BARU-BARU ini saya mengambil seorang kenalan yang baru pulang dari luar negara. Masuk sahaja dalam kereta dia memuji negara yang dikunjunginya itu. Itu bagus, ini bagus.
Negara itu dihuni oleh orang bukan Islam, cuma ada 0.1 peratus sahaja Islam, tetapi negaranya lebih Islam dari negara yang kononnya mengaku negara Islam. Bukan sahaja orangnya begitu baik, bersopan dan santun, kebersihan amat baik, makan atas meja tidak berterabur, jumpa orang tunduk. Pendek kata semuanya sempurna.
Jejak sahaja kaki di airport kita, tanah air ini jiwa saya tiba-tiba memberontak, katanya.
“Tiba-tiba hati saya jadi panas. Bilik air di lapangan punyalah kotor dan berbau hancing.”
“Toksah cakaplah lain-lain hal kertas duduk atas mangkuk tandas pun tak ada, tisu pun lintang-pukang.”
Amarahnya cukup memuncak. “Ada ke pekerja yang ada dalam tandas itu sedang bermain dengan telefon!
“Saya lagi panas. Saya cakap kuat kat dia (pekerja asing itu) “jangan main telefon, buat kerja” -- macam aku pula mandur. Semua orang pandang.”
Itu satu bab. Beberapa hari lalu, hujung minggu, saya menghadiri satu majlis perkahwinan. Kebetulan seseorang yang duduk satu meja dengan saya pun cakap perkara yang sama. Pasal tandas di KLIA.
Aik, saya kata dalam hati. Dia pun komplen? Sipi-sipi saya curi dengar. Dia kata KLIA sekarang tak macam dulu. Di mana silapnya? Adakah kontraktor pembersih kita adalah pembida paling murah? Jika murah maka servis yang diberikan pun murahlah, tanyanya?
Akhirnya dia melalut sehingga membandingkan CEO sekarang dan CEO dahulu, dan sebagainya.
Saya sarankan orang besar yang urus lapangan terbang kita baca ini. Why Changi International Airport is my Favourite. (http://thearticulateceo.typepad.com/my-blog/2010/09/why-changi-international-airport-is my-favourite.html).
Idea untuk menulis Cuit ini berlaku malam kelmarin. Saya pergi menemui keluarga saya warga Arab Saudi, yang tiba di KL dari Alor Setar di KLIA2. Lepas selesai bertemu saya pun singgah di tandas sebelum pulang.
Alamak, airport elok, cantik -- kata hati saya, tapi bau baja urea menusuk batang hidungku. Hancingnya. Tandas itu terletak betul-betul di tepi balai ketibaan dalam negeri. Letaklah penyembur wangi ke, kata hati saya.
Tapi semasa melamun, saya teringat beberapa bulan lalu, saya ada menerima komplen daripada seorang kenalan mengenai perkhidmatan airport kita terutamanya di KLIA yang kurang memuaskan.
Dia kata dalam WhatsApp kepada saya. Mangkuk tandas pecah, tak terurus. Siap dengan gambar dia hantar kepada saya. Tulislah sikit, rayunya kepada saya. Mungkin kerana saya sibuk, saya terlupa dengan rayuan beliau itu. Beliau pun bukan calang-calang orang. Salah seorang pengarah di Tourism Malaysia.
Dia pun frust. Dia pun banyak merantau dan melihat negara lain yang hebat. Tapi apabila di negara sendiri, naik malu dibuatnya. Jalan lubang sana lubang sini. Gerai-gerai surat khabar (newsstand) di kawasan tepi jalan sekitar KLCC, misalnya macam gerai terbiar. Malu kita.
Kenapa tak ambil contoh gerai-gerai akhbar di New York, misalnya?
Itu cerita airport. Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat di Putrajaya. Habis mesyuarat saya singgah di Masjid Putra untuk solat Asar.
Selesai solat, saya turun ke bazar makanan yang terletak di bawah masjid itu. Lapar kerana belum makan tengah hari. Ia dikenali sebagai Souq. Lama saya tak pergi di situ.
Yang ramai di situ ialah pelancong, dan ia adalah salah satu tempat lawatan pelancong.
Saya pun makan di sebuah restoran mamak di situ. Saya bersama seorang rakan, seorang wanita.
Dia kemudian masuk ke tandas di hujung gerai mamak itu. Sejurus kemudian dia duduk di meja makan dengan muka berkerut.
“Tak gamak saya masuk toilet itu. Nak duduk atas jamban pun geli. Punyalah busuk dan kotor.”
Mata saya terus melihat ke arah para pelancong yang baru keluar dari tandas itu. Muka mereka tak sekerut muka rakan wanita saya itu.
Tapi dalam hati mereka mungkin berkata “kotornya negara ini. Indah khabar dari rupa...” Jika itulah kata hati mereka, amat malu saya dengan mereka. Souq itu pun kelihatan sudah lusuh dan sudah tidak bermaya. Hati saya cukup sedih. Mutu pengurusan facilities kita sudah cukup hodoh.
Maaflah jika saya mencuit begini. Lagi pun sudah beberapa minggu saya tak mencuit. Maaflah juga kepada pihak-pihak yang terasa.
Saya cukup tersentuh dengan kata-kata rakan saya tadi “negara Islam tapi lebih teruk daripada negara kafir!”
Amarahnya ada benarnya. Kita wajib mensuci diri setelah berjunub, berwuduk -- dari kepala sampai ke kaki -- setiap lima kali bersolat waktu dan setiap kali solat sunat. Tapi cuba tengok di sesetengah tandas kita di masjid-masjid.
Cuba tengok tandas-tandas kita di kedai-kedai makan. Kebersihan tandas adalah refleksi kepada pemilik restoran itu dan pengurusan masjid itu.
Cuba tuan-tuan tengok di masjid-masjid, selepas buang air besar, ada tak disediakan sabun? Cuba survey berapa banyak masjid atau surau yang menyediakannya?
Jika tandas kotor, kotorlah pemilik premis itu. Itu pasal Singapura menjadi negara maju, kerana mereka memberi keutamaan kepada soal tandas! Tandas adalah tanda aras tamadun baharu mereka. Sekian. - Zaini Hassan

No comments:
Post a Comment