Monday, October 14, 2019

Usah Biar Universiti Awam Diresapi Pengaruh Komunis

Pertahan Melayu dipaksa letak jawatan, tapi hak bangsa lain dikekalkan
PERTAHANKAN hak bangsa Melayu letak jawatan, pertahan hak bangsa lain kekal jawatan atau naik jawatan lagi…

Formula rimba apa yang dipakai? Sepatutnya pertahankan Melayu, mempertahankan hak kepada yang berhak, kekal jawatan atau dinaikkan pangkat kerana pertahankan kebenaran.

Sebaliknya, mempertahankan ultra kiasu yang tidak pernah menghormati agenda hidup bernegara atau Perlembagaan negara, bercanggah dengan fitrah hidup bernegara, mereka itu yang diturunkan pangkat atau diminta melepaskan jawatan.

Namun, biasalah lumrahnya mereka yang mempertahankan kebenaran selalu dimangsakan. Manakala, mereka hipokrit sentiasa mendapat tempat dan dinaikkan pangkat.

Ingatan saya kepada pentadbir universiti awam, jangan biarkan universiti awam diresapi pengaruh pemikiran komunis. Pemikiran komunis ultra kiasu sedang mempengaruhi pelajar.

Sepatutnya VC UM tidak perlu pun berjumpa pelajar ultra kiasu ini. Siapa pelajar tersebut? Adakah beliau bercakap atas kapasiti individu atau persatuan yang diwakili.

Jika beliau mewakili Persatuan Pelajar, sepatutnya yang menjadi jurucakap bukan beliau tetapi Yang Dipertua. Kenapa beliau berani mendahului ketuanya?

Jawapan mudah, kerana beliau teramat maklum, ultra kiasu di luar sana akan mempertahankan beliau, termasuk tidak mustahil menyingkiran VC tersebut. Saya faham sangat dengan perangai ultra kiasu.

Jika saya di tempat VC UM, saya tidak akan melayan atau bertemu beliau. Budak hingusan dipengaruhi oleh ultra kiasu. Adakah budak ini mewakili seluruh suara pelajar UM. Sudah tentu tidak?

Melayu berhak pertahankan hak mereka di bumi mereka sendiri. Melayu berhak pertahankan ketuanan Melayu sebab ini bumi Melayu.

Bumi bangsa lain ada di tempat asal usul mereka. Selagi hak mereka terjamin, pada saya, itu sudah cukup adil, sebab mereka berada dibumi orang. Dilayan pula dengan baik dan adil. Bandingkan dengan nasib umat Islam di negara China dan India.

Saya amat bersimpati dengan VC UM, mempertahankan Melayu disuruh letak jawatan. Siapa yang akan mempertahankan beliau apabila berada dalam keadaan kritikal sebegini? Semua akan menjauhkan diri kerana mahu menjaga perut.

Sepatutnya, semua staf dan pelajar UM akan mempertahankan beliau, kerana beliau melakukan perkara yang benar. Mempertahankan hak kepada yang berhak dan memberi hak kepada yang berhak. Apakah nasib beliau akan terkonteng-konteng? Masing-masing menunggu peluang untuk menggantikan beliau bila berlaku kekosongan dalam jawatan. Inilah dunia politik hari ini.

Masing-masing mahu berpaut di dahan yang kukuh. Ditakdirkan dahan tersebut patah, lihat gelagat mereka selepas ini. Berubah serta merta mencari dahan berteduh. Bolehkah dipercayai manusia seperti ini?

VC UM tidak perlu bimbang atau bimbang langsung kerana beliau boleh bila-bila masa sahaja kembali semua tempat asalnya, Petronas. Tidak perlu berserabut melayan orang politik. Persoalannya, siapa untung siapa rugi? Bila kena macam ini baru kenal siapa kawan siapa lawan.

Mereka yang mempertahankan Cina, bukan sahaja Cina, kadangkala menjadi lebih Cina daripada Cina di China tidak disuruh pula letak jawatan, malah dibiarkan.

Cuba buat kajian bagaimana kepimpinan UTAR, Kolej Universiti New Era, Kolej Han Chiang, begitu juga dengan kolej Cina yang lain. Tidak ada siapapun yang berkata tentang institusi perkauman ini.

Apa yang dikuliahkan setiap hari? Ada atau tidak hasutan yang dicurahkan saban hari kepada pelajar? Apakah universiti ini tidak mempertahankan ketuanan bangsa Cina?

Sudah sampai masa kajian dibuat secara menyeluruh semua institusi pendidikan Cina daripada peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Adakah kewujudan institusi pendidikan Cina benar-benar dapat membantu pembinaan negara bangsa atau menanamkan kebencian antara kaum

Jangan hanya tengok universiti awam sahaja. Tempat bersarang pemikiran komunis mesti juga dibuat kajian.

Jika dahulu, ada persepsi dalam kalangan umat Islam sendiri mengatakan dengan kewujudan sekolah agama akan menguatkan pengaruh PAS. Atas alasan, semakin faham Islam, semakin kuat sokongan pelajar kepada PAS. Sebab itu, UMNO suatu ketika dahulu, amat gusar dengan kemunculan sekolah agama dan maahad tahfiz.

Apakah kegusaran ini tidak mungkin berlaku, semakin banyak institusi pendidikan Cina ini, akan menjadi semakin kuat pemikiran komunis dan semakin kuat sokongan mereka terhadap ultra kiasu.

Saya berpandangan semua institusi pendidikan Cina akan melahirkan lebih ramai ultra kiasu. Justeru, sudah sampai masanya kajian dibuat secara menyeluruh.

Ingatan kepada kepada bangsa bukan Melayu terutama ultra kiasu tersebut, selagi kamu tidak menguasai agenda negara, terutama bahasa Melayu, gelaran orang asing layak untuk kamu.

Saya akan terus gunakan istilah orang asing dan pendatang selagi mereka tidak menguasai agenda negara.

Kepada VC UM, kuatkan semangat. Jangan pernah gentar dengan ancaman ultra kiasu. Kehidupan ini hanya sementara. Tinggalkan suatu kebaikan yang boleh dikenang sampai ke mati. Jangan tinggalkan sesuatu yang menjadi kutukan dan hinaan masyarakat.

Biar kita tinggal sesuatu tempat dalam keadaan bermaruah daripada menjadi pemimpin bacul dan hina. Biarkanlah mereka yang menjaga periuk nasi dan perut. Percayalah, ganjaran untuk mereka yang memperjuangkan kebenaran pasti ada. Begitu juga dengan mereka yang hipokrit. - www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment