Thursday, October 31, 2019

Terpaksa Memuaskan Nafsu Adik Ipar Sehingga Lewat Malam

SAYA suami berusia 29 tahun dan ada anak lelaki berusia setahun. Adik ipar saya yang berusia 19 tahun tinggal bersama untuk membantu menjaga anak.

Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya.Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja.

Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya.Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah.

Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada.Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah.

Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas.Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa.

Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung.Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini.

SUAMI TERTEKAN
Johor Bahru

UMNO Gagal Sambut Sentimen Kebangkitan Orang Melayu

Isma kesal BN berdegil letak calon Cina di Parlimen Tanjung Piai
BANGI – Gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kesal dengan keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan Wee Jeck Seng daripada parti perkauman, MCA sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, UMNO gagal menyambut sentimen kebangkitan orang Melayu yang rata-rata mengharapkan calon Melayu diletakkan di kawasan majoriti Melayu.

“UMNO seolah-olah masih tidak belajar daripada apa yang berlaku dalam PRU lalu yang jelas menunjukkan sokongan orang Cina sudah tidak menyebelahi UMNO atau BN. Apa lagi signal yang UMNO mahu?

“Apakah UMNO takut dengan ugutan MCA sekiranya calon Melayu diletakkan? Jika benar, ini bermakna UMNO hanya menempah keranda pada PRU akan datang,” kata beliau kepada Ismaweb.net hari ini.

Pada perkembangan sama, Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menjangkakan, ramai orang Melayu tidak akan keluar mengundi pada PRK Tanjung Piai.

“Ini kerana orang Melayu tidak mahu memangkah calon Cina pada masa sama menolak calon daripada Pakatan Harapan (PH),” kata beliau.

Terdahulu, Jeck Seng yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, diumumkan sebagai calon BN pada PRK Parlimen Tanjung Piai. Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Jeck Seng menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal pada 2013 hingga 2018, dan sebelumnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas pada 2004 hingga 2008.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Jeck Seng tewas kepada Datuk Dr Md Farid Md Rafik dengan majoriti 524 undi.

PH pula mencalonkan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, yang seorang ahli perniagaan.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian Dr Md Farid, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 21 September lalu akibat komplikasi jantung. - www.ismaweb.net

Wednesday, October 30, 2019

LTTE bukti penipuan perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ DAP

Apa logik orang Tamil Malaysia berjuang bina negara di Sri Lanka?
BANGI – Pembabitan golongan Tamil dalam kalangan DAP yang terang-terangan menyokong perjuangan menubuhkan negara Tamil di Sri Lanka, menunjukkan satu lagi bukti penipuan parti tamak haloba berkenaan kononnya memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’.

Mengulas pembabitan DAP dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mempersoalkan logiknya orang Tamil Malaysia berjuang membina negara di Sri Lanka, seolah-olah mereka bukan warganegara.

“Di mana sebenarnya wala’ mereka? Nak bangunkan Malaysia atau menggunakan Malaysia sebagai platform untuk membina negara Tamil di Sri Lanka?

“Di sini melalui DAP mereka kata Malaysian Malaysia, di sana mereka perjuang sebuah negara Tamil yang merdeka. DAP ini wadah perjuangan untuk apa sebenarnya?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP antara 12 individu ditahan selepas dikesan bukan sahaja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Penangkapan anggota parti itu dipertikai oleh beberapa pemimpin DAP, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy yang mendesak kerajaan membebaskan suspek yang ditahan dibebaskan.

Bahkan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga melangkaui kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila mengeluarkan kenyataan jaminan ‘tiada lagi pemimpin DAP akan ditahan polis’.

Sikap kebanyakan pemimpin parti berkenaan terhadap isu LTTE itu menyebabkan ramai pihak menganggap DAP mempunyai hubungan rapat dengan pengganas LTTE.

Perkara itu juga didedahkan oleh bekas ahli DAP, Amran Ahmad Nor ketika temu bual dalam rancangan ‘Cakap Serupa Bikin’ yang disiarkan di TV Pertiwi, baru-baru ini.

Amran turut mendedahkan, salah seorang pemimpin DAP – yang juga peguam ternama dalam parti itu – ada meletakkan gambar pengasas LTTE, v Prabakharan di belakang kerusi di biliknya, sekali gus menguatkan lagi bukti mereka menyanjungi perjuangan kumpulan pengganas berkenaan.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mendakwa bahawa parti rasis dan cauvinis berkenaan tidak terbabit dengan kumpulan pengganas di Sri Lanka itu.

LTTE mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti.

Kumpulan pemberontak itu yang dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan Kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia. - www.ismaweb.net

Siapa Yang Kencing.....

Najib persoal pemimpin India sokong LTTE bantu kempen PRU14 DAP
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoal kehadiran ahli politik dari selatan India, Senthamizhan Seeman yang dikesan menyokong perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan dilihat membantu kempen DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Jika DAP tidak ada kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE, kenapa Seeman membuat video bersama menteri DAP untuk bantu DAP berkempen masa PRU14.

“Individu dalam video itu adalah menteri DAP dengan Seeman. Bendera DAP juga jelas kelihatan,” katanya di Facebook dengan memuat naik pautan video yang memperlihatkan kehadiran Seeman yang duduk bersama seorang menteri dipercayai pemimpin parti berkenaan.

Najib turut memuat naik tangkap layar laporan berita memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang mengesahkan DAP tidak terbabit dengan kumpulan pengganas LTTE, meskipun dua Adunnya didakwa di mahkamah.

Muhyiddin semalam di Dewan Rakyat berkata, penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit dan bukan mewakili organisasi parti politik.

Awal bulan ini, dua Adun DAP merupakan antara 12 individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan usaha menghidupkan semula LTTE di Malaysia.

Individu terbabit dilaporkan bukan saja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata tindakan polis menahan 12 individu itu adalah mengikut lunas undang-undang sementara beberapa pihak melabel DAP mempromosikan keganasan. - www.freemalaysiatoday.com


Muhyiddin sahkan DAP tiada kaitan dengan LTTE
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengesahkan DAP, komponen Pakatan Harapan, tidak terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) meskipun dua daripada Adunnya telah didakwa mahkamah pagi tadi.

Bercakap di Parlimen hari ini beliau berkata, penahanan beberapa individu termasuk pemimpin DAP awal bulan ini hanya membabitkan tindakan individu terbabit dan bukan mewakili organisasi parti politik.

“Sebagai parti, DAP tidak terbabit, yang diambil tindakan adalah individu tertentu. Itu undang-undang bukan soal organisasi politik,” kata beliau yang juga presiden PPBM, satu lagi komponen PH.

Muhyiddin berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Awal bulan ini, dua Adun DAP merupakan antara 12 individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan usaha menghidupkan semula LTTE di Malaysia.

Individu terbabit dilaporkan bukan saja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas LTTE.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah berkata tindakan polis menahan 12 individu itu adalah mengikut lunas undang-undang sementara beberapa pihak melabel DAP mempromosikan keganasan.

Minggu lalu, PAS meminta kerajaan mengharamkan DAP kerana wakil rakyat dan ahlinya ditahan kerana ada kaitan dengan LTTE.

Sepuluh daripada 12 individu yang ditahan termasuk 2 Adun DAP didakwa hari ini secara berasingan di mahkamah sesyen di lima buah negeri. - www.freemalaysiatoday.com

Tuesday, October 29, 2019

Perbuatan Mungkar DAP Punca Melayu, Islam Tertindas

BANGI – Ada sebab orang Melayu tidak boleh menerima calon Cina dan India menjadi pemimpin mereka, terutama di kawasan majoriti umat Islam, kata Ketua Penerangan Parti Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa), Hazwan Mohamad.

Beliau berkata, banyak perkara mungkar dilakukan parti rasis dan cauvinis, DAP sehingga menyebabkan orang Melayu berasa terancam di tanah air sendiri.

Katanya, melindungi liberalisme dan pluralisme adalah salah satu daripada perbuatan mungkar DAP, yang membuatkan orang Melayu dan Islam tertindas.

“Sesiapa sahaja yang berada bersama DAP tidak akan mampu untuk membela nasib orang Melayu Islam. Ianya terbukti apabila hari ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tekanan begitu hebat oleh parti rasis dan cauvanis DAP”

“Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair apabila perdana menteri kemukakan arahan atau cadangan, rakan daripada parti komponen sama mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan arahan Perdana Menteri tersebut. Ini berlaku hari ini adalah kerajaan PH.

“Sebab kita mendesak agar keluarkan Pakatan Harapan menceraikan DAP,” katanya dalam temubual Cakap Serupa Bikin dengan topik PRK Tanjung Piai: Calon Muslim atau Calon Tradisi, di TV Pertiwi, malam tadi.
Sementara itu, menjawab soalan moderator Dinnie Asyraf Salim mengenai tindakan Berjasa sekiranya Barisan Nasional meletakkan calon Cina pada PRK kali ini, Hazwan berkata: “Kalau PH dah letak orang Melayu, tiba-tiba MCA letak kaum Cina, maka Berjasa akan masuk mewakili orang PAS dan UMNO.

“…yang kecewa kerana mereka selama ini menyokong dan mengangkat perpaduan ummah, tetapi akhirnya kaum ini letak orang Cina di kawasan majoriti Melayu dan Islam,” katanya.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Ketua PPBM Tanjung Piai, Karmainie Sardini, 66, seorang ahli perniagaan, sebagai calon untuk PRK Tanjung Piai 16 November ini.

Kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik, 42, pada 21 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, MCA meletakkan Ketua Bahagian Tanjung Piai, Wee Jeck Seng untuk mempertahankan kerusi itu. Wee menyandang kerusi itu selama dua penggal sejak 2008. Wee tewas kepada Farid dengan majoriti 524 undi. - www.ismaweb.net

Dulu Peguam Negara Gugur Kes Guan Eng, Siti Kassim…LTTE?

Adakah suspek ISIS, Daesh perlu dinilai semula jika LTTE tak didakwa?
BANGI – Semua pihak ternanti-nanti pendirian Peguam Negara, Tommy Thomas dalam mengendalikan siasatan membabitkan individu dalam DAP, berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kata pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.

Ia susulan pihak polis memaklumkan, pihaknya telah selesai melakukan siasatan dan kini sedang menunggu keputusan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan terhadap suspek LTTE sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada Rabu lalu.

“Terpulang kepada Peguam Negara untuk memaklumkan sama ada bukti itu mencukupi atau tidak,” katanya.

Firdaus yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) berharap kes LTTE ini tidak akan berlaku seperti kes sebelum ini, apabila membabitkan individu penting.

“Dulu Peguam Negara gugurkan kes rasuah Lim Guan Eng. Tidak lupa Peguam Negara juga tidak mendakwa Siti Kassim kerana menunjukkan isyarat lucah, di mana kebiasaannya majoriti pelaku sebelum ini didakwa dan dihukum. Malah, mereka sebelum ini kelihatan berdansa bersama di dalam satu majlis.

“Jikalau tiada dakwaan kerana menyokong kumpulan pengganas, apakah barangkali suspek ISIS dan Daesh yang telah dihukum terdahulu juga mungkin perlu dinilai semula?” soalnya.

Sebelum ini, 12 individu termasuk termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dikaitkan dengan LTTE.

LTTE yang diketuai V Prabhakaran melancarkan pemberontakan untuk menubuhkan wilayah autonomi Tamil Eelam di utara Sri Lanka, apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat minoriti Tamil.

Kempen keganasan LTTE mendapat sokongan moral dan pembiayaan pelbagai pihak, termasuk diaspora Tamil yang bersimpati dengan nasib masyarakat Tamil di negara itu.

LTTE yang dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara. - www.ismaweb.net

Monday, October 28, 2019

Keadilan Yang Berpilih-Pilih....

Orang Islam kena SOSMA diam, kena pada mereka ‘heboh’
BANGI – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak sikap ultra kiasu apabila mendesak kerajaan membebaskan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berbangsa India sempena Deepavali.

Beliau hairan apabila ultra kiasu hanya diam seribu bahasa apabila orang Islam dikenakan tindakan SOSMA, tetapi mereka akan bersuara jika tindakan sama dikenakan ke atas kaum mereka.

“Sedarkah ultra kiasu ini bahawa orang Islam yang ditahan di bawah akta yang sama, sudah berapa lama tidak dapat bersama ahli keluarga ketika hari raya. Kenapa tidak perjuangkan sama?

“Kata parti untuk semua kaum dan perjuangkan kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kenapa rasis sangat ni? Sama juga bila Melayu berhimpun, rasis. Tapi bila mereka berhimpun, itu hak,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menggesa 12 individu yang ditahan di bawah Sosma sama ada dibebaskan atau didakwa.

“Dengan semangat Deepavali, saya dan keluarga menyampaikan simpati kepada mereka yang ditangkap dan ditahan di bawah undang-undang yang tidak adil di negara ini,” dakwanya.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago juga mendesak kerajaan membebaskan tahanan, selain mempersoal tindakan menahan di bawah undang-undang Sosma yang dianggap kuno, sedangkan PH berjanji untuk memansuhkan sebaik sahaja berkuasa.

Beliau mendakwa, penahanan itu adalah membazir masa, kononnnya LTTE tiada cawangan di Malaysia.

Manakala, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto pula merayu kerajaan supaya mendakwa tahanan di mahkamah atau melepaskan mereka dengan menyatakan mengunakan SOSMA adalah pendekatan yang menindas.

Perkara sama turut disuarakan oleh ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempersoalkan tindakan polis menahan dua ahli Dewan Undangan Rakyat (Adun) DAP, kerana disyaki mempunyai hubungan dengan LTTE sedangkan katanya, ia sudah terkubur dan tiada cubaan mengaktifkan kumpulan pemisah di Sri Lanka itu.

Sementara itu, Anggota Parlimen Batu Gajah, D V Sivakumar berkata, sambutan Deepavali tahun ini suram bagi masyarakat India, terutama bagi keluarga tahanan Sosma. Beliau juga meminta kerajaan segera melepaskan semua tahanan terbabit.

Menyifatkan desakan pemimpin parti cauvinis sebagai tidak adil, Ridhuan Tee mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak terpedaya dengan sandiwara ultra kiasu dianggapnya seperti lidah bercabang.

“Jika mereka yang menyokong ‘pengganas’ seperti ISS, ISIS, DAESH dan lain-lain itu salah dan masuk ke dalam, apakah penyokong tegar LTTE tidak salah?

“Apakah kita mahu pejam mata dengan keganasan LTTE ke atas umat Islam di Sri Lanka?” soalnya. - www.ismaweb.net

Sunday, October 27, 2019

Status Orang Melayu Dipertikaikan....

Malaysia ada PM Orang Asli, soal aktivis hak asasi
PETALING JAYA: Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membuat “tafsiran baru” dengan merujuk orang Melayu sebagai Orang Asli dalam mempertahankan kehadiran beliau pada Kongres Maruah Melayu, semalam.

Kata beliau, Perlembagaan Persekutuan hanya mengiktiraf Orang Asli sebagai golongan pribumi.

Oleh itu katanya, Perlembagaan Persekutuan tidak mendefinisikan orang Melayu sebagai pribumi di Malaysia dan ia “sangat salah dan tidak betul dari segi fakta” merujuk orang Melayu sebagai Orang Asli di Semenanjung.

“Ini ialah tafsiran baru dan satu lagi cubaan untuk menyalah tafsir Perlembagaan Persekutuan.

“Perdana menteri sepatutnya lebih berhati-hati dalam merujuk rakyat ditadbirnya di negara ini,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Saya tidak tahu kita ada perdana menteri Orang Asli” hari ini.

Beliau berkata, “kedudukan istimewa” Orang Asli tidak diiktiraf, termasuk hak tanah adat, walaupun mereka ialah pribumi sebenar di negara ini seperti yang didefinisikan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Hari ini, mereka ialah masyarakat paling terpinggir dan mempunyai masalah pemakanan tidak seimbang di negara ini yang bergelut untuk terus hidup tanpa pengiktirafan hak tanah adat yang mereka layak perolehi.

“Hak tanah adat Orang Asli sering dilanggar kerajaan dan syarikat swasta melalui pengambilalihan atau pencerobohan tanah secara haram,” katanya sambil memetik projek pembinaan Empangan Bakun dan Sungai Selangor.

Beliau berkata, projek itu menyebabkan Orang Asli kehilangan sumber makanan dan tanah pengebumian nenek moyang mereka.

Semalam, Mahathir menerusi catatan blognya merujuk orang Melayu sebagai pribumi ketika mengulas kritikan terhadap Kongres Maruah Melayu pada 6 Okt lalu.

“Saya sedih memikirkan di negara mereka sendiri, pribumi tidak boleh mengadakan perhimpunan mereka sendiri tanpa dituduh rasis.”

Beliau mempertahankan Kongres Maruah Melayu dan berkata, ia adalah perkara normal bagi rakyat Malaysia mengadakan pertemuan dengan kumpulan etnik sendiri. - www.freemalaysiatoday.com

Saturday, October 26, 2019

Apabila Melampaunya Kurang Ajar

Penyelidik deradikalisasi beri amaran kemungkinan rusuhan kaum
Penasihat program deradikalisasi polis memberi amaran bahawa negara kemungkinan terjerumus kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku lima dekad yang lalu.

Ahmad El Muhammady, yang telah menemu bual berpuluh-puluh militan, menyatakan keprihatinan terhadap polemik terbuka mengenai kaum, agama dan ideologi politik.

Katanya, situasi tegang itu dapat dilihat pada media sosial.

"Jika anda tidak mempercayai saya, buka Facebook dan baca bahagian komen. Sebagai penyelidik deradikalisasi, pandangan di ruangkan komen seumpamanya seperti hanya selangkah dari sesuatu yang radikal.

"Adakah kemungkinan bahawa negara sedang menuju ke 13 Mei 1969? Saya yakin ia boleh berlaku.

"Ini adalah amaran saya: jika tidak ada usaha yang mencukupi untuk meredakan ketegangan dalam kalangan rakyat, jangan terkejut sekiranya kejadian 13 Mei berlaku," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Ahmad bercakap di sebuah wacana di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertajuk "Kekerasan dan Ancaman Keselamatan Negara: Bersediakah kita?".

Ahmad juga mengulas mengenai penangkapan beberapa individu, termasuk dua Adun DAP, atas tuduhan mempunyai kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ahmad berkata walaupun hujah bahawa LTTE sudah tidak berfungsi boleh diterima, namun ideologi LTTE masih hidup.

"Dengan kematian pemimpinnya, Prabhakaran, adalah benar bahawa organisasi itu telah gagal tetapi bukan ideologinya.

"Jadi saya fikir ahli politik perlu berhati-hati dalam membuat kenyataan. Dibimbangi LTTE boleh dihidupkan semula selepas kejatuhannya," katanya.

LTTE telah terkubur pada 2009, yang turut mengakhiri perang saudara di Sri Lanka.

Polis bahagian pencegahan keganasan mendakwa bahawa mereka yang ditangkap kemungkinan terlibat dalam percubaan untuk menghidupkan kembali pergerakan itu.

Salah seorang suspek juga didakwa merancang untuk menyerang Suruhanjaya Tinggi Sri Lanka di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pelbagai pihak, termasuk Badan Peguam Malaysia, menggesa pihak berkuasa untuk mendakwa suspek di mahkamah, terutama kerana pihak polis mendakwa mempunyai bukti konkrit, dan bukannya menahan mereka di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sosma membolehkan pihak polis menahan suspek tanpa perbicaraan selama 28 hari. - www.malaysiakini.com

Pakatan Harapan Pembawa 'Bencana'

Ahli akademik sifatkan Malaysia di bawah PH sebagai 'bencana'
Penganalisis dasar awam Lim Teck Ghee menyifatkan Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai "bencana tidak terkawal'.

Bercakap dalam forum "Whiter Maruah Malaysia 2.0" hari ini, beliau berkata, kekecewaan terhadap pentadbiran kerajaan hari ini semakin berkembang.

"Buat masa ini, adalah jelas pasca PRU14 sebagai bencana, ia merupakan satu bencana tidak terkawal bagi pembaharuan dari mana-mana aspek atau cara pun anda melihat.

"Pendidikan, tadbir urus, hubungan kaum, hubungan agama, kegagalan daripada Icerd, Zakir Naik, Kongres Maruah Melayu dan banyak lagi. Senarai kekecewaan dan kegagalan politik terus meningkat," katanya.

Beliau berpendapat kebimbangan terhadap rasuah peringkat tinggi dan jenayah melibatkan ekonomi telah kembali semula.

Dasar, program dan pemikiran berkaitan doktrin ketuanan Melayu dan ketuanan Islam telah disebar sebagai propaganda kepada khalayak, katanya.

Menurutnya, pembaharuan dasar adalah proses yang panjang yang perlu dijalankan melalui perkhidmatan awam kerana ahli-ahli politik datang dan pergi.

"Realitinya adalah perkhidmatan awam semakin bersifat mono- perkauman [...] dan bergerak ke arah pelampau kaum dan agama.

"Jadi bagaimana untuk menyahtoksik perkhidmatan awam yang menjadi raksasa dalam saiznya, yang membawa kepada toksik perkauman dan agama," katanya.

Rakyat perlu bertanya kepada diri sendiri apa yang boleh mereka lakukan dalam keadaan sedemikian, tambah Lim. - www.malaysiakini.com

Friday, October 25, 2019

Apabila Ideologi Politik Lebih Hebat Dari Keselamatan Negara

Kit Siang gesa KDN tarik balik pengharaman komik Inisiatif Jalur & Jalan
PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula keputusan mengharamkan komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama”, termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina, diumumkan semalam.

Kata beliau, ini kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran atas janji akan memperkenalkan era keterbukaan lebih besar tanpa menjejaskan keselamatan negara.

Malah, dalam Janji 27 manifesto PH, kata beliau, telah secara khusus menyatakan akan memansuhkan undang-undang yang menindas seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Saya tidak nampak KDN telah bertindak dengan betul dalam mendakwa buku komik Hew Kuan Yau mempromosikan komunisme ataupun dia simpati terhadap perjuangan komunis,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, KDN mewartakan perintah larangan terhadap komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama”, termasuk versi kedua-dua bahasa Inggeris dan Cina.

Perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikannya dilarang secara mutlak.

Menurut kementerian itu, terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

“Kandungan penerbitan ini antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis,” katanya.

Menurut KDN, ia juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan tokoh dan pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.

“Kandungan penerbitan ini dilihat tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecah belahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat,” tambahnya.

Dalam kenyataannya Lim yang juga ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata beliau mengenali Hew lebih tiga dekad, sejak tahun-tahun awal dia sebagai seorang “pemuda yang berang” , sehingga boleh bertindak sangat kasar dan mencetuskan situasi tidak senang, tetapi demi keadilan dan keadaan di Malaysia yang lebih baik, dan tindakan terakhir yang dia akan lakukan adalah menjadi komunis atau mempromosikan komunisme.

“Oleh itu, menjadi kejutan kepada saya apabila buku komik diharamkan oleh KDN atas alasan mempromosikan komunisme dan bersimpati kepada perjuangan komunis.

“Saya tidak bersetuju dengan semua pemikiran dan idea Hew, dan saya tidak membaca buku komiknya apabila kontroversi itu tercetus tetapi Hew bukanlah seorang komunis atau seorang yang bersimpati kepada komunis,” kata beliau. - www.freemalaysiatoday.com

Hapuskan Segera Tali Barut China Dalam Kerajaan

Terbit komik propaganda bukti liciknya tali barut komunis dalam kerajaan
1. AKHIRNYA kerajaan Pakatan mengharamkan komik Komunis yang disokong kuat Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP, Menteri Kewangan Malaysia) dan Tan Kok Wai (Pengerusi DAP yang juga Duta Khas Malaysia ke China) bertajuk ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan’.

2. Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin atas keberanian beliau.

3. Tahniah juga buat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang tegas mengharamkan pengedaran buku komunis ini di sekolah-sekolah.

4. Namun, penerbitan dan pengedaran buku ini jelas membuktian betapa liciknya tali barut komunis China menyusup dalam kerajaan.

5. Jelas Kementerian Dalam Negeri sendiri menyifatkan buku ini sebagai: “Cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis”.

6. Penyusupan tali barut komunis China secara halus dalam kerajaan-kerajaan asing ini adalah merupakan sebahagian daripada strategi ‘kuasa tajam’ (Sharp Power) China.

7. Strategi Sharp Power ini cukup penting dalam keadaan pemimpin Komunis China cuba untuk menjadikan China sebagai kuasa besar ketenteraan global.

8. Kebetulan bulan ini genap 70 tahun tertegaknya Republik Rakyat China di bawah Parti Komunis.

9. China hari ini jauh berbeza dengan China yang mundur akibat bencana revousi sosialis Mao Zedong yang memusatkan kuasa di tangan petani (berbeza dengan Marxisme-Leninisme yang memusatkan kuasa di tangan para pekerja industri).

10. China hari ini adalah hasil ‘Dasar Buka Pintu’ Deng Xiaoping yang membuka pintu kepada pelaburan langsung asing (FDI) dengan membuka Zon Ekonomi Istimewa (SEZ) di Shenzen, Zhuhai, Shantou, dan Xiamen.

11. China hari ini mampu membina ‘electromagnetic railgun’ mereka sendiri.

12. China hari ini mampu membina kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) mereka sendiri.

13. China hari ini mampu membina pesawat pejuang generasi kelima Chengdu J-20 mereka sendiri.

14. China hari ini mampu membina hypersonic glide vehicle DF-17 mereka sendiri.

15. China hari ini sedang membina industri kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri menjelang 2030.

16. Jelas, seperti mana lumrah kuasa besar lain dalam sejarah peradaban dunia, China juga tidak terkecuali daripada menjalani proses transformasi kuasa ekonomi dengan kuasa politik dan ketenteraan global.

17. Hasil proses ini dikenali sebagai geoekonomi. Amerika dulu bangkit mengetepikan Britain dengan dasar geoekonomi perlindungan industri strategik (protectionist) mereka. Hari ini China juga bangkit mencabar Amerika dengan cara ‘mencuri’ paten strategik dari Amerika (dan Barat) serta dalam masa yang sama melindungi industri strategik mereka. Lalu bagaimanakah posisi negara kita di saat ini?

18. Susulan persetujuan kerajaan Pakatan menyambung kembali projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China, terdapat beberapa perkembangan menarik yang berlaku. Meski pun Pakatan membatalkan projek paip gas Trans-Sabah (TSGP), namun China kelihatan banyak berkompromi.

19. Bukan sahaja ECRL diteruskan, malah China mengumumkan mahu meningkatkan eksport minyak kelapa sawit Malaysia sebanyak 500,000 tan kepada 1.62 juta tan bernilai RM3.4 bilion.

20. Sememangnya China ialah pengimport minyak dan produk berasaskan sawit kedua terbesar Malaysia pada 2018 dengan eksport biodiesel sawit Malaysia ke China meningkat daripada 140 tan (RM5.0 juta) pada 2017 kepada 41,450 tan (RM113 juta) pada 2018.

21. Dari sudut geopolitik, peningkatan import sawit oleh China terutamanya ketika pertengahan 2018 didorong situasi ketegangan perdagangan dengan Amerika di mana China mengenakan cukai import yang lebih tinggi ke atas kacang soya yang seterusnya mengurangkan import soya Amerika.

22. Minyak sawit kita jelas membantu sebahagian strategi geoekonomi China dalam berdepan Amerika.

23. Malah, selain minyak sawit, minyak mentah kita turut ‘mencuri perhatian’. Pada 26 Ogos, Reuters melaporkan bahawa import minyak mentah kita ke China telah mencecah rekod yang cukup tinggi (rujuk ‘China’s July crude oil imports from Malaysia near record: customs’).

24. Data China’s General Administration of Customs menunjukkan bahawa import minyak kita ke China mencecah 1.35 juta tan, lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

25. Malah, rekod itu hanya sedikit di bawah jumlah import pada Mei 2019 iaitu 1.38 juta tan – tiga kali ganda berbanding empat bulan pertama tahun 2019 sahaja.

26. Reuters mendakwa lonjakan ini berpunca daripada tindakan Malaysia yang ‘membantu’ Venezuela melanggar sekatan antarabangsa dengan membawa masuk minyak Venezuela ke China atas nama ‘minyak Malaysia’.

27. Pada 13 Ogos lalu Lembaga Pelabuhan Johor (JPA) dan Smart Crest Sdn Bhd memeterai perjanjian untuk membangunkan projek pulau ‘bunker’ atau simpanan minyak yang terletak di Tanjung Bin, Pontian, bernilai RM2 bilion.

28. Pengarah Urusan Smart Crest, Cher Lee Kiat memaklumkan bahawa ia kini sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa pelabur asing dari China dan Hong Kong.

29. Seperti mana projek-projek strategik dalam negara kita sebelum ini, begitu jugalah projek pulau bunker ini berkemungkinan akan disasarkan Beijing.

30. Kita wajib merenung kembali, adakah kita selama-lamanya hanya akan menjadi bidak catur kecil?

31. Sampai bila lagi kita sekadar bergantung harap belas ehsan geoekonomi kuasa besar dengan hasil minyak sawit, minyak mentah, dan infrastruktur kita?

32. Tiadakah jalan untuk kita turut berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kuasa-kuasa besar dalam industri strategik? Jawapannya ‘ada’.

33. Namun segala-galanya perlu dimulakan dengan menghapuskan tali barut yang bersimpati dengan rejim Komunis China dari dalam kerajaan kita.

Hapuskan tali barut China dalam kerajaan.

Segera.

Oleh:  Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Wednesday, October 23, 2019

Mana Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu (SJKM)....

Peguam fail usul cabar kedudukan sekolah vernakular
Seorang peguam hari ini memfailkan notis usul untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular yang menurutnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Plaintif Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan permohonan menerusi firma guaman Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Notis usul itu menamakan Menteri Pendidikan Malaysia sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

Shaharudin Ali yang mewakili plaintif berkata Parlimen tiada kuasa untuk mewartakan Seksyen 17 dan Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 yang berkaitan dengan sekolah jenis kebangsaan.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai 1982 dalam kes penubuhan Universiti Merdeka sebagai asas kepada permohonannya.

“Keputusan mahkamah itu mengatakan hal-hal bersangkutan dengan pelajaran dan pendidikan bagi maksud rasmi maka jelas Perkara 152 hendaklah digunakan.

“Kalau sekolah rendah jenis Melayu tidak wujud, bagaimana sekolah rendah jenis Cina dan Tamil boleh wujud. Jadi itu persoalan undang-undang yang kita akan cuba hujahkan di mahkamah kelak,” katanya.

Menurut Shaharudin, Parlimen tiada kuasa untuk membolehkan menteri pendidikan dalam soal penubuhan Sekolah Rendah Jenis Cina (SKJC) dan Sekolah Rendah Jenis Tamil (SKJT).

Katanya lagi, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menunjukkan menteri pendidikan tiada kuasa untuk berbuat demikian.

"Permohonan ini ialah untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan, sama ada Parlimen ada kuasa untuk membuat Seksyen 28 dan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Putrajaya.

Akta Pendidikan 1996 diluluskan pada tahun itu untuk meminda Ordinan Pendidikan 1957 dan Akta Pendidikan 1961.

Seksyen 17(1) menyatakan bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

Seksyen 17(2) pula menyatakan jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.

Seksyen 28 pula berkenaan penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Ia menyatakan, "tertakluk kepada peruntukan akta ini, menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah-sekolah itu.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan pula berkenaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan merupakan tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang dalam Parlimen.

Seterusnya, Perkara 152 (1)(a) menyatakan tiada siapa yang boleh dilarang menggunakan (selain bagi maksud rasmi) atau daripada mengajar atau belajar bahasa lain. Perkara 152(1) (b) pula berkata kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri boleh meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam persekutuan.

'Bukan kerana perkauman'
Sementara itu, Khairul Azam menolak tanggapan tindakannya memfailkan notis usul itu atas dasar perkauman.

“Ini bukan isu perkauman tetapi isu undang-undang dan perlembagaan.

“Kita failkan secara perundangan di mahkamah. Kita failkan juga di mahkamah tertinggi negara, di Mahkamah Persekutuan di bawah perkara 4(4) Perlembagan Persekutuan,” katanya.

Katanya lagi, beliau membuat permohonan itu susulan pengumuman Belanjawan 2020 yang memperuntukkan RM127 kepada sekolah vernakular.

"Selaku rakyat yang membayar cukai, kita berhak untuk pastikan kerajaan membelanjakan duit rakyat ke institusi yang dibenarkan perlembagaan dan undang-undang.

“Kalau insitusi ini tidak sah di sisi undang-undang, maka duit rakyat tidak sewajarnya disalurkan kepada institusi berkenaan,” katanya. - www.malaysiakini.com

KDN Haram Komik Jalur Dan Jalan

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri hari ini mewartakan perintah larangan terhadap komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama”, termasuk versi bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikannya dilarang secara mutlak.

Menurut KDN, terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

“Kandungan penerbitan ini antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur untuk membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis,” katanya dalam kenyataan.

Menurut KDN, ia juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan tokoh dan pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.

“Kandungan penerbitan ini dlilihat tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama serta dibimbangi boleh memecah belahkan keharmonian dan perpaduan masyarakat,” tambahnya.

Mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu melakukan suatu kesalahan.

“Boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,” tambahnya. - www.freemalaysiatoday.com

Jual MyKad Angkara Siapa....

KDN batal semua MyKad haram dijual kepada warga China
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membatalkan semua MyKad yang dijual kepada warga China dalam kes yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata tindakan yang sama turut dilakukan terhadap mana-mana kes penjualan MyKad secara haram yang berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

“Mana-mana pengeluaran MyKad yang sekiranya didapati JPN adalah menerusi cara salah, akan dibatalkan tanpa kompromi. Sesiapa yang terlibat dalam aktiviti ini perlu dikenakan tindakan berat tanpa pilih kasih

“Pihak kementerian memberikan kuasa penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh agar pihak yang didapati bersalah dapat didakwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah membatalkan MyKad yang dirampas daripada warga China di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sebelum ini seorang penolong pengarah JPN Pulau Pinang ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket menjual MyKad kepada warga asing di negeri itu.

Berikutan itu beberapa pegawai dan kakitangan awam di Pulau Pinang dan di Putrajaya turut ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai terlibat dengan kes berkenaan.

Sementara itu Mohd Azis berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima 81,133 permohonan kewarganegaraan dalam tempoh lima tahun dari 2014 hingga 30 September 2019.

Menurutnya daripada jumlah itu, 13,151 permohonan dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia, manakala 57,236 permohonan sedang diproses dan 10,746 permohonan tidak diluluskan,” katanya sebagai menjawab soalan asal Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang bertanyakan tentang jumlah kewarganegaraan yang telah dimasukkan, bilangan diproses, dilulus serta ditolak daripada 2014 hingga kini.

Dalam tempoh yang sama, katanya 264,192 pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) direkodkan JPN dengan pemegang MyPR dari Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 135,701 orang diikuti India 10,283 dan Filipina 38,131.

Menurutnya daripada jumlah itu, seramai 166,116 pemegang MyPR adalah lelaki manakala 98,076 pemegang perempuan.

“Bagi pemegang MyPR mengikut kategori umur, 2,865 pemegang berusia antara 12 hingga 20 tahun, 162,856 (21 hingga 59 tahun) dan 98,471 (60 tahun dan ke atas),” katanya.

- Bernama

Tuesday, October 22, 2019

Siapa Yang Kena Kencing....

‘Superman’ DAP kantoi, ada gambar serah komik pada Nie Chin
KUALA LUMPUR- Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menafikannya telah memberi kebenaran untuk komik Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama diedarkan ke sekolah baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam musykil sama ada Maszlee ada bertanya kepada timbalannya, Teo Nie Ching atau tidak.

Ini kerana, dakwa Lokman, Kurator Muzium Kebudayaan komik Asa, Hew Kuan Yau ada melawat Nie Chin di kementerian untuk menyampaikan komik propaganda itu pada 12 September lalu.

“Lalu, komik propaganda itu mula diedar kepada semua sekolah menengah pada awal bulan Oktober.

“Maszlee pernah tanya bagaimana Kuan Yau mampu mempeolehi alamat untuk 2,500 sekolah menengah itu?” soalnya.

Dalam pada itu, Lokman juga mendakwa Kuan Yau telah menutup post itu walaupun sudah ada 400,000 pengikut itu hari ini.

“Tetapi dia (Kuan Yau) sudah terlambat kerana kita sudah lama buat checking,” katanya dalam kenyataan di Telegramnya malam ini.

Lokman juga mengepilkan gambar Kuan Yau menyerahkan komik kontroversi itu kepada Nie Ching.-MalaysiaGazette

Kiblat 'Superman' ke M'sia atau Komunis China?

Exco Pendidikan Pemuda Bersatu (Armada) Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menempelak sekumpulan akar umbi DAP, termasuklah lima Adun parti itu yang mengkritik keputusan Menteri Pendidikan Maszlee Malik untuk melarang buku komik 'Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)' daripada diedarkan di sekolah-sekolah.

Buku itu ditulis bekas aktivis DAP Hew Kuan Yew atu lebih dikenali sebagai 'Superman' di kalangan penyokongnya.

"Namun sebahagian pimpinan DAP yang menyokong Superman Bodoh ini perlu bertanya apakah jati perjuangan mereka?

"Adakah berpegang teguh atas nilai Malaysia itu sendiri dengan jujur atau kiblat mereka adalah bersama Parti Komunis China (CCP)?" Soal Mohd Ashraf dalam suatu kenyataan hari ini.

Mempertahankan keputusan Maszlee itu, Mohd Ashraf berkata komik itu tidak pernah diluluskan Kementerian Pendidikan dan tindakan larangan komik itu diedarkan di sekolah selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.

"Maka apabila dipersoalkan samada menteri dilantik PH atau Umno, persoalan itu seharusnya tidak timbul kerana ini bukan tertakluk perihal politik, ini soal praktik ‘good governance’ yang dipelihara undang-undang sepertimana termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

"Sekatan ini bertepatan. Ditambah lagi komik tersebut tidak pernah lulus untuk menepati syarat bahan pendidikan selaku silibus sebagai materi rujukan kepada pelajar, ditambah lagi apa yang dicoretkan dalam komik ‘Superman Bodoh’ itu langsung tidak melalui proses pengabsahan secara ilmiah dari sudut sejarah dan kajian sosial.

"Ianya tambah tidak menyenangkan apabila kelihatan jelas mempunyai agenda memahat iltizam ‘Jalur Merah’ dari China melalui faham politik," katanya.

Komik mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan China itu mengandungi cerita yang cenderung terhadap republik itu dan menggambarkan Melayu yang menyokong etnik Uighurs sebagai radikal.

Kerajaan China telah menempatkan kira-kira 1.5 juta umat Islam Uighur di "kem pendidikan semula" yang didakwa perlu dilakukan demi memerangi ekstremisme Islam.

Layanan terhadap etnik Uighurs telah dikritik ramai pihak di negara demokrasi Barat seperti Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Malaysia lebih banyak berdiam diri mengenai layanan China terhadap Uighurs.

Susulan larangan yang dikeluarkan menteri pendidikan, akar umbi DAP menyokong Hew dan mempersoalkan mengapa Maszlee mengikut rentak bekas perdana menteri, Najib Razak dalam isu berkenaan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Kebangsaan Pemuda DAP, Eric Teh dan Timbalan Ketua Pemuda DAP Selangor Koo Jeng Teng.

Lima Adun yang menandatangani kenyataan tersebut termasuk Phoong Jin Zhe (Adun Luyang merangkap Menteri Belia dan Sukan Sabah), Chiong Yoke Kong (Adun Tanah Rata, Pahang), Chow Yu Hui (Adun Tras, Pahang), Lee Chin Chen (Adun Bilut, Pahang) dan Leong Yu Man (Adun Triang, Pahang).

Kumpulan berkenaan berkata sebelum ini tiada bantahan apabila buku Transformasi Najib ketika era kerajaan terdahulu diedarkan ke sekolah-sekolah.

Najib baru-baru ini mendakwa komik berkenaan, yang diedar ke sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan bertujuan menyebarkan propaganda DAP dan komunis.

Hew pada bulan Julai 2016 keluar DAP selepas mencetuskan kontroversi dengan komentarnya yang menyatakan bahawa Laut China Selatan adalah milik China.

Walaupun tidak lagi menjadi ahli DAP, Hew masih mengekalkan hubungan rapat dengan parti itu.

Pengerusi DAP Tan Kok Wai, yang juga pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC), pada bulan Januari melantik Hew sebagai ketua pegawai eksekutif MCBC. - www.malaysiakini.com

Monday, October 21, 2019

DAP Cuba Serang Asas Pembentukan Negara?

SAYA bersetuju dengan beberapa pandangan bahawa serangan DAP ke atas Naib Canselor UM yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Maruah Melayu, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Haji Hashim, mahupun ke atas Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu UM yang merupakan Ketua Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, sebenarnya adalah satu serangan ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Serangan terbuka ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mempunyai risiko politik yang tinggi berbanding serangan terbuka ke atas Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Haji Hashim mahupun ke atas Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, maka sebab itulah kita dapat melihat betapa serangan bertalu-talu dibuat sama ada oleh pemimpin DAP sendiri mahupun melalui mahasiswa dan graduan UM mendesak supaya Naib Canselor UM khususnya meletakkan jawatan.

Lebih jauh dari itu, serangan DAP ke atas Kongres Maruah Melayu ini sebenarnya bukanlah hanya serangan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi adalah serangan ke atas asas pembentukan negara itu sendiri kerana, berdasarkan keseluruhan kandungan kongres, apa yang cuba dipertahankan oleh Kongres Maruah Melayu ini adalah penegakan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.

Serangan ini boleh dilihat jelas dalam ucapan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, di Dewan Rakyat pada Selasa, 15 Oktober, lalu dalam mana beliau, ketika mengulas mengenai isu Kontrak Sosial yang disebut dalam Kongres Maruah Melayu, menyatakan:
(1) Apakah social contract yang dikatakan tersebut? Where did this social contract come from between races? Did we pluck it out from the sky? Dari mana kontrak sosial ini wujud? Kenapa perlu isu ini ditimbulkan?
(2) To my knowledge, there is no social contract.
(3) Inilah masalahnya, sekiranya satu yang tidak wujud diwujudkan, out of thin air.

Saya tidak pasti dari sekolah mana dan di universiti mana Ramkarpal Singh mendapat pendidikan kerana jika beliau memperolehi pendidikan yang betul beliau sepatutnya tahu bahawa tokoh-tokoh perundangan besar negara dari Profesor Tan Sri Dr Ahmad Ibrahim ke Profesor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi semuanya menyatakan Kontrak Sosial ini wujud.

Paling sering dipetik mengenai kewujudan Kontrak Sosial ini adalah kenyataan bekas Ketua Hakim Negara merangkap bekas Yang di-Pertuan Agong merangkap bekas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, berbunyi:

"We embarked on a journey as a constitutional democracy with the full realization that we were a multi-racial people with different languages, cultures and religion. Our inherent differences had to be accommodated into a constitutional framework that recognised the traditional features of Malay society with the Sultanate system at the apex as a distinct feature of the Malaysian Constitution. Thus there was produced in August 1957 a unique document without any parallel anywhere. It adopted the essential features of the Westminster model and built it into the traditional features of Malay society. This Constitution reflected a social contract between the multi-racial peoples of our country. Thus matters of citizenship for the non-Malays, the Malay language, and special privileges for the Malays and the indigenous peoples of Malaysia were safeguarded and given the added protection of requiring the consent of the Conference of Rulers before change could be effected to them. It is fundamental in this regard that the Federal Constitution is the supreme law of the land and constitutes the grundnorm to which all the other laws are subject. This essential feature of the Federal Constitution ensures that the social contract between the various races of our country embodied in the independence Constitution of 1957 is safeguarded and forever enures to the Malaysian people as a whole, for their benefit."

Jika peringatan Kongres Maruah Melayu mengenai penegakan Kontrak Sosial ini adalah satu sikap rasis yang merupakan satu kesalahan seperti yang didakwa, maka maknanya Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-215 di Istana Maziah, Kuala Terengganu, pada 16 Oktober 2008 pun bersikap rasis dan melakukan satu kesalahan jugalah kerana Mesyuarat Majlis Raja-raja ini juga turut mengingatkan penegakan Kontrak Sosial ini melalui titah berbunyi:
“Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract. Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan Negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.”

Jika peringatan Kongres Maruah Melayu mengenai penegakan Kontrak Sosial ini adalah satu sikap rasis yang merupakan satu kesalahan seperti yang didakwa, maka maknanya Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, pun bersikap rasis dan melakukan satu kesalahan jugalah kerana dalam Titah Perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan pada 6 Ogos 2018 Baginda juga turut mengingatkan penegakan kontrak sosial ini melalui titah berbunyi:

“Meskipun berlaku perubahan Kerajaan, perkara-perkara asas yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan menyentuh Raja-raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, akan terus dipertahankan dan tidak akan dikompromikan. Perkara-perkara tersebut jangan sama sekali mahu disensasikan oleh mana-mana pihak. Jangan ada individu atau badan yang mahu menjadi jaguh, mengungkit dan menuntut perkara-perkara asas yang telah dipersetujui dan termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Perbuatan mahu merombak persetujuan dan Kontrak Sosial yang telah dipersetujui bersama, semasa menggubal Perlembagaan Merdeka, akan hanya mengundang kepada berlakunya suasana tidak harmonis yang boleh menggugat kestabilan politik dan ketenteraman awam. Rakyat tidak harus dijadikan mangsa, bagaikan kancil terhimpit mati di tengah-tengah, apabila gajah sama gajah memilih untuk terus bertarung.”

Sebab itulah saya sangat bersetuju dengan cadangan Sultan Azlan Shah pada 22 Oktober 2008 dahulu bahawa Kontrak Sosial perlu diajar di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti bagi memastikan generasi muda Malaysia tidak buta sejarah dan tidak mudah ditipu atau diperkuda oleh mana-mana golongan yang mahu merombak Kontrak Sosial ini.

Oleh: DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF

‘Sebaik-baik Ultra Kiasu, Belum Tentu Bela Melayu Dan Islam’

Pertahan komik 'bodoh', habis Malaysia dan pelajar dikomuniskan
‘SEJAHAT-JAHAT’ UMNO-PAS, jika malapetaka menimpa menteri Melayu Islam Bumiputera PH, angkara ultra kiasu, pasti nasib kamu akan dibelanya UMNO-PAS.

Tetapi ‘sebaik-baik’ ultra kiasu yang kamu agung-agungkan selama ini, belum tentu kamu akan selamat menteri Melayu Islam PH. Belum tentu kamu akan dibela. Ultra kiasu menunggu saat terbaik untuk melingkupkan kamu, percayalah.

Lihat betapa kurang ajarnya ultra kiasu, langsung tidak hormat dengan mereka yang bergelar menteri dalam kalangan mereka sendiri. Hentam seteruk-teruknya

Siapa yang akan membela dan mempertahankan Menteri Pendidikan ini, kalau bukan kami?

Kenapa? Kerana kami sedar kamu wahai Menteri Pendidikan berada di pihak yang benar. Lihat bagaimana mereka serang kamu bertubi-tubi?

Saya amat bersimpati dengan Menteri Pendidikan apabila seramai 43 pemimpin akar umbi, termasuk beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP membantah pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk melarang pengedaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)’ daripada memasuki sekolah.

Mereka juga mempersoalkan mengapa Maszlee mengikut rentak bekas Perdana Menteri, Najib Razak dalam isu berkenaan.

Malah begitu berani mempertikaikan adakah Maszlee dilantik oleh Pakatan Harapan (PH) atau UMNO? Jikalau dilantik oleh PH, mengapa perbuatan beliau semakin cenderung kepada UMNO yang rasis? Kurang ajar betul ultra kiasu ini.

Adakah dengan lantikan PH, maka seseorang Menteri itu mesti menjadi pak turut atau ‘Yes Man’ kepada PH ultra kiasu? Jika sesuai dengan ultra kiasu dipuji melambung, berbeza sedikit, dikutuk, dihina, dikaitkan dengan Najib. Hina sangatkah Najib?

Najib sedang dibicarakan? Biarkan nasib Najib ditentukan mahkamah. Setakat ini, tidak ada apa-apa keputusan lagi. Najib relaks sahaja. Bersedia dengan segala kemungkinan.

Menteri sepatutnya bertindak mengikut apa yang benar, apa yang salah. Itu baru negarawan.

Jika terpaksa mengikut beberapa rentak Najib kerana ada beberapa perkara yang dilakukan Najib itu betul, apa salahnya?

Sudah tentu tidak semua yang dilakukan Najib itu betul kerana Najib bukan malaikat.

Saya tidak nafikan korupsi yang berlaku pada zaman Najib, saya tidak pernah setuju dengan semua. Begitu juga dengan isterinya, Rosmah. Saya konsisten mengkritik Najib dan beberapa menteri zamannya, sehingga dikenakan tindakan disiplin dan tatatertib.

Tetapi adilkah kita jika menolak semua yang dilakukan Najib tanpa menilai mana betul, mana salah. Yang betul kena diperakui. Yang salah, tolaklah.

Saya tidak boleh bayangkan jika ultra kiasu menjadi Menteri Pendidikan, habislah Malaysia dan pelajar-pelajar kita ini dikomuniskan.

Kumpulan ultra kiasu ini dalam mempertahankan komik bodoh mereka berkata kenapa Menteri Pendidikan tidak membantah apabila buku Transformasi Najib ketika era kerajaan terdahulu diedarkan ke sekolah-sekolah. Nampak sangat bodoh dan tidak sekolah.

Buku Transformasi Nasional telah menjadi dasar dan agenda negara yang digubal oleh kerajaan ketika itu. Begitu juga Dasar 1Malaysia. Ia adalah Dasar Negara yang diluluskan Kabinet.

Maka, wajar untuk diedarkan kepada pelajar sebab ia DASAR. Faham atau tidak ultra kiasu??? Mari masuk sekolah kalau tidak faham.

Masalahnya, sejak bila pula komik ultra kiasu yang mempromosikan komunis menjadi dasar negara? Pernahkah komik tersebut dibawa kepada Kabinet untuk diluluskan? Komik tersebut hanya layak dibaca dan diletakkan di kaki lima.

Komik ultra kiasu penuh dengan propaganda menghina pemimpin terdahulu, menghina orang Islam yang berjanggut dan berserban, menghina umat Islam Uyghur dengan menyokong tindakan kerajaan China dan banyak lagi.

Paling bahaya mempromosikan komunis sebagai watak orang baik. Nampaknya, komunis sedang menguasai Kbinet.

Sejak dahulu saya ingatkan, jangan pernah percaya kepada ultra kiasu. Mereka ini komunis.

Untuk makluman, komik itu diterbitkan hasil kerjasama antara dua ultra kiasu iaitu Kurator Muzium Kebudayaan dan Komik Asia yang berpangkalan di Pulau Pinang. Saya amat yakin institusi ini didanai oleh ultra kiasu.

Saya merayu polis siasat dua badan ini segera hingga ke akar umbi. Haramkan institusi ultra kiasu ini. Mungkin ada kaitan dengan komunis.

Ingin juga saya ingatkan menteri Islam PH, ‘sehina-hina’ UMNO dan PAS, mereka tetap orang Islam. Saya amat yakin, mereka tidak akan menghancurkan Islam. Mereka pasti akan bersama mempertahankan Islam dan bumi pribumi ini jika terjadi apa-apa yang tidak diingini.

Tetapi ‘sebaik-baik’ menteri ultra kiasu dan pemimpin ultra kiasu yang kamu agung-agungkan kerana mereka tidak merompak seperti Najib, belum tentu mereka akan bersama kamu dalam isu-isu berkaitan Islam dan pribumi negara tercinta ini. - www.ismaweb.net

Sunday, October 20, 2019

Fahaman Komunis Melalui Komik Agenda Jahat DAP

DAP melancarkan serangan pemikiran dan dakyah yang cuba mendoktrin para pelajar sekolah dengan fahaman Komunis. Pengedaran buku komik "Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama" adalah satu bentuk penjajahan baru terancang oleh DAP.

Pengedaran komik secara percuma di sekolah telah dibiayai oleh agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini sekali gus menyangkal penafian Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy bahawa penerbitannya tiada kaitan dengan DAP.

DAP cuba memperbodohkan rakyat dengan memaparkan gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan buku komik ini sebagai hadiah rasmi kepada Presiden China, Xi Jinping. Sedangkan Pejabat Perdana Menteri memaklumkan komik ini dibawa tanpa melalui prosedur yang betul.

Komik diterbitkan Muzium Kebudayaan Komik Asia oleh Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman DAP ini secara jelas menyebarkan propaganda DAP. Ianya memberi bayangan kebaikan Komunis demi menutup sejarah kekejaman yang telah dilakukan terhadap Tanah Melayu dan rakyatnya.

Pemuda PAS Pulau Pinang membantah sekeras-kerasnya tindakan biadab Hew Kuan Yau, P. Ramasamy dan DAP kerana membohongi, membenarkan dan membiayai gerakan halus yang sangat berbahaya dalam percubaan mengubah struktur asas pembinaan negara kita.

Kami bersetuju dan menyokong tindakan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik melalui Kementeriannya tidak mengeluarkan kelulusan dan kebenaran pengedaran komik ini kepada institusi pendidikan. Ini kerana tidak seharusnya institusi-institusi pendidikan seperti sekolah dijadikan medan untuk menyebarkan propaganda politik DAP.

Tindakan mengedarkan buku komik yang jelas berunsur politik dan cubaan memesongkan sejarah negara kita demi kepentingan politik DAP merupakan tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab. Pemuda PAS Pulau Pinang sekali lagi mendesak agar pihak Kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa bertegas.

Kami juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya, terutama mengadakan siasatan terhadap pemimpin DAP di mana dilihat mutakhir ini cuba mempositifkan Komunis. Adakah DAP sedang cuba mengiktiraf atau membawa fahaman Komunis kepada rakyat negara ini?

"Islam Memimpin Perpaduan"

Oleh: AHMAD SAFUAN UJAR

‘Ultra Kiasu Tambah Berani, Tapi Kita Pula Makin Takut’

Usah gadaikan prinsip, maruah wahai menteri dan ahli Parlimen Melayu
SEJAK ultra kiasu berkuasa, saban hari kita risau, apa lagi isu yang akan dibangkitkan? Semakin hari semakin bertambah berani. Termasuk menyentuh isu-isu berkaitan Melayu dan Islam.

Kita pula menjadi terlalu takut. Ultra kiasu bertambah berani. Misalnya, isu pelajar ultra kiasu yang saya sebut semalam tidak lagi selesai. Malah, pelajar ultra kiasu semakin bertambah berani.

Sudahlah Universiti Malaya (UM) mengalah, setuju berikan ijazah. Pelajar ultra kiasu ini ugut pulak UM agar tarik balik laporan polis yang dibuat. Malah sanggup berkata, Naib Canselor UM berselindung dan takut berhadapan dengan beliau.

Hei ultra kiasu, kamu siapa? Mentang-mentang semua ultra kiasu di belakang kamu, termasuk menteri dan timbalan menteri ultra kiasu, bukan main bongkak lagi.

Wahai menteri dan ahli Parlimen Melayu serta Bumiputera, buka mata dan minda. Jangan kerana perbezaan politik kita dibutakan. Kita gadaikan prinsip dan maruah. Kita gadaikan kedaulatan agama dan negara.

Cukup-cukuplah dengan politik yang amat merugikan ini. Belang dan kebobrokan ultra kiasu saban hari kita lihat. Isu kartun dan pengiktirafan komunis serta pengganas LTTE semakin jelas dan ketara. Semua bukti telah ada. Tunggu apa lagi?

Teramat kasihan melihat anak bangsa kita yang dipenjarakan bertahun-tahun hanya dengan ‘kesalahan kecil’, menyimpan risalah Osama Latin dan ISS.

Tetapi ultra kiasu yang begitu jelas terbukti bersalah masih bebas dan bermaharajalela. Inikah keadilan yang kamu laungkan selama ini? Inikah keadilan yang kamu agungkan meskipun parti kamu bernama keadilan?

Insaflah. Allah mahukan kita berlaku adil. Berlaku adillah, Insya-Allah kita akan selamat.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Saturday, October 19, 2019

Gesa Siasat Komik Sebar Propaganda DAP, Komunis

Komunis direka watak baik, terbitan komik bahaya: Isma
BANGI – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyiasat serta memberi penjelasan mengenai pengedaran komik mengandungi propaganda parti tamak haloba, DAP yang diedarkan di sekolah-sekolah.

Presidennya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, komik berkenaan bukan sahaja penuh dengan propaganda politik yang memfokuskan parti kerajaan, malah turut memburuk-burukkan parti pambangkang.

Mengakui terkejut dengan penerbitannya, beliau beranggapan komik berkenaan mengundang bahaya kerana mengandungi unsur-unsur komunis yang sengaja direka menjadi watak baik.

“Jadi, ini sangat bercanggah dengan nilai dan fakta sejarah.

“Kita tidak mahu budaya lama yang mempergunakan dan mengambil kesempatan ke atas sekolah-sekolah untuk kepentingan politik berulang, apatah lagi menjadi semakin subur,” katanya dalam satu kenyataan.

Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ dilaporkan sebagai pemberian ihsan Muzium Kebudayaan Komik Asia, yang diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.

Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.

Difahamkan, komik itu menyertakan propaganda yang mengagung-agungkan parti DAP, memberi bayangan bahawa kerajaan Malaysia hipokrit dalam layanan kepada komunis serta memburuk-burukkan kerajaan lama (Barisan Nasional).

Berdasarkan sekeping surat yang tular di media sosial, Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, Raymond Chong memberitahu, pihaknya mengambil keputusan untuk mengedarkan naskhah buku komik (versi bahasa Melayu) kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. - www.ismaweb.net

Friday, October 18, 2019

Kit Siang, Guan Eng Restu LTTE Dalam Parti, Dakwa Ramesh Rao

'Kalau betul hormat undang-undang negara, dah lama mereka nasihat'
BANGI – Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Datuk Ramesh Rao mendakwa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sebenarnya mengetahui pergerakan kumpulan pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) dalam parti DAP.

Bagaimanapun beliau berkata, penasihat veteran dan Setiausaha Agung parti rasis itu tidak mengambil tindakan walaupun sudah mengetahui pergerakan LTTE yang bersarang di dalam parti.

“Ini bukan isu individu lagi, ini isu parti. Kalau mereka betul menghormati undang-undang negara, mereka dah lama nasihat. Tapi mereka merestui.

“Bekas pegawai khas Guan Eng, Mohamad Razali Abdul Rahman pernah mendakwa wujudnya hubungan Israel dengan DAP. Katanya, Israel pernah salurkan RM1.2 bilion kepada DAP.

“Umum tahu DAP memang suka saman orang, tapi kenapa dia tak saman Razali. Jadi bagi saya, DAP ini arah tuju dia memang keganasan,” katanya dalam wawancara bersama TV Pertiwi, semalam.

Terdahulu, polis menahan ahli dan pemimpin DAP, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka selepas dipercayai terbabit dalam majlis memperingati perjuangan LTTE.

Mereka ditahan kerana didakwa mempromosikan, menyokong dan memiliki bahan serta mengagihkan dana yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas itu.

Mengulas lanjut, Ramesh menegaskan sekiranya mengikut Akta Tubuh Parti 1996, DAP sebagai sebuah parti politik telah berjanji untuk taat kepada undang-undang Malaysia, namun sebaliknya berlaku.

“Bila kata nak tubuhkan parti politik kamu dah janji nak taat kepada undang-undang. Tetapi kamu tak taat. Bila negara kata komunis itu haram, kamu pulak lawan, nak bawa abu mayat Chin Peng. Dah nampak sangat besar kepala.

“Yang kedua, bila kerajaan Malaysia kata pengganas tu pengganas, kamu masih meneruskan dalam PRU14, kamu guna ketua pengganas, untuk menghasut kaum India Malaysia. Nak cabar undang-undang Malaysia ke, besar sangat ke kamu ni?,” soalnya.

Mengulas mengenai agenda DAP, Ramesh yakin parti itu adalah ‘pakar’ mencetuskan sentimen perkauman dalam negara ini.

“Kita tahu bagaimana mereka wujudkan sentimen perkauman untuk kaum India benci Barisan Nasional. Isu kematian Kugan misalnya, orang India bawa banner ‘Polis dahagakan darah orang India’ dan sebagainya. Isu ini telah membuatkan kaum India benci BN tanpa mengetahui punca kematian.

“Isu Teo Beng Hock pula mereka (DAP) hasut kaum Cina, jadi perpaduan kaum di Malaysia terus renggang, DAP puncanya. Agak sedih lah apabila ini berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Ramesh berkata, parti rasis dan cauvinis DAP ini telah melanggar undang-undang negara sejak tahun 2009.

“DAP sudah lama langgar undang-undang. Cuma kerajaan dulu terlampau berlembut. Dia bagi muka sangat. Mungkin BN berlembut untuk menjaga hati kaum India. Tapi cukuplah, sudahlah, dah dekat 10 tahun berlembut,” katanya. - www.ismaweb.net

Thursday, October 17, 2019

Malaysia Wilayah LTTE

Tidak mustahil kumpulan diaspora LTTE tuntut wilayah di Malaysia
SHAH ALAM - Tindakan polis menahan 12 individu termasuk dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membantu siasatan berkaitan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) adalah langkah diradikalisasi dan mencegah sebelum diaspora perjuangan mereka menjadi 'barah' kepada negara ini.

Pakar Kajian Strategik Antikeganasan dan Diradikalisasi dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Profesor Madya Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, diaspora perjuangan LTTE sebenarnya sudah berkembang sangat pesat di negara ini dan digerakkan sepenuhnya pemimpin menggunakan platform parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kebajikan.

Menurutnya, sekiranya langkah diradikalisasi aktiviti kumpulan itu tidak dilaksanakan awal, tidak mustahil kumpulan ini turut menuntut wilayah pembebasan keturunan Tamil di Malaysia sebagaimana tuntutan mereka terhadap negara Sri Lanka.

"Hasil kajian saya di lapangan membuktikan aktiviti penggerakan operasi kumpulan diaspora LTTE kini semakin diperkukuhkan dengan perlindungan diberikan oleh pemimpin-pemimpin politik terutama dari DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Meskipun organisasi LTTE disahkan tamat operasi pada tahun 2009, diaspora perjuangan mereka disambut sebilangan masyarakat India di negara ini yang majoriti terdiri keturunan Tamil dibawa kerajaan British dari selatan India sebelum merdeka.

"Justeru langkah awal polis melaksanakan tangkapan terhadap pemimpin dikaitkan kumpulan LTTE adalah tepat kerana tidak mustahil kumpulan diaspora ini akan menuntut pula wilayah di negara ini suatu hari nanti," katanya kepada Sinar Harian.

Dr Mizan berkata, ancaman paling berbahaya boleh dihadirkan kumpulan diaspora LTTE ini adalah mereka mampu melaksanakan agenda keganasan secara sistematik dan berkeupayaan mencetuskan konflik keharmonian kaum yang membawa kepada rusuhan kaum.

Katanya, kumpulan diaspora LTTE ini juga mampu memberi kesan negatif kepada negara apabila masalah luar terutama membabitkan konflik di Sri Lanka dan India dibawa masuk ke negara ini.

"Mereka merupakan kumpulan pertama menjalankan modus operandi letupkan diri serta satu-satunya kumpulan pengganas yang membunuh dua perdana menteri.

"Mereka juga merupakan sebuah kumpulan pemberontak yang menggunakan kanak-kanak dan wanita untuk menjalankan operasi mereka di seluruh India, Pakistan dan Sri Lanka.

"Saya yakin sesi penangkapan individu berkaitan dengan LTTE akan terus dijalankan polis demi menangani sebarang penentangan yang akhirnya menjadi 'barah' negara ini," katanya.

Sementara itu, Penganalisis Pertahanan dan Perunding Keselamatan, Muhammad Fuad Mat Noor menegaskan tindakan itu penting bagi mengelakkan Malaysia dijadikan medan konflik secara tidak langsung antara dua pihak bertelagah iaitu LTTE dan kerajaan-kerajaan berkaitan seperti Sri Lanka dan India.

Menurutnya, beliau berpandangan polis mula merasakan kerisauan kumpulan LTTE menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk menyalurkan dana kewangan dan peralatan ketenteraan membantu operasi kumpulan pengganas itu.

"Selain itu, agenda penangkapan individu-individu berkaitan LTTE tidak seharusnya dipolitikkan kerana perlaksanaannya adalah untuk kepentingan negara.

"Paling penting, isu menyokong perjuangan LTTE tidak harus disamakan dengan perjuangan rakyat Palestin kerana rakyat Palestin memperjuangkan hak mereka yang sememangnya diperakui dunia, sebaliknya perjuangan LTTE tidak mempunyai asas kukuh," katanya.

Muhammad Fuad turut meminta mana-mana pemimpin politik yang mempertahankan keputusan 'bersimpati' dengan perjuangan LTTE supaya tidak bersikap 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.

Menurutnya, pendedahan penyaluran dana kewangan oleh kumpulan diaspora LTTE negara ini termasuk pemimpin politik ke kumpulan itu sepatutnya disalurkan untuk menaik taraf kehidupan dan menjaga kebajikan masyarakat India negara ini.

"Tidak wajar sekiranya pemimpin politik diangkat rakyat berbilang kaum di negara ini lebih mengutamakan perjuangan kemerdekaan kumpulan yang terletak beribu batu dari negara ini, tetapi tidak fokus kepada kebajikan masyarakat India negara ini.

"Paling penting pemimpin parti politik terlibat perlu muhasabah diri dan mengenal pasti sama ada kepentingan perjuangan negara lebih penting atau kepentingan perjuangan bersifat peribadi seperti LTTE," katanya. - www.sinarharian.com.my