Monday, September 29, 2014

Tunang Tanpa Sedar?

LEPAS belajar nanti, awak kahwin dengan saya ya?

Okey, saya nak kahwin dengan awak."

Pernahkah kita dengar perbualan sebegini atau kita sendiri mengungkapkan kata-kata seperti di atas?

Situasi tersebut sering berlaku dalam kalangan penuntut universiti atau sesiapa sahaja yang sedang hangat bercinta.

Percaya atau tidak, ikatan janji itu, sama ada secara serius atau sekadar ‘main-main’, tanpa sedar boleh meletakkan diri sebagai tunangan orang.

Mungkin ramai beranggapan, keadaan itu hanya perkara biasa masa kini.

Mengikut perspektif dan hukum fikah, pinang bermaksud apabila pihak lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pihak perempuan. Sekiranya pihak perempuan setuju kepada hasrat lelaki tersebut, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.

Peminangan boleh berlaku sama ada melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) atau apa-apa rangkaian teknologi sedia ada dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini.

Apabila seseorang wanita itu memberikan jawapan sebagai tanda dia suka dan bersetuju kepada hasrat tersebut, wanita itu telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Dalam hal itu, mana-mana lelaki lain yang tahu akan perkara tersebut dan masuk meminang selepas berlaku ‘perjanjian’ itu, hukumnya adalah haram.

Ramai juga beranggapan dan mempertikaikan status tunang boleh berlaku dalam keadaan semudah itu kerana mereka berpendapat, selagi kedua-dua pasangan itu tidak dimaklumkan kepada kedua-dua ibu bapanya, maka pertunangan tidak boleh terjadi.

Pandangan sebegitu adalah tidak benar. Hal ini demikian kerana, walaupun tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapa wanita itu atau tidak ada sebarang ‘tanda ikatan’, seperti cincin dan sebagainya termasuk rombongan dan hantaran meminang, status pasangan tersebut sudah pun bertukar kepada tunangan orang.

Persepsi orang Melayu juga berpandangan, bertunang hanya dikira sah sekiranya berlaku dalam sebuah majlis, membawa hantaran sirih junjung dan sebentuk cincin.

Namun, Menurut Pensyarah Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal, keadaan sebegitu hanyalah satu adat dan bukannya hukum wajib mengikut Islam.

“Jika wujud ungkapan sebegitu, daripada segi Islam sudah dianggap bertunang," katanya ketika berucap pada Program Bicara Sakinah yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini.

Menurut beliau, mana-mana perempuan yang sudah berjanji untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki, adalah perlu kepadanya untuk memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia sudah ada pilihan hati dan sudah pun memeterai perjanjian ‘tidak rasmi’ kepada pasangannya.

Saturday, September 27, 2014

Isu Bahasa Asing Di Danga Bay, Siapa Salah PBT Atau DBP?

Bagaikan Berada Di Negara Asing
Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti berikut:

-untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;

-untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;

-untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;

-untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan

-untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Sumber kuasa DBP ialah  Perlembagaan Persekutuan dan Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan 1995).

Visi DBP ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dalam dunia ini. Namun perkara yang berlaku di Danga Bay, Johor Bahru sangat mengejutkan saya. Sebagai sebuah negara yang merdeka dengan mempunyai undang-undang bahasa, saya amat terkejut mengapa di dalam negara sendiri Bahasa Melayu diketepikan dengan begitu tragis, menyedihkan dan memalukan. Ianya pula berlaku di negeri Johor, yang disebut-sebut dengan bangganya sebagai ibu budaya kepada negara kita.

Misi DBP pula ialah meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu. Ianya suatu yang amat lucu apabila di dalam negara sendiri Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipulihara, dikuatkuasa penggunaannya dan paling malang ianya seolah-olah tidak bernilai.

Wawasan DBP pula dinyatakan hendak menjadi peneraju utama pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam pembinaan negara bangsa.

Dengan perkembangan terbaharu di Danga Bay, jelas membuktikan DBP tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melaksanakan wawasan mereka. Pada pandangan saya, kesilapan yang berlaku di Danga, Bay di atas perlu diambil tindakan segera oleh pihak DBP sebagai pemegang teraju utama dalam pengembangan bahasa kebangsaan negara kita. Yang jelas bahasa China, bahasa Mandarin, bahasa Inggeris bukan bahasa Kebangsaan negara kita walau apapun alasannya hatta alasan ekonomi.

Manakala Falsafah DBP ialah 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Jika bahasa kebangsaan tidak digunakan di tempat awam di dalam negara sendiri, sebaliknya bahasa asing boleh pula diletakkan dengan megah, cantik dan menarik, apakah ertinya sebuah kata-kata 'Bahasa Jiwa Bangsa' itu?

Sebagai sebuah negara yang merdeka, kita mesti menyelesaikan isu ini dengan segera. Janganlah kita berdiam diri dan berpeluk-tubuh sahaja kerana jika kita berdiam diri, kelak ianya akan menjadi perkara lumrah, dan kesannya generasi akan datang sudah tidak lagi melihat bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama, bahasa perhubungan dan bahasa perpaduan. Bagaimana hendak bercakap hal nation building jika hal bahasa kebangsaan pun tidak mampu ditangani.

Saya merayu Parlimen Malaysia melakukan sesuatu untuk memulihara martabat bahasa Kebangsaan di dalam negara sendiri. Barangkali DBP tidak ada kekuatan untuk menerobos isu ini. Amat sedih untuk berkata DBP tidur atau mati. Bangunlah.

Sumber : mymassa

Friday, September 26, 2014

Haji Selepas Ini Untuk Orang Kaya?

MEKAH - Kos mengerjakan haji semakin mahal dan meningkat dua kali ganda setiap tahun sejak lima tahun lalu.

Jika trend kos haji berharga tinggi ini berterusan, dibimbangi akhirnya umat Islam akan sampai ke tahap di mana haji hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya.

"Terdapat berjuta-juta di luar sana yang ingin mengerjakan haji tetapi gagal kerana kos perjalanan dan penginapan. Sedangkan ramai bersedia melakukan apa sahaja untuk menjalankan ibadah yang hanya sekali dalam seumur hidup Islam mereka.

"Walaupun Islam ada pengecualian terhadap mereka yang tidak mampu dari segi kewangan untuk menunaikan haji, tetapi majoriti terutama warga tua berkehendakkannya. Namun kos haji tetap menjadi halangan besar," komen editor Saudi Gazette, Mahmoud Ahmad dalam portal berita akhbar itu yang disiarkan 21 September lalu.

Menurut Mahmoud, dilaporkan kos haji pada masa ini bermula dari SR2,000 (RM1,728.25) dan mencecah sehingga SR100,000 (RM86, 412.4) dalam beberapa kes.

Malah, berdasarkan laporan, beberapa orang yang mahukan kos yang berpatutan, mendapati harganya telah mencapai SR20,000 seorang. Yang bernasib baik boleh meraih harga SR12,000.

Seseorang yang berpendapatan sederhana, kata Mahmoud, belum tentu mampu membayar harga tersebut.

"Saya ingin bertanya bagaimana seorang jemaah haji tempatan, sama ada Arab atau ekspatriat, yang dengan gaji purata SR7,000 sebulan dan dengan keluarga seramai empat orang mampu mengerjakan haji?

"Jika kita melakukan kiraan matematik yang menganggap bahawa dia akan membayar SR9,000 untuk setiap orang untuk urusan haji, maka jemaah haji ini dengan keluarga seramai empat orang ini perlu membayar SR36,000. Berapa banyak jemaah haji ini akan ambil dari gajinya setiap bulan, dengan mengambil kira sewa (rumah), yuran sekolah, makanan dan banyak perkara lain yang berkaitan?," katanya.

Mahmoud dalam kolumnya berkata, adalah tidak logik seseorang membayar sejumlah wang yang besar selama lima hari sahaja (kemuncak haji dari 9 Zulhijjah (wukuf di Arafah) sehingga 13 Zulhijjah (melontar jamrah).

"Penginapan adalah khemah dan bukan bilik lima bintang. Ia adalah khemah yang dikongsi dengan ramai jemaah lain. Makanan 'sushi' biasa dan bukan ikan mahal. Bagi pengangkutan, bas-bas biasa digunakan.

"Haji adalah (urusan) mudah, jemaah haji memakai pakaian ihram putih. Seorang jemaah haji di lapangan haji tidak diberitahu supaya menjalani kehidupan mewah sebaliknya merendah diri dan menumpukan kebanyakan masa dengan berdoa kepada Allah.

"Jemaah haji tidak memerlukan TV (televisyen) atau sofa dalam khemahnya. Urusan mengerjakan haji yang berkos tinggi tidak patut digalakkan," kata beliau.

Mahmoud berkata, beliau tertanya-tanya mengapa semua agensi perkhidmatan haji terus berkeras untuk tidak menurunkan kos haji ke tahap munasabah agar semua lapisan masyarakat mampu mengerjakan haji.

Kata beliau lagi: "Jika trend kos mahal ini berterusan, maka kita akan sampai ke tahap di mana Haji hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya.

"Sedangkan jika kita menyelusuri sejarah orang Mekah, berkhidmat untuk jemaah haji adalah satu penghormatan yang mereka banggakan." -  UTUSAN

Thursday, September 25, 2014

Tahaluf Siyasi PAS Yang Sia-Sia

DAP, Jangan Terlalu Angkuh
SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng telah memberikan signal jelas seolah-olah Pas bukan lagi rakannya.

Tanpa berselindung, Guan Eng bertegas dengan kenyataan DAP bahawa empat exco Pas yang kekal untuk mengelak Dun Selangor daripada dibubarkan itu khianat.

Malah di dalam kenyataannya yang dipetik Bernama, Guan Eng berkata, beliau mengharapkan Menteri Besar Selangor akan melaksanakan tugas mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang dicapai bersama PKR dan DAP, dengan sengaja tidak menyebut nama Pas.

Dalam krisis Menteri Besar Selangor,  boleh dilihat DAP sedikit pun tidak menyalahkan PKR – malah kini, orang memerhatikan parti ini mencurahkan segala kemarahannya pada Pas – seolah-olah segalanya berpunca daripada Pas.

Adilkah itu? Demokratikkah itu? Pas tak boleh berlainan pandangan ke di dalam Pakatan Rakyat? Tak boleh ke setuju untuk tidak setuju?

Barangkali DAP harus merenung bagaimana ia gagal memainkan peranan sebagai pendamai antara PKR dan Pas.

Satu hari nanti, mungkin DAP akan memahami apa yang perlu dilalui Pas sebagai parti apabila ada dua wakil rakyat Melayunya yang menyokong perlaksanaan hudud atas nama Islam.

Dan dua wakil rakyat DAP ini memberikan hujah bahawa mereka terpaksa membuat demikian demi kebaikan agama Islam, yang melebihi kepentingan parti, dan menegaskan mereka tidak berbuat salah.

Kemungkinan pada masa itu, DAP baru akan tersedar bahawa apa yang DAP dan PKR lakukan terhadap Pas - itulah yang seharusnya dilabel sebagai khianat – dan bukannya pada empat orang exco Pas yang merelakan diri ditohmah dan dicaci oleh para penyokong DAP dan PKR semata-mata untuk memastikan kerajaan Pakatan Rakyat terus hidup, Dun Selangor tidak dibubarkan dan melumpuhkan segala perancangan Umno untuk mengambil kesempatan pada perpecahan Pakatan Rakyat akibat Langkah Kajang PKR.


Wahai DAP, janganlah terlalu angkuh dan berlagak macam kamu sahaja yang betul dan berprinsip dalam krisis MB Selangor ini.

Seteruk-teruk kamu menghentam Pas atas isu hudud, Pas bersama Presiden dan jenteranya turun membantu kempen PRK Teluk Intan dan mengambil sikap tidak berdendam dengan kamu, dan tetap menganggap kamu sebagai rakan. Bagaimana pula kamu melayan mereka di PRK Pengkalan Kubor?

Ingatlah, bumi ini bulat. Satu hari nanti, giliran kamu pula yang berdepan dengan kegelapan dan kesejukan.

Sumber : Sinar Harian

Malangnya Nasib Bahasa Melayu Di Malaysia

ENTAH kali yang ke berapa keluhan tentang bahasa ini harus ditulis dan harus diluahkan tidak siapa dapat menjangkakan.

Rasanya harus lebih kerap kita menampakkan kekesalan tentang nasib bahasa kita di tanah air kita sendiri. Mungkin pada suatu ketika nanti ada juga mana-mana pemimpin atau pejuang bahasa akan sedar dan turut mengeluh bersama-sama kita. Mana tahu, semua boleh terjadi pada bulan-bulan yang dinamakan Bulan Bahasa Kebangsaan 2014.

Tahun 2014 menempa sejarah seolah-olah pihak berwajib bersungguh-sungguh mahu memperkasakan penggunaan bahasa Melayu bila Bulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan dan disambut selama tiga bulan berturut-turut.

Kalau benarlah bagai di kata, bahasa Melayu akan megah akhirnya. Mungkin tahun hadapan sambutannya hingga enam bulan, dah tahun selanjutnya selama sembilan bulan. Akhirnya Bulan Bahasa Kebangsaan disambut sepanjang tahun.
Tetapi itu hanyalah cerita dongeng sahaja. Walaupun tahun 2014 ini sambutannya merangkumi bulan Ogos, September dan Oktober, terasa seperti tiada langsung apa-apa acara bahasa kebangsaan di mana-mana.

Media tidak pernah menyiarkan apa-apa aktiviti tentang bahasa kecuali ada persatuan penulis mengadakan suatu perjumpaan dan sambutan di Ulu Legong, Baling, Kedah. Itupun atas inisiatif mereka sendiri.

Nampaknya bahasa Melayu betul-betul menjadi anak tiri di negara sendiri. Diuar-uarkan ada Bulan Bahasa Kebangsaan, tetapi tiada satupun sambutan yang dibuat. Kononnya sambutan selama tiga bulan, hanya hari pelancaran itu sahaja yang disebut-sebut. Nasib kamulah bahasa Melayu.

Siapa mahu gunakan bahasa Melayu? Para pemimpin negara kamu? Rakyat negara kamu sendiri? Bangsa kamu sendiri?
Yang gunakan bahasa Melayu hanyalah orang-orang kampong yang rata-rata menjadi nelayan dan petani. Orang Melayu sendiripun, bila telah maju sedikit, bahasa Melayu ditolak tepi. Banyak gunakan bahasa Inggeris terutama dalam bidang-bidang usahawan dan perniagaan.

Seringnya di TV, mana ada segmen mempromosikan barangan dan produk dibuat dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris yang kerap digunakan. Biar tergagap-gagap dengan bahasa penjajah itu, langsung tidak mahu beralih ke bahasa Melayu. Tontonlah segmen Detikniaga di TV3 kalau tak percaya .

Para pemimpin sendiri lebih mengutamakan bahasa Inggeris. Entah apa tujuannya penerangan tentang GST disampaikan dalam bahasa Inggeris padahal kumpulan sasaran adalah rakyat Malaysia sendiri yang ramainya berbangsa Melayu?
Kalau beginilah, biar sambut Merdeka kali ke-100, bahasa Melayu tetap akan layu malah boleh melayang begitu sahaja.
 Percayalah!

Oleh :  Ilham Syakima
             Yan, Kedah

Wednesday, September 24, 2014

Cintailah Sungai Kita

Sejarah kegemilangan sungai mesti dikembalikan
APABILA dicatatkan bahawa sebanyak 50 tan sampah dikutip sehari daripada Sungai Klang, kesedaran pelbagai pihak terhadap pentingnya menjaga sungai mesti ditingkatkan.

Jumlah itu sangat besar walaupun jarak atau keluasan kutipan sampah tersebut melibatkan 56 kilometer .
Pihak bertanggungjawab membersihkan sungai tersebut mengakui bahawa adalah sukar untuk menangani kerja-kerja tersebut sekiranya tiada kesedaran orang ramai terhadap pembuangan sampah.

Menurut catatan dan kajian juga, kebanyakan sungai di negara kita menghadapi pencemaran yang serius. Kesannya dirasai oleh penduduk setempat terutamanya yang menjadikan sungai sebagai tempat mencari rezeki dan sebagainya.

Di Malaysia, 17 peratus sungai dikatakan tercemar dan semakin banyak sungai akan menghadapi masalah yang sama jika tidak diberi perhatian serius.

Kajian juga menunjukkan bahawa sungai-sungai di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih tercemar dengan terdapatnya logam berat seperti raksa berbanding sungai-sungai di pantai timur. Peningkatan aktiviti perindustrian telah mengakibatkan bertambahnya pelepasan air buangan dan bahan-bahan lain ke dalam sungai.

Kempen Cintai Sungai telah dijalankan sejak beberapa lama. Walau bagaimanapun, kesan positif hasil daripada kempen yang diadakan seolah-olah tidak berhasil. Pencemaran sungai terus berlaku di mana-mana sahaja sehingga menimbulkan pelbagai masalah dan reaksi. Hakikatnya, pelbagai langkah yang lain boleh dilakukan untuk menyelamatkan sungai di negara kita.

Salah satunya adalah dengan mengadakan kempen secara bersepadu di seluruh negara. Hal ini bermakna tanggungjawab kita terhadap sungai menjadi lebih besar supaya keadaan sungai sentiasa terkawal.

Kempen bersepadu mengenai pentingnya penjagaan ke atas sungai perlu dilakukan secara berterusan. Ini bermakna kempen ini tidak boleh dibuat secara bermusim. Dengan cara ini, orang ramai sentiasa diingatkan tentang pentingnya menjaga sungai.

Menyedari hakikat ini, semua pihak mesti berganding bahu dalam menangani masalah pencemaran sungai yang semakin kritikal.

Jika langkah yang lebih berkesan tidak diambil oleh pihak yang terbabit, kita pasti akan berdepan dengan pelbagai kesan negatif dalam jangka masa yang panjang.

Tidak ketinggalan juga, skop pendidikan di sekolah sebagai usaha mendidik generasi muda agar mencintai sungai perlu diperluas. Generasi muda kini mungkin tidak menyedari akan kepentingan sungai apatah lagi bagi mereka yang tidak menjadikan sungai sumber rezeki atau sumber air yang paling utama.

Oleh hal demikian, generasi muda mesti dijelaskan mengenai kesan-kesan negatif jika sungai tidak dijaga dengan baik.

Salah satu kesan negatif yang perlu dijelaskan kepada mereka adalah banjir kilat. Sungai yang dipenuhi sampah-sarap tentunya menyekat pengaliran air terutama ketika berlaku hujan lebat.

Mereka juga perlu diberitahu bahawa di sungai boleh dilakukan pelbagai aktiviti seperti ternakan ikan dalam sangkar dan sungai juga sebagai destinasi pelancongan.

Seharusnya, sungai sebagai sumber alam perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas mesti dilaksanakan supaya tindakan yang sewajarnya dapat dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan sungai. Denda paling maksimum mesti dikenakan supaya pencemaran ini tidak terus dilakukan sewenang-wenangnya.

Rondaan oleh pihak-pihak berwajib mesti dilakukan dengan lebih kerap supaya pencemaran sungai tidak dilakukan oleh mana-mana pihak. Di samping itu, penghuni kawasan setinggan mesti dipantau kerana mereka ini dikatakan sebagai golongan yang gemar membuang sampah ke dalam sungai.

Dalam pada itu, kempen mengenai pencemaran sungai mesti diperluas sehingga ke kilang-kilang kerana mereka ini juga dikatakan penyebab pencemaran sungai.

Kilang-kilang yang tidak mempunyai tanggungjawab terhadap sungai akan membuang sisa-sisa kilang mereka ke sungai dan sudah tentu menyukarkan usaha membersihkan sungai di samping kos yang terpaksa ditanggung oleh sebab sikap negatif tersebut.

Sebelum nasi menjadi bubur, kerjasama pelbagai pihak sangat penting untuk menangani pencemaran sungai. Sejarah kegemilangan sungai mesti dikembalikan. Sungai mesti dijadikan tempat tumpuan sama ada untuk beriadah, mencari rezeki dan menaikkan imej negara.

Oleh : M Jasni Majed

Monday, September 22, 2014

5 Bentuk Keintiman Yang Paling Diinginkan Kaum Lelaki

Sebagai kaum perempuan tentu anda ingin selalu membahagiakan pasangan dengan permainan seks yang mahir dan baik. Pernahkah anda berfikir, apa sebenarnya yang diinginkan pasangan ketika bercinta?

Mungkin jawapan yang sering muncul dari soalan tersebut adalah orgasme, seks oral atau sentuhan fizikal. Secara umum jawapan tersebut memang benar, namun ada beberapa perkara penting yang wajib anda tahu mengenai bentuk seks yang diinginkan oleh lelaki.

Pastinya anda semua ingin tahu apakah 5 bentuk seks yang diinginkan oleh lelaki itu....
Perempuan yang bercakap nakal 
Mungkin kaum perempuan tidak sedar dengan hal ini. Sebetulnya, kaum lelaki memang menyukai ketika pasangannya bercakap nakal saat bercinta. Namun terkadang tidak semua perempuan selesa dengan gaya bicara yang demikian. Tapi tidak ada salahnya jika kamu cuba mengatakannya sebagai bentuk ekspresi, dipastikan pasangan anda akan senang dan akan selalu memberikan kepuasan secara maksimum.

Beri si dia kejutan 
Siapa bilang kejutan hanya diperuntukkan bagi kaum perempuan. Ternyata lelaki juga suka dengan kejutan. Untuk urusan ranjang, lelaki selalu ingin menikmati sensasi baru walaupun mereka seringkali mahukan sebuah kejutan baru dari anda. Lakukan seks spontan ketika sedang menonton televisyen atau duduk santai di ruang keluarga, dijamin keadaan ini akan membuat si dia terperanjat dan merasa bahagia luar biasa.

Cari kedudukan baru 
Lelaki ternyata juga ingin anda mencari idea-idea baru tentang gaya bercinta. Lelaki suka sekali dengan perempuan yang selalu bereksperimen dengan kedudukan seks baru, untuk itu kamu jangan berlengah untuk mengajak suami mempraktikannya. Dijamin suami anda akan suka. Inilah bentuk seks yang diinginkan oleh lelaki.

Si dia ingin mengambil peranan
Lelaki suka sekali mengendalikan tubuh perempuan saat bercinta. Untuk itu biarkan saja ketika suami anda menggerakkan tubuh terutama ketika posisi woman on top. Pasti ia akan merasa sangat perkasa jika berjaya membuat anda lemah tak berdaya dan merasa puas.

Si dia ingin melihat keindahan tubuh anda 
Mungkin kebanyakan perempuan merasa malu ketika tubuhnya dilihat secara menyeluruh, terlebih tanpa menggunakan sehelai kain pun. Tapi ternyata keadaan ini sangat disukai oleh kaum lelaki dan akan membuatnya semakin tergila-gila.

Itu tadi adalah beberapa bentuk seks yang diinginkan oleh lelaki. Jika anda ingin mendapatkan perhatian penuh dari pasangan, tak ada salahnya untuk mempraktikkan 5 cara diatas. Semoga sedikit pedoman menarik yang disampaikan dapat menambah wawasan anda.

Anonymous

Saturday, September 20, 2014

PAS Kini : Marxisme-Leninisme-Sosialisme

Pas Mengenepikan Perjuangan Negara Islam
AWANG terpegun dan terkejut dengan tindakan wakil Pas Wilayah Persekutuan Dr. Azhari Ariffin membaca doa berkisar mengenai musuh dalam selimut di dalam parti itu.

Ia memperlihatkan, Pas yang kini diterajui oleh dua ideologi yang berbeza sedang bergolak.
Bagi Awang apa yang berlaku adalah sesuatu yang amat malang.

Pas sepatutnya, dalam sistem negara ini, harus wujud sebagai parti Melayu kedua selepas UMNO. Kedua-dua parti yang menjadi musuh tradisional itu harus kuat.

Kedua-dua parti ini sepatutnya menentang musuh-musuh yang lain, terutamanya DAP yang membawa ideologi sosialis yang sama sekali bertentangan dengan dua parti Melayu itu.

Ini tidak, dalam keadaan kecelaruan mereka mengetepikan perjuangan negara Islam dan sebaliknya menerima konsep negara berkebajikan yang jelas sekali merupakan anutan Marxisme-Leninisme berlandaskan sosialisme.

Malang sungguh kerana ego agaknya, atau kerana terlalu teringinkan kekuasaan, mereka telah menggadaikan falsafah mereka sendiri.

Bukan sahaja DAP yang terlalu menebal cauvinis sifatnya, PKR yang turut dipegang oleh Pas pula tiada mempunyai falsafah perjuangan yang jelas.

Maka Pas kini tersepit di antara kepercayaannya dan juga nafsu-nafsinya sendiri. Diparahkan lagi keadaan, ada antara pemimpinnya terlalu memuja pemimpin lain sehingga menderhaka kepada kepemimpinan dalam partinya sendiri.

Parti Pas kini sudah menjadi Keluarga 69.

Bisik-Bisik Awang Selamat
......................................................................................................................................................................
Doa Wakil Pas Wilayah Persekutuan Dr. Azhari Ariffin
Allah tahu niat setiap daripada kita, saya mohon kepada semua, pimpinan, ahli, pemerhati bentang segala masalah kepada Allah, munajat, doa dan bentangkan masalah dengan khusyuk dan tawaduk dan biarkan Dia selesai masalah kita.

Saya mohon izin dan doa, harap dilindungi kami semua daripada individu yang curang kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui isi hati setiap ahli.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami di atas segala kelalaian kami, janganlah hukum jika kami terlupa, jangan beri beban terlalu berat. Kami tidak bimbang akan perpecahan yang berlaku dalam kalangan musuh kami (UMNO) tetapi kami bimbang akan perpecahan yang berlaku dalam kalangan kami yang bukan sahaja khilaf pendapat tetapi khilaf hati yang mendorong perpecahan sehingga berlaku kejadian boikot, benci, dendam, geram dan marah.

Yang muda tidak hormat yang tua, yang tua tidak kasih kepada yang muda, Presiden diperlekeh, akhlak jemaah mula menjadi bahan tawa seperti daun ketum yang mengkhayalkan ahli daripada pemimpin.

Ya Allah, kami perlu jadikan isu UMNO di Terengganu sebagai contoh, krisis Menteri Besar berakhir dengan Presiden parti sahaja yang bercakap, mengarah dan membuat keputusan.
 Tiada bantahan oleh Timbalan Presiden. Kami lihat ahli majlis tertinggi mereka tidak kemaruk keluarkan kenyataan bercanggah, tak buat kenyataan akhbar secara melulu.

Apakah mereka yang faham sikap patuh kepada pemimpin, kami malu kepada musuh, kami tuduh mereka sekular, tidak mengikut ajaran Islam tetapi mereka dilihat lebih patuh kepada-Mu. Betapa koroknya akhlak kami, kami malu, rupa-rupanya kami jengkel dalam akhlak berjemaah.

Kajang Move merupakan keputusan daripada tahaluf siyasi, ia permain rakyat dalam memilih pemimpin. Apa hikmahnya, keputusan dangkal itu disambut dengan ceria ahli bawahan biarpun bercanggah dan tidak dibawa berbincang. Ahli dan kepimpinan UMNO lebih patuh dan taat berbanding kami yang tidak ikut arahan Presiden dan Majlis Syura Ulama. Jangan hina kami, Ya Allah berbanding mereka, didiklah pemimpin kami untuk lebih cermat dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ya Allah, bencana boleh berlaku bergantung kepada percakapan, simpan rahsia dan jangan bocorkan. Kami bersyukur kerana mempunyai pemimpin seperti Allahyarham ustaz Datuk Fadzil Mohd. Noor.

Ahli Pas perlu dididik bahawa tiada acuan lain selain Pas, tiada usrah selain Pas, tiada tamrin selain Pas, tiada lagi kepatuhan lain selain kepada Majlis Syura Ulama, apatah lagi mencipta kepatuhan kepada parti lain.

Ya Allah, jauhilah individu khianat daripada parti kami kerana nila setitik rosak susu sebelanga, sekarang ini di dalam pas ada dua titik nila iaitu nila cap Hulu Klang dan nila cap Morib. Ambil tindakan disiplin terhadap mereka, ambil tindakan kepada siapa-siapa yang khianat. Kita perlu kukuhkan pakatan rakyat untuk kalahkan UMNO kerana matlamat hanya satu, seperti kucing matlamatnya hanya untuk menangkap tikus.

Istiqamah dan berprinsip me­lalui tahaluf siyasi, kami tidak mahu tahaluf siyasi tapi agama Islam dirobek oleh pemikiran Islam liberal, kami tidak mahu dengan tahaluf siyasi yang tidak menghormati raja.

Ya Allah, dengan senang rakan pakatan memancing ahli kami, buka hati untuk kaji semula tahaluf siyasi. Jika ia wajar, biarkan ia untuk terus memperjuang agenda Islam, Melayu dan negara, jika tidak, tunjukkan jalan keluar.

Ahli-ahli kami bukan hampas bagi mereka, sewaktu tempoh berkempen minta kami bantu tetapi pemimpin kami dilayan seperti itu. Jika perjuangan ini betul, kukuhkan tahaluf siyasi, tetapi sekarang terpalit dengan fitnah.

Ahli parti perlu memberikan sokongan kepada tiga individu di dalam parti, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Tetapi kini apa yang berlaku adalah ijtihad salah, fundamental perjuangan yang salah dan kewujudan Pasma yang tidak seharusnya berlaku serta satu sidang akhbar yang diadakan di dewan perniagaan Cina baru-baru ini.
Ya Allah, berilah kebahagiaan dunia dan akhirat, jauh kami seksa api neraka.

Oleh : Dr. Azhari Ariffin 

Friday, September 19, 2014

Orang Asing Pandai Cari Rezeki, Kita Bagaimana?

SEBELUM cuti sekolah baru-baru ini, dua minggu penulis meronda di beberapa buah sekolah rendah terutamanya selepas waktu persekolahan. Berbagai ragam mereka dapat penulis lihat.

Apa yang hendak penulis ceritakan di sini bukan mengenai budak-budak sekolah rendah, tetapi penulis hendak fokuskan kepada peniaga-peniaga yang mencari makan dengan budak sekolah, apatah lagi budak sekolah rendah.

Apa yang penulis lihat, ramai juga peniaga dari Indonesia yang menggunakan peluang berniaga pelbagai jenis makanan ringan untuk murid-murid sekolah rendah ini.

Mereka ini bukannya membuka warung di depan atau di kiri kanan sekolah, tetapi menggunakan motosikal, tunggu di luar pintu pagar sekolah selepas selesai sesi persekolahan.

Mudah sahaja mereka berniaga, letak sebiji tong papan di belakang motosikal, kemudian ketuk paku keliling tong dan sangkut pelbagai jenis makanan ringan di paku itu.

Ini tidak termasuk bahan-bahan jualan yang terdapat di dalam tong papan itu.

Pelbagai jenis jajan dijual termasuk sate ikan yang menjadi kegemaran anak-anak sekolah. Ada dalam kalangan mereka yang menjual ais krim dan menjadi tumpuan anak-anak sekolah.

Maka tidak hairanlah peniaga-peniaga ini boleh bertahan dengan cara niaga mereka kerana sambutannya menggalakkan.
Oleh itu, tidak hairanlah juga budak-budak sekolah rendah yang mudah terpengaruh ini membawa lebih wang saku ke sekolah kerana banyak tempat yang boleh mereka berbelanja untuk mengisi perut.

Di sekolah ada kantin, di luar pula ada lagi peniaga yang menunggu dengan pelbagai jenis makanan ringan.

Di kantin sekolah, makanan dan minumannya dipantau walaupun sekali-sekala ada yang terlepas pandang sampai ada yang keracunan. Sekolah juga mensyaratkan agar apa yang dijual kepada anak-anak sekolah ini berkhasiat, mengenyangkan dan harganya pula berpatutan.

Soalnya, makanan dan minuman yang dijual di luar mampukah dipantau? Anak-anak sekolah yang pulang dari sekolah kebanyakannya terus menyerbu peniaga-peniaga tepi-tepi jalan ini tanpa menimbangkan baik buruk apa yang mereka beli. Apa yang penting, hulur duit, dapat makanan atau minuman. Sebelum ibu bapa atau bas datang, makanan sudah habis.

Anak-anak sekolah jarang memikirkan soal kebersihan makanan yang dijual kerana apa yang penting bagi mereka adalah soal mengisi perut kalau wang saku lebih selepas membeli di kantin. Kebanyakan sekolah tidak menjual ais krim yang mahal-mahal tetapi di luar ada.

Apa yang perlu dipersoalkan adalah, orang asing pandai berniaga di negara orang. Kadang-kadang, orang tempatan pun kalah dibuatnya. Mereka ini bijak mencari peluang untuk mencari rezeki di tempat orang. Apa yang orang tempatan tidak buat, mereka buat dan boleh mendatangkan duit.

Mereka ini bukan hanya berniaga di depan sekolah, malah bergerak ke serata kawasan terutamanya ke tapak-tapak pembinaan atau ke rumah-rumah kongsi dengan menggunakan kaedah sama.

Pelbagai jenis minuman dan kuih-muih digantung di tepi tong kemudian mereka masuk ke kawasan-kawasan pembinaan dan menjualnya kepada pekerja-pekerja di situ.

Daripada apa yang dinyatakan tadi jelas menunjukkan makin bertambahlah cara orang asing memperoleh rezeki di negara kita. Sebelum ini, mereka hanya bekerja sebagai buruh kemudian mula menapak dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan tetapi menguntungkan.

Di sesetengah tempat, terutamanya di kawasan padat penduduk, memang mereka sudah mula menguasai bidang niaga termasuklah warung-warung yang bukan sahaja dipenuhi oleh warga asing, tetapi orang tempatan pun tumpang sekaki.

Kita sebenarnya tidak boleh menidakkan sesiapa sahaja mencari rezeki di negara kita asalkan cara mereka sah di sisi undang-undang. Lagipun, sambutan daripada pelanggan menjadikan setiap jenis perniagaan akan bertahan lama, tidak kira siapa yang berniaga.

Apa yang perlu dipersoalkan adalah, mengapa orang kita tidak boleh memikirkan kaedah-kaedah untuk mencari rezeki di tanah air sendiri, seperti mana orang lain yang mampu mengaut keuntungan sedangkan kita pun boleh melakukannya.

Anak-anak muda di negara kita dilihat masih memilih pekerjaan, hendak cari wang dan kekayaan dengan jalan mudah. Bukan tidak boleh. Tetapi, masih banyak ruang yang boleh diisi daripada direbut orang lain.

Dalam bidang pertanian pun, jenuh hendak memujuknya. Malah, yang lulus dalam bidang pertanian pun lebih suka bekerja di kedai, jadi jurujual, angkut barang dari lori masuk ke gudang, atau paling tinggi pun dapatlah menjaga kaunter di gedung-gedung perniagaan.

Persepsi itu mesti diubah! Mulakan daripada sekarang!

Oleh : M. Jasni Majed

Thursday, September 18, 2014

Malaysia Gagal Sebagai Negara Berbilang Kaum

Tan Sri Zaman Khan yang pernah menjawat jawatan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, generasi sekarang tidak lagi menghayati makna sebenar kemerdekaan.

"Bagi saya, sungguhpun kita sudah 57 tahun Merdeka, dengan lantang saya katakan harapan dan impian kita untuk menjadi sebuah negara berbilang kaum tidak tercapai.

"Generasi muda terlupa apa yang dilalui negara kita termasuk orang Melayu sebelum kita Merdeka dulu," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider baru-baru ini.

Walaupun pelbagai kempen dan inisiatif diambil untuk menaikkan semangat serta memupuk perpaduan semasa bulan Kemerdekaan, beliau tidak merasakan matlamat tersebut berjaya dicapai.

"Kita ingat 57 tahun Merdeka dengan inisiatif dan kempen ini untuk tujuan bersatu padu dan sebagainya, tetapi saya perhatikan kita tidak berjaya mencapai matlamat itu," katanya.

Mengimbas kembali semasa berada di dalam Stadium Merdeka menyaksikan pengisytiharan Kemerdekaan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957, Zaman yang berusia 13 tahun pada ketika itu berkata, sambutan Kemerdekaan setiap tahun lebih berunsurkan politik daripada penyatuan rakyat.

"Sungguhpun ramai orang menghadiri sambutan Kemerdekaan setiap tahun, saya dukacita kerana suasananya tidak sama.

"Sekarang lebih kepada politik, buat pentas dan bendera sebagainya," katanya.

Malah, katanya, pembabitan kaum lain semasa sambutan Kemerdekaan tidak menggalakkan, sebaliknya Zaman berkata lebih ramai orang Melayu berbanding kaum India dan Cina.

Zaman yang pernah berkhidmat di bawah 4 perdana menteri berkata, punca kepada perkara tersebut berlaku ialah kerana penekanan ilmu sejarah yang lemah di kalangan generasi muda sekarang.

"Silap kita akerana tidak memberikan penekanan kepada fakta sejarah, di sekolah sepatutnya pembelajaran sejarah ini dititikberatkan," katanya.

Selain itu, katanya, suasana semasa situasi perkauman di dalam negara lebih teruk pada zaman sekarang.

"Kebelakangan ini, berdasarkan pemerhatian saya dalam media sosial, akhbar dan kenyataan ahli politik serta NGO, saya rasa rangka perkauman kita lagi teruk.

"Berbanding dulu, penyatuan antara kaum lebih kukuh dan bermakna," katanya.

Zaman berkata, selain faktor sejarah, sikap terlupa perjanjian kontrak sosial yang dibuat pada zaman dulu juga menyebabkan perpaduan antara kaum semakin renggang.

"Kita terlupa janji yang kita buat, misalnya janji berkenaan kontrak sosial.

"Sungguhpun orang terdahulu sudah bersetuju jalan itu, tetapi ia tidak dijadikan panduan rakyat kita yang majmuk untuk mematuhi kepada perjanjian itu," katanya.

Zaman berkata, tuntutan daripada kumpulan tertentu yang menyentuh kontrak sosial dan sensitiviti majoriti kaum Melayu juga dikatakan punca melemahkan perpaduan rakyat.

Selepas dua pilihan raya umum pada 2008 dan 2013, di mana pemerintah Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga, isu menyentuh sensitiviti kaum dan agama timbul.

Beberapa tindakan provokasi dan ancaman daripada kumpulan tertentu mengancam perpaduan dan kestabilan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Malaysia menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-57 baru-baru ini dan meraikan Hari Malaysia semalam, bersempena penubuhan Persekutuan Malaysia di antara Malaya, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah) pada 1963.

Melayu dan Bumiputera membentuk majoriti penduduk Malaysia hampir kira-kira 67.4% daripada jumlah penduduk 28.3 juta, diikuti Cina sebanyak 24.6%, menurut bancian yang paling terkini yang dikeluarkan pada 2010. – the malaysian insider

Wednesday, September 17, 2014

Mayat 'Diusir' Dari Kubur Selepas Cukup Tempoh

BANDAR RAYA GUATEMALA - Sebilangan mayat dari sebuah tanah perkuburan swasta di Bandaraya Guatemala di sini telah dikeluarkan dari kubur masing-masing selepas tempoh pajakan yang ditetapkan ke atas tapak persemadian mayat-mayat itu tamat tempoh, lapor portal MailOnline semalam.
Kubur-kubur itu dipecahkan oleh pekerja tanah perkuburan dengan menggunakan penukul sebelum mayat-mayat itu yang telah reput dan sebilangan menjadi seperti mumia dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam plastik serta dilabelkan.
Kebanyakan mayat-mayat yang 'diusir' itu terdiri daripada keluarga miskin yang tidak mampu menyediakan kubur untuk ahli keluarga mereka dan terpaksa menyewa tapak perkuburan buat sementara waktu.
Apabila tempoh pajakan tamat dan waris gagal membuat bayaran pajakan semula, mayat-mayat itu akan dibawa keluar untuk digantikan dengan mayat baharu.
"Suasana di perkuburan itu sangat menakutkan, namun ia tetap kelihatan menarik apabila melihat ada keluarga kepada si mati datang menuntut anggota keluarga mereka," kata Jorge Dan Lopez yang telah merakamkan gambar aktiviti menggali kubur-kubur itu.
Mayat-mayat yang tidak dituntut pula akan dikebumikan di tanah perkuburan lain secara beramai-ramai. - Agensi

Menjatuhkan UMNO Tetap Keutamaan

KOTA TINGGI 16 Sept. - Walaupun menyedari Pas dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang' dalam pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini secara terbuka mempertahankan kerjasama tersebut.

Beliau menegaskan sungguhpun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan parti-parti pakatan pembangkang tetapi kerjasama tersebut akan dipertahankan kerana matlamat untuk menjatuhkan UMNO kekal sebagai keutamaan.

"Perbezaan pendapat dalam sesuatu pakatan adalah perkara biasa namun untuk menghadapi UMNO kita tidak akan sesekali merosakkan hubungan yang telah terjalin sejak beberapa tahun ini.

"Jangan cuba kenyit mata, kalau mereka (UMNO) hulurkan tangan untuk bersalam kita akan menampar tangan itu," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat, di sini hari ini.

Menurut Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Pas boleh berbincang dengan UMNO berhubung isu-isu tertentu tetapi bukan untuk menjalinkan kerjasama politik kerana buat masa ini mereka kekal bersama pakatan pembangkang.

"Kita (Pas) mungkin berbeza pendapat dengan ahli keluarga dalam pakatan (PKR dan DAP) tetapi jangan sampai hilang kawan kerana perkara itu akan memberikan kekuatan kepada musuh," katanya.

Mohamad sebelum ini dilihat antara pemimpin Pas daripada golongan bukan ulama yang paling lantang mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP, walaupun ada desakan oleh ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi supaya tahaluf siyasi tersebut dikaji semula kerana ia dikatakan tidak menguntungkan parti itu dari segi perjuangan Islamnya.

Sumber : utusan malaysia

Tuesday, September 16, 2014

Jangan Takut Jatuh Cinta Lagi

MERAWAT kembali hati yang telah pecah berkeping-keping tidak semudah membalikkan telapak tangan. Perlu keberanian diri untuk bangkit dan memulakan jatuh cinta lagi.

Seperti yang sering diperkatakan, berikut ini ada saranan untuk menerima cinta yang baru.

Memaafkan 
Ini hal terpenting yang perlu anda lakukan. Anda akan sukar move on jika hati belum boleh bebas dari rasa sakit, menyesal, bahkan dendam. Anda perlu membuang elemen-elemen negatif dari hati anda. Mulakan untuk cuba memaafkan kesalahan dia agar tidak ada lagi yang mengganjal di hati. Selain itu, jauhkan perasaan menyesal di hati anda, juga mula untuk memaafkan diri sendiri kerana telah salah memilih kekasih. Percaya dirilah bahawa esok hari anda akan lebih beruntung dalam percintaan.

Terbuka 
Memang sukar menyembuhkan hati yang patah. Namun ada ungkapan, untuk menyembuhkan hati yang terluka kerana cinta, satu-satunya ubat dengan jatuh cinta lagi. Jangan tutup hati anda, siapa tahu orang yang paling tepat untuk anda sudah sangat dekat. Biarkan cinta baru mengubati luka hati anda.
Pantang menyerah 
Jangan cuba-cuba untuk larut dalam kesedihan. Jangan buat diri anda tenggelam dalam rasa putus asa. Tidak ada yang tidak mungkin. Yakinkan diri anda bahawa pada akhirnya pasti bertemu dengan sang pujaan hati yang akan menyuguhkan kisah indah di kehidupan anda.

Lembaran baru
Yang lalu biarlah berlalu. Tutup cerita lama. Saatnya untuk membuka lembaran baru. Mari menyambut masa depan dengan wajah ceria. Tidak ada lagi kerisauan yang ada hanya semangat untuk move on. Jika saatnya tiba untuk berjumpa dengan kekasih idaman anda, jangan takut dan jangan cemas. Optimislah untuk bahagia bersama cinta yang baru. Jangan sampai masa lalu yang pahit menghancurkan masa depan anda yang manis.

Anonymous

Monday, September 15, 2014

Sangat Menyedihkan....!

Kesian Dengan Baju Sukan Mereka
Sebuah pasukan lumba basikal wanita dari Colombia yang mengambil bahagian di dalam sebuah acara perlumbaan basikal di Itali telah membuatkan orang ramai berasa jelik kerana rekaan jersi yang disarungkan oleh pasukan tersebut lapor media Sabtu lalu.

Pakaian sukan berkenaan yang telah ditaja oleh kerajaan bandar Bogota, diperbuat daripada fabrik yang menyerupai warna kulit di bahagian pinggang dan pinggul... termasuk di bahagian sulit pelumba, yang menunjukkan mereka seolah-olah berbogel.

"Sangat Menyedihkan" laman web perlumbaan di Itali, Tutobiciweb meletakkan perkataan itu sebagai tajuk utama kepada artikel mereka yang merujuk kepada pasukan berkenaan yang dilihat seperti berbogel.

Pendedahan kepada gambar tersebut terus menjadi popular dan viral di media sosial di mana ada yang berpendapat rekabentuk tersebut adalah "sangat salah" dan merupakan sebuah "bencana" kepada pasukan berkenaan dan negara yang diwakili.

Sumber : paperwaris.com

Friday, September 12, 2014

Kemana Arah Perjuangan UMNO Kini ?

Tiada lagi perjuangan Umno, hanya perut dan kuasa, kata Nakhaie
Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti nasionalis Melayu itu sudah tidak ada perjuangan lagi melainkan untuk kepentingan diri masing-masing saja.

Nakhaie, 71, mengumumkan keluar Umno selepas kira-kira 25 tahun berada dalam parti itu setelah meninggalkan PAS pada 1989.

"Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa.

"Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa.

"Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nakhaie pada 20 Ogos lalu menulis di Facebooknya, “Saya bukan Umno lagi” dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak.

"Mengapa saya harus keluar Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.

"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

PAS kehilangan seorang pemikir apabila Nakhaie yang juga bekas naib presiden PAS meninggalkan parti itu 25 tahun lalu.

Antara jasanya dalam PAS ialah membentuk Chiness Consultatif Council (CCC) menghubungkan parti Islam itu dengan bukan Islam khasnya orang Cina.

Beliau bagaimanapun dikritik hebat susulan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum 1986 selepas CCC ditubuhkan.

Nakhaie keluar PAS dan menyertai Umno selepas beberapa ideanya bertentangan dengan pemimpin PAS.

Beliau disambut baik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi namun tidak dihiraukan selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi pemimpin utama Umno.

Beliau ditamatkan khidmat sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa.

Kini beliau adalah salah seorang naib yang dipertua Perkim di mana Dr Mahathir ialah yang dipertua Perkim.
Nakhaie berkata, perjuangan pemimpin Umno sekarang jauh berbeza dengan generasi awal Umno dulu.

"Kalau dulu, Umno berjuang, pemimpinnya berjaya apabila dia berjaya memenuhi cita-cita Umno. Sebab itulah ahli di bawah terasa mereka juga menang apabila pemimpin berjaya," kata Nakhaie.

Beliau memberikan contoh perjuangan untuk mendapat kemerdekaan negara.

"Bukan saja pemimpin yang rasa berjaya, tetapi orang bawah juga terasa mereka berjaya apabila kemerdekaan dicapai. Pemimpin berkorban, orang bawah juga berkorban.

"Sekarang perjuangan ini sudah tiada. Saya hendak berjuang. Kalau sudah tidak ada perjuangan buat apa saya duduk di situ (dalam Umno)," katanya.

Nakhaie mencabar mana-mana pemimpin Umno untuk menerangkan dengan penuh keyakinan perjuangan yang mereka katakan untuk agama, bangsa dan negara itu.

Katanya, tidak ada lagi pemimpin Umno yang yakin sepenuhnya dengan perjuangan mereka sekarang termasuk presiden atau naib presiden Umno.
"Boleh atau tidak mereka jelaskan perjuangan Umno untuk agama,  bangsa dan negara itu dengan penuh yakin.
"Slogan itu masih digunakan tetapi bagaimana mereka menghuraikannya dan meyakinkan orang mereka berjuang untuk agama, dengan roh dan kekuatan jasad mereka.

"Bagaimana hendak perjuang bangsa dengan roh dan jasad mereka. Begitu juga untuk negara, mungkin ada sikit tetapi itu pun dipersoalkan," katanya.

Katanya, ini kerana negara sekarang berada dalam keadaan pincang dengan hubungan etnik yang makin kacau dan pelbagai masalah lagi.

Nakhaie berkata, Islam datang bukan untuk umat Islam saja tetapi membawa keadilan kepada semua.
“Bukan setakat itu, Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan kepada manusia saja tetapi tumbuh-tumbuhan, pokok dan juga alam sekitar,” katanya.

Katanya, Islam yang dibawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di awal kemerdekaan negara lebih jelas berbanding dengan yang berlaku sekarang.

"Tunku bercita-cita untuk satukan rakyat dengan Islam bukan atas paksaan tetapi dakwah tanpa paksaan. Hasrat beliau supaya majoriti rakyat Islam.

"Beliau mendapat sokongan Cina dan India. Lihatlah berapa ramai yang masuk Islam. Kita tidak sampai ke tahap itu," katanya.

Atas dasar itulah, Nakhaie memilih untuk tidak lagi terikat dengan parti politik tetapi bergerak menyampaikan Islam yang syumul dan lengkap.

Sumber : the malaysian insider

Memahami Erti Sebenar Jihad, Syahid dan Syurga

DUNIA sekarang menyaksikan umat Islam berperang dan berbunuhan sesama sendiri, seolah-olah agama membenarkan peperangan dan pembunuhan. Golongan yang mengaku berjihad atas nama Islam, atas nama negara Islam, atas nama tentera Khalifah juga, akan memancung kepala sesama Islam.

Hal ini amat mengelirukan kerana Islam tidak membenarkan pembunuhan kecuali di dalam kes-kes tertentu yang amat kecil perangkaannya. Malah antara kesalahan pertama yang diharamkan oleh Islam ialah perbuatan manusia zaman jahiliah yang membunuh anak-anak mereka yang baru dilahirkan.

Al-Quran di dalam surah Al-An’am (6) ayat 151 menerangkan dengan jelas di antara perkara yang diharamkan ialah perbuatan membunuh anak-anak. Maka Allah SWT menerangkan bahawa sekiranya pembunuhan bayi itu dilakukan kerana takut tidak dapat diberikan makanan kepada mereka, maka Allah yang memberikan rezeki kepada anak-anak itu, malah Allah jugalah yang memberikan rezeki kepada mereka yang membunuh anak-anaknya itu.

Dengan ini ternyata bahawa jiwa dan nyawa manusia itu adalah sesuatu yang suci dan perlu dipelihara, sebab itulah Allah melarang manusia dengan sekeras-kerasnya jangan membunuh orang dan jangan pula membunuh diri sendiri.

Malah ajaran agama menuntut manusia memelihara nyawanya, sehinggakan jika seseorang itu akan mati jika dia tidak memakan makanan yang haram seperti bangkai, maka dia hendaklah memakannya untuk memelihara kelangsungan nyawanya.

Jadi apakah nyawa manusia yang begini suci dan sewajibnya dipelihara, akan begitu mudah pula dihapuskan seperti yang berlaku di dalam masyarakat manusia pada hari ini termasuk sesama Islam sendiri, yang sewenang-sewenangnya membunuh dan mengambil nyawa orang lain begitu mudah sekali, malah membunuh diri sendiri untuk membunuh orang lain seperti yang dilakukan oleh pembunuh berani mati.

Al-Quran banyak sekali menerangkan kepada manusia bahawa pembunuhan adalah haram dan ditegah kecuali di dalam beberapa situasi yang tertentu. Hal inilah yang sangat perlu difahami oleh umat Islam sendiri terutamanya di dalam masyarakat Islam sekarang ini yang telah menjadi amat lumrah bahawa segala pertikaian di antara mereka haruslah diselesaikan dengan peperangan, walaupun peperangan itu dilakukan tanpa hak dan justifikasi yang diizinkan syarak.

Pada zaman permulaan Islam, ketika Rasulullah SAW mulai menyeru manusia untuk menganut agama tauhid, mengesakan Allah dan melakukan amalan yang dibawa oleh Islam, Islam hanya membenarkan peperangan dilakukan ke atas musuh yang menyerang baginda, seperti yang disebutkan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 190: "Dan berperanglah pada jalan Allah orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batasan (iaitu dengan memulakan peperangan) kerana Allah tidak menyukai orang yang melampaui batasan".

Peperangan ini dilakukan demi untuk menegakkan agama Allah yang suci, iaitu ketika musuh mencuba menentangnya dengan kekerasan untuk menggagalkan usaha Rasulullah maka pada ketika itu baginda haruslah bertindak mempertahankan agama dan dirinya dengan mengangkat senjata. Namun begitu baginda tidak seharusnya menyerang mereka secara zalim dan melampaui batas.

Dalam keadaan ini, maka pembunuhan yang berlaku sesama Islam, malah pertumpahan darah yang berlaku di bumi para nabi dan rasul sekarang ini adalah satu tindakan yang terang-terang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar, walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa masing-masing berjihad kerana hendak menegakkan hukum Allah.

Oleh itu para belia dan angkatan muda Islam haruslah mempelajari dan memahami dengan semasak-masaknya isu ini dari perspektif Islam sebelum terpengaruh dengan pengajaran yang hanya akan memerangkap mereka dalam dosa atas gambaran syahid dan syurga, sedangkan perbuatan yang dilakukan adalah berlawanan dengan konsep syahid, jihad dan janji syurga yang sebenarnya.

Penulis merasakan bahawa kita di Malaysia masih menghormati nilai-nilai tamadun dan peradaban Islam serta memahaminya dengan baik. Oleh itu para generasi baru Islam haruslah memahami konsep dan falsafah perjuangan Islam yang di namakan jihad untuk mati syahid dan menerima balasan syurga itu.

Amat malang sekali bila kita membaca berita terkini bahawa terdapat umat Islam dari negara kita, walaupun hanya segelintir, yang turut berjuang di Asia Barat dengan kumpulan tertentu sedangkan hakikat sebenar perbuatan mereka itu tidak mereka fahami dengan sebaik-baiknya dari segi ajaran syariah Islamiah sendiri.

Sekali lagi penulis ingin menekankan supaya pihak kerajaan, penguasa agama dan masyarakat Islam di negara kita mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang kedudukan hukum dan fatwa sebenar bagi pertumpahan darah dan pembunuhan yang berlaku di negara-negara Islam sekarang ini supaya masyarakat Islam di negara kita tidak terjebak dengan perangkap dosa ini.

Oleh :   Dr. Ismail Ibrahim 

Thursday, September 11, 2014

Apa...Cerita Lucah ?

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit “..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya..”..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya ituyang bertajuk “bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau.”

Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu …”cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas” Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar “Come on baby, lets make it…”..katanya berulang-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.
Kesimpulan Jika anda langsung tidak terfikirkan apa-apa mengenai seks semasa membaca 5 cerita diatas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang normal.

Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks….jangan ler anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal .....! 

Sumber : malaysiaria

Dr M: Saya Akan Letak Jawatan !






































Seterusnya baca disini : dinturtle

Wednesday, September 10, 2014

Ukuran Jari Tanda Kesuburan Lelaki

Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza.

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak ‘rahsia’ tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki.

Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikel (buah zakar).

Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikel.

Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan.

Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikel yang lebih besar.

Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikel lebih kecil.

Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif.

Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio.

Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikel ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan.

Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi.

Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta.

Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakar mereka.

Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikel dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikel besar dan sebaliknya.

Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikel, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara

Apa lagi rahsia pada jari anda
Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina.

Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan.

Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita.

Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital.

Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah.

Sumber : utusan@Kesihatan