
Menurut baginda, walaupun hal ehwal luar negara terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, adalah tidak wajar jika kerajaan Johor tidak dimaklumkan atau tidak dibawa berunding dalam perkara yang melibatkan kepentingan Johor dan Singapura.
"Bukankah orang Johor lebih memahami tentang jirannya berbanding orang di Putrajaya? Bagaimana pihak Persekutuan lebih tahu tentang keperluan atau kehendak negeri dan rakyat Johor?" titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment