Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), iaitu sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjelang 2050 penduduk dunia akan mencecah 9.1 bilion orang dan pengeluaran makanan perlu ditingkatkan 70 peratus untuk menepati keperluan ketika itu.Di Malaysia, Jabatan Perangkaan mengunjurkan penduduk negara akan berkembang daripada 31.7 juta tahun ini kepada 38.6 juta pada 2040. Angka ini mungkin akan mencecah 40 juta orang pada tahun 2050.
Dengan keluasan tanah yang kekal sama, dan sumber yang kian terbatas, cabaran kita adalah bagaimana untuk memenuhi keperluan makanan yang semakin mendesak pada masa depan. FAO melihat food security atau jaminan makanan sesebuah negara itu daripada beberapa faktor, iaitu bekalannya (availability), kemampuan rakyatnya (affordability) serta keperluan nutrisi dan keselamatan makanannya (quality and safety).
Negara seperti Singapura, walaupun amat kurang menghasilkan makanannya sendiri, sering diletakkan antara yang teratas dari segi jaminan makanan, kerana purata rakyatnya berpendapatan tinggi dan mampu membeli dari negara luar.
Namun, kebergantungan seperti ini sebenarnya tidak menjamin sepenuhnya bekalan makanan untuk sesebuah negara. Faktor ekonomi, logistik mahupun geopolitik sering menghidangkan ketidaktentuan yang mungkin menggugat status quo yang dinikmati. Menerusi usaha kerajaan yang berterusan sejak bertahun lamanya, Alhamdulillah kita telah bangunkan satu sektor pertanian yang berjaya memenuhi sebahagian besar keperluan makanan negara.
Merintis
Tahap Sara Diri (SSL) untuk bahan makanan utama berada pada kedudukan yang selesa, terutama beras, ayam, telur, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.Industri ternakan negara, contohnya, mampu membekalkan hampir semua ayam, telur dan ikan yang kita perlukan.
Namun jika dikaji dengan lebih mendalam, sebenarnya bekalan produk-produk ini masih belum benar-benar terjamin. Ini adalah kerana kita mengimport hampir 100 peratus bahan mentah untuk makanan ayam dan ikan yang kita ternak, iaitu jagung bijirin dan soya. Itulah sebabnya kerajaan sedang merintis jalan ke arah penanaman jagung bijirin supaya kita kurang bergantung kepada bekalan negara luar.
Selain itu, jika satu ekosistem baru dapat diwujudkan dalam bidang jagung bijirin ini, ia bakal membuka peluang besar kepada para pengusaha di sepanjang rantaian nilainya. Ini termasuk mereka yang terlibat dalam pembenihan, penanaman, baja, penuaian, pengeringan, pengumpulan, pemprosesan, logistik, penjualan, pengeksportan dan pembiayaan.
Selain kecukupan makanan, kualiti dan nilai khasiat makanan yang dihasilkan juga penting. Sama ada kita hendak wujudkan generasi bijak ICT yang mampu menerajui ekonomi digital, mahupun kita mahu bentuk sepasukan pemain bola sepak yang mampu membawa negara ke Piala Dunia – permakanan hari ini akan menyokong pembangunan negara masa depan.
Atas matlamat inilah kerajaan kini sedang merangka untuk membangunkan industri tenusu negara, dimulakan di dua “Lembah Tenusu”, iaitu di Muadzam Pahang dan Keningau Sabah. Ini akan mengurangkan kebergantungan kita kepada susu import, yang kini berjumlah RM2.8 bilion setahun, dan pada masa yang sama memastikan bekalan susu segar yang berkhasiat untuk anak-anak kita.
Kepada banyak negara besar, agenda pengeluaran makanan bukan lagi dilihat dari segi untung rugi, peluang pekerjaan mahupun pendapatan. Malah mereka melihat tanggungjawab memastikan rakyatnya masih bertani, masih menternak dan masih ke laut adalah keutamaan terpenting yang perlu dipertahankan.
Kerana mereka tahu, negara yang tidak cukup makan adalah negara lemah yang terdedah kepada pelbagai ancaman. Semua ini menggambarkan bahawa bidang penghasilan makanan bukan sahaja menyumbang kepada ekonomi, tetapi mempunyai kepentingan strategik lebih besar. Kedaulatan makanan adalah asas kekuatan negara.
Masa depan Malaysia yang kekal makmur dan merdeka bakal ditentukan oleh suatu sektor agromakanan yang boleh berdepan apa jua cabaran. Ia bakal ditentukan melalui keupayaan kita untuk melahirkan generasi agropreneur muda yang mampu menjadi pelapis kepada wira-wira petani, penternak dan nelayan kita hari ini. Selamat Hari Makanan Sedunia!

Oleh :Ahmad Shabery Cheek
No comments:
Post a Comment