Walaupun pilihan raya hanya berlangsung lima tahun sekali, rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak sekolah rendah sudah kenal UMNO, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Warisan Sabah (Warisan), MIC, MCA dan DAP.
Ada yang berhujah dengan berpaksikan fakta dan disokong oleh faktor kebenaran. Namun tidak kurang juga mengeluarkan kata-kata jelik sehingga menyakitkan hati pihak sebelah dan akhirnya mencetuskan perbalahan dan caci maki.
Semua ini adalah warna-warni dalam kehidupan jutaan rakyat Malaysia yang semakin terbuka dalam melontarkan pandangan masing-masing. Ada yang menegur secara berhemah dan sangat berhati-hati tetapi ada juga yang mengikut nafsu tanpa berfikir panjang kesan di sebalik kata-kata keras mereka.
Rata-rata kakitangan awam di Putrajaya juga tidak terlepas daripada turut bercakap perkara sama tentang perkembangan terbaharu di sekeliling mereka. Masakan tidak kerana ada yang memilih untuk memangkah Barisan Nasional (BN) dan ramai juga yang mahu mencari pembaharuan sehingga kerajaan memerintah bertukar tangan.
Jika diperhatikan di Facebook contohnya, harapan sebilangan besar netizen ialah mahukan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji-janji yang telah dibuat dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan mereka mula mempersoalkan kemampuan kerajaan untuk memenuhi kehendak para pengundi.
Menurut mereka, sudah sampai masanya untuk kerajaan berusaha sedaya mungkin melunaskan janji-janji tersebut tanpa memberikan alasan kononnya Pakatan Harapan tidak sangka boleh menang dan mendakwa manifesto bukan janji yang perlu mengikat mereka untuk mengotakannya.
Kini, semakin ramai yang meluahkan kekecewaan apabila harga barang tidak turun seperti diharapkan walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah berada pada kadar sifar. Ini kerana peniaga tetap mengaut keuntungan walaupun amaran keras sudah diberikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.
Begitu juga dalam soal penurunan harga minyak, impian rakyat untuk menikmati harga petrol RM1.50 sen seliter seperti hanya satu ‘harapan’ yang sangat memeritkan. Alasan yang diberi adalah kerajaan sudah menanggung RM3 bilion subsidi minyak sehingga hujung tahun ini.
Alasan hutang negara sering kali dijadikan modal dan suka atau tidak rakyat perlulah berlapang dada untuk menerima penjelasan kerajaan itu, kerana saban hari rakyat dimaklumkan hutang negara menjadi punca janji-janji itu tidak dapat ditunaikan.
Jika dahulu kerajaan sekarang adalah pembangkang, sekarang ini mereka sudah duduk di dalam pejabat-pejabat kerajaan dan sudah tentunya alasan-alasan yang diberikan semakin sukar untuk diterima bulat-bulat oleh rakyat yang mengharapkan imbuhan daripada mereka.
Kebelakangan ini rakyat dikejutkan pula oleh isu-isu lain seperti penggunaan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan, mempersoalkan status dan hak orang Melayu Islam dan mereka mula menyifatkan perkembangan ini sudah mula membawa bibit-bibit perpecahan dalam perpaduan kaum di Malaysia.
Orang Melayu nampaknya mula ‘tersentak’ dan ada yang sudah terluka dengan perkembangan yang selama ini dibimbangi akan berlaku. Jika dalam kempen pilihan raya lalu ada pemimpin yang mendakwa UMNO sengaja menggunakan isu agama dan perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak memilih parti-parti tertentu tetapi nampaknya semakin jelas apa yang dibimbangi itu mula berlaku secara perlahan-lahan.
Ibarat api dalam sekam, dasarnya nampak molek namun di bawahnya mula membakar secara diam. Adakah orang Melayu mula melihat garis sempadan yang selama ini dijaga rapi semakin terobek dan terbelah? Adakah ia amat pedih dan menyakitkan?
Harapan rakyat harus dipandang serius. Jangan nanti sehingga menangkis keyakinan dan kepercayaan mereka kepada kerajaan.
Dad jadi . Org yg undi PH suka la ! !
ReplyDeleteaku tak menyesal, aku undi Ph, Pangkah PKR, ko bising pasal ni apasal, BEG BIJAN a.k.a Bojan harga 1.5 million ko tak cakap dalam ni, Kenapa?
ReplyDeleteOi anon bodoh. Najib tu keturunan kesultanan bugis. Nenek moyang dia merantau ke pahang dah lama. Siap dapat pangkat Orang Kaya Syahbandar lagi kat pahang. Kalau mahathir start jd PM tahun 80-an anak2 dia boleh kaya raya, bayang le nenek moyang najib yang kaya raya datang ke pahang dari tahun 1600 lagi. 1600-an okay, bukan 1960. Berapa generasi dah kaya diorang ni.
DeleteKalau kau tu miskin, baru nak kenal handbeg mahal, memang la kau meroyan. Sebab? Sebab pertama, barang2 tu bukan level-level kau, sebab tu kau meroyan. Kejutan budaya. Jenis miskin batak. Orang macam kau ni le PH cari nak bagi kau marah 24 jam. Dah marah, suruh makan taik pun kau makan, otak dah tak boleh pikir. Undi kau je diorang nak. Sebab tu kena bodohkan otak kau yang dah sedia bodoh tu.
Setakat beg juta-juta apadahal kalau harta nenek moyang dah berbillion. Ingat keturunan najib tak pandai berniaga ke apa. Kau kawin, orang datang bagi hadiah, ada kau nak tolak? Tapi, hadiah yg kau dapat tu, hadiah level2 orang miskin macam kau lah. Anak najib kaiwn, hadiah yg dia dapat, level2 macam dia la, harga mahal. Itu bezanya najib dengan kau.
Kalau kau ingat semua orang kat malaysia ni bodoh dan miskin macam kau, ah, pegi mampus la kau meroyan sorang 24 jam. Memang tak boleh ditolong.
Orang macam ni, memang sesuai jadi mangsa tipu PH. Kah kah kah
Jenis malas membaca, takda ilmu, memang sesuai la sangat jadi zombi politik. Kesian. Sila meninggal.
Ha HA HA, aku gelak Menganjing kat ko, ko CGPA berapa dapat 0.7, aku 4 Flat, ko ada, ada ke cakaple, ko tu bodoh dan sombong, sekarang jawatan aku dalam kabinet, ko ada, ada tak? list aku dalam 29 menteri dalam Ph. ko ada tak?
ReplyDelete