KUALA LUMPUR - Akademi Sains Islam Malaysia (Asasi) menggesa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menarik balik pelantikan beberapa orang yang dianggap tidak berkelayakan untuk menganggotai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).
Presidennya, Profesor Datuk Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud berkata, langkah tersebut bertujuan mengelak orang ramai terutama pejuang bahasa dan golongan pendidik keliru tentang niat sebenar Maszlee dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.
“Apakah sumbangan yang Menteri Pendidikan inginkan daripada tokoh barang hiasan Pewter berketurunan Tionghoa dalam bidang pendidikan? Adakah bagi memudahkan penerimaan sijil Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)?
“Apa rasional melantik seorang suri rumah yang berlagak sebagai pendidik tetapi penentang tegar dasar pendidikan kebangsaan, ‘pak jeneral’ yang menolong Maszlee dalam strategi pilihan raya lalu yang tahu berperang sahaja, seorang pengusaha sekolah swasta berbahasa Inggeris dan seorang profesor ekonomi untuk menganggotai MPPK?
“Pelantikan mereka yang tiada kepakaran dalam pendidikan malah yang menentang dasar dan falsafah pendidikan negara dengan hala tuju pendidikan negara pasti akan mengundang kecaman hebat golongan pendidik yang mendukung dasar dan falsafah pendidikan negara terhadap kewarasan Menteri Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - utusan online
No comments:
Post a Comment