14 buah rumah banglo lain.

Persoalannya adakah peristiwa menyayat hati seperti ini sememangnya tidak dapat dielakkan sama sekali, atau ia berpunca daripada ketamakan dan kerakusan manusia menodai alam sekitar sehingga bumi seolah-olah tidak selamat lagi untuk diduduki.

Lebih daripada itu, umat Islam secara khususnya diseru mendekatkan diri kepada Ilahi sebagai sumber kekuatan jiwa dalam menangani sebarang ujian mendatang. Pelbagai ujian daripada kematian, kekurangan makanan dan harta benda akan mewarnai kehidupan hinggalah ke akhirnya.

Oleh : Mohd Ali Muhamad Don

Sunday, May 22, 2011

Nikmati Keintiman Woman On Top

Para wanita, jika selama ini anda bosan menjadi nombor dua dalam permainan bercinta, tak perlu bimbang. Anda pun boleh menjadi bintang utama dan keluar jadi juara. Hanya saja perlu cara khusus untuk "melumpuhkan" pasangan. Jadi bagaimana caranya untuk "melumpuhkan" pasangan?

Posisi woman on top diyakini boleh membuat lelaki kalah dalam satu sesi bercinta. Untuk membuat pasangan semakin menggila dengan aksi anda, ada beberapa perkara yang perlu anda perhatikan dengan cermat, seperti yang dititipkan disini.

Tanyakan pasangan apa yang ia inginkan
Mungkin ini pertama kalinya tubuh anda berada di atas tubuh pasangan, oleh kerana itu sebuah kerja sama yang baik sudah sepatutnya anda ciptakan bersama pasangan. Mintalah pasangan untuk mendedahkan aksi pemanasan, seperti apa yang paling ia sukai saat berada di atas tempat tidur. Setelah tahu apa keinginannya, anda boleh mempelbagaikannya dengan berbagai fantasi yang anda miliki. Pastinya cumbuan terasa berbeza dari biasanya, dan anda pun tak ingin mencuba sesuatu yang membuatnya tidak selesa bukan?

Arahkan jemari tangan pasangan
Ini saatnya anda memegang peranan utama di atas tempat tidur dan berkuasa atas tubuh pasangan. Tunjukkan pada pasangan bahawa anda ingin dimanja dan dibelai olehnya.
Saat berada di atas katil, anda boleh mengatakan lokasi mana saja yang ingin disentuh olehnya dan jangan biarkan pasangan "bermain" sendiri. Sikap terbaik adalah tetaplah memimpin jemari tangan pasangan untuk memanjakan tubuh anda. Sikap berani anda kali ini sudah pasti akan membuatnya semakin jatuh cinta pada anda.
Jangan terlalu rakus
Satu perkara yang perlu anda fahami adalah tubuh anda dalam permainan ini berada di atas tubuh pasangan. Jangan bergerak terlalu penuh semangat, kerana anda mungkin boleh menyakitinya. Tapi tanyakan kedudukan woman on top seperti apa yang membuatnya merasa nyaman atas "permainan" anda. Apakah dengan posisi agak sedikit mengiring atau tubuh anda terus berada di atas pangkuan pasangan? Ataukah pasangan lebih suka anda melancarkan serangan saat ia mengambil posisi sambil tidur terlentang? Tak perlu malu untuk bertanya, kerana cara ini dijamin boleh membuat pasangan merasa tersentuh dengan perhatian anda.

Nikmatilah kenikmatan keintiman bersama pasangan dengan kedudukan woman on top!

Anonymous

Friday, May 20, 2011

PAS Setuju Tetapi Bukan Atas Kesatuan Melayu

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno bila-bila masa tetapi bukan atas dasar ketuanan Melayu tetapi mengajak parti itu melaksanakan keadilan Islam.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, beliau yakin PAS sejak dari awal bersedia berbincang dan berdiskusi dalam semangat dan tuntutan ‘agama itu nasihat’, semangat ‘at-Tawaasi- ingat mengingait’ dan ‘at-Tadaafu’-semak dan imbang’ seperti yang tuntut al-Quran.

"Ajaran agama inilah yang menjadi dasar dan asas kami bertindak sekaligus merupakan tuntutan Allah SWT dalam Al-Quran," kata beliau.
Bagaimanapun, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor, tentunya pertemuan ini perlu melepasi hanya isu dan topik kesatuan Melayu "kerana ada yang lebih penting, lebih besar dan lebih dhoruri dan menekan hari ini untuk dibincangkan."

Dr Dzulkefly menjawab pelawaan Umno melalui ketua penerangannya, Datuk Ahmad Maslan yang sekali lagi mengundang PAS untuk berbincang atas nama kesatuan Melayu.

Bagi beliau, Umno telah menggunakan kaedah dan pelawaan ini beberapa kali dalam waktu yang lalu, bagi membuktikan bahawa mereka serius tentang isu ini dan PASlah yang enggan dan dipaparkan oleh media Umno-BN sebagai sombong dan angkuh.

"Ini adalah taktik Umno memenangi hati-budi orang Melayu terutama golongan yang tidak mendapat maklumat selain dari sumber media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia, RTM cetak dan elektronik," katanya kepada Harakadaily.

Sehubungan itu, beliau memberikan beberapa asas penting yang perlu menjadi topik perbincangan yang antaranya:-

(i) Bagaimana Islam hari ini telah tercemar dan kesucian Islam sebagai agama dan satu cara hidup yang menatijahkan kehidupan bernegara yang berkat dan sejahtera, kerana amalan dan urus-tadbir sebuah kerajaan yang hanya mengaku Islam tetapi membawa tata-kelola dan pengurusan kerajaan atau ‘governance’ yang sarat dengan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme yang kesemua merosakkan imej dan kesucian Islam dan tanggapan buruk kaum dan agama lain terhadap orang Melayu-Islam. PAS merasakan topik ini paling penting untuk Islam dan survival dan daya saing orang Melayu.

(ii) Bagaimana Islam sebagai agama dan Rasul sebagai ‘Rahmatan lill ‘Aalamin’ rosak dengan doktrin yang diperjuangkan oleh Umno dengan mengangkat ketuanan Melayu sempit mereka. Islam tercemar dengan gagasan ketuanan Melayu ini, dan orang Melayu-Islam sangat mahu Islam dan kedudukan orang Melayu sebagai etnik terbesar di negara ini tidak perlu dilihat sebagai melakukan ‘dominasi’ dan ‘menindas’ kaum dan agama lain.

Islam akan menyelamatkan orang Melayu-Islam khususnya dan agama serta kaum-budaya lain di negara ini dengan sifat Islam yang Rahmah dan Ihsan-Belas kepada semua. Umno memburukkan imej dan citra Islam – ini perlu dibincangkan segera terutama mutahir ini.

(iii) Bagaimana Umno sebagai paksi pemerintahan BN hari ini terus-menerus gagal menggunakan media perdana cetak-elektronik bagi mewujudkan iklim dan suasana yang sihat untuk kebangunan akhlak dan minda serta sikap yang positip di kalangan muda-mudi dan orang dewasa tetapi sebalik secara jelek dan keji, menggunakan media perdana menonjolkan dan mencorakkan serta menaja ‘politik jelek, keji dan jijik’ dalam media perdana yang merosakkan akhlaq serta imej baik Islam di Negara ini.

Media sepatutnya memurnikan akhlak dan iklim politik bukan sebaliknya merosakkan termasuk juga segala program buruk yang mencetuskan pelbagai gejala kebejatan dan keruntuhan akhlak muda-mudi dan juga tabiat serta gelagat buruk golongan dewasa.

(iv) Bagaimana sebuah negara yang kaya dengan hasil sumber per kapita yang tertinggi di dunia seperti yang diakui oleh Bank Dunia, hari ini mengalami dan berdepan dengan kedudukan ekonomi yang hilang daya-saing sekaligus gagal mengamit pelaburan asing.

Negara juga terperangkap dalam jajaran ekonomi ‘berpendapatan sederhana’, jurang antara kaum dan dalam kaum yang terus melebar, hutang awam semakin meningkat, jurang pembangunan wilayah semakin ketara anatara negeri miskin dan kaya, ketirisan dalam system ‘delivery’ kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Semua ini bertentangan dengan tuntutan Islam yang mahukan pertumbuhan mapan dan agihan adil serta pengurusan yang bebas rasuah dan pembaziran. Ini yang wajar dan wajib diperbincangkan atas tuntutan ‘At-Ta’awun – tolong menolong dalam kebajikan dan ketaqwaan.

(v) Orang Melayu sudah bersatu kerana pegangan akidah – ini tuntututan Allah SWT – Wa’tasimu bi HabliLah – bersatu berpegang tali Allah yakni Islam! Kita sudah Islam – PAS dan Umno sudah Islam. Tetapi mengapa Umno tidak komited untuk memperjuangkan tuntutan Islam seperti yang ditegaskan secara ringkas di atas tadi? Kesatuan memperjuangkan Islam itu yang penting dengan apa jua cara dan organisasi itu yang dituntut Alah SWT.

"Ini yang perlu kita bincangkan dan diskusikan! Bukan kesatuan Melayu!" tegas Dr Dzulkefly lagi.

Katanya, buat apa Melayu bersatu kalau membelakangi dan tidak komited mendokongi Islam.

"Ahli akar umbi Umno mesti menyeru pimpinan tertinggi mereka untuk melaksanakan tuntutan Islam sepenuhnya – bukan bila ianya sesuai dengan kepentingan politik mereka – melaungkan slogan jihad pada tempat yang salah dan memperjungakan Islam secara sempit yang akhirnya menakutkan orang bukan-Islam dan mencemarkan kemurnian dan kesejagatan Islam.

"Islam bukan untuk orang Islam sahaja dan Islam tentunya bukan untuk orang Melayu sahaja. Islam ialah “Rahmatan Lill Aalamin'," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, katanya, PAS mengundang Umno, demi kepentingan Islam dan orang Melayu khasnya, kesejahteraan negara amnya berdiskusi dan mencari penyelesaian tuntas atas semua isu-isu ini.

"Melayu akan selamat dan kaum serta agama lain juga akan selamat dengan cara ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Harakahdaily

Bernas Jual Save More?

KUALA LUMPUR 19 Mei - Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) kini dipercayai berada dalam proses untuk menutup kesemua 27 buah cawangan Kedai Komuniti Save More (Save More) selepas beroperasi sejak 2009.

Menurut sumber, operasi Save More akan berakhir bulan depan sebelum diambil alih oleh sebuah syarikat lain. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Bernas akan masih memegang kepentingan di dalamnya atau sebaliknya.

Utusan Malaysia diberitahu Bernas telah menghantar surat penamatan kontrak dan notis pemberhentian kerja kepada semua kakitangan sementara dan tetap seramai kira-kira lebih 1,000 orang di dalam pelbagai jawatan.

Bernas dikatakan terpaksa menjual Save More kerana tidak mampu lagi menanggung kos operasinya yang tinggi, sedangkan pulangannya tidak mencapai sasaran yang diharapkan.

Berikutan cadangan penutupan operasi itu, Bernas telah menghentikan semua penghantaran stok- stok baharu dan kini hanya menghabiskan stok sedia ada.

Penutupan operasi Save More memang mengejutkan kerana sebelum ini Bernas bercadang untuk membuka 300 buah cawangan yang membabitkan pelaburan berjumlah RM90 juta.

Penubuhan Save More tercetus selepas isu pemilikan permit import beras yang diperoleh Bernas sehingga 2020 menjadi isu di Parlimen dua tahun lepas.

Ketika itu, ramai mempersoalkan apa yang boleh diberikan Bernas kepada rakyat dengan AP tersebut.

Dalam usaha meredakan isuberkenaan, Bernas mengambil keputusan mewujudkan Save More yang menawarkan pelbagai jenis beras, termasuk ST 15 dan SST 5 yang sebenar, selain produk runcit yang lain.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Bernas, Bakry Hamzah berkata, pembukaan kedai itu bertujuan memberi peluang kepada penduduk negara ini menikmati barangan keluaran Bernas yang berkualiti pada harga yang kompetitif.

Berdasarkan unjuran awal, Bernas menyasarkan setiap kedai komuniti dianggarkan menyumbang jualan harian antara RM7,000 hingga RM11,000 sehari.

Dengan unjuran itu, Save More dijangka menyumbang sebanyak 50 peratus kepada Kumpulan Bernas.

Bakry hari ini gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

utusan malaysia

Thursday, May 19, 2011

Menilai Sebuah Kejujuran

KEJUJURAN adalah tanda bukti keimanan. Orang mukmin pasti jujur. Kalau tidak jujur, keimanannya sedang serang penyakit munafik.

Suatu ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah mungkin seorang mukmin itu kedekut?"

Baginda menjawab: "Mungkin saja." Sahabat bertanya lagi: "Apakah mungkin seorang mukmin bersifat pengecut?" Rasulullah SAW menjawab: "Mungkin saja." Sahabat bertanya lagi: "Apakah mungkin seorang mukmin berdusta?" Rasulullah SAW menjawab: "Tidak."

Apa yang boleh dipelajari daripada hadis ini ialah seorang mukmin tidak mungkin melakukan pembohongan.

Kejujuran adalah pangkal semua perbuatan baik manusia. Tidak ada perbuatan dan ucapan baik kecuali kejujuran.

Oleh sebab itu, Allah menyuruh orang-orang mukmin agar selalu berkata benar dan jujur. Ini diperintah oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang jujur dan benar. (al-Ahzab: 70)

Rasulullah bersabda: "Kamu semua wajib bersikap jujur kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa kepada syurga".

Kejujuranlah yang menjadikan Ka'b bin Malik mendapat keampunan langsung dari langit sebagaimana Allah jelaskan dalam surah at-Taubah. Kejujuranlah yang menyelamatkan bahtera kebahagiaan keluarga dan kejujuran pulalah yang menyelamatkan seorang Muslim daripada seksa api neraka di kemudian hari.

Kejujuran adalah tiang agama, sendi akhlak, dan pokok kemanusiaan manusia. Tanpa kejujuran, agama tidak lengkap, akhlak tidak sempurna, dan seorang manusia tidak sempurna menjadi manusia.

Di sinilah pentingnya kejujuran bagi kehidupan. Rasulullah bersabda: "Tetap berpegang eratlah pada kejujuran. Walau kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam berpegang teguh pada kejujuran, tapi yakinlah bahwa di dalam kejujuran itu terdapat keselamatan."

Ada tiga tingkatan kejujuran. Pertama, kejujuran dalam ucapan, iaitu kesesuaian ucapan dengan realiti. Kedua, kejujuran dalam perbuatan, iaitu kesesuaian antara ucapan dan perbuatan. Ketiga, kejujuran dalam niat, iaitu kejujuran tertinggi di mana ucapan dan perbuatan semuanya hanya untuk Allah.

Seorang mukmin tidak cukup hanya jujur dalam ucapan dan perbuatan, tapi harus jujur dalam niat sehingga semua ucapan, perbuatan, tindakan dan keputusan harus berlandaskan mencari keredaan Allah.

Jelaslah kejujuran memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Islam yang ingin mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Seorang yang jujur tidak akan berdolak-dalik apatah lagi bermain kata-kata apabila berhadapan dengan sesuatu perkara.

Jika dia berada di pihak yang benar sudah pasti dia tidak akan takut untuk menzahirkan kejujuran atas keyakinan bahawa kebenaran pasti mengalahkan kebatilan.

Oleh : Zulkifli Bakar

Wednesday, May 18, 2011

Sebut Nama Sambil Mendesah Membuatkan Lelaki Lebih Ghairah

SAAT DI RANJANG, tak bererti urusan komunikasi terhenti kerana masing-masing sibuk menggapai kenikmatan. Agar seks makin lancar, perlu bumbu-bumbu untuk menghidupkan ghairah untuk seks kian membara. Apa saja yang dikehendaki lelaki dari wanita saat di ranjang. Ini dia rahsianya……

Berikan malam yang panas untuknya
Soal urusan minat, lelaki mengarah pada dua hal, yakni sukan dan seks. Sepertinya bolasepak yang menarik minat terbesarnya, dia pun akan bersorak dan menjerit meluahkan kehisteriaannya saat pasukan kesayangannya bertarung di lapangan hijau. Begitupun soal urusan seksual, lelaki pun ingin mendapatkan malam yang panas dan bergairah setiap hari. Apalagi ketika pasangannya memberikan cumbu-cumbuan berbagai variasi untuk menghidupkan panas di ranjang agar makin membara. Jadi, jangan ragu untuk menghidupkan ghairahnya dengan melakukan apa yang diinginkan lelaki untuk agenda bercinta menjadi malam yang tak terlupakan.

Sebut nama "saya"
Lelaki ingin tahu bahawa anda tidak berfikir tentang orang lain ketika sedang bercinta dengannya. Jadi ketika adegan sedang berlangsung secara liar, sebutlah namanya berulang serta tampal desahan "OOOOhh" atau "ahhh" sebagai kesan kepuasan. Percayalah, desahan ringan tersebut akan membuatnya semakin tak tertahankan menjalankan aksinya di ranjang.

Pujian tambahan
Ternyata lelaki pun suka dengan pujian. Jadi, jangan ragu untuk mengatakan padanya bahawa anda menyukai ototnya yang tegap atau pujilah bahagian tubuhnya yang anda sukai, misal punggungnya, bahu, kaki, dan kemudian katakan padanya bahawa anda menyukai cara dia saat tampil bogel di depannya.
Semarakkan ghairahnya
Jangan ragu untuk mengutarakan dirty talk padanya untuk menyemarakkan suasana. Tak ada yang boleh bekerja lebih efektif selain memasukkan dorongan seks untuk membangkitkan "mood" bercintanya.

Katakan padanya fantasi anda
Jika anda malu untuk berbicara tentang fantasi anda, sebaiknya segera hilangkan rasa malu tersebut. Beritahu pasangan tentang hal terliar yang paling anda inginkan atau katakan sesuatu hal yang ingin dia lakukan terhadap anda. Ini akan membuatnya tak tahan untuk segera memenuhi fantasi anda tersebut.

Berikan panduan
Lelaki ingin selalu bersikap menyenangkan anda. Jadi, beri sedikit pengarahan atau panduan ketika agenda bercinta berlangsung. Jika seorang lelaki melakukan sesuatu yang anda suka, pastikan anda memberitahunya. Dan jika dia melakukannya dengan langkah yang kurang tepat, tunjukkan padanya di mana kesalahannya dan pandulah bagaimana anda menyukai dia memberikan sentuhan.

Anonymous

Sunday, May 15, 2011

Toleransi Agama Ada Sempadannya

HAMBA dibesarkan di sebuah pekan kecil di Pahang di mana majoriti penduduknya ialah kaum Cina. Pekan itu dikelilingi oleh perkampungan Melayu. Di pekan itu terdapat sebuah masjid di mana orang Melayu menunaikan solat Jumaat dan berjemaah lima waktu.

Pada setiap tahun, kaum Cina merayakan apa yang dikenali sebagai “pesta hantu.” Mereka menyusun barisan meja panjang di tengah-tengah jalan di pekan itu dan meletakkan pelbagai makanan di atasnya. Di kedua-dua hujung meja ditempatkan seekor babi panggang yang besar.

Sebilangan orang Islam yang hendak ke masjid akan melalui kawasan “pesta hantu” itu, tetapi kehadiran dua ekor babi panggang berhampiran laluan mereka tidak pernah diambil peduli, apatah lagi dijadikan isu.

Di merata pekan dan bandar di seluruh Semenanjung, kaum India berarak Thaipusam. Setakat ini tidak kedengaran ada kekacauan yang ditimbulkan oleh orang Islam terhadap mereka, walaupun kadang kala perarakan Hindu itu mengganggu lalu lintas.

Orang Melayu yang beragama Islam menerima kehadiran kaum Cina dan India dengan agama mereka yang berbeza tanpa rasa terancam atau diganggu-gugat. Agama kaum Cina, sama ada Buddha, Taoisme atau apa jua agama lain, di toleransi selagi mereka tidak mengancam agama Islam. Begitu juga agama Hindu.

Orang Cina dan India pula sejak sebelum merdeka sudah menerima hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan dan Islam dimaktubkan dalam Perlembagaan sebagai agama rasmi yang diinstitusikan, ia hanyalah satu proses kelangsungan yang juga tidak menimbulkan apa perasaan negatif di kalangan kaum Cina dan India.

Toleransi beragama secara tidak bertulis berdiri di atas persefahaman bahawa “kamu dengan agama kamu, dan kami dengan agama kami.” Tiada kebimbangan selagi “engkau tidak kacau aku, dan aku tidak kacau engkau.”

Bagaimanapun dalam beberapa tahun kebelakangan sudah nampak bibit-bibit yang mahu merungkai persefahaman yang sudah wujud lebih separuh abad ini. Sudah ada suara yang mempertikai kelantangan suara azan yang sekian lama turut didengari oleh bukan Islam tanpa bantahan.

Ada juga Ahli Parlimen bukan Islam yang mempertikai jumlah peruntukan kerajaan untuk pembinaan masjid. Wakil rakyat wanita bukan Islam juga sudah berani masuk ke masjid untuk berceramah. Adakah dijamin mereka ini suci daripada haid?

Ahli-ahli politik bukan Islam juga tanpa segan-silu memetik maksud ayat-ayat Quran kepada khalayak Islam. Ada orang Islam bertanya, apa tujuan mereka? Jika benar-benar tertarik dengan ayat-ayat Allah itu, masuklah Islam. Janganlah cuba mengajar sesuatu yang mereka sendiri tidak percayai.

Di Pulau Pinang sudah diwujudkan jawatan Exco bagi menjaga hal ehwal agama bukan Islam. Ini juga menimbulkan pertanyaan di kalangan majoriti umat Islam.

Jika mahu disebut satu persatu, mungkin banyak lagi episod yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan yang menyinggung perasaan orang Islam atau setidak-tidaknya menimbulkan pertanyaan. Memadailah dinyatakan bahawa usaha untuk menyebarkan Bible atau al-Kitab dalam Bahasa Melayu di Semenanjung dilihat oleh sebahagian besar umat Islam sebagai satu ancaman yang menggusarkan.

Kenapa di negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Islam sahaja pihak gereja beria-ia sangat mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa ibunda? Contohnya di Indonesia, Mesir dan kini Malaysia. Kenapa tidak di negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Kristian? Apa niat mereka?

Betul ada orang Melayu yang telah membakar gereja, tetapi bukan baru hari ini gereja berdiri tegak di Malaysia. Sejak Portugis menakluki Melaka lagi sudah terbina gereja yang bangunannya masih wujud sampai sekarang. Tidak ada orang Islam yang cuba membakarnya.

Kenapa ada segelintir orang Islam (hanya beberapa orang sahaja) yang tiba-tiba tidak dapat mengawal perasaan, lalu membakar gereja di Taman Melawati? Dan kenapa tiba-tiba ada orang Islam yang menyuarakan pertanyaan terhadap perjumpaan paderi di Pulau Pinang?

Marilah kita berterus terang untuk kebaikan semua pihak. Sebenarnya umat Islam di Malaysia sudah mulai berasa tergugat atau terancam ekoran satu demi satu perbuatan yang dilihat sebagai provokasi terhadap kedudukan Islam yang sekian lama diterima sebagai agama rasmi.

Orang Islam hanya mencemburui agama lain jika mereka berasa kedudukan Islam tergugat. Mereka tidak berdiam diri kerana mereka takut anak cucu kelak menjadi mangsa kealpaan pada hari ini.

“Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang diberikan Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka , kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa kafir terhadap ayat-ayat Allah sangat cepat hisab-Nya.” (Ali Imran): 19

Bagi orang Islam, inilah agama yang boleh menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Allah Yang Maha Esa, Nabi Muhammad, Quran dan Islam adalah keyakinan yang dipegang tanpa berbelah bahagi. Bagi mereka agama-agama lain tidak lagi diredai kerana tidak lagi berlandaskan tauhid yang betul.

Jika boleh, umat Islam juga mahukan semua manusia lain memeluk agama ini. Tetapi disebabkan tiada paksaan untuk memeluk Islam, maka umat Islam di Malaysia mempunyai daya toleransi yang tinggi terhadap agama-agama lain. Malah mereka sedikit pun tidak memperlekeh agama lain di khalayak umum.

Inilah yang perlu difahami dan dihormati oleh penganut-penganut agama lain. Jangan cuba menganggu-gugat kedudukan yang sudah lama tegak kukuh di Malaysia. Umat Islam sekali-kali tidak akan mempertikai, apatah lagi menghalang agama lain selagi mereka tidak berasa Islam terancam, atau memang jelas diancam.

Inilah kedudukan atau status quo yang perlu dipelihara oleh semua pihak, bukan tanggungjawab umat Islam sahaja. Inilah juga sempadan toleransi agama di Malaysia.

Sebarang tindakan oleh kerajaan untuk memelihara keharmonian agama mestilah dilaksanakan dengan bijak dan saksama, tetapi tegas. Pendirian yang goyah hanya mengundang keburukan.

Penyelesaian di mahkamah juga tidak semestinya akan membawa kebaikan. Malah kes Natrah di Singapura pada 1950 membuktikan bahawa keputusan mahkamah boleh menambah buruk keadaan.

Maulana Arrif

Tuesday, May 10, 2011

Pertikai Agama Rasmi Umpama Bermain Api

SEJAK merdeka, Malaysia sudah melalui pelbagai ranjau dan dugaan dalam usaha mencapai tahap kegemilangan seperti sedia ada. Rakyat berbilang kaum, pelbagai agama dan warna kulit dapat hidup dalam suasana penuh harmoni.

Semua warganegara diberi hak untuk bersuara; juga ruang untuk mencari rezeki tanpa gangguan mahupun ancaman.

Kebelakangan ini, sudah mula kedengaran isu tertentu yang mungkin mengakibatkan bibit kemusnahan, jika tidak dibendung dari awal. Lebih menyedihkan ia dipelopori beberapa golongan, khususnya pemimpin politik, yang cuba menangguk di air keruh.

Tragedi 13 Mei 1969 sepatutnya dijadikan iktibar dan panduan agar kita semua tidak mengulangi kesilapan masa lampau. Ramai pemimpin parti tertentu, sudah lupa sejarah, atau sememangnya buta sejarah, masih mahu bermain api.

Kita semua maklum, bahasa Melayu adalah bahasa rasminya, Islam agama rasmi dan majoriti penduduknya berbangsa Melayu. Namun, kaum lain masih bebas untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa halangan mahupun paksaan.

Persoalannya kenapa kini ia cuba dipertikai? Kenapa pula ada golongan cuba meniupkan api kemarahan masyarakat Melayu dan umat Islam khasnya dengan tindakan yang mencabar hak dan maruah mereka?

Apakah pendekatan berlembut dan bertolak ansur dilihat sebagai tanda orang Melayu semakin lemah dan boleh dipermain-mainkan sebegitu rupa?

Usah biarkan ia berlarutan atau berpanjangan.

Wan Mohd Rushidi Wan Mahmud,
Jalan Kuala Kedah, Alor Setar.

Monday, May 9, 2011

Melupakan Bekas Kekasih

MELUPAKAN seseorang yang pernah anda kasihi memang tidak semudah membalikkan telapak tangan. Terutama jika dia masih dalam lingkup kehidupan yang sama dengan anda, contohnya dipersekitaran kerja. Anda pun beberapa kali harus berhadapan dengannya di kantin atau dimana saja yang hanya membuat hati berasa canggung.


Dengan menyisihkan segenap tenaga, masa dan ketenangan diri, luka batin memang akan sembuh dengan sendirinya dan langkah anda pun dapat semakin ringan untuk siap bertemu dengan seseorang yang baru.

Putuskan hubungan dengan bekas kekasih
Hingga proses kesembuhan batin, usahakan atau putuskan hubungan apapun dengannya. Cara yang boleh anda lakukan adalah menghapuskan nombor dan alamat e-mel di telefon atau tidak menghabiskan masa dengan teman-temannya dan jangan mengharapkan untuk berteman dengannya semenjak anda dan dia memutuskan hubungan.

Lakukan apa yang anda sukai
Isi kekosongan dengan melakukan aktiviti yang belum pernah anda lakukan ketika masih bersama sidia. Buat senarai aktiviti yang mendatangkan kegembiraan bagi anda selama seminggu penuh.
Ingat hubungan ini telah berakhir
Sangat sering terjadi kita mengingati kebaikan bekas kekasih dan menganggap keputusan ini salah. Berhenti dan ingatkan diri anda bahawa hubungan ini telah benar-benar telah berakhir. Bila perlu, tulis di tempat-tempat yang sering anda lewati. Buat senarai keburukan sidia untuk melihat bahawa keputusan ini yang terbaik. Jika rasa rindu dan perasaan ingin menelefon sidia muncul tiba-tiba, sebaiknya anda menelefon keluarganya saja.

Belajar dari masa lalu
Ketahui apa yang membuat hubungan yang lalu gagal, dan bagaimana agar hubungan yang selanjutnya dapat lebih baik. Tuliskan apa yang anda inginkan dari seorang kekasih ideal, dari kebaikan mahupun wajahnya yang menawan, jangan menuliskan sesuatu impian yang berlebihan dan tolol. Tapi jangan menyekat diri anda untuk berkenalan dengan seseorang yang bukan jenis ideal seperti yang diimpikan oleh anda. Yakinlah suatu hari, orang yang tepat akan muncul di hadapan anda. 

Anonymous

         

Sunday, May 8, 2011

Jangan Pilih Pemimpin Yang Diragui

BERCAKAP mengenai kepimpinan Islam, selain Rasulullah dan empat sahabatnya yang menjadi khalifah selepas kewafatan baginda, nama Umar Abdul Aziz, cicit Saidina Umar Al Khatab menjadi sebutan paling popular.

Khalifah kerajaan Ummaiyah yang memerintah dari tahun 717 hingga 720 masihi itu dianggap mujaddid (pemerkasa agama Islam) pertama dan menjadi tanda aras sahsiah kepimpinan yang tiada tolok bandingnya.

Ketika dinamakan untuk menjadi khalifah pada usia 35 tahun, Umar berkeras menolak tetapi akhirnya terpaksa akur atas desakan kerabat dan kehendak orang ramai.

Walaupun mempunyai kuasa yang besar ketika Islam sedang berkembang pesat, Umar menjalani kehidupan yang sangat zuhud kerana sifatnya yang sangat 'takut kepada Allah SWT.' Diceritakan bahawa Umar pada suatu ketika hanya memiliki sehelai baju hinggakan beliau kerap terlewat tiba di masjid untuk menunaikan solat Jumaat kerana menunggu pakaiannya kering selepas dibasuh.

Di pejabatnya sentiasa terdapat dua batang lilin. Jika beliau menjalankan urusan rasmi, digunakannya lilin yang dibeli dengan peruntukan kerajaan. Untuk urusan peribadi, digunakan lilin yang dibeli dengan wang sakunya.

Pada zaman pemerintahannya, dikatakan kehidupan rakyat sangat makmur sehingga sukar untuk mencari penerima wang zakat yang akhirnya digunakan untuk pembangunan awam.

Kerajaannya tidak mengenakan cukai, sebaliknya rakyat dikerah bekerja rajin di bidang pertanian. Sesiapa yang memiliki tanah yang tidak diusahakan selama tiga tahun akan dirampas dan diberikan kepada orang lain yang mahu mengusahakannya.

Di majlis perjumpaan dengan rakyat, Umar selalu memberitahu, jika ada pegawai beliau yang tidak memberikan layanan baik, hendaklah dilaporkan kepadanya dan pelapor akan diberikan ganjaran antara 100 hingga 300 dirham.

Ucapan Umar yang menjadi petikan paling masyhur ialah:'' Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu (rakyat) untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya."

Pada zaman sekarang, jika tidak mustahil, amatlah sukar untuk menemui seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian seperti Rasulullah SAW sebagaimana Umar Abdul Aziz. Dan barangkali kita juga tidak akan menjumpai lagi orang yang menolak jawatan tinggi. Yang sanggup melobi, menipu dan merasuah supaya diberikan jawatan adalah lebih ramai.

Maka kita tidak boleh terlalu idealistik dalam urusan memilih pemimpin. Memadai kita meneliti dan menilai secara realistik dan pragmatik sahaja.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti rakyat beragama Islam dan inilah juga agama rasmi, maka pemimpin tertinggi negara wajib seorang Muslim yang sahih menunaikan rukun Islam. Dia juga mestilah bertakwa, yakni mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Sekurang-kurangnya, itulah tanda zahir seseorang yang beriman. Menunaikan solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji apabila mampu. Dia juga tidak melakukan dosa besar seperti zina, menggelapkan wang rakyat, rasuah, minum arak dan sebagainya.

Sangat buruk akibatnya jika rakyat tersalah pilih pemimpin. Jika sekadar tidak sebijak pemimpin sebelumnya, tidaklah begitu memudaratkan jika si pemimpin masih mempunyai integriti dan baik akhlaknya. Yang ditakuti ialah kita memilih pemimpin yang diragui akhlak dan ketakwaannya.

Musibah
Jika ini berlaku, sama-samalah kita dan generasi akan datang menanggung musibahnya. Jangan salahkan takdir. Yang bersalah atau menzalimi sendiri adalah kita sendiri. Allah SWT sama sekali tidak menzalimi diri kita.

Sebab itulah kita perlu amat berhati-hati dalam memilih pemimpin. Jika ada sebarang tompok keraguan di hati kita mengenai seseorang, putuskanlah dengan muktamad bahawa dia tidak layak memimpin.

Tidak memberikan peluang kepada seseorang untuk menjadi pemimpin bukanlah satu penganiayaan. Ia bukan satu hukuman kejam atau perkara yang mengaibkannya. Memimpin bukanlah satu hak, tetapi hanyalah amanah.

Tiada siapa yang berhak membuat tuntutan untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya hak menentukan siapa yang layak jadi pemimpin terletak di tangan rakyat. Hak ini juga bersifat amanah kerana jika tersalah pilih, kesannya terlalu buruk kepada rakyat dan negara. Oleh itu pilihlah pemimpin yang benar-benar diyakini memenuhi tuntutan Allah dan panduan Rasulullah.

Kenapa mahu menjudikan nasib diri, masyarakat dan negara dengan memilih seorang pemimpin yang dipenuhi dengan unsur keraguan? Sedangkan Rasulullah melarang kita melakukan perkara yang diselubungi was-was atau keraguan, sama ada dalam ibadat atau kehidupan.

Jika anda seorang beriman, jangan mudah tertipu atau terpengaruh dengan cakap orang lain. Siasat dan pertimbangkan dengan adil segala fakta yang terbentang. Kemudian berserahlah kepada Allah supaya diberikan segala petunjuk untuk kita membuat keputusan dengan betul.

Sesudah itu, marilah kita berdoa.

''Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim. Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. Engkaulah yang memberikan kuasa kepada siapa jua yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang kami sedang alami.

''Angkatlah orang yang beriman untuk memimpin kami dan negara kami, dan jauhkanlah kami daripada dipimpin oleh orang munafik dan fasik. Sesungguhnya tiada daya upaya kami, ya Allah, melainkan dengan ketentuanMu. Tentukanlah yang terbaik bagi kami. Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW.

Maulana Arrif

Saturday, May 7, 2011

Penyatuan Melayu Bermula Daripada UMNO

UMNO tidak perlu terlalu berharap untuk bekerjasama dengan Pas. Ia seolah-olah menunjukkan UMNO berada pada tahap yang lemah. Ia juga mendedahkan UMNO untuk diserang dan dipermainkan.

Sebenarnya Pas berada pada tahap amat lemah sekarang. Pelbagai masalah dalaman parti dan pakatan telah melemahkan mereka. UMNO sepatutnya mengambil peluang ini untuk menarik lebih ramai penyokong yang dahulunya menyokong Pas dan PKR untuk kembali menyokong UMNO. Bukannya menarik Pas dan masalahnya.

Dari beberapa insiden yang lepas termasuk penyatuan Pas dan DAP telah menyerlahkan kepada rakyat siapa Pas sebenarnya. Banyak pengundi pada PRU 12 lepas mengundi pembangkang kini pasti akan kembali menyokong UMNO.

Yang menjadi masalah ialah pengundi Cina yang berpaling pada DAP. Sekiranya majoriti pengundi Cina mengundi DAP mereka masih tidak dapat membentuk kerajaan. Mereka masih perlukan kekuatan Pas dan PKR. PKR dilihat hanya sekadar masih bernafas dan berada di bilik ICU. Ia cuma menunggu tiup pernafasan dicabut.

Mampukah DAP dan Pas membentuk kerajaan. Sekiranya berjaya sekalipun ia pasti akan runtuh selepas beberapa bulan.

Kecualilah sekiranya Pas sanggup menggadai maruahnya pada DAP dan membiarkan DAP menikam depan dan belakangnya bertubi-tubi. Lebih baik kalah dari menang sebegini.

UMNO perlu membersihkan imejnya yang telah tercalar dan menampilkan imej yang baru dan lebih baik. Ini nampaknya sedang dilakukan oleh Datuk Seri Najib dengan cemerlang. Keyakinan rakyat pada UMNO perlu dibina semula.

Untuk menjemput Pas bergabung adalah sukar kerana keegoan pemimpinnya, namun kita boleh menarik penyokongnya menyokong UMNO pada pilihanraya nanti. Tugas ini perlu dilakukan segera.

Sekiranya pengundi-pengundi ini menyokong Pas kerana kelihatan lebih Islamik mengapa UMNO tidak boleh berbuat demikian? Apa salah dan masalahnya?

Adakah ia mustahil? UMNO perlu lebih terbuka untuk menjelaskan pada rakyat apa yang mereka telah lakukan untuk meningkatkan syiar Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Konsep tangan kanan memberi dan tangan kiri tidak mengetahui tidak boleh digunapakai dalam kes ini kerana rakyat berhak mengetahuinya.

Biarlah penyatuan Melayu berlaku dalam UMNO. Sekiranya UMNO kuat dan kembali berpengaruh tentu pengundi Cina dan India akan kembali menyokong BN.

Mungkin moto "UMNO pejuang bermaruah" boleh diguna pakai untuk membezakan dengan perjuangan Pas dan PKR.

Fauzi Asmara
Guar Chempedak, Kedah

Friday, May 6, 2011

Kesalahan Lelaki Ketika Di Ranjang

LELAKI kerap tergesa-gesa ketika melakukan adegan panas bersama pasangan. Alhasil, selalu saja ada kesalahan yang dilakukannya.

Soal urusan membina ghairah seksual, lelaki dan wanita memang memerlukan waktu yang berbeza. Biasanya, wanita perlu waktu lebih lama dalam menghidupkan ghairah seksualnya sebelum akhirnya siap menerima serangan. Malangnya, lelaki kerap tak sabar menantinya. Tak heran, aksi orgasme palsu pun kerap muncul untuk memberikan kepuasan pada pasangannya. Jika dibiarkan, tentu ini akan menjadi bencana berpanjangan bagi kehidupan seksual anda.

Sebelum hal ini menghampiri, seorang seksologi terkemuka, Dr Yvonne K Fulbright memberikan lima kesalahan umum yang biasa dilakukan lelaki. Jika ingin mendapatkan kepuasan seksual yang maksimum, anda para lelaki, sebaiknya hindari lima hal ini,

Cumbuan kurang maksimum
Waktu untuk memulakan menghidupkan ghairah pada wanita dirasa terlalu segera. Padahal, cumbuan merupakan agenda pra-seks yang menjadi pengantar sebelum babak "intercourse" dilalui. Oleh itu, kecukupan cumbuan akan mempengaruhi "intercourse" yang dilakukan.
Wanita sangat suka dirayu. Sementara seks adalah permainan fikiran. Untuk memenangi ghairah seksual wanita sebelum melakukan penyerangan, wanita tentu memerlukan stimulasi khusus. Wanita perlu mengetahui apa yang akan anda lakukan malam ini terhadapnya. Rangsangan ini sangat berkesan untuk menghidupkan ghairahnya. Jadi, jangan pernah abaikan sesi ini.

Jangan langsung masuk ke menu utama
Menyelam langsung ke alat genital bukanlah idea yang baik dan terbilang tergesa-gesa. Seorang wanita harus benar-benar terangsang sebelum anda menerokainya dengan permainan panas dalam beberapa waktu ke depan. Jadi, pastikan fokus di minit-minit awal pada seluruh tubuhnya dalam memberi rangsangan yakni dari kepala sampai kaki sebelum kemudian anda menyerangnya.

Ingat klitoris
Banyak lelaki berfikir bahawa hasil orgasme seorang wanita dihasilkan dari proses penetrasi semata-mata. Padahal, lebih dari 70 peratus wanita mengalami orgasme klitoris. Jadi, jangan pernah remehkan bahagian ini saat melakukan penetrasi padanya. Jika ingin memberikan rangsangan pada klitoris, lelaki boleh membuka uretra wanita di mana ukurannya berbeza antara satu sama lain.

Mengabaikan G-spot
Sebagai harta karun terpendam, lelaki kerap melupakan bahagian ini. Padahal dengan merangsang bahagian ini, puncak orgasme wanita kian menggebu. G-spot wanita boleh didapati di dinding depan Miss V. Posisinya boleh sedikit tinggi atau lebih rendah, atau kedudukannya lebih ke satu sisi daripada yang lain yang berada di sekitarnya.

Jangan terlalu berorientasi pada tujuan
Tidak ada yang lebih menawan dari seorang manusia kecuali bercanda, bermesra dan bermain. Jadi jangan terjebak pada diri anda sendiri. Ingat, seksual adalah permainan antara dua belah pihak. Jadi penerokaan seksual yang anda mainkan pun sebaiknya ditujukan untuk kenikmatan anda dan pasangan.

Sumber asal : Okezone