Wednesday, October 30, 2019

Siapa Yang Kencing.....

Najib persoal pemimpin India sokong LTTE bantu kempen PRU14 DAP
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoal kehadiran ahli politik dari selatan India, Senthamizhan Seeman yang dikesan menyokong perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan dilihat membantu kempen DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Jika DAP tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE, kenapa Seeman membuat video bersama menteri DAP untuk bantu DAP berkempen masa PRU14.

“Individu dalam video itu adalah menteri DAP dengan Seeman. Bendera DAP juga jelas kelihatan,” katanya di Facebook dengan memuat naik pautan video yang memperlihatkan kehadiran Seeman yang duduk bersama seorang menteri dipercayai pemimpin parti berkenaan.

Najib turut memuat naik tangkap layar laporan berita memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang mengesahkan DAP tidak terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE, meskipun dua Adunnya didakwa di mahkamah.

Muhyiddin semalam di Dewan Rakyat berkata, penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit dan bukan mewakili organisasi parti politik.

Awal bulan ini, dua Adun DAP merupakan antara 12 individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan usaha menghidupkan semula LTTE di Malaysia.

Individu terbabit dilaporkan bukan saja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata tindakan polis menahan 12 individu itu adalah mengikut lunas undang-undang sementara beberapa pihak melabel DAP mempromosikan keganasan. - www.freemalaysiatoday.com


Muhyiddin sahkan DAP tiada kaitan dengan LTTE
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengesahkan DAP, komponen Pakatan Harapan, tidak terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) meskipun dua daripada Adunnya telah didakwa mahkamah pagi tadi.

Bercakap di Parlimen hari ini beliau berkata, penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit dan bukan mewakili organisasi parti politik.

“Sebagai parti, DAP tidak terbabit, yang diambil tindakan adalah individu tertentu. Itu undang-undang bukan soal organisasi politik,” kata beliau yang juga presiden PPBM, satu lagi komponen PH.

Muhyiddin berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Awal bulan ini, dua Adun DAP merupakan antara 12 individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan usaha menghidupkan semula LTTE di Malaysia.

Individu terbabit dilaporkan bukan saja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah berkata tindakan polis menahan 12 individu itu adalah mengikut lunas undang-undang sementara beberapa pihak melabel DAP mempromosikan keganasan.

Minggu lalu, PAS meminta kerajaan mengharamkan DAP kerana wakil rakyat dan ahlinya ditahan kerana ada kaitan dengan LTTE.

Sepuluh daripada 12 individu yang ditahan termasuk 2 Adun DAP didakwa hari ini secara berasingan di mahkamah sesyen di lima buah negeri. - www.freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment