Yang kerap digambarkan ialah tragedi sedih menyayat hati anggota tentera, polis, pasukan keselamatan atau rakyat marhaen. Mereka dibunuh dengan kejam dan tanpa perikemanusiaan.
Pantomim itu adalah lakonan semula kejadian sebenar yang menimpa pasukan keselamatan negara. Pengorbanan para perajurit negara dalam melawan musuh demi mempertahankan tanah air daripada pengganas komunis bukan cerita dongeng. Mereka berjuang dengan sepenuh jiwa raga bersulam darah dan air mata. Kesan dan bukti perjuangan tersebut dapat dilihat sampai sekarang.
Banyak peristiwa menyedihkan berlaku ke atas anggota pasukan keselamatan sepanjang mempertahankan pertiwi ini. Kisah perjuangan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi oleh mereka yang terlibat secara langsung atau waris atau mangsa. Cerita ini kekal dalam khazanah sejarah negara.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini semacam ada satu gerakan hebat sedang berjalan untuk memberi pengiktirafan baharu kepada kumpulan haluan kiri dalam sejarah negara termasuk pengganas komunis.
Gerakan ini dipelopori oleh sekumpulan anak muda yang lahir dalam era ketika Menara Berkembar Petronas sudah lama terpacak di depan mata dan perkhidmatan LRT bersimpang siur menjalar di tengah ibu kota selain segala maklumat boleh diakses di hujung jari. Ibu bapa dan datuk nenek mereka pun barang kali lahir selepas merdeka.
Sekelompok anak muda ini yang menganggap mereka sebagai ‘aktivis’ dan berpegang kepada ‘idealisme suci kebebasan bersuara ‘meminta sejarah negara berhubung gerakan haluan kiri dikaji semula dan diperbetulkan. Mereka mahu ‘kebaikan’ perjuangan kumpulan itu dimasukkan dalam buku teks sekolah.
Anak-anak muda ‘hebat’ dan ‘berbakat’ ini secara lantang meminta agar sumbangan golongan haluan kiri termasuk komunis dalam sejarah negara diberi tempat yang sewajarnya untuk dinilai oleh para pelajar sekolah.
Bersungguh-sungguh benar kelompok ini sehingga sampai pada tahap menganjurkan wacana, pameran serta menjemput bekas pengganas berkongsi pengalaman dalam satu forum terbuka. Motifnya sudah terang lagi bersuluh.
Sejarah kejahatan dan kekejaman pengganas ini yang sudah membunuh beribu-ribu nyawa rakyat tidak berdosa selain mencedera dan mencacatkan puluhan ribu lagi sepanjang tempoh darurat tidak pula disentuh.
Salah satu kehebatan ‘era baharu’ pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 ialah keterbukaan pihak berkuasa dalam berhadapan dengan isu dan gerakan seperti ini. Walaupun insiden ini menjadi bualan sehingga menimbulkan kegelisahan rakyat, setakat ini tidak ada sebarang tindakan diambil. Malah pihak yang ada kuasa pun ketika diminta reaksi, kebanyakannya memberi jawapan selamat dan ‘cuci tangan.’
Isu ini tidak boleh dibiarkan berpanjangan. Mengambil kira amalan keterbukaan kerajaan pada hari ini, apa kata kerajaan penuhi sahaja tuntutan kumpulan ini. ‘Perbetulkan’ balik sejarah dan ‘sumbangan besar’ gerakan haluan kiri termasuk komunis dalam teks sejarah sekolah. Kalau dulu mereka petualang, ubahkan sahaja menjadi pejuang negara!

Oleh : Rozaman Ismail
No comments:
Post a Comment