Thursday, September 29, 2011

Mandi Bersama Isteri - Buang Tabiat Atau Menambahkan Kasih Sayang?

Bila kita bercerita pasal suami isteri mandi bersama, kita orang Melayu akan berkata. Alah dah tua-tua ni pun nak mandi sama ke ? Lagipun mungkin dianggap "buang tabiat" dan inilah alasan yang paling kuat sekali "buang tabiat". Kita tak nak buat sebab dulu tok nenek kita tak buat.

Mandi bersama adalah satu cara untuk mengeratkan hubungan suami isteri, inilah waktunya suami dapat menolong mengusap belakang isteri dengan penuh sayang dan cinta sambil mencurahkan air. Masa ini jugalah yang paling sesuai bagi isteri untuk menyental belakang suami dengan berus sabut yang dah berkarat dengan daki tu. Tidakkah itu akan menambahkan kasih sayang ?

Lagi satu masalahnya ialah sifat "malu" yang amat menebal terutamanya pada isteri. Malu konon, bila tang tu bukak semua tak malu pulak. Memanglah malu dan tak bersopan kalau dua-duanya "bulat" dalam bilik air atau bath tub tu.

Sekali sekala ajaklah suami mandi bersama atau suami ajaklah isteri mandi bersama. Nabi pun mandi bersama Aisyah , tak malu pun. Kita pulak yang malu tak pasal-pasal....

Cuma sesuaikan ikut keadaan, jangan la masa pagi-pagi rushing nak pergi kerja tu, suami sengih-sengih ajak isteri mandi sama. Alamat pukul 10 la sampai ofis. Cubalah sekali atau dua kali seminggu dah cukup.

Cuma nak sarankan, apa kata hari minggu ni anda ajak suami mandi sama, cuma kali ni anda buat kejutan. Pakai bikini...atau teddy, teddy juga boleh dipakai sebagai bikini. Jangan pakai kemban lagi dan jangan "bulat" je. Kalau boleh carilah bikini yang senipis-nipisnya dan sehalus-halus talinya dan jangan lupa, shave dulu.

Confirm... kalau anda buat begini, "satu round" dalam bilik air jugak. Jangan percaya selagi anda tak mencubanya.

MalaysiaRia

Wednesday, September 28, 2011

Abim Yakin Hudud Akan Diterima Seperti Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Sambil menegaskan pihaknya komited untuk melihat pelaksanaan hukum hudud, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, undang-undang itu mula menerima sokongan positif kalangan muda Muslim dan akan diterima sebagaimana sistem kewangan alternatif Islam.

Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, perkara itu terbukti menerusi kajian bertajuk “Values Dreams Ideals Muslim Youth In Southeast Asia: Surveys in Indonesia and Malaysia” kendalian Merdeka Center, Goethe Institute dan Yayasan Fredrich Naumann baru-baru ini.

Katanya, kajian melibatkan 1,060 responden mendapati majoriti belia Muslim mahukan perundangan jenayah Islam diamalkan secara meluas di negara ini termasuklah pelaksanaan sebat untuk kesalahan minum arak, hukuman mati untuk kesalahan membunuh atau qisas dan potong tangan bagi kesalahan mencuri.

“Walaupun tidak konklusif tetapi kajian ini memberi indikasi jelas bahawa generasi muda dan belia Islam di negara ini mempunyai persepsi yang positif terhadap pelaksanaan perundangan jenayah Islam.

“Abim yakin melalui pelaksanaan program pendidikan dan penerangan yang lebih sistematik dan jelas ke arah pelaksanaan hukum hudud, masyarakat akan lebih jelas dan tentang hakikat sebenar pelaksanaan hukuman hudud yang menekankan keadilan dan menolak syubhah atau keraguan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Raimi berkata Abim memandang serius polemik perundangan hudud yang disaksikan ketika ini dan menilai respons-respons dikemukakan pelbagai pihak semenjak kebelakangan ini, Abim menggesa perundangan hudud tidak dijadikan polemik oleh mana-mana parti serta pihak yang mendulang populariti politik semata-mata.

“Jika keadaan ini berterusan, Abim khuatir akan tercetus persepsi negatif terhadap keluhuran dan integriti masa depan perundangan jenayah Islam di negara ini,” kata beliau.

Justeru kata beliau, Abim berpandangan bahawa usaha ke arah undang-undang hudud boleh dan harus dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat dengan mengambil kira penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada.

“Persoalannya ialah bila ia akan mula dilakukan secara sistematik dan serius?” katanya lagi.

Raimi juga berkata, alasan dan persepsi yang mengatakan perundangan hudud tidak sesuai diamalkan tidak seharusnya diketengahkan secara semberono tanpa mengambil realiti dan arus perubahan yang berlaku di kalangan umat Islam.

Malah kata beliau, banyak kajian ahli akademik dan perundangan yang telah menggariskan mekanisme ke arah pelaksanaan sistem perundangan jenayah Islam termasuklah pendidikan dan perundangan dan bagaimana sistem sedia ada boleh dimanfaatkan serta diperkasakan ke arah pelaksanaannya.

Raimi juga berkata, pengalaman telah membuktikan sistem Islam seperti sistem perbankan dan muamalat Islam yang satu ketika dulu dilihat dengan kaca mata negatif telah pun berjaya menawarkan alternatif kepada sistem kewangan dan perbankan konvensional di Malaysia.

“Perkara yang sama juga dilihat tidak mustahil, bahkan harus dilihat dalam aspek positif apabila merujuk kepada konteks pelaksanaan sistem perundangan jenayah Islam,” katanya.

Oleh itu kata beliau, adalah tidak wajar jika ahli politik Islam bersikap apologetik terhadap sebarang kritikan serta penentangan yang diketengahkan oleh pihak-pihak tertentu baik bukan Islam mahupun di kalangan umat Islam sendiri.

Dalam erti kata lain, pelaksanaan perundangan Islam pada ketika ini dan masa depan tidak hanya bergantung kepada kehendak politik para pemimpin politik semata-mata.

“Sebaliknya, kehendak umat Islam perlulah dihormati serta diterjemahkan menerusi mekanisme politik yang ditetapkan,” kata beliau lagi.

Raimi menambah, merujuk kepada konteks pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kebebasan seharusnya diberikan kepada kerajaan serta rakyat negeri terbabit untuk melaksanakan tatacara perundangan yang ingin diamalkan menerusi lunas-lunas demokrasi seperti pungutan pendapat serta referendum.

“Ini merupakan praktis dan amalan normal dalam masyarakat yang matang demokrasinya. Jika itu kehendak rakyat, tuntutan perundangan jenayah Islam dilaksanakan di negara ini harus dihormati,” katanya.

Walaupun begitu, katanya, masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa khuatir dan takut kerana undang-undang ini hanya membabitkan mereka yang beragama Islam.

“Di samping itu, perundangan Islam juga menjamin serta memelihara hak serta kebebasan orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya hidup masing-masing,” katanya lagi.

www.themalaysianinsider.com

Terdapat Keperluan Hindari Sistem Kuota, Kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada bumiputera dalam membina kapasiti mereka kerana pendekan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.

Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.

"Kami mahu menghindari kuota tetapi kami akan menyokong supaya mereka (usahawan bumiputera) terus berkembang.

"Sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan
bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan mereka," katanya.

Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna".

"Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau.

"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya.

Oleh itu, perdana menteri berkata kerajaan akan menggunakan pendekatan berlainan dalam tindakan afirmatif bagi mengesan bumiputera yang cekap, teruji dan boleh berjaya serta menyokong mereka supaya akan lebih berdaya saing.

"Kami telah mengenal pasti lebih daripada 1,000 syarikat melalui Teraju, dan kita akan melihat bagaimana untuk membantu syarikat-syarikat ini menjadi lebih besar dan lebih maju," katanya, merujuk kepada agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi menyelia hal-ehwal ekonomi bumiputera.

Katanya, dengan menyokong "bumiputera bijak", bukan sahaja akan memperkembangkan bakat dalam masyarakat itu tetapi juga mengelakkan bantahan daripada rakan-rakan bukan bumiputera mereka.

"Jadi, anda perlu menggalakkan calon bumiputera yang sesuai. Sekiranaya anda berbuat demikian, bukan sahaja mereka akan berjaya, tetapi bukan bumiputera juga tidak akan merasa iri hati terhadap mereka," katanya.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada budaya "mengenali seseorang” (know who) kepada budaya "tahu melakukannya" (know how) dalam masyarakat.

"Tindakan afirmatif akan berasaskan lebih dan lebih lagi pada meritokrasi.

"Pendekatan baru ini diharapkan dapat membina satu kelas baru usahawan bumiputera yang lebih berdaya tahan dan boleh berjaya dalam jangka masa panjang," katanya.

Najib sebelum ini telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi dari kuota berasaskan kaum melalui Model Ekonomi Baru (MEB), tetapi menerima tindak balas negatif daripada kumpulan-kumpulan berkepentingan kaum.

Musang Berbulu Ayam Dalam Badan-Badan Strategik Kerajaan?

APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Oleh : Zaini Hassan

Tuesday, September 27, 2011

5 Ucapan Penggoda Saat Bercinta

Tidak hanya belaiaan dan sebuah ciuman hangat mampu membangkitkan ghairah kaum hawa. Ternyata sebuah ucapan pun mampu menyihir hati kaum hawa agar bertekuk lutut di hadapan pasangannya. Walaupun demikian ucapan penggoda ini ada baiknya diungkapkan dengan penuh kelembutan dilengkapi dengan isyarat nakal dari lelaki, dan tak perlu menunggu lama si wanita pun akan segera jatuh dalam pelukanmu.

Bila selama ini permainnan yang anda rasakan bersama dirinya terasa hambar dan begitu rata, maka ini adalah saat yang tepat membuat inovasi dalam permainan yang tengah berlangsung. Awali langkah ini dengan sebuah ucapan penggoda. Agar permainan lebih seru, maka rubah permainan dengan mengawali cumbuan beserta beberapa ucapan penggoda di antaranya:

Aku ingin kamu merasakan kenikmatan
Ucapan ini dipercayai mampu melumpuhkan hati wanita dalam waktu sekejap. Kini kamu tidak hanya membuatnya merasakan kenikmatan, melainkan juga membangkitkan ghairah cintanya yang sempat padam.

Aku suka suaramu yang seksi pada saat orgasme
Desahan para kaum hawa pada saat bercinta kerap membuat kaum adam menjadi lebih bergairah, cenderungnya mereka berpendapat desahan ini merupakan salah satu cara sang pasangan meluapkan kenikmatannya pada saat orgasme. Bila kamu ingin menjadikan permainan lebih seru, gunakan ucapan ini sebagai penggoda.

Setiap inci tubuhmu amat menggoda
Kaum hawa biasanya memang sangat sukakan pujian, terlebih bila pasangannya sendiri yang mengungkapkannya. Pada saat kamu sedang berduaan, manfaatkan saat ini dengan mengungkapkan pujian betapa menggoda dan seksinya setiap inci tubuh yang dia miliki.

Kamu begitu hangat
Selain dengan pujian berkaitan keindahan tubuh para wanita juga ingin dipuji dalam setiap tindakannya ketika berada di atas ranjang. Tidak hanya akan membuat setiap haum hawa semakin "liar" ketika di atas ranjang tetapi juga boleh membuat mereka lebih merindukan kebersamaan dengan dirimu ketika berada di atas ranjang.
Aku ingin mencium setiap inci tubuhmu
Sebagai pembuka yang manis, ucapan ini boleh menjadi salah satu penggoda yang mujarab dalam membawa pasanganmu menuju puncak orgasme. Agar menjadi lebih seru lengkapi ucapan ini dengan kedipan nakal dari matamu.

Anonymous

Monday, September 26, 2011

Kita Banyak Terpesong Bila Taksub Filem Seram

KECENDERUNGAN masyarakat pelbagai usia terhadap cerita hantu dapat digambarkan dengan kehadiran jutaan penonton di pawagam menjadikan angka kutipan tiket sangat tinggi berbanding filem genre lain. Kelahiran filem berasaskan hantu mula menjadi sebutan selepas kejayaan filem seram seperti Jangan Pandang Belakang (JPB).


Pemikiran generasi muda makin disempitkan dengan kisah hantu dan seram meniti ruang hidup dari kantin sekolah hingga ke dalam pejabat dan dari ruang tamu hingga ke bilik kosong semua dilihat berhantu. Kejayaan luar biasa filem berasaskan hantu menjadikan penerbit di negara saling merebut peluang mengeluarkan filem seram dengan pelbagai tajuk hebat meskipun jalan ceritanya karut marut. Maka tidak hairanlah, filem hantu seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Karak, Hantu Kak Limah Balik Kampung dan yang terkini Hantu Bonceng mengisi keluaran filem negara. Malah ada pengarah sanggup mengorek kisah dongeng lama atau mereka cipta jenis hantu lalu memberi nama baru seperti kuntilanak, pocong, sundel bolong, hantu penanggal, hantu susu, hantu gigi dan sebagainya. Dalam kerakusan menerbitkan filem, penerbit, pengarah, penulis skrip serta pelakon tidak lagi mempersoalkan kesan negatif kepada masyarakat khususnya masyarakat muda dan kanak-kanak. Babak melapah daging manusia, menghisap darah atau sebagainya dilakonkan dengan cukup berkesan.

Masih segar babak bagaimana lakonan Ruminah Sidek dalam filem (JPB) sedang makan di ruang dapur dalam keadaan sangat menyeramkan, atau lakonan Putri Mardiana melapah darah di lantai dalam filem Santau. Pelbagai babak ngeri yang berjaya menjelmakan unsur seram yang jelas dan hidup kepada masyarakat.

Bayangkan anak kecil sudah diserapkan akal dengan kewujudan hantu yang berada di merata tempat.

Kekuatan kepercayaan kepada hantu tahyul ini sebenarnya mengancam akidah umat Islam. Syaitan boleh bertepuk tangan kerana ramai manusia lemah pegangan agama dan ilmunya dipesongkan kepada ketakutan terhadap hantu menyelimuti dalam rutin kehidupan dari memikirkan kebesaran Allah.

Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan mengampuni dosa selain itu bagi orang yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang syirik kepada Allah, maka sesungguhnya mereka sudah melakukan dosa sangat besar. (Surah an-Nisa, ayat 48)

Remaja akan takut bangun pagi semata-mata takut bertemu pocong di bilik bacaan.

Anak kecil menahan kencing kerana takut ke tandas dipercayai adanya momok. Begitu juga masyarakat yang ditutup pemikirannya dengan kisah hantu untuk membenarkan kewujudannya meskipun kehadiran makhluk ini bukan bersifat nyata dan benar.

Kekuatan media sudah pasti mempengaruhi corak kehidupan generasi muda. Lambakan drama di televisyen berkisar cerita hantu disiarkan saban malam. Lebih mendukacitakan sempena Aidilfitri lalu, banyak filem seram ditayangkan.

Kekuatan kepercayaan kepada hantu boleh menggugat keharmonian negara. Lebih ramai pelajar akan mengalami histeria. Lebih ramai umat Islam terdedah kepada amalan sihir semata-mata untuk menghalau hantu jembalang yang dipercayai mengganggu kehidupan. Akhirnya segala jenis penyakit manusia pun dikatakan gangguan momok.

Lebih parah, apabila bomoh, dukun atau peramal perubatan tradisional akan lebih berpengaruh dihampiri masyarakat bagi mengubati penyakit yang dikatakan berpunca daripada makhluk halus atau jembalang. Kebanyakan kes rogol, cabul dan gangguan seksual turut dikaitkan dengan kepercayaan menghalau gangguan makhluk halus atau syaitan.

Kecenderungan bomoh dalam ritual perubatan tradisional yang pelik serta aneh membawa kepada kesongsangan akidah dan diyakini boleh merosakkan iman pesakit yang dirawat. Larangan menjauhi perbuatan syirik sangat dititikberatkan dalam agama.

Rasulullah SAW melarang berjumpa tukang tenung (kuhhan) dalam sabda bermaksud: Sesiapa yang menjumpai tukang tenung, kemudian ia bertanyakan kepadanya sesuatu, ditutup baginya pintu taubat selama 40 malam. (Hadis riwayat Tabarani)
 
Oleh : Muhammad Abdullah

Sunday, September 25, 2011

Saat Kekasih Mencintai Orang Lain


CINTA adalah anugerah. Cinta juga datang di saat yang tidak pernah kita duga. Bagaimana bila cinta datang pada saat tidak tepat, ketika kekasih mengaku telah jatuh cinta dengan wanita lain?

Daripada membuang-buang masa anda untuk marah dan menangis, ada cara lebih baik menyembuhkan hati anda. Ini caranya...


Berkongsi permasalahan dengan seseorang yang anda percaya
Ini adalah langkah pertama yang ampuh agar anda tidak perlu "makan orang" ketika marah dan sedihnya. Anda perlu seseorang yang bersedia mendampingi melewati masa-masa sukar-seseorang yang anda percaya dan mampu memberikan pandangan dan nasihat yang baik. Seseorang yang boleh membuat anda berfikir secara logik dan melihat sisi positif permasalahan tersebut.
Tahan keinginan untuk marah dan menangis di depan kekasih
Dengan marah dan menangis di depan kekasih, secara tak sedar anda telah meletakkan diri sebagai penghalang cinta antara kekasih dan wanita idamannya yang lain. Saat hubungan tidak berjaya di antara anda berdua, tahan diri untuk tidak mengatakan apa-apa sehingga anda telah benar-benar berstatus single trang tang tang....!

Relakan kekasih pergi
Meski sakit hati melihat orang yang kita cintai ternyata memilih orang lain, sekurang-kurangnya kita memahami apa yang dirasakan kekasih sesungguhnya. Ingatkan diri anda untuk move on dari hubungan yang telah kandas.

Buat diri anda sibuk
Daripada bermuram durja dan menghabiskan masa untuk curahanhati di Facebook, lebih baik sibukkan diri dengan kegiatan yang positif. Dengan begitu, isi fikiran anda tidak melulu tentang dia, yang justru akan membuat anda makin sedih. Yakinkan diri anda, keadaan akan lebih baik pada waktu-waktu yang mendatang.

Anonymous

Friday, September 23, 2011

MCA Akan Berpisah Dengan Umno Jika Laksana Hudud

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga akan sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud, sambil berkata bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama. Oleh : Hazlan Zakaria

3 Buah Pulau Di Sabah Bukan Hak Milik Kerajaan negeri?

Ingatkan kepulauan di pesisiran Sabah ini ada lah hak milik kerajaan melalui skim taman-taman negara. Namun apa yang dilapurkan baru-baru ini, 3 kepulauan di sini, ia itu; Mengalum, Pandanan dan Montukod.

Sejak bila pulau-pulau ini di wartakan untuk kepunyaan perseorangan, mungkin kebanyakan dari rakyat Sabah tidak tahu sehingga lah ia nya di promokan melalui internet untuk dijual.

Menurut sebuah akhbar tempatan semalam dipetik melaporkan bahawa Pulau Mengalum yang terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga AS$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) AS$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga AS$11.266 juta.

•Dalam pada itu, dikatakan Kerajaan Sabah akan melindungi kepentingannya dalam isu cadangan menjual tiga buah pulau di perairan negeri ini kepada orang asing menerusi iklan internet.

•Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal (gambar kanan) berkata, kerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan iaitu - Mengalum, Pandanan dan Montukod tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan adalah milik persendirian.

•"Bagaimanapun, pemilik pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah sebelum boleh menjual tanah mereka," katanya kepada pemberita.

•Osman berkata, Pulau Mengalum adalah milik sebuah syarikat dengan hak milik pajakan negara (CL), Montukod adalah hak milik pajakan negara dan peribumi manakala Pandanan diberi secara hak milik CL.

Mungkin dimasa akan datang, kita pasti dikejutkan lagi dengan aktiviti penjualan pulau-pulau sapertimana yang berlaku sekarang ini. kerana seadanya, terdapat maseh banyak lagi pulau-pulau dipersekitaran negeri Sabah masa kini.

Dalam isu ini, rakyat Sabah hanya sekadar menunggu, mendengar dan melihat hak-hak ‘heritage’ mereka di jual beli dipasaran dunia. Dalam artikata yang lain.
 'negeri ku milik orang'.

Sumber : Agensi

Tentera-Tentera Korea Selatan Masuk Islam

Perang Iraq memberi makna lain bagi "Unit Zaitun", nama pasukan Korea Selatan yang ikut dihantar ke Iraq pada tahun 2006 sebagai sebahagian dari pasukan gabungan AS. Sebelum berangkat dan ditempatkan di bandar Irbil, bandar warga Kurdis di utara Iraq, 37 ahli unit ini menyatakan diri masuk Islam dan bersyahadat di Masjid Hannam-dong, Seoul.
"Saya memutuskan menjadi seorang Muslim, kerana saya merasa Islam sebagai agama yang lebih humanis dan damai berbanding agama-agama lain. Kalau kita boleh secara agama berinteraksi dengan warga tempatan, saya fikir ini akan banyak membantu kami menjadi misi damai untuk melakukan rekonstruksi di Iraq, "kata Leftenan Son Hyeon-ju dari pasukan khusus Brigade ke-11, salah satu tentera Korea Selatan yang masuk Islam.

Ketika itu, pada hari Jumaat di bulan Julai 2006, Hyeon-ju dan 36 tentera Korea Selatan yang lain mengambil wuduk, lalu duduk berjajar di dalam Masjid Hannam-dong. Dengan bimbingan imam masjid, mereka melafazkan dua kalimah syahadat dan mulai hari itu, para tentera yang akan berangkatkan ke Iraq itu dengan rasmi menjadi muslim.

Tentera Korea mungkin tidak pernah menyangka peluang untuk mempelajari Islam dan bahasa Arab bagi para tentera, terutama Unit Zaitun, yang akan dihantar ke Iraq, akan membuat puluhan tenteranya masuk Islam. Pertimbangannya ketika itu, kerana majoriti penduduk bandar Irbil adalah muslim, sedangkan tentera Korea yang akan dihantar adalah non - muslim, maka para tentera itu dihantar ke Masjid Hannam-dong untuk belajar dan memahami tentang Islam dan komuniti Muslim. Ternyata, sebahagian tentera itu malah benar-benar jatuh cinta pada Islam dan memutuskan untuk memeluk agama Islam.

Salah seorang anggota pasukan Unit Zaitu dari Divisi ke-11 Angkatan Bersenjata Korea Selatan, Kopral Paek Seong-uk yang masih berusia 22 tahun mengatakan, "Di kampus, saya mengambil jurusan bahasa Arab dan setelah membaca isi Al-Quran, saya jadi sangat tertarik pada islam. Saya pun memutuskan untuk menjadi seorang muslim selama mengikuti program yang diadakan Unit Zaitun, sebuah pengalaman agama buat saya. "

Koperal Paek Seong-uk dengan bersemangat menyatakan keinginannya jika sudah sampai di Iraq. "Saya ingin ikut serta dalam acara-cara keagamaan dengan warga tempatan, sehingga mereka boleh merasakan rasa persaudaraan. Saya juga juga ingin memastikan warga tempatan bahawa pasukan Korea Selatan bukan pasukan penjajah, tapi pasukan yang dikerahkan untuk membantu misi kemanusiaan di Iraq," ujar Paek seong-uk.

Tentera-tentera Korea yang memilih menjadi muslim itu, faham pentingnya homogenitas agama di tengah-tengah komuniti Muslim. "Jika agama anda sama, anda tidak akan dianggap sebagai orang asing, tapi akan diperlakukan seperti layaknya warga tempatan. Lebih dari itu, Islam mengajarkan tata cara perang yang beradab. Muslim tidak boleh menyerang kaum wanita, bahkan dalam peperangan," kata seorang pegawai tentera Korea Selatan, mengomentari puluhan tenteranya yang masuk Islam.

Thursday, September 22, 2011

5 Rahsia Seks Wanita Perlu Lelaki Tahu

SAMA halnya dengan lelaki, wanita pun ingin difahami ketika di ranjang. Apakah yang diingini wanita untuk diketahui lelaki?

Agar permainan ranjang dapat memuaskan satu sama lain, pemahaman akan karakter masing-masing pihak sangat diperlukan. Salah satu yang perlu dilakukan iaitu mengetahui keinginan pasangan. Hal ini terutama pada wanita yang kerap malu-malu untuk mengungkapkan keinginannya kepada pasangan mereka. Padahal di balik sikap pasifnya, mereka pun menyimpan lima rahsia yang ingin anda ketahui.

Seks itu harus nakal dan tidak serius
Wanita mahukan lelaki yang sedikit nakal ketika di ranjang. Caranya dengan membiarkan imaginasi mereka keluar semasa sesi bercinta. Dengan cara tersebut, saat-saat intim pun terasa menyenangkan sekaligus mendebarkan.

Peluk pasangan
Sesudah mengalami orgasme, biasanya lelaki akan tertidur dan tidak mahu diganggu. Padahal, wanita pun masih ingin mendapatkan perhatian dari pasangannnya. Wanita sangat mendambakan ciuman dan pelukan selepas seks selesai dilakukan. Tak hanya itu, pembicaraan intim dan suasana hangat pun sangat diinginkannya. Jadi, memberikannya sedikit ciuman dan rangkulan tentu tidak ada salahnya.
Berikan urutan sensual
Wanita sangat menyukai sentuhan lembut yang diberikan lelaki. Jadi, berikan ciuman penuh ghairah dan lembut. Berikan pula urutan santai dan hangat sebagai rempah-rempah dalam meningkatkan hubungan seksual anda berdua.

Berikan ketintiman di luar tempat tidur
Aktiviti intim dengan pasangan tidak harus berlangsung di tempat tidur semata-mata. Lelaki harus memahami bahawa ketika anda melalui waktu bersama di siang hari, anda pun boleh bercengkerama mesra dengannya. Untuk itu, gunakan bahasa lembut dan layanan sopan untuk mencipta masa yang menyenangkan bersamanya.

Jangan lupakan pujian
Layangkan pujian spontan untuknya untuk membina suasana hatinya. Selain membina "mood" bercinta, pujian juga menjadi sebuah rayuan yang dapat membuatnya kian bersemangat untuk bercinta.

Anonymous

Amanah Dalam Mengungkap Fakta Sejarah

PROSES penyampaian dan penyebaran ilmu merupakan tradisi turun temurun bagi seluruh umat Islam sejak dahulu lagi. Ia selaras dengan saranan daripada Rasulullah kepada seluruh umatnya agar menyampaikan segala ilmu yang disampaikan oleh baginda walaupun hanya sekadar satu ayat.

Galakan yang diungkapkan oleh nabi tersebut menunjukkan betapa pentingnya proses penyebaran ilmu perlu dilakukan oleh seluruh umat Islam, sehinggakan sekiranya sekadar satu ayat sahaja maka ia juga perlu disebarkan.

Selain proses penyebaran ilmu, perkara terpenting dalam proses ini ialah ketelusan dalam penyampaian segala ilmu dan maklumat yang ada. Menyebarkan ilmu, fakta, maklumat dan keterangan yang palsu merupakan perbuatan yang keji lagi terkutuk.

Lebih-lebih lagi sekiranya ia dilakukan dengan secara sedar atau sengaja bagi mengelirukan orang ramai berkaitan sesuatu perkara. Kesan daripada perbuatan tersebut pastinya sangat buruk tetapi tetap juga dilakukan demi kepentingan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam menilai ilmu atau maklumat yang disampaikan, wajar bagi kita menelitinya menurut neraca al-Quran sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman. Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)

Menerima secara bulat-bulat sesuatu perkara tanpa menyelidiknya terlebih dahulu merupakan tindakan yang bakal mengundang penyesalan di kemudian hari.

Tidak rugi sekiranya siasatan dan penelitian yang mendalam dilakukan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mempercayai sesuatu perkara apatah lagi menyebarkannya.

Namun apa yang membimbangkan, terdapat sesetengah pihak yang dengan sengaja memutarbelit dan memalsukan sesuatu kenyataan atau fakta sejarah yang sedia ada. Tindakan tersebut amat bertentangan dengan ajaran agama Islam dan pastinya akan mengundang kerosakan di masa hadapan. Kekeliruan yang timbul hasil dari penyelewengan ilmu dan fakta tersebut akan memberi kesan jangka panjang sehingga sukar untuk menentukan kebenaran yang hakiki, dan akhirnya akan merugikan semua pihak.

Allah SWT melaknat golongan yang menyembunyikan fakta yang sebenar walaupun jelas baginya kebenaran yang sepatutnya disebarkan. Ia merupakan tabiat pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani yang suka menyembunyikan fakta sebenar demi kepentingan peribadi mereka.

Ini ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekelian makhluk. (al-Baqarah: 159)

Ayat ini jelas menunjukkan larangan Allah SWT tentang sikap suka menyembunyikan ilmu dan fakta yang sebenar. Ia bukan sahaja dilaknat oleh Allah SWT malah turut dilaknat dan dibenci oleh sekelian makhluk yang ada di muka bumi.

Sebagai umat Islam, perbuatan yang keji dan tidak bertanggungjawab ini wajib dihindari. Menyampaikan ilmu dan fakta yang benar merupakan suatu kefarduan manakala memutarbelit dan memalsukan fakta merupakan dosa yang besar.

Keuntungan yang diperolehi hanyalah sedikit dan untuk kepentingan peribadi manakala kerosakan dan kerugian yang bakal ditanggung adalah lebih besar dan melibatkan banyak pihak.

Ia dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janji-Nya) itu. (Ali-'Imran: 187).

Oleh : Mohd. Ashrof Zaki Yaakob

Wednesday, September 21, 2011

Majalah Arab Dah Berani Tayang Model Wanita Separuh Bogel

Yara Mashour mengambil keputusan berani. Sebagai Pemimpin Redaksi Lilac, majalah Arab yang bermarkas di Israel, ia menentang kebiasaan dan tradisi. Di sampul edisi baru majalah itu ada potret model perempuan berbalut bikini. Seperti dikutip dari Daily Mail, majalah itu menampilkan susuk Huda Naccache, model 22 tahun keturunan Arab dan Israel asal Haifa. Berbalut bikini hitam dengan kemeja putih tersampir di bahu, sorot mata sang model menatap tajam ke arah pembaca.

Yara mengatakan, “Huda adalah model Arab pertama yang tampil berbikini untuk sampul majalah Arab. Selama satu dekad saya terus bekerja memperjuangkan kehidupan wanita Arab agar dapat memiliki lebih banyak hak dan kebebasan di Timur Tengah.” Huda sendiri merasa bangga terpilih sebagai susuk yang dicitrakan Lilac sebagai wanita kuat dan menakjubkan. “Aku sangat bangga menjadi yang pertama untuk (mengenakan bikini di sampul Lilac),” katanya. “Saya model profesional dan seharusnya ini dianggap normal.”

Meski demikian, Huda tak memungkiri awalnya ia ragu menerima tawaran tersebut. Ia sadar betul batas tabu dan norma masyarakat setempat. “Tapi, setelah meminta restu orangtua, saya menjadi berani dan penuh percaya diri. Saya tidak takut menjadi gadis yang mengambil langkah pertama, dan membuka kesempatan model Arab lainnya, untuk mewakili wanita liberal dan independen Arab muda.”

Kebijakan redaksional Lilac itu jelas mengundang kontroversi. Lilac adalah majalah pertama di Jazirah Arab yang melanggar tabu. Ia berani menampilkan wanita berbikini di sampul depan. “Sejak saya mendirikan Lilac di Israel 10 tahun lalu, saya memecahkan tabu mengenai wanita di tengah masyarakat. Aku bekerja untuk pemberdayaan dan kebebasan wanita,” kata Yara. “Saya ingin memulai konsep baru tentang wanita Arab yang berani mematahkan tabu sosial, dan menunjukkan kecantikan fizik mereka di depan umum.”
Lilac, yang bersikap sekuler, menjadi majalah Arab paling populer di Israel dan dibaca di sejumlah negara Arab. Majalah wanita ini ditulis dalam bahasa Arab, dengan sisipan bahasa Inggris. “Kerana generasi baru dan muda lebih suka membaca bahasa Inggris,” kata Yara.

Yara berharap kebijakannya akan memancing diskusi positif, bukan bencana. Ia sedar selama ini media di Arab tabu menampilkan bahu, lutut. dan punggung wanita, apalagi wanita berbikini. “[Pemerintah] mungkin akan melarang majalah ini beredar. Sejumlah negara Arab seperti Lebanon seharusnya tak membuat larangan, kerana kupikir mereka sangat bebas.” (Vivanews)

Bukan Nasi Lemak 2.0, Soalnya Namewee...

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia. 

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.
Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!

Oleh : Fauziah Arof

Tuesday, September 20, 2011

Golongan Muda Perlu Dibela

PELBAGAI usaha sudah dilakukan kerajaan bagi membantu semua lapisan masyarakat di negara ini. Namun, banyak lagi hal yang menghimpit anak muda perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.

Pertama, keperluan golongan muda untuk memiliki rumah yang selesa. Melihatkan harga rumah kediaman hari ini yang sudah menjangkau sejuta ringgit amat meresahkan. Jika mereka yang dalam kelompok berpendapatan rendah diberi bantuan rumah kos rendah, bagaimana pula nasib mereka daripada berpendapatan sederhana? Anak muda yang berusia dalam lingkungan akhir 20-an dan awal 30-an berdepan dengan pelbagai tekanan kos sara hidup yang tinggi. Hajat hati mahu berkeluarga tetapi apakan daya wang sentiasa mengalir seperti air.

Tidak hairan apabila ramai eksekutif muda diisytihar muflis. Pada ketika mereka sedang berjuang untuk membina kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang pastinya hati tertanya-tanya dengan apa yang berlaku di sekitar mereka.

Apa gunanya pihak berkuasa tempatan termasuk DBKL menukarkan status tanah kediaman kepada komersial selain merobohkan bangunan sedia ada lalu dibangunkan dengan apartmen mewah berpuluh-puluh tingkat?

Situasi ini boleh saja kita lihat sekitar kawasan Kampung Kerinchi dan Pantai Dalam sehinggalah nama kawasan pun mahu dinaiktaraf menjadi Bangsar South City.

Rakusnya pembangunan hingga ada pihak tutup mata bahawa apa yang dibuat pada hari ini hasilnya akan dituai satu dekad daripada sekarang.

Bayangkan apabila pemilikan hartanah didominasi oleh satu kaum saja. Tentulah itu petanda yang buruk kepada ciri demografi penduduk dan kestabilan sosio-budaya masyarakat kita kelak.

Oleh itu, kerajaan melalui agensi atau jabatan berkaitan perlu peka dengan tuntutan dan keperluan jangka panjang generasi muda khususnya kemampuan golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah.

MAHU TINDAKAN
Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Monday, September 19, 2011

Sejarah Kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu”

KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu” yang harus diperteguhkan.

Demikian disuarakan oleh Profesor Ismail Hussein dalam syarahan perdana di Universiti Kebangsaan Malaysia pada suatu masa lampau ketika menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan UKM pada bulan Mei 1970.

Selanjutnya dihuraikan: Semenanjung Melayu adalah satu-satunya daerah di bumi Ilahi ini yang mengambil nama “Melayu”. Ini tanah asal bahasa dan kebudayaan Melayu yang intim di samping “Tanah Melayu” yang lain, iaitu pantai timur dan selatan Sumatera.

Semenanjung Melayu ditakdirkan terletak antara benua dan kepulauan, ia seolah-olah dikepung oleh Dunia Melayu yang cukup berbeza sejarahnya, yang satu telah mengalami kekalahan, yang lain sedang menuju kemenangan. Sempadan Dunia Melayu yang di benua, iaitu di antara dahulunya merangkumi selatan Vietnam dan Kemboja dan juga seluruh wilayah segenting kara hinggalah ke daerah Selatan Burma.

Dunia Melayu yang di selatan berkembang, gagah sebagai negara-negara kebangsaan yang baru, iaitu Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina. Bangsa Melayu di Malaysia yang terkepung di tengah dua dunia itu, hidup terumbang-ambing antara kekalahan dan kemenangan dan memberikannya dinamik yang luar biasa.

Dicatatkan oleh Ismail Hussein selanjutnya ialah beberapa peristiwa berkaitan dengan dunia Melayu:

**Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas.
** Sembilan tahun selepasnya (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama.
** Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”.
** Berikutan ialah peranan Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”.

Di samping itu di Indonesia ialah peranan Muhammad Yamin, berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera Barat.

Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah batang leher kepulauan Indonesia daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari Indonesia dalam perhubungan internasional”.

Keagamaan
Pada peringkat akhir syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: Dunia Melayu ini penuh keragaman dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”.

Dalam kertas kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli Melayu dihantar ke Eropah kebanyakannya untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda.

Lanjutan kisah ialah karya berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T. Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat Melayu di seluruh Asia Tenggara.

Beliau menyebut antara lain mengenai kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 memeluk agama Islam. Ketika itu Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan Jawi menjadi bahan utama penulisan Melayu.

Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana untuk mengubah segalanya. Namun, pada tahun 1522 kamus Melayu terbit hasil usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. Antara contoh kata-kata:

Melayu 1522, Apenomaito?, Tida taho, Sudah Macan,
Melayu 1996, Apa nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?,

Melayu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia malu, Sita pa tau dor,
Melayu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu, Setapak tak undur.

Juga catat ialah surat tulisan Jawi dari Sultan Brunei pada tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat tersebut masih disimpan di Sepanyol.

Mendapat perhatian ialah peranan seorang Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau mempelajari bahasa Melayu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam bahasa Melayu.

Pada tahun 1632, bahasa Melayu digunakan dalam mahkamah-mahkamah pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan di negeri Belanda.

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa pemerintahan Belanda.

Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa Melayu terbit di Surabaya untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar Jawi dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archiplago).

Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan bala tentera British di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English susunan Wilkinson, tulisan Rumi.

Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah 1,300 tahun bahasa Melayu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit, Portugis dan Belanda.

Oleh : Mazlan Nordin

'Zhongguo Malaysia' Masuk Fasa Kedua

ENTAH di sekolah mana Mohamad Sabu atau Mat Sabu belajar sejarah, tiba-tiba pada 21 Ogos yang lalu beliau mengumumkan teorinya; bahawa Mohammad Indera atau Mat Indera dan gerombolan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah wira sebenar dalam peristiwa tersebut. Barangkali, hanya dia seorang saja yang tahu apa rasional beliau membuat kenyataan sedemikian.

Logiknya, anggota-anggota polis yang mempertahankan tanah air daripada serangan pengganas komunis itulah wira-wira tulen yang sepatutnya mendapat sanjungan dan pembelaan. Namun, pada pemikiran Mat Sabu, Mat Indera dan pengganas-pengganas komunis yang menyerang, membunuh dengan kejam 25 orang anggota polis dan keluarga mereka itu pula yang diangkat menjadi wira.

Premis Mat Sabu agak simplistik; anggota polis adalah pegawai-pegawai Inggeris, dan serangan pengganas komunis adalah simbolik revolusi menentang penjajahan.

Ada dua natijah yang terbit daripada teori sejarawan songsang, Mat Sabu.

Pertama, orang Melayu tidak pernah menjadi subjek Inggeris, walaupun Inggeris mentadbir Tanah Melayu selama 83 tahun. Tidak wujud sebarang perjanjian yang menyerahkan Tanah Melayu kepada pihak Inggeris, selain daripada Perjanjian Pangkor, yang melantik Inggeris sebagai penasihat kepada Sultan Perak.

Hasilnya Inggeris memperkenalkan sistem pentadbiran yang disebut sebagai Sistem Residen Inggeris yang akhirnya diperkenalkan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Kedua, siapa yang menjadi regu Mat Indera ketika melancarkan serangan ke atas balai polis Bukit Kepong juga harus diambil kira. Ternyata beliau memimpin serangan tersebut bersama rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya. Dengan persekongkolan Mat Indera bersama pengganas komunis, gelaran wira yang dianugerahkan oleh Mat Sabu jelas tersalah tempat.

Dalam sebuah sistem yang mengamalkan demokrasi, siapa pun boleh mengeluarkan pendapat tentang apa saja. Tapi biarlah pendapat itu dihujahkan secara ilmiah, dan bukan ikut sedap mulut saja.

Atau adakah kenyataan Mat Sabu ada kaitan dengan agenda besar DAP untuk menegakkan Middle Malaysia atau Zhongguo yang diuar-uarkannya sedikit masa lalu.

Semuanya nampak semacam diatur. Mula-mula ada gerakan melenyapkan ikon-ikon yang ada hubungan dan legasi Tanah Melayu, termasuk bahasa dan budaya, sehinggakan nama-nama jalan dalam bahasa Melayu pun menyakitkan pandangan mata kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka juga sudah lama tidak menghormati raja-raja Melayu.

Nampaknya gerakan Zhongguo sudah memasuki fasa kedua. Kini peristiwa-peristiwa sejarah pula hendak dimanipulasi. Program-program sebegini sudah pasti dipelajari oleh DAP dari PAP, sepupu sepapatnya yang menjadi jiran terdekat kita.

Alahai, rasanya kambing di kandang pun tahu apa tujuan sebenar Mat Sabu. Beliau berbuat demikian demi mendapatkan simpati dan undi kaum Cina. Ada juga kemungkinan beliau diarahkan untuk membuat kenyataan tersebut oleh sekutu-sekutunya?

Pilihan raya umum sudah di ambang pintu. Momentum penentangan dan usaha menyemarakkan kebencian rakyat harus dikekalkan. Buat apa saja dan cakap apa saja. Yang penting Pas dan suku sakatnya harus selalu berada di media, dan terus memainkan sentimen rakyat.

Kita tidak terkejut jika satu hari nanti Mat Sabu mencadangkan agar ideologi komunisme dihalalkan di negara ini. Sampai sekarang pun negara China masih berpegang kuat kepada ideologi tersebut, walaupun sudah menerima konsep perdagangan bebas.

Atau mungkinkah dengan mengagungkan serangan bersenjata pengganas komunis, Mat Sabu sudah terpengaruh dengan falsafah Mao Zedong yang terkenal: "Kuasa datang dari muncung senapang" yang diucapkannya pada tahun 1935 dan dimuatkan dalam Buku Kecil Merahnya pada tahun 1967? Dan dengan demikian menghalalkan penggunaan senjata untuk menumbangkan sesebuah pemerintahan?

Mat Sabu terus berdegil, walaupun pelbagai pihak menyeru kepadanya untuk memohon maaf. Beliau bukan saja enggan berbuat demikian, malahan tetap berpegang pada teori songsangnya. Agaknya inilah jenis kedegilan yang disebut oleh Mao Zedong sebagai huan'gu dalam bukunya berjudul Selected Works of Mao Zedong.

Gu bererti keras dan huan bererti tiada pembaruan - tidak hari ini, tidak esok, tidak lusa. Orang jenis ini memang sukar menerima pendapat orang lain. Sayang, Mat Sabu juga enggan menyelak lembaran sejarah.

Siapa pun akan memahami siapa wira sebenar dalam peristiwa di Bukit Kepong, sekalipun tidak pernah ke sekolah tinggi. Lainlah sekiranya Mat Sabu ingin menulis semula sejarah tanah air.

Oleh : Malim Ghozali PK

Thursday, September 15, 2011

Cerpen...Waqwaq

Katanya dia belayar meninggalkan Basrah setelah peristiwa Yahya bin Abdillah ibn Hasan ibn Ali ibn Abi Talib yang digelar jiwa yang suci hilang daripada tawanan Khalifah Harun al-Rashid. Yahya ibn Abdillah ditahan di rumah Jaffar al-Barmaki dengan Jaffar bertanggungjawab mengawasinya. Tetapi kemudian Yahya ibn Abdillah terlepas lari - dilepaskan oleh seorang wanita demi penghormatan terhadap keluarga Rasulullah s.a.w. Jaffar berkata kepada Harun al-Rashid, "Saya telah melepaskannya". Tidak lama kemudian Harun al-Rashid telah menyingkirkan keluarga Barmaki yang berpengaruh sekian lama dalam istananya. Jaffar al-Barmaki yang membesar bersama beliau dan menjadi penasihat utama Harun al-Rashid dipenggal kepalanya.

Masudi belayar meninggalkan Basrah dan tidak lama kemudian mengalir darah keluarga Barmaki yang dibunuh Harun al-Rashid kerana masalah politik. Harun al-Rashid telah memburu musuh-musuh politiknya termasuk Yahya ibn Abdillah dan para pengikutnya. Ghaliat Masudi membelah Laut Arab meninggalkan gejolak dan kegawatan di wilayah Abbassiah. Ghaliat Masudi mengikuti laluan yang pernah dilalui oleh Abdul Mulk bin Syibab al-Masmai, Panglima Khalifah Al-Mahdi bapa Harun al-Rashid yang menyerang Gujrat di India. Masudi tiba di Gujrat yang terdapat ramai bangsa Arab dan orang Islam setelah melayari Lautan Hindi. Di situ Masudi mendengar kembali cerita tentang negeri yang bernama Waqwaq. Dongeng tentang bidadari yang mempunyai sayap seperti burung didengarnya sejak dia kecil ketika hidup di Basrah. Pelayar-pelayar Arab yang pulang membawa pelbagai barangan juga membawa pelbagai cerita. Cerita-cerita benar bercampur dongeng, mitos dan khayalan mengisi cerita-cerita pelaut di Basrah. Tetapi terdapat cerita tentang Masudi sendiri, yang mungkin juga dongeng. Masudi dikatakan membawa lari Yahya ibn Abdillah dalam kapalnya yang berlepas dari Basrah. Yahya ibn Abdillah, ahlul bait dari nasab Saidina al-Hassan ibn Ali ibn Abi Talib. Tiada siapa yang dapat mengesahkan hal tersebut.

Dia belayar meninggalkan Gujrat. Berpandukan maklumat yang diberikan oleh pedagang-pedagang Arab yang tiba dari China, dia belayar mencari negeri yang dinamakan Waqwaq. Lautan Hindi yang disebut bhar-e-Hind oleh pelayar Arab dilayari dengan ghaliat bersama anak-anak kapalnya, iaitu pelaut yang mereka panggil nawwat. Laut ini mempunyai ikan-ikan besar, ganas dan menakutkan, jika kau belayar pada waktu malam bunyikan loceng untuk menakutkan mereka. Itu kata pedagang Arab yang telah melayari lautan yang penuh misteri ini. Di bhar-e-Hind atau Laut Hargind ini ada ribuan pulau kecil. Dia melencong mengelakkan pulau-pulau kecil dan menuju ke lautan luas. Pelayarannya meredah lautan menuju ke timur jauh. Benar, laut ini mempunyai ikan-ikan besar yang ganas. Semakin jauh dia bergerak ke tengah lautan segara sehingga tidak kelihatan sebarang daratan atau pulau selama berminggu-minggu, semakin banyak ikan-ikan besar dan pelbagai macam hidupan laut menghampiri ghaliatnya. Tetapi loceng yang dibunyikan dengan kuat segera menakutkan ikan-ikan itu. Pada malam hari mereka menyalakan lampu di kapal dan membunyikan loceng apabila mendengar deburan-deburan yang aneh di laut yang gelap.

Remaja Dan Perspektif Sejarah

SEJARAH adalah rakaman mengenai peristiwa silam. Ia berlaku dalam konteksnya yang tersendiri. Sifat sejarah selalunya mengulangi jejak. Fakta sejarah pula amat terdedah dengan tafsiran.

Suatu ketika dulu, sejarah Malaysia di bawah orientasi Barat. Kemudian ia berubah dan diberikan orientasi Malaysia. Oleh itu sejarah yang merakamkan faktor masa dan ruang berada dalam dua dimensi.

Pertama, ia merakamkan peristiwa yang berlaku pada zaman-zaman tertentu. Kedua ia diberikan tafsiran. Penganalisis sejarah harus berlaku adil terhadap fakta dan zaman peristiwa itu berlaku.

Ibarat melihat gambar hitam putih di tahun-tahun 50-an tidak sama dengan gambar-gambar yang terdapat di abad ke -21 ini.

Para remaja pula dalam masa yang sama harus mampu memahami perjalanan sejarah yang sifatnya sambung menyambung supaya daripada sejarah terkandung pengajaran yang perlu dijadikan pedoman.

Mempelajari sejarah Islam dimulakan dengan mengkaji sejarah jahiliah. Sejarah jahiliah ditulis seadanya mengikut perspektif zaman itu. Kemudian berlakulah sejarah Islam dan ia ditulis mengikut perspektif Islam.

Seterusnya pada zaman Andalusia, puncak kepada zaman Islam. Sejarah Andalusia difahami mengikut perspektif zamannya.

Susah tentu ada perbezaan apa yang berlaku pada zaman Rasulullah dengan apa yang berlaku pada zaman Andalusia.

Mempelajari sejarah dalam perspektifnya adalah sesuatu yang perlu. Jika tidak, kita akan memberi tafsiran yang salah terhadap fakta sejarah.

Contohnya apabila polis pada zaman penjajahan sebagai alat British dan pengkhianat tetapi menganggap penyerang mereka sebagai wira adalah sesuatu yang menyimpang daripada yang sepatutnya.

Dalam keadaan apa sekalipun kekejaman seperti yang berlaku di Bukit Kepong tidak harus dipersetujui. Apatah lagi bukan sahaja anggota polis yang terkorban, malah sanak keluarga yang tidak bersalah turut diheret menjadi mangsa kekejaman komunis.

Remaja harus faham bahawa perjuangan komunis selamanya bercanggah dengan perjuangan Islam. Membuat kenyataan yang provokatif seperti itu mengundang kecaman dan kritikan tajam dari banyak pihak.

Bayangkan para remaja yang sedang mempelajari teks sejarah yang menyatakan komunis itu adalah musuh negara boleh menyebabkan generasi muda menjadi keliru dan celaru.

Antara apa yang diajar oleh guru-guru sejarah dengan apa yang mereka lihat dalam akhbar boleh menjadikan mereka sangsi.

Justeru amat penting sejarah itu dilihat dalam perspektif zamannya. Zaman British umpamanya, tentangan di kalangan orang-orang Melayu terhadap penjajah tetap berlaku. Hizbul-Muslimin dan Pekembar (atau UMNO) misalnya, tetap menentang fahaman komunis.

Kita tidak boleh mengatakan orang-orang Melayu secara mutlak menyokong British.

Banyak pihak terlibat dalam menentang British. Datuk Sagor, Mat Kilau dan Datuk Bahaman adalah tokoh-tokoh menentang British. Tetapi mereka tidak pula bersubahat dengan komunis.

Begitu juga penentangan terhadap Malayan Union adalah lambang kebangkitan orang Melayu bagi membantah usaha menghapuskan kuasa-kuasa raja melayu di Malaysia. Oleh itu, mengatakan komunis itu sebagai hero adalah sesuatu yang keterlaluan.

Para remaja harus faham bahawa jika tidak ada polis dan tentera yang berjuang habis-habisan kemungkinan Malaysia boleh jatuh ke tangan komunis.

Peristiwa 13 hari komunis menguasai Malaysia selepas Jepun kalah adalah titik hitam di mana orang Melayu dibunuh dengan kejam dan mati tanpa kubur. Komunis menguasai titik-titik strategik untuk menguasai Malaya pada ketika itu.

Apakah perkara-perkara ini boleh dilupakan begitu sahaja kerana komunis Malaysia waktu itu ada kaitan dengan komunis tanah besar China dan Rusia yang bercita-cita menguasai dunia.

Begitu juga apabila kita mengkaji sejarah Melaka. Ia tidak bermula dengan kedatangan Islam. Ia bermula dengan pengkisahan Parameswara yang menganut fahaman Hindu. Tetapi dalam sejarah ia dicatatkan dan ditulis seadanya.

Apabila Islam datang ke Melaka corak pengolahan sejarah sudah tentu berubah.

Oleh kerana sejarah mengulangi jejak, pentafsir sejarah harus bijak memahami faktor zaman dan cabaran lingkungan.

Faktor zaman ini amat terdedah dengan pengaruh globalisasi. Faktor politik masa depan diramalkan akan terdedah kepada kebangkitan tanah besar China.

Oleh : Nurul Izzah Sidek

Komunisme Fahaman Tidak Bertuhan