nuffnang

Thursday, October 3, 2019

Jom Nyanyi....ABCD...GST...

Kerajaan kaji laksana GST jika itu kehendak rakyat - PM
PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengkaji memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) jika itu kehendak rakyat, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, sistem cukai itu tidak sempat dimasukkan dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Oktober ini.

"Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada (GST) lebih baik daripada SST (cukai jualan dan perkhidmatan)

"Sempat nak masuk dalam bajet, susah sikitlah mungkin kemudian, " katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan pelbagai pihak supaya GST dilaksanakan semula.

Sebelum ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.

Ahli Parlimen Kangar daripada PKR , Noor Amin Ahmad menyambut baik cadangan MIER itu kerana berpendapat sistem pencukaian berkenaan lebih baik.

Malah Ahli Parlimen Kangar itu memaklumkan bahawa pendiriannya mengenai kebaikan GST telah pun disampaikan semasa ucapan sulungnya di Dewan Rakyat tahun lalu.

Malah katanya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis, kerajaan perlu sedar bahawa ramai majikan yang telah melabur untuk menyediakan sistem ini di premis mereka. - UTUSAN ONLINE

1 comment:

  1. cheap moncler jackets, combining elegant style and cutting-edge technology, a variety of styles of cheap moncler shirt, the pointer walks between your exclusive taste style.

    ReplyDelete