Saturday, February 6, 2021

Menyingkap Pendustaan Pakatan Harapan....

Memoir Tommy Thomas penting untuk rakyat – Aziz Bari
IPOH: Memoir ‘My Story: Justice in the Wilderness’ penting buat rakyat dan isi kandungan buku yang ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas itu tidak sepatutnya dikritik atau buku berkenaan diharamkan.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, memoir berkenaan tidak secara langsung memberi gambaran bagaimana proses pentadbiran dan pemerintahan berlaku sebelum ini.

Menurutnya, pada pandangan beliau, bekas Peguam Negara itu hanya mengutarakan pandangannya tentang apa yang telah terjadi.

“Memoir ini adalah pandangan beliau dan juga sebab-sebab kenapa beliau membuat sesuatu keputusan pada masa itu, bukan sekarang. Mungkin ada yang salah, bukan semua betul, jadi apa masalahnya?,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi berkata, beliau tidak faham kenapa ada pihak yang marah-marah dengan memoir tersebut.

Menurutnya, di negara maju seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom (UK), sesebuah memoir ditunggu-tunggu dan tiada pihak yang mengemukakan saman atau marah-marah terhadap sesebuah memoir.

“Di UK sebagai contoh, kebanyakan public figure termasuk pengurus bola sepak seperti Sir Alex Ferguson atau bintang filem menulis memoir dan dalam memoir itu ada pelbagai kenyataan tentang orang lain.

“Tiada pula orang saman. Paling tinggi pun dia buat kenyataan balas, itu saja. Di Malaysia ini pelik,” katanya.

Mengenai dakwaan kandungan memoir berkenaan boleh menimbulkan kekacauan dan berunsur fitnah, Abdul Aziz berkata, soal kacau dan berunsur fitnah itu adalah subjektif.

“Ia hanya timbul di Malaysia saja, itu menggambarkan betapa emosinya kita,” katanya. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment