Beliau berkata, banyak perkara mungkar dilakukan parti rasis dan cauvinis, DAP sehingga menyebabkan orang Melayu berasa terancam di tanah air sendiri.
Katanya, melindungi liberalisme dan pluralisme adalah salah satu daripada perbuatan mungkar DAP, yang membuatkan orang Melayu dan Islam tertindas.
“Sesiapa sahaja yang berada bersama DAP tidak akan mampu untuk membela nasib orang Melayu Islam. Ianya terbukti apabila hari ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tekanan begitu hebat oleh parti rasis dan cauvanis DAP”
“Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair apabila perdana menteri kemukakan arahan atau cadangan, rakan daripada parti komponen sama mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan arahan Perdana Menteri tersebut. Ini berlaku hari ini adalah kerajaan PH.
“Sebab kita mendesak agar keluarkan Pakatan Harapan menceraikan DAP,” katanya dalam temubual Cakap Serupa Bikin dengan topik PRK Tanjung Piai: Calon Muslim atau Calon Tradisi, di TV Pertiwi, malam tadi.
Sementara itu, menjawab soalan moderator Dinnie Asyraf Salim mengenai tindakan Berjasa sekiranya Barisan Nasional meletakkan calon Cina pada PRK kali ini, Hazwan berkata: “Kalau PH dah letak orang Melayu, tiba-tiba MCA letak kaum Cina, maka Berjasa akan masuk mewakili orang PAS dan UMNO.
“…yang kecewa kerana mereka selama ini menyokong dan mengangkat perpaduan ummah, tetapi akhirnya kaum ini letak orang Cina di kawasan majoriti Melayu dan Islam,” katanya.
Semalam, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Ketua PPBM Tanjung Piai, Karmainie Sardini, 66, seorang ahli perniagaan, sebagai calon untuk PRK Tanjung Piai 16 November ini.
Kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik, 42, pada 21 September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, MCA meletakkan Ketua Bahagian Tanjung Piai, Wee Jeck Seng untuk mempertahankan kerusi itu. Wee menyandang kerusi itu selama dua penggal sejak 2008. Wee tewas kepada Farid dengan majoriti 524 undi. - www.ismaweb.net

No comments:
Post a Comment