KUALA LUMPUR – Provokasi perkauman dan jenayah ekstremis terancang akan bermaharajalela sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dimansuhkan.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, SOSMA adalah satu akta yang adil dan mengikut undang-undang negara.
“SOSMA hanya boleh menahan seseorang selama 28 hari sahaja sebelum dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan dan jika didapati tidak bersalah, tahanan boleh dilepaskan.
“Sebelum ini kita sudah mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kali ini SOSMA pula ingin dimansuhkan. Undang-undang lembut macam mana lagi yang kita mahu laksanakan?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan memansuhkan SOSMA yang dilihat tidak telus bagi memberi keadilan kepada semua rakyat.
Jelas Dr. Mahathir, rakyat berhak untuk dilindungi oleh undang-undang yang adil dan bukannya bersifat zalim kepada rakyat seperti dilaksanakan kerajaan terdahulu.
Menurut Musa, mereka yang ditahan di bawah SOSMA melakukan jenayah yang besar seperti penyeludupan manusia dan aktiviti keganasan jenayah terancang.
“Sekarang ini semakin ramai anggota kumpulan militan Daesh ditangkap dan itu adalah ancaman serta disiasat di bawah SOSMA. Sebab itu kena ada undang-undang yang tegas demi keamanan negara,” jelasnya.
Ujar beliau, perlu ada sebab khusus mengapa akta itu hendak dimansuhkan kerana tahanan diberi peluang untuk dibicarakan di mahkamah dan perkara itu adalah adil buat mereka.
Menurut beliau, negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat juga memiliki undang-undang jauh lebih keras seperti Akta Patriot yang membolehkan seseorang itu ditahan di mana-mana sahaja di seluruh dunia.-utusan malaysia
Mengapa tiada tindakan?
MUKADIMAH
Nama pertubuhan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tidaklah sehebat organisasi Daesh, ISIS atau Islamic State (IS).
Boleh dikatakan, pergerakannya agak kabur di negara ini. Disebabkan itu, ada yang menganggap kewujudan LTTE di sini sebagai tidak penting. Namun hakikatnya organisasi itu telah membunuh puluhan ribu insan tidak berdosa di Sri Lanka, khususnya orang Islam. Justeru, pergerakan LTTE ini tidak boleh dipandang ringan.
Wartawan Utusan Malaysia, SHARILFUDDIN SAARImendapatkan penjelasan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, antara individu yang menentang kumpulan itu.
Utusan: Mengapakah Datuk bersungguh-sungguh membantah perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)?
LTTE sama seperti organisasi pengganas yang lain. Kita boleh membacanya dalam banyak laporan di peringkat antarabangsa tentang keganasannya. Sebab itu, kita merasa susah hati kerana kewujudan aktivis mereka di negara ini.
Ada yang mengaitkan bahawa isu LTTE ditimbulkan, tidak lain untuk membalas bantahan pihak tertentu terhadap pendakwah bebas Dr. Zakir Naik. Apa komen Datuk?
Ini bukan soal Zakir Naik. Ini soal keselamatan negara. LTTE telah membunuh umat Islam dengan kejam. Kebencian LTTE terhadap umat Islam dibuktikan dengan serangan bom di masjid-masjid.
Apa komen Datuk terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dalam isu Dr. Zakir Naik.
Ramasamy pernah membantah kerajaan untuk mengekstradisi anggota LTTE ke Sri Lanka apabila ditahan di sini (pada 2014). Tetapi dalam soal Zakir Naik, beliau menyuruh pendakwah itu diekstradisi pula ke India. Ini menunjukkan sikap beliau yang memberi layanan berbeza. Malah saya dapat melihat sikap anti-Islam yang ada pada Ramasamy, mempunyai ciri-ciri yang serupa dalam perjuangan LTTE.
Ramasamy iaitu individu yang dikaitkan dengan LTTE, telah menafikan pembabitannya. Apa komen Datuk?
Walaupun Ramasamy cuba menafikan pembabitannya, tetapi bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan beliau adalah seorang aktivis LTTE. Ini termasuk gambar sembahan kepada senjata AK-47 (yang dikaitkan dengan ritual LTTE) dan ucapan-ucapan beliau dalam majlis-majlis LTTE yang dihadirinya. Ramasamy juga pernah membela anggota LTTE yang ditahan di negara ini selain menjemput anggota LTTE sebagai tetamu dalam majlisnya. Banyak lagi kenyataan beliau yang tidak boleh dinafikan mempunyai hubung kait dengan LTTE dan perkara ini mestilah disiasat oleh pihak polis kerana berbahaya. Kita lihat ada individu yang hanya memiliki beberapa buah buku berkaitan ISIS telah dihukum (didakwa) kerana disabitkan dengan keganasan. Bagaimana pula individu seperti Ramasamy yang sehingga hari ini belum diambil tindakan (oleh pihak berkuasa) sedangkan pembabitannya (dengan LTTE) jauh lebih jelas jika dibandingkan orang yang memiliki buku (Daesh).
Apa komen Datuk terhadap DAP yang sehingga hari ini masih membisu dalam isu ini?
Saya merasa dukacita dan hairan dalam hal ini kerana tiada pimpinan DAP yang bersuara. Saya tidak pasti adakah kerana mereka hendak menunggu siasatan polis atau bagaimana. Namun, sekurang-kurangnya saya berharap bahawa pemimpin DAP dapat meminta supaya polis menyiasatnya (pembabitan Ramasamy dengan LTTE). Saya juga meminta semua rakyat negara ini tanpa mengira agama, latar belakang dan parti politik supaya menggesa agar satu tindakan tegas dan siasatan mesti dilakukan terhadap Ramasamy. - utusan malaysia

Ada seorang Sri langka kenalan dalam penerbangan kl-landon 2016 january nama mr eka/erkhga..bercerita berkenaan ltte..kalau lah ramasamy ni adalah under ground supporter..
ReplyDelete