Thursday, February 4, 2021

Pertubuhan Radikal Bagai Anjing Buruk Kepala Kerana Bersikap Rakus

Dong Zong bangsat desak KPM batalkan soal selidik modul Jawi
BANGI – Pertubuhan radikal Cina, Dong Zong layak dipanggil bangsat kerana menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) membatalkan kajian soal selidik berkaitan pembelajaran Jawi dalam buku teks Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Berang dengan tindakan itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, dakwaan Dong Zong bahawa tindakan KPM yang enggan menerima kenyataan menambahkan pecah-belah dalam masyarakat, bukan sahaja meleset bahkan bersifat subversif.

“Apa lagi sebenarnya yang dikehendaki Dong Zong? Mencadangkan kaedahnya yang diikuti pihak berkuasa, yang kemudiannya tidak mahu diikuti pula oleh mereka sendiri.

“Sikap begitu bukan sahaja bangsat, iaitu berkelakuan buruk, malah mereka dilihat sebagai bajingan, yakni penjahat.

“Sebenarnya mereka adalah anjing buruk kepala, yakni dibenci banyak pihak kerana kerakusan begini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, pertubuhan rasis itu meminta majlis pengelola sekolah Cina, PIBG dan persatuan-persatuan yang membabitkan ibu-bapa dan orang awam untuk terus teguh dengan pendirian menolak mod pembelajaran dan pengajaran Jawi.

Dong Zong mendakwa, modul pembelajaran Jawi KPM untuk SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) telah mencetuskan kontroversi yang hebat dan menerima tentangan yang meluas sebelum ini.

Dakwanya seperti dilapor Oriental Daily, hasil kajian soal selidik KPM tahun lepas telah membuktikan pelaksanaan pembelajaran modul Jawi KPM adalah suatu tindakan tidak popular, namun KPM enggan menerima kenyataan dan pandangan orang ramai, mahu terus membuat kajian soal selidik baharu bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Jawi.

Prof Kok Seong berpandangan, KPM tidak perlu mengedarkan soal selidik berkenaan, sebaliknya meneruskan rancangan untuk mengajar tulisan Jawi di Tahun Empat pada tahun ini.
Ini kerana, kaedahnya sudah bertukar setelah mengikut kehendak Dong Zong dan pihak lain yang membantah sebelum ini.

“KPM telah pun menyediakan manual (modul) seperti yang dikehendaki, iaitu ikut mengajar sistem tulisan bahasa lain, iaitu Mandarin dan Tamil serta tentang bahasa Iban dan Kadazandusun.

“Ini cadangan mereka dan mengapa hendak dibantah lagi. Dengan bantahan terbaharu ini, amat jelas bahawa mereka tidak mahu langsung tulisan Jawi diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan, walaupun menerusi kaedah yang mereka sendiri cadangkan, iaitu adanya kepelbagaian dan bukannya semata-mata tulisan Jawi sahaja,” katanya.

Prof Kok Seong menegaskan, tuntutan Dong Zong untuk terbabit dalam pendidikan tulisan Jawi, dari segi membuat keputusan dan penyeliaan pelajaran, tidak boleh dilayan.

Tegasnya, ini kerana mereka adalah aktivis pendidikan dan bukannya pendidik.

“Justeru akan berlakulah keutamaan berdasarkan pertimbangan politik mengatasi kepentingan berdasarkan pertimbangan pendidikan dalam membuat keputusan dan penyeliaan itu.

“Soal pendidikan harus diserahkan sepenuhnya kepada pendidik yang bukan sahaja arif dalam kandungan pelajaran selain pedagoginya, tetapi yang jauh lebih penting ialah tidak akan ada pertimbangan politik yang akan diselitkan – sama ada secara tersurat mahupun tersirat.

“Yang pasti semuanya akan dilakukan atas asas pendidikan semata-mata yang akan menguntung anak bangsa kerana niatnya murni selain mulia tanpa sebarang agenda politik,” katanya. - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment