SEJAK ultra kiasu berkuasa, saban hari kita risau, apa lagi isu yang akan dibangkitkan? Semakin hari semakin bertambah berani. Termasuk menyentuh isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.
Kita pula menjadi terlalu takut. Ultra kiasu bertambah berani. Misalnya, isu pelajar ultra kiasu yang saya sebut semalam tidak lagi selesai. Malah, pelajar ultra kiasu semakin bertambah berani.
Sudahlah Universiti Malaya (UM) mengalah, setuju berikan ijazah. Pelajar ultra kiasu ini ugut pulak UM agar tarik balik laporan polis yang dibuat. Malah sanggup berkata, Naib Canselor UM berselindung dan takut berhadapan dengan beliau.
Hei ultra kiasu, kamu siapa? Mentang-mentang semua ultra kiasu di belakang kamu, termasuk menteri dan timbalan menteri ultra kiasu, bukan main bongkak lagi.
Wahai menteri dan ahli Parlimen Melayu serta Bumiputera, buka mata dan minda. Jangan kerana perbezaan politik kita dibutakan. Kita gadaikan prinsip dan maruah. Kita gadaikan kedaulatan agama dan negara.
Cukup-cukuplah dengan politik yang amat merugikan ini. Belang dan kebobrokan ultra kiasu saban hari kita lihat. Isu kartun dan pengiktirafan komunis serta pengganas LTTE semakin jelas dan ketara. Semua bukti telah ada. Tunggu apa lagi?
Teramat kasihan melihat anak bangsa kita yang dipenjarakan bertahun-tahun hanya dengan ‘kesalahan kecil’, menyimpan risalah Osama Latin dan ISS.
Tetapi ultra kiasu yang begitu jelas terbukti bersalah masih bebas dan bermaharajalela. Inikah keadilan yang kamu laungkan selama ini? Inikah keadilan yang kamu agungkan meskipun parti kamu bernama keadilan?
Insaflah. Allah mahukan kita berlaku adil. Berlaku adillah, Insya-Allah kita akan selamat.
Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
No comments:
Post a Comment