SAYA dan keluarga dukacita, sedih serta geram melihat gelagat manusia yang rata-ratanya Melayu berdemonstrasi dengan mengamalkan undang-undang rimba walaupun sesetengah daripada mereka pakar dalam undang-undang.
Kepada Haji Abdul Hadi Awang, Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin Pas yang lain, inikah ajaran Islam yang dibawa oleh mereka? Inikah fahaman yang dibawa kepada pengikut-pengikut dan ahli-ahli Pas? Sesungguhnya Pas sekarang sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal mereka sebelum ini. Di manakah ulama-ulama Pas?
Demonstrasi haram Bersih ini amat busuk sekali agendanya. Saya tidak nampak di mana rasionalnya mereka melaung-laungkan ketidakadilan dalam pilihan raya di Malaysia ini. Motif sebenarnya ialah untuk menjaga Anwar Ibrahim yang penuh dengan skandal. Pemimpin yang mereka angkat ini adalah seorang boneka kepada anasir-anasir asing untuk menggugat kestabilan di negara ini. Kerajaan harus menyiasat punca dana yang membiayai Bersih ini.
Saya sarankan kerajaan harus tegas dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang kini semakin berani membelakangkan undang-undang negara ini. Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, wajib mematuhi pemerintah selagi mana pemerintah itu adil. Bagi saya yang tidak adil adalah Bersih kerana menyusahkan rakyat. Rakyat amat marah dengan mereka.
Mahazir Ahmad
Sanglang, Perlis
Pas terus setia jadi 'pak turut' klik disini
No comments:
Post a Comment